Isnin, 4 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Lucah : Pencacai UMNO yang percaya tu.. tolong jawab soalan ni sat..

Posted: 04 Apr 2011 05:58 AM PDT

Buat pencacai UMNO yang yakin dengan berita yang dibawa oleh manusia fasik itu hingga menulis "Dengan nama Allah Yang Maha Besar - saya bersaksi sesungguhnya orang-orang PKR dan PAS wajib bertaubat nasuha atas segala sokongan yang telah mereka berikan kepada Anwar Ibrahim selama ini. Tiada dosa yang lebih besar daripada bersekongkol dengan manusia yang terang-terang melakukan maksiat dan kemudian memfitnah orang lain seolah-olah dirinya telah dizalimi."

Dan buat pembaca yang meninggalkan komen kat artikel aku sebelum ini.. (tengok komen di SINI)

Kalau aku nak bertanya lebih detail tentang Anwar Ibrahim mungkin anda tidak seperti aku yang terpaksa berjumpa dengan Anwar sekurang-kurang dua atau tiga kali dalam masa satu bulan atau bila saja dia balik ke Permatang Pauh..


Jadi untuk mempermudahkan segalanya.. jawab soalan ini sudahlah.. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" kenapa??

Adakah ini kerana video ini telah dirakamkan di Kuala Lumpur kemudiannya dihantar ke Thailand untuk proses dubbing???

Nik Nazmi Tambah Yakin Bukan Anwar Lepas Tonton Video

SHAH ALAM 4 APRIL : Sewaktu 'Dato' T' mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.


NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Video Lucah : SAKSIKAN!! Adakah benar ianya Anwar?

Posted: 04 Apr 2011 03:55 AM PDT

Video diakhir entry..

Pendedahan pastinya didalangi oleh UMNO sekali lagi..

Tapi mengapa hanya sedikit sahaja yang didedahkan? Dedahkanlah semuanya supaya rakyat dapat menilai adakah lelaki itu Anwar atau bukan..

Pada awal video telah mengesahkan apa yang Johari Abdul kata adalah benar.. iaitu , terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik.

Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.


Jika disiarkan hingga keakhirnya tentu rakyat akan boleh melihat tangan lelaki itu yang berbulu sepertimana yang dimaklumkan oleh seseorang yang telah melihat Video itu dan perut yang kelihatan buncit jika dibandingkan dengan perut Anwar..

Lagi satu.. buat yang biasa tengok cara Anwar berjalan.. bezakan dengan cara lelaki dalam video ini berjalan..

Video Seks Fitnah Ditayang Di Kursus BTN

PULAU PINANG 4 APRIL : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau. Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.

Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.

Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.

Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.

Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.- TVS News





PRN Sarawak : Tanding 49 Kerusi, PKR kelihatan tamak.. tapi..

Posted: 04 Apr 2011 02:36 AM PDT



Akhirnya PKR mengumumkan akan bertanding di 47 buah kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini..

Satu langkah yang memperlihatkan kepada kita seakan-akan ianya adalah tamak, tapi sebelum melabelkan PKR sebagai tamak, baca dulu di ( SINI ) .. kisah yang menjawab mengapa rundingan antara PKR dan SNAP memakan masa begitu lama dan mengapa pula rundingan PKR dan SNAP berakhir begitu saja..


Cuma yang masih tiada didalam berita ialah bahawa ada sumber mengatakan PCM (Parti Cinta Malaysia) akan bertanding disetiap Kerusi yang ditandingi oleh PAS dengan tujuan memecahkan undi supaya BN boleh mengekalkan kuasa di Sarawak…

Artikel yang boleh dibaca di SINI pula mengatakan tuduhan bahawa SNAP dibiayai oleh BN adalah satu propaganda oleh BN bagi memecahkan undi seterusnya mengekalkan kuasa di Sarawak..

PKR Tandingi 49 Kerusi, Dominique Gugur

KUCHING, 4 April (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April ini walaupun hanya menang di Padungan pada 2006 apabila pertama kali membuat penampilan dengan bertanding di 25 kerusi.

Ini menyebabkan parti itu akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di lebih 20 kerusi.

Ketua PKR negeri Baru Bian disahkan akan sekali lagi bertanding di Ba'Kelalan, satu-satunya kerusi yang Barisan Nasional masih belum mengumumkan calonnya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini berkata PKR akan bertanding di 49 kerusi tetapi hanya memberikan senarai nama 47 calonnya tanpa memberikan nama calon bagi Jemoreng dan Semop.

Digugurkan ialah Dominique Ng yang menang di Padungan, kerusi yang ditukarkan dengan kerusi Batu Lintang antara PKR dan DAP.

Bercakap pada sidang media di sini, Azmin berkata PKR telah sebaik mungkin untuk mencapai persetujuan dengan parti-parti pembangkang dalam pembahagian kerusi tetapi gagal mencapai kata sepakat dengan SNAP dalam pembahagian kerusi di kawasan yang majoriti penduduknya etnik Iban.

Katanya PKR tidak akan bertanding di dua kawasan daripada 27 kawasan yang akan ditandingi oleh SNAP iaitu Pakan dan Marudi.

"Kami cuba menghormati semangat dalam Pakatan Rakyat untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN. Bagaimanapun, dalam pertemuan terakhir, SNAP mendesak untuk bertanding di 27 kawasan, yang majoritinya daripada etnik Iban," katanya.

PKR memutuskan untuk meletakkan calon di 25 kawasan yang mahu ditandingi SNAP atas faktor "calon yang boleh menang" kerana calon-calon PKR dirasakan lebih baik, kata Azmin.

"Saya yakin calon-calon kami adalah yang terbaik. Daripada 49 orang, lebih 50 peratus adalah muka baru," kata Azmin.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sibu hari ini untuk menyerahkan surat perakuan daripada parti kepada 22 calon termasuk dua wanita.

Antara mereka ialah pemilik kedai runcit di Mukah, Suriati Abdullah, 50, yang akan mencabar Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.



Ibi ak Uding (Balai Ringin)


Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (Tupong)


Peter Ato ak Mayau (Tarat) dan Christopher ak Kiyui(Tebedu)


Abang Zulkifli Abang Engkeh (Saribas)


Ahmad Nazib Johari (Satok) dan See Chee How (Batu Lintang)


Calon-calon: Boniface Willy Anak Tumek (Opar), John Tenewi Nuek (Tasik Biru), Wan Zainal Abdin Wan Senusi (Pantai Damai), Ali Hossen bin Abang (Demak Laut), Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (Tupong), Zulrusdi Mohamad Hol (Samariang), Ahmad Nazib Johari (Satok), See Chee How (Batu Lintang).

Arip Ameran (Asajaya), Willie ak Mongin (Bengoh), Peter Ato ak Mayau (Tarat), Christopher ak Kiyui(Tebedu), Lainus ak Andrew Luwak (Kedup), Mashor Hossen (Simunjan), Abg Ahmad Arabi Abg Bolhassan (Lingga), Ibi ak Uding (Balai Ringin), Jimmy Lim @ Jimmy Donald (Bukit Begunan).

Marudi @ Barudi ak Mawong (Engkilili), Nicholas Bawin ak Anggat (Batang Ai), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Saribas), Stanny Embat Pharoh ak Laja (Layar); Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (Bukit Saban), Mohd Yahya Abdullah (Kalaka), Ali ak Biju (Krian), Abdul Wahab Abdullah (Belawai), Jamaludin Ibrahim (Daro).

John Brian Anthony ak Jeremy Guang (Meluan), Aris anak Alap (Ngemah), George Chen Nguk Fa (Machan), Norisham Mohamed Ali (Nangka), Sylvester Ajah Subah @ Ajah bin Subah (Dalat), Suriati Abdullah (Balingian), Mengga ak Mikui (Tamin).

Paul Anyie Raja (Kakus), Edward Sumbang ak Asun (Pelagus), Munan ak Laja (Katibas), Bedindang ak Manjah (Baleh), Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (Belaga), Abdul Jalil bin Bujang (Jepak), Bernard Binar Bayang ak Rading (Kemena).

Ishak Mahwi (Bekenu), Zolhaidah Suboh (Lambir), Michael Teo Yu Keng(Senadin), Harrison Ngau Laing (Telang Usan), Dr Lau Liak Koi (Batu Danau), Baru Bian (Ba'Kelalan) and Japar Suyut (Bukit Sari) —



BERNAMA

Isu Alkitab : Mufti Perak Cabar UMNO/BN.

Posted: 04 Apr 2011 01:02 AM PDT


KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.


Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."

Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

"Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.

"Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?

"Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi.

Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai "menghina al-Quran".

"Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran.

"Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia," katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu.

"Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia.

"Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu.

Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. -


The Malaysian Insider

Bila Pegawai SPRM tersasul... Taib Mahmud kelihatan kebal..

Posted: 03 Apr 2011 09:45 PM PDT

Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.

Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM.

Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib.


Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau. Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa "Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi".

Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan.

Beliau berkata, "kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya."

Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: "Apabila ada aduan, kami akan siasat".

Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi.

Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai.

Beliau berkata, "jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah.

"Kamu tidak boleh 'memancing' bukti" "

Kamu tidak menyoal saya begitu. Kamu tidak boleh cuba "memancing" bukti. Adakah kamu telah membuat penyiasatan? Selidik kebenaran dahulu, kemudian tanya?," soal Mohd Nor.

Tatkala Abu Kassim kelihatan resah untuk menyentuh apa-apa berkenaan Taib, tindakannya itu hanya mengesahkan berita yang sudah pun menjadi pengetahuan umum. SPRM menjadi mandul untuk menyiasat kes yang melibatkan tokoh-tokoh besar dalam Barisan Nasional.

Tindakan Mohd Nor yang garang dan berupa ugutan yang bodoh itu terhadap wakil media telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang sebelum ini tidak begitu ambil peduli.

Mohd Nor bercakap seolah-olah kita tidak tahu mengenai timbunan bukti-bukti mengenai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib yang dibongkar dan disebarkan melalui Internet.

Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM.

Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak.

Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat. Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai.

Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini.

Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah.

Lebih 1.5 juta hektar tanah NCR dirampas

Banyak dari tanah-tanah ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar, yang berupa tanah adat (NCR), dirampas secara rahsia daripada penduduk pribumi, hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat lebih 200 tuntutan dan aduan.

Beberapa kes telah didengar di mahkamah yang keputusannya memihak kepada para pemilik tanah itu, dan ini membuktikan terdapat kerja rampasan tanah oleh Taib.

Sebagai bukti keluarga Taib menikmati faedah dari rampasan tanah haram ini, nama kira-kira 50 buah syarikat yang terdapat dalam buku daftar Tanah sebagai penerima asal tanah dari negeri itu yang disenaraikan, setiap satu daripadanya ada kaitan dengan keluarga Taib.

Satu lagi berita buruk buat Taib ialah pendedahan terhadap "senarai hitam" 49 syarikat di seluruh dunia, yang setiap syarikat itu ada kaitannya dengan keluarga Taib.

Senarai ini, yang didedahkan oleh Dana Bruno Manser, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland, yang berjuang untuk memelihara kepentingan penduduk pribumi Sarawak, menunjukkan 13 dari syarikat ini berpengkalan di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, bakinya di UK dan di tempat-tempat lain di dunia ini.

Yang indahnya dari episod rasuah Taib ini ialah Taib sendiri tidak menafikan tentang kewujudan aset kekayaan luar biasa keluarganya.

Dalam satu wawancara bersempena kempen siber yang dilancarkan baru-baru ini oleh beliau sendiri bagi menangkis serangan berupa tuduhan terhadap kekayaannya, beliau menyifatkan kekayaan keluarganya akibat dari sifat keusahawanan dan kebijaksaan anaknya Jamilah.

Taib menerangkan bahawa apabila beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan pusat tiga dekad lalu, beliau memberi sedikit wang kepada Jamilah untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan di Kanada.

Berdasarkan kepintarannya dalam bidang perniagaan, perniagaan itu berkembang menjadi empayar perniagaan bertaraf antarabangsa.

Ketika kita masih terkial-kial dalam imajinasi kita bagi menerima hakikat kebenaran cerita Taib bagaimana kekayaan boleh dibina sebegitu pantas, jawapannya terdapat dalam satu lagi wawancara.

Untuk mensahihkan ceritanya tentang kekayaan yang dimiliki, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan dengan menjalankan perniagaan di luar negeri 30 tahun yang lalu, ketika mana anak-anaknya sedang belajar, sudah pun menjalankan perniagaan.

Konflik kepentingan

Beliau berkata, "saya tidak mahu konflik kepentingan ini menghantui saya pada setiap masa. Jika saya menjalankan perniagaan dalam negeri, orang akan berkata, saya menggunakan pengaruh saya untuk mengkayakan diri sendiri, maka kami mengusahakannya di luar negara."

Apa jenis penipuan ini! Siapa di Sarawak yang tidak kenal bahawa sebuah konglomerat yang terbesar, menjadi syarikat induk empayar peniagaan keluarga Taib, mendapat kontrak-kontrak yang lumayan, hingga menyebabkan komuniti perniagaan dari negeri itu menjadi marah.

Apa jenis penipuan yang secara terang-terangan begini? Bagaimana dapat kita menilai kredibiliti cerita kekayaan berbilion ringgit Taib ini? Dalam menghadapi bukti tentang aktiviti rasuah yang begitu luas ini, Mohd Nor terpaksa membuat ugutan kepada mereka yang bertanya, seolah-olah Taib menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas.

Kisah Taib Mahmud ini hanya merupakan salah satu cerita skandal rasuah mega melibatkan pemimpin elit Barisan Nasional yang kerap kali dilindungi oleh institusi penguatkuasa seperti SPRM, polis, Ketua Peguam Negara atau bidang kehakiman.

Sandiwara SPRM yang terbaru ini hanya mengesahkan tidak ada yang berubah sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak sering mencanangkan tentang reformasi melalui slogan-slogannya.


Free Malaysia Today

Revolusi 2013 : Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat

Posted: 03 Apr 2011 09:23 PM PDT

Sebelum itu.. Ribuan juta terima kasih dan tahniah kepada pihak yang telah menganjurkan permukiman Blogger pro Pakatan Rakyat yang telah berlangsung di De Palma Hotel pada 2 dan 3 April yang lalu, hari yang menyaksikan blogsfera penyokong PR kelihatan agak suram..

Satu inisiatif yang dilakukan untuk mengkordinasikan gerakan Blogger Pro Pakatan dalam menghadapi Cyber Trooper UMNO yang jumlahnya telah meningkat dengan amat ketara selepas PRU12 yang lalu dan juga untuk melakukan serangan bagi menurunkan UMNO/BN dari tampuk kuasa secara tersusun..

Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat.. dan Selamatkan Islam, Runtuhkan Jahililiyah!!



Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013
Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.


Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.




Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Harakahdaily

Gambar dari Facebook abah-anas

3,226 keluar PKR : Najib diperbodohkan atau memang bodoh?

Posted: 03 Apr 2011 08:50 PM PDT

PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

"Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti," kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin. berita sila baca di SINI.

Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.


"Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran," kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam.

Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti.

Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya.

Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah.

"Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini," katanya.


KeadilanDaily

3,226 ahli PKR Cabang Bayan Baru keluar PKR.

Posted: 03 Apr 2011 06:44 PM PDT

"Dalam masa sama, Nyanasegaran bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya telah menyerahkan borang isytihar keluar PKR itu secara peribadi kepada Najib".

Terus terang aku katakan sebagai Setiausaha PKR di JDM3 dan N10 aku tak pernah tengok lagi akan ujudnya borang Istihar keluar parti seperti yang Nyanasegaran serahkan kepada Najib itu..

Nampaknya Najib diperbodohkan lagi kali ini..


Sesi serah borang

GEORGETOWN - Seramai 3,226 ahli PKR Cabang Bayan Baru di sini, semalam, mengisytiharkan keluar parti.

Pengerusi, Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, M Nyanasegaran berkata, keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR kerana hilang kepercayaan dan kecewa terhadap parti itu.

"Saya ahli parti Keadilan Cabang Bayan Baru dengan nombor keahlian P12000026 dengan ini mengisytiharkan keluar daripada PKR dengan serta merta.


"Saya mengambil tindakan bersama penyokong dan rakan seperjuangan lain kerana telah hilang kepercayaan kepimpinan dan juga perjuangan PKR.

"Bukan sahaja saya akan meninggalkan parti tetapi rakan dan penyokong saya turut meninggalkan PKR secara bersama mulai hari ini (semalam) dengan serta merta," katanya sebelum ucapan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Karnival Kebudayaan Satu Malaysia Pulau Pinang, Penang International Sports Arena (PISA) di sini, semalam.

Dalam masa sama, Nyanasegaran bersama dengan rakan-rakan seperjuangannya telah menyerahkan borang isytihar keluar PKR itu secara peribadi kepada Najib.

Beliau sendiri telah menyerahkan sebanyak 436 borang keluar parti bagi pihak ahli Cabang Bayan Baru.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kumpulan itu, Najib dalam ucapannya berkata, rakyat Malaysia telah cerdik dan terpelajar.

"Mereka mungkin boleh ditipu sekali, dua kali tetapi bukan selama-lamanya," katanya.

Najib berkata berdasarkan pilihan raya kecil yang dimenangi BN sebelum ini, menunjukkan kaum India telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

"Saya harap kaum India di Pulau Pinang ikut trend nasional dan kembali ke pangkuan BN," katanya.


Sinar Harian

PRK perlu diadakan semula di Galas..

Posted: 03 Apr 2011 06:30 PM PDT

Bukan pasal YB baru mereka sudah meninggal dunia atau ditangkap kerana rasuah.. tapi kerana jambatan gantung dah runtuh.. ada PRK adalah jambatan baru..

Jambatan runtuh paksa Orang Asli harungi sungai

GUA MUSANG: Seramai 400 penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di sini kini berdepan dengan kesulitan apabila jambatan kayu gantung di kawasan mereka runtuh dilanda banjir lumpur, empat hari lalu.

Berikutan kejadian itu, kebanyakan penduduk dari Kampung Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil, terpaksa berulang-alik untuk menghantar dan mengambil anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke dengan mengharungi Sungai Belatok.


Mereka merayu kerajaan supaya mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung yang runtuh itu kerana bimbang keselamatan anak mereka yang kini menaiki perahu dan sampan untuk ke sekolah.

Seorang bapa, Ronggen Alang, 51, berkata air sungai naik mendadak disebabkan banjir lumpur yang dipercayai berpunca dari hakisan akibat penerokaan tanah selain hujan lebat selama lebih enam jam di kawasan mereka.

"Banjir lumpur itu memang menakutkan semua penduduk. Pada 11 malam kejadian bunyi air sungai yang amat kuat dan ia memusnahkan jambatan gantung yang menjadi perhubungan penting penduduk dari tiga kampung berdekatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ronggen berkata, tidak ada rumah penduduk yang tenggelam kerana masing-masingnya berada di tempat tinggi dan selamat.

Raefaah Salam, 43, berkata, sejak jambatan gantung itu runtuh, penduduk terpaksa mengharungi sungai yang arusnya deras. - BERNAMA

Hah!! Bernama putar belit kenyataan Najib???

Posted: 03 Apr 2011 08:47 AM PDT

Sarapan????

Semalam Lidah Rasmi UMNO menyiarkan satu berita dari Bernama mengatakan Najib Yakin BN mungkin menawan kembali Pulau Pinang dari Kerajaan PR sekarang..

Tetapi tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. (baca di SINI)

Kata Koh Tsu Koon, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu..


Ohh.. maknanya Bernama telah memutarbelitkan kenyataan Najib itu.. Atau mungkin ketika Najib mengeluarkan kenyataan itu beliau berasa bangga dengan begitu ramai yang menyambutnya..

Cuba tengok keliling Najib tu.. penduduk atau pembodek? lagi satu kalau Sarapan banyak macam atas meja macam tu.. orang Penang kata Mentekedarah! bukannya makan.

Tetapi setelah menyedari kesemua yang berada dikelilingnya itu memakai baju yang berlogo 1Malaysia iaitu para pembodeknya sahaja beliau malu untuk mengaku bahawa BN mungkin menawan kembali Pulau Pinang..

Secara jujurnya aku menyokong jika Najib berkata sambutan memberangsangkan terhadapnya.. faham betul-betul "sambutan memberangsangkan".. bukan dari rakyat Pulau Pinang tapi kerahan tenaga..

Memang memberangsangkan sambutan yang diberikan terhadap Najib jika beliau datang ke Pulau Pinang, paling memberangsangkan yang aku pernah tengok ialah pada tahun lepas ketika beliau melawat Politeknik bagi melancarkan program apa nama tah.. aku dah lupa..

Ditepi jalan dihadapan Politeknik bersusun berpuluh bas sekolah, habis kakitangan kerajaan dikerah, semua kakitangan Politeknik tidak dibenarkan bercuti.. dan semua pensyarah terpaksa berada di Politeknik sehingga Najib balik.. bukan saja pensyarah malah para pelajarpun tidak boleh pulang ke kampong pada hari lawatan Najib tu..


TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar

SHAH ALAM 3 APRIL : Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

"2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan
bas. Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri?

"Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor kepada Tv Selangor.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Koh juga menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat tidak kisah dengan laungan Najib sebaliknya bertekad untuk melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di Pulau Pinang.

"Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.


TVS News

Tiada ulasan: