Khamis, 14 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Galerifoto: Tsunami Pilihan Raya Negeri Sarawak Bermula Petanda Rakyat Dahagakan Perubahan !

Posted: 14 Apr 2011 05:25 AM PDT

Panas: Memalukan, Dek Kerana 'Takutkan' Suara Rakyat Akhirnya Taklimat Isu Lynas Telah Pun Di Pindahkan Dari Negeri Pahang Ke Selangor Pula !!

Posted: 14 Apr 2011 03:23 AM PDT

KUANTAN, 14 April - Orang ramai terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses "rare earth" oleh Lynas Corpotation Ltd di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini tentu sekali kecewa apabila dimaklumakan taklimat Lynas oleh Lembaga Perlsesenan Atom & Nuklear Malaysia (AELB) tidak akan diadakan lagi di sini, sebaliknya dipindahkan ke Ibu Pejabat AELB di Dengkil Selangor. Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuantan , Fuziah Salleh (foto) dalam kenyataan medianya hari ini. "Setelah dimaklumkan bahawa enam taklimat AELB yang di anjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) telah di batalkan. Kemudian, saya dikejutkan lagi sekali apabila menerima makluman berkenaan Taklimat AELB sekarang ini di pindahkan ke ibupejabat AELB pula. Bukankah stakeholders yang akan terkesan oleh pemrosesan rare earth di Logi Lynas merupakan warga Kuantan yang tinggal di Kuantan? Maka mengadakan taklimat itu di Selangor, adalah cukup tidak masuk dek akal", menurut kenyataan media tersebut.


Bukti, kenyataan tentang taklimat isu Lynas di laman web rasmi AELB
[Difahamkan mulai 11 April 2011 yang lalu, jam 11.00 pagi (Isnin-Jumaat), AELB akan memberi taklimat awam kepada orang ramai berhubung dengan pelesenan aktiviti nadir bumi (rare earth) yang dikeluarkan oleh AELB kepada Syarikat Lynas Malaysia Sdn. Berhad. Taklimat tersebut di adakan di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor. Persoalannya sekarang, apakah dengan mengadakan taklimat di ibu pejabat agensi itu kemarahan rakyat akan selesai?. Sungguh memalukan melihat senari ini. Ternyata, mereka bertindak tidak mengikut naluri rakyat tetap hanya sekadar mahu melengkapkan apa yang telah diputuskan. Semoga rakyat akan terus bangkit untuk membantah isu ini. Suara rakyat suara keramat, jika kerajaan gagal mendahulukan mereka maka pastikan mereka ditumbangkan dalam Pilihan Raya umum ke-13 akan datang pastinya].

PRN Sarawak: Lagi Bukti PM Najib Razak Semakin Terdesak, Veteran "Sarawak Border Scouts" Pula Mendapat Habuan RM600 Ribu Selepas 41 Tahun

Posted: 14 Apr 2011 01:05 AM PDT

BA'KELALAN, 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM600,000 kepada veteran pasukan perbatasan, Sarawak Border Scouts (foto), yang pernah berkhidmat menjaga sempadan Sarawak-Indonesia sekitar tahun 1960-an. Setiap veteran atau waris akan menerima RM3,000, kata Najib pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Ba'Kelalan. "Bantuan ini sebagai menghargai jasa Border Scouts dalam menjaga keamanan di kawasan sempadan sewaktu Malaysia baru mencapai kemerdekaan," kata Najib. Beliau berkata, sumbangan ini akan disalurkan melalui Kementerian Pertahanan sedikit masa lagi. Terdahulu, ketibaan rombongan Perdana Menteri diberi sambutan meriah kira-kira 2,000 penduduk Ba'Kelalan. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ba"Kelalan Willie Liau.

[Sungguh prihatin dan baiknyer Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan PM Najib Razak. Ke mana sahaja beliau pergi sekarang ini pasti duit akan ditaburkan. Kenapa selama ini jasa mereka dilupakan, terutamanya ketika dia menjadi Menteri Pertahanan dulu. Kenyataan Najib kononnya bantuan diberikan bagi menghargai jasa Border Scouts menjaga keamanan di kawasan sempadan sewaktu Malaysia bari mencapai kemerdekaan. Masalahnya, tahun 1960 itu Sarawak bukanlah sebahagian daripada Tanah Melayu. Malaysia hanya ditubuhkan pada 16 September 1963, maknanya Border Scouts ketika itu tidak berada dalam Malaysia lagi. Maka itu tahniahlah kepada Najib atas keprihatinan ini. Semoga beliau tidak "gila meroyan" bila melihat rakyat Sarawak sedar mereka diperalatkan ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak sekarang ini. Walhal selama ini nasib mereka dilupakan dan kebajikan mereka dipinggirkan!].

Panas: Pendedahan 'Raja Petra Di TV3' Pada Saat Terakhir Kempen 'Pilihanraya Sarawak' Buktikan Kerajaan Najib Semakin Terdesak Raih Sokongan

Posted: 13 Apr 2011 04:37 PM PDT

Susulan pendedahan eksklusif oleh Raja Petra Kamaruddin (foto) bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu di TV3 malam tadi, maka ramai yang telah menghubungi kami mahukan kepastian apa yang berlaku sebenarnya. Mereka terkejut dengan kenyataan ini dan merasa kecewa atas tindakan "Blogger Terkenal" terbabit berbuat demikian. Selama ini Raja Petra adalah blogger yang paling panas dan banyak membuat pendedahan berani tentang penglibatan Najib dan Rosmah dalan kes pembunuhan wanita Monggolia itu. Dalam pendedahannya semalam Raja Petra berkata, beliau telah didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil-alih jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah mengundur diri. Menurut beliau lagi, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini Menurut Beliau turut menegaskan bahawa ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya. Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau terima maklumat dari beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Inilah video siaran TV3 tentang pendedahan eksklusif Raja Petra semalam

Beliau memberitahu telah menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican. Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama. Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu. Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Anwar. Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa. Bahagian kedua temubual tersebut akan disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Provokasi TV3 Khas Untuk Pilihan Raya Sarawak

Persoalannya sekarang kenapa Raja Petra keluarkan kenyataan itu beberapa hari lagi menjelangnya hari pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak?. Tambahan pula di laman TV3 sendiri ada menyatakan "Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini", maknanya TV3 yang menjejaki Raja Petra di sana. Kenapa pula mereka mengatakan Raja Petra memberi kenyataan?. Bukankah beliau sendiri tidak "sebulu" dengan TV3 dan semua media arus perdana sebelum ini. Jika pun Raja Petra mahu keluarkan kenyataan, sudah pasti ia akan dirakamkan secara sulit dan diupload ke Youtube untuk tatapan semua. Tetapi, bila TV3 yang menjejaki beliau, ia sesuatu yang sungguh musykil. Sedangkan selama ini pun pihak polis gagal menjejaki Raja Petra itu sendiri. Apa yang berlaku agaknya? Apakah kita dipertontonkan dengan satu lagi "Layarlara TV3"?. Jika pun Raja Petra mahu keluarkan kenyataan sebegitu panas, maka kenapa TV3?. Bukankah dia bermusuh dengan stesyen TV itu?. Lebih baik dia buat kenyataan kepada CNN, Aljazeera, Bloomberg dan lain-lain media antarabangsa yang lebih telus dan adil sebenarnya. Bila TV3 yang mendedahkan kenyataan beliau ini, maka apakah rakyat akan percaya?. Ternyata terdapat usaha sulit antara TV3 dengan kerajaan BN bagi menghilangkan sokongan rakyat terhadap BN di Sarawak sebenarnya. Mereka mungkin boleh berjaya, tetapi bukanlah untuk selama-lamannya.

Siapakah Yang Arahkan TV3 Menjejaki Raja Petra

Jika benar kenyataan Raja Petra ini, maka kita begitu sangsi kenapa dia begitu berani muncul di TV3?. Bukankah ini memudahkan pihak polis Malaysia menjejaki beliau yang selama ini disangkakan berada di Britain. Inilah yang membuktikan kelemahan ketara skrip terbaru ini sebenarnya. Semoga Raja Petra sedar dirinya diperalatkan atau "wang pelincir" sudah "masyuk" menyebabkan dia sanggup berkata demikian. Malah, kita juga tertanya-tanya siapakah yang mengeluarkan arahan supaya TV3 menjejaki Raja Petra?. Masihkan kita ingat, Datuk Farid Ridzuan (foto), ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik UMNO itu, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri awal tahun ini. Difahamkan Farid juga membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1Malaysia Najib Razak itu. Justeru itu, apakah kita mahu hairan sangat kenyataan Raja Petra di TV3 ini sebenarnya?. Bukankah ini jasa pertama Farid Ridzuan kepada Kerajaan 1Malaysia itu. Justeru itu, rakyat dinasihatkan tidak terlalu gusar dan gelabah melihat senario yang berlaku ini. Teruskan usaha seperti biasa dan jangan salahkan Raja Petra atas apa yang dilakukan ini. Bukankah beliau kini terbuang dan tidak tahu bila dia boleh balik ke Malaysia. Maka dengan itu, mungkin dalam masa terdekat ini Raja Petra boleh balik tanpa sekatan ke Malaysia dan akan hidup senang lenang atas kenyataan panas beliau itu. Inilah realiti yang berlaku didepan mata kita sekarang ini. Maka yakinkan rakyat untuk lakukan perubahan !.


Nampak sangat kenyataan RPK jadi modal Pilihanraya Negeri Sarawak
[Bila isu video seks 'berprofil tinggi' muncul baru-baru ini, teringat kita kepada Si Farid Ridzuan bersama beberapa orang krew TV3 (suku) yang telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri itu. Media Prima menamakan lima eksekutif yang akan mengikut Farid iaitu Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff dan Eddy Sulaiman. "Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,". Bukan apa. Sekadar mengingatkan mengenai kewujudan satu kumpulan penerbitan video yang telah diambil oleh Rosmah untuk berkhidmat di JPM. Untuk apa? Kalau sekadar nak terbit bahan-bahan Audio Video, biasanya itu tugas Jabatan Penerangan dan Filem Negara Malaysia. Ketika sesi perbicaraan Liwat 1 dulu, selain tilam bertompok ciptaan Musa Hasan, pihak pendakwa juga turut menyelitkan klip rakaman video untuk dijadikan bahan bukti pendakwaan. Namun, mutu video yang dihasilkan bertaraf haprak. Untuk mengelak keadaan yang sama berulang, apakah tidak mungkin khidmat Farid dan krew penerbitan TV3 (suku) digunakan? Dengan segala kepakaran serta teknologi yang disokong dengan kemahiran dan kepakaran jurumekap, pereka set, apakah tidak mungkin mereka mewujudkan seorang pelakon yang mirip Anwar untuk dirakam aksi dalam video yang didakwa itu?. Maka dalam isu ini juga tidak syak lagi inilah hasil kerja beliau itu agaknya].

Isu Lynas: Kesanggupan Kerajaan Negeri Pahang Panggil Pakar Luar Negara Tidak Jadi Isu Kerana Rakyat Sebenarnya Mahu Projek Itu Di Batalkan !

Posted: 13 Apr 2011 11:25 AM PDT

KUANTAN 14 April - Kerajaan Negeri Pahang kini bersedia memanggil pakar dari luar negara bagi memberi pandangan berhubung isu pembinaan kilang pemprosesan bahan kimia oleh Lynas Corporation Ltd, dari Australia yang didakwa boleh menghasilkan radiasi dan memudaratkan orang ramai. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) bagaimanapun berkata tindakan itu kemungkinan belum mampu menyelesaikan masalah jika isu berkenaan sengaja dipolitikkan pembangkang. "Masalahnya, siapa yang kita percaya jika nak panggil pakar berkenaan kerana kalau kerajaan negeri yang memanggil, maka pembangkang akan kata kita tidak bebas dan jika mereka sendiri yang panggil, mungkin kita pula tidak setuju. "Namun, kita akan pertimbangkan perkara ini sebaik-baiknya kerana apa yang penting, kita utamakan keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 semalam.

[Dalam hal ini, Adnan Yaakob perlu faham bahawa bukan masalah pakar atau sebaliknya. Rakyat hanya mahu kepastian bila Kerajaan Negeri Pahang boleh mengumumkan pembatalan projek Lynas itu sebenarnya. Panggillah pakar sehebat mana sekali pun, selagi kilang itu wujud di Kuantan maka rakyat tetap menentangnya. Biarlah risiko radiasinya rendah dan tidak berbahaya, namun bagi rakyat ia tetap berisiko. Tambahan pula Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan yang sudah 11 tahun lalu membentangkan "bajet defisit", tidak akan mendapat apa-apa hasil dalam tempoh 12 tahun selepas Lynas beroperasi. Maknanya "wal hasil balik asal" bila Lynas di berikan perlepasan cukai oleh Kerajaan Pusat untuk tempoh tersebut. Makanya, jika Adnan memikirkan nasib rakyat beliau perlu batalkan projek itu. Sanggupkah beliau melihat rakyat hidup dalam risiko untuk tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang. Kenapa Kerajaan Negeri sanggup tanggung risiko atas sesuatu yang tidak menguntungkan?].

Tiada ulasan: