Selasa, 19 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Menteri Besar Menafikan Laporan Utusan Kononnya Kerajaan Negeri Kedah Naikkan Kadar Cukai Tanah Sepuluh Kali Ganda Terhadap UUM !

Posted: 19 Apr 2011 02:09 AM PDT

ALOR SETAR 19 April - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto) hari ini menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar. "Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000."Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta," katanya pada sidang media, di sini. Azizan juga berkata, akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta. UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan mereka ditolak. "Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya. Mengulas lanjut Azizan berkata, UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut. "Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh," kata Menteri Besar Kedah lagi.

[Kenyataan Menteri Besar Kedah ini jelas sekali menunjukkan bahawa laporan Utusan Malaysia hari ini adalah satu fitnah jahat semata, dengan niat untuk menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu sendiri. Mereka sengaja memperbesar-besarkan sesuatu yang tidak sahih dan tidak berlandaskan fakta kebenaran. Apakah sudah tidak ada cara lain untuk UMNO BN berpolitik dengan terus memperalatkan media arus perdana atas sesuatu tindakan yang jelas bercanggah dengan aspirasi rakyat itu sendiri. Oleh itu, rakyat diminta berharu-hati kerana banyak lagi tindakan jahat akan dilakukan oleh mereka selepas ini. Tambahan pula di saat, bahang pilihanraya umum ke-13 yang semakin terasa sekarang ini].

Timbalan Ketua Setiausaha Di Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Salim Parlan Dan Pasangannya Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Khalwat !!

Posted: 19 Apr 2011 02:03 AM PDT

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi. Beliau yang dimaksudkan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia Dan Sukan iaitu Datuk Salim Parlan (foto). Beliau ditahan bersama pasangannya yang juga bekas Pembantu Peribadi beliau iaitu Nur Diyana Norslan oleh sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai. Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. Pasangan terbabit dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Georgetown hari ini untuk menghadapi dakwaan berkhalwat. Mereka bayar jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Persoalannya, apakah wajar mereka tidak mengaku bersalah?. Kita khuatir kes yang sama berlaku di Kuantan dimana seorang Setiausaha Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ditangkap khalwat bersama kakitangannya November lalu berulang kembali. Biar pun mereka telah disabit dengan kesalahan berkenaan mengikut pandangan "mata kasar", namun dengan wang dan kuasa mereka boleh terlepas. Akhirnya pasti mereka tidak mengaku bersalah. Sedangkan hakikatnya mereka memang berkhalwat.


Datuk Salim Parlan dan pasangannya Nur Diayana Norslan ketika hadir ke
Mahkamah Rendah Syariah George Town untuk dibicarakan pagi tadi

[Inilah yang berlaku dalam undang-undang syariah di negara kita pada masa ini. Mujurlah atas keprihatinan "pihak istana" akhirnya individu terbabit dibuang daerah dan kini menjadi pegawai biasa di sebuah jabatan keraajaan dekat Jerantut. Namun, senarionya adalah sama, mereka merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi. Apapun, diharapkan mahkamah syariah Georgetown dapat menbicarakan kes ini seadilnya, kerana apa lagi yang dibuat oleh pasangan bukan muhrim di dalam sebuah bilik hotel pada jam 4.00 pagi. Aapakh mereka hanya duduk berbual hal semasa atau ada adengan yang lebih "panas" dari itu. Inilah yang perlu difikirkan sekarang. Mahkamah tidak wajar menerima hujjah penafian kerana tangkapann itu sudah membuktikan mereka berdua-dua dalam keadaan mencurigakan. Bertindaklah secara adil dan saksama bagi menangani kes dan permasalahan umat Islam seperti ini. Semoga agama Islam itu tidak terus dihina oleh orang lain pada masa yang akan datang].

Kerajaan Negeri Pahang Rela Terus Islam Di Hina Bila Benarkan Konsert Artis Barat Micheal Learns To Rock Di Adakan Di Kuantan Pada 30 April Ini !!

Posted: 19 Apr 2011 12:37 AM PDT

KUANTAN, 19 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal dipertanggungjawabkan kerana tergamak sekali lagi membiarkan artis barat mengadakan konsert mereka di sini. Difahamkan Kuantan bakal menjadi destinasi konsert "World Tour Live In Malaysia 2011" kumpulan Micheal Learns To Rock (MLTR) pada 30 April ini. Konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung di Stadium Sukpa, Indera Mahkota dekat sini. Tindakan kerajaan UMNO BN yang membenarkan penganjuran konsert ini amatlah dikesali. Tambahan pula disaat agama Islam itu sendiri kini terhina di negeri ini. Terdahulu, kami pernah mendedahkan tindakan memalukan golongan mak nyah (pondan) apabila tergamak mengadakan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" di negeri ini. Kini, kerajaan negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam seolah-olah langsung tidak prihatin dengan agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan artis barat terus mengadakan konsert mereka di bandar ini, seolah-olah kerajaan menggalakkan aktiviti tersebut. Walhal, mereka tahu gejala sosial dikalangan para remaja dan generasi muda hari semakin parah dan sungguh kritikal. Maka itu, apakah motif penganjuran konsert berkenaan boleh memberi kebaikan kepada rakyat itu sendiri agaknya?. Konsert anjurann Star Planet itu menawarkan tiket-tiket berharga antara RM103 hingga RM323. Sebelum ini Micheal Learns To Rock (MLTR)juga telah mengadakan konsert di negeri ini bertempat di Arena Of Stars, Genting Highland pada 5 September 2009. Konsert tersebut dibantah oleh umat Islam kerana ia diadakan pada bulan Ramadhan. Namun ia tetap diadakan juga selepas mendapat "imunity" daripada kerajaan sendiri. Persoalannya, apakah motif sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam merelakan konsert hiburan artis barat itu datang ke sini. Apakah ini cara menerapkan nilai-nilai Islam?.
[Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri Pahang agaknya?. Mana pergi Mufti Pahang (foto)? Mana pergi Exco Agama Islam Pahang? Mana pergi Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)? Mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)?. Kenapa semuanya menyepi dan menikus tanpa ada sebarang tindakan. Apakah mereka merestui acara mungkar dan maksiat seperti ini. Sebelum ini pun Kuantan telah digegarkan dengan artis luar negara dari Australia iaitu kumpulan Air Supply. Kumpulan terbabit mengadakan konsert di tempat yang sama pada 18 November 2010 yang lalu. Kini, Kuantan sekali lagi menjadi destinsi artis barat. Soalnya, siapakah yang beriya-iya membawa masuk artis barat ke bandar ini. Kami akan cuba menjejaki pihak terbabit yang maklumatnya sudah pun dikenal pasti. Khabarnya, sejak beliau berpindah ke bandar ini maka acara hiburan menjadi keutamaannya daripada program kemasyarakatan yang lain. Kami akan cuba menyiasat dan mendedahkan siapakah individu terbabit dan apakah kaitan beliau dengan penganjuran konsert maksiat seperti ini].

Bob Lokman Bakal Berceramah Dekat Putra Balok Malam Ini, Orang Ramai Adalah Di Jemput Hadir !

Posted: 18 Apr 2011 10:47 PM PDT

KUANTAN, 19 April - Bekas pengkritik tetap rancangan "Raja Lawak" dan pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro iaitu Bob Lokman (foto) dijadualkan mengadakan ceramah umumnya di Putra Balok dekat sini malam nanti. Beliau yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak menyertai PAS selepas sekian lama terlibat dengan industri hiburan di negara kita. Kini Bob Lokman menjadi penceramah PAS dan telah beberapa kali datang ke Pahang. Awal bulan lalu, beliau telah mengadakan ceramahnya di Jerantut dan kemudian ke Parlimen Bera. Kelibat Bok Lokman mula mewarnai pentas ceramah PAS ketika kempen Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini. Tindakan beliau bersama PAS telah mengejutkan ramai pihak, termasuk peminatnya dikalangan UMNO sendiri. Bob, yang mula terkenal selepas kontroversi lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan rock Search kini mula serasi dengan perjuangan yang dibawa oleh parti PAS. Beliau kini sibuk menerima undangan ceramah ke seluruh negara. Penampilan Bob Lokman, amat dicemburui oleh kerajaan UMNO BN. Namun begitu, setakat ini beliau masih berupaya memberi ceramah di sana sini tanpa sebarang gangguan.

Inilah video panas ketika Bob Lokman tarik diri dari program Raja Lawak

[Difahamkan, beliau akan berceramah dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh malam ini. Oleh itu orang ramai terutamanya mereka yang mahu melihat kelibat beliau di pentas ceramah bolehlah datang pada malam ini. Sementara itu, di sebelah petangnya pula Bob Lokman dijangka menghadiri majlis jamuan "Hi-Tea" di sebuah restoran di Balok. Semoga perjuangan Bob Lokman dapat diteruskan dengan penuh istiqamah hendaknya. Sama-samalah kita berikan sokongan kepada beliau, sesungguhnya perjuangan beliau untuk menegakan syiar Allah di mukabumi ini adalah satu pengorbanan terbesar dalam sejarah hidupnya. Terdahulu, beliau cetuskan kontroversi apabila menarik diri daripada jadi pengkritik tetap Raja Lawak musim ke-5 awal tahun ini. Syabas buat Bob Lokman, teruskan perjuangan!].

Pakar Dedahkan Projek Lynas Bahaya Dek Kerana Mengeluarkan 10 Kali Lebih Tinggi Sisa Radioaktif Setahun Dari Kilang Yang Serupa Di Bukit Merah !

Posted: 18 Apr 2011 09:53 PM PDT

KUANTAN, 19 April - Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas Corporation Ltd akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah Perak yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan. (foto) Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk. Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul. Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium iaitu elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya. Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan. "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di sini Ahad lalu. "Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ia selamat. "Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif," tambah beliau lagi.



[Dengan kenyataan jujur dan ikhlas daripada pakar kesihatan awam ini, maka terbukti kini rakyat di Kuantan telah dipermainkan dengan istilah oleh pakar-pakar radioaktif tempatan. Ini semua bagi membolehkan kilang Lynas didirikan juga dekat Gebeng. Rakyat dinafikan hak pembelaan, apa yang jelas Menteri Besar Pahang sendiri berkata dia mahu bawa masuk pakar-pakar luar negara untuk menerangkan hal berkenaan. Masalahnya, pakar mana yang mahu dibawa masuk? Kenapa sebelum projek itu mahu diterima, mereka tidak membuat kajian tentang penerimaan rakyat?. Kini bila rakyat membantah mereka baru sibuk mahu membawa masuk pakar. Apa guna bawa masuk pakar jika ada sesuatu diberikan kepada pakar-pakar itu untuk menyokong projek berbahaya tersebut. Akhirnya pakar-pakar itu akan bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Pilihan terbaik ialah membatalkan projek itu. Walau pun baha sisa radioaktif ditahap yang rendah, namun bila ia dikumpulkan akhirnya akan menyebabkan ia menjadi banyak dan berbahya. Apakah mereka tidak faham ini boleh membawa impak besar kepada rakyat. Kenapa harus perjudikan nasib rakyat dengan projek berisiko seperti ini. Stop Lynas !].

Kemenangan BN Di Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri Baru-Baru Ini Bukanlah Bermakna Mereka Itu Terlalu Kuat Untuk Ditewaskan Pembangkang

Posted: 18 Apr 2011 05:45 PM PDT

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, telah menyebabkann ramai penyokong mereka seolah-olah "hilang akal" dan "tidak keruan". Ini kerana mereka terkejut dalam keadaan Ketua Menetri Taib Mahmud yang secara jelas sudah ditolak rakyat itu pun BN boleh menang majoriti dua pertiga di DUN Sarawak. Bagi mereka pembangkang telah "bungkus" dan tidak layak untuk mewakili rakyat Sarawak. Soalnya sekarang, apakah mereka boleh bergembira buat selamanya?. Kemenangan BN yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi ini dianggap satu ketentuan Allah oleh penyokong fanatik mereka. Kononnya, pembangkang terutamanya PKR dan PAS tidak diterima rakyat Sarawak kerana ia sudah ketentuan Illahi. Kononnya hanya BN sahaja parti yang layak memerintah Sarawak kerana pemimpin BN telah membuktikan mereka berjaya membangunkan negeri itu sejak sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa BN sebenarnya tewas dihati rakyat dan hanya menang dimata penyokong mereka. Buktinya, mereka kehilangan lapan kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Malah, Timbalan Ketua Menteri, George Chan yang juga Presiden SUPP salah satu komponen BN di sana juga tewas kepada calon pembangkang. Paling menarik, kemenangan DAP merampas semua kerusi DUN di parlimen Kuching bermakna ibu negeri Sarawak kini sudah pun berada di genggaman parti pembangkang.

[Malah, kemenangan besar melebihi lapan ribu undi dikebanyakan kerusi membuktikan BN sebenarnya yang tidak relevan lagi di Sarawak. Biar pun PKR ditempelak kerana hanya menang tiga dari 49 kerusi yang ditandingi, namun mereka harus sedar parti itu berjaya menghantar Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian untuk masuk ke DUN Sarawak selepas ini. Bukankah ini petanda yang pengaruh pembangkang sudah mula menyelinap masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak itu sendiri. daripada hanya lapan kerusi kini sudah bertambah kepada 15 kerusi. Ini satu prestasi yang cukup bagus dan memberangsangkan. Sementara itu, parti PAS biar pun gagal menang di kesemua kerusi yang mereka tandingi namun ia boleh dilihat sebagai langkah awal untuk PAS melebarkan sayap mereka ke Bumi Kenyalang itu. Undi yang diperolehi oleh calon PAS juga agak memeranjatkan, cuma mungkin rezeki belum ada buat mereka. Itu pun, belum termasuk lagi dengan "taktir kotor" yang digunakan oleh puak BN sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini].

Tiada ulasan: