Isnin, 4 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video "Seks" Di Dedahkan, Persoalannya Kenapa Satu-Satunya Video Yang Ada Pada Datuk T Serta Pihak Polis Boleh Terlepas Ke Tangan Orang Lain

Posted: 04 Apr 2011 03:46 AM PDT

Adengan "video seks" panas yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula ditayangkan di laman Youtube oleh pihak berkenaan mulai tengahari tadi. Ia dipercayai telah diupload oleh seorang individu yang menggelarkan dirinya The Power Cam. Maka, ramailah penyokong UMNO BN mula bersorak kononnya itulah dia bukti Anwar memang terlibat dengan kes tersebut. Persoalannya yang harus dijawab ialah kenapa individu terbabit boleh memuat turun video berkenaan pada hari semalam 3 April 2011 dari negara Thailand berdasarkan kepada tulisan pada skrin video terbabit. Malah, kita juga amat hairan kenapa video itu diupload semalam sedangkan Datuk Eskay dan Rahim Thamby Chik sendiri pernah berkata hanya mereka sahaja yang mempunyai video tulen tersebut. Adalah difahamkan video berkenaan telah berada ditangan pihak polis. Maka, bagaimana individu terbabit boleh menyimpan video berkenaan. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Bagaimana video tersebut boleh terlepas ke tangan beliau. Apa yang berlaku ini pernah terjadi kepada ramai artis suatu ketika dulu seperti Ella, Fazura, Ida Narina, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Wajah mereka dikatakan pelakon seks dalam video yang tersebar diinternet, tetapi bila diamati betul-betul ternyata ia adalah wajah seiras dari Filipina atau Thailand yang menyerupai wajah-wajah mereka. Kini ia berlaku pula kepada Anwar. Nampak sangat yang video itu sengaja dirancang sedemikian rupa. Apakah kita mahu percaya?.


Bukti, paparan tulisan dalam bahasa Thailand pada skrin video tersebut

Inilah dia video sebahagian video panas yang dikatakan mirip Anwar
Terdapat seorang individu yang membuat komen di Malaysiakini berkenaan perkara ini berkata "Bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason... pertamanya kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly. Keduanya scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene.. Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu,aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu ", kata individu dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.


Inilah bukti wajah mirip artis yang pernah dikaitkan dengan skandal
video seks suatu ketika dulu, Ida Nerina (kiri) dan Fazura (kanan)


Lagi bukti kukuh, ramai artis yang muka seiras jadi mangsa video seks
seperti Fauzi Nawawi (kiri) dan ratu rock tanahair Ella (kanan)


Maka itu, mungkin juga Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa penipuan
video seperti ini gara-gara ada pihak yang mahu hancurkan politiknya

Isu Rakyat: Pelanggan "Maxis" Tertipu Gara-Gara Terpaksa Bayar RM1790.57 Ke Atas Perkhidmatan Broadband P1 Yang "Tidak Pernah" Dia Gunakan !

Posted: 03 Apr 2011 06:47 PM PDT


KUANTAN, 4 April - Gara-gara tertipu dengan agen jualan P1 Wimax, seorang kakitangan kerajaan disini terpaksa membayar RM1790.57 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun digunakan. Menurut wanita terbabit tahun lalu (2010) beliau telah didatangi oleh seorang agen jualan syarikat terbabit yang menawarkan perkhidmatan broadband terbaru P1 Wimax. "Pada mulanya saya tidak berminat kerana sudah mempunya broadbang Maxis sedia ada. Namun agen jualan terbabit mengatakan perkhidmatan mereka lebih baik dari lain-lain broadband dan menyuruh saya mencuba selama tempoh seminggu. Alasannya jika tidak berpuas hati boleh dipulangkan semua tanpa sebarang bayaran", katanya. Menurut beliau lagi, selepas didesak beberapa kali akhirnya dia bersetuju. Anehnya bayaran RM100 dikenakan sebagai deposit percubaan dan akan dikembalikan sekiranya perkhidmatan tidak memuaskan. "Belum sampai sehari mencuba, talian broadband tersebut ternyata tidak berkualiti di kawasan tempat tinggal saya Indera Mahkota ketika itu. Saya hanya boleh gunakannya apabila alat terbabit diletakkan di tepi tingkap rumah. Itu pun dalam jarak yang dekat, tetapi bila turun ke tingkat bawah broadband terputus. Akhirnya saya menghubungi agen jualan terbabit untuk memulangkan alat yang diberikan. Seperti janjinya seminggu akan dipulangkan kembali wang RM100 yang saya berikan", tambah beliau lagi.

Tertipu Dek Kerana Sikap Agen Jualan P1 Wimax

"Anehnya berbagai alasan yang diberikan dan akhirnya tempoh seminggu berakhir dan kemudia bila saya berjumpa beliau dia kata tempoh pemulangan sudah berakhir dan jika saya ingin pulangkan juga perlu tunggu 40 hari barulah wang RM100 itu dikembalikan", katanya. Berlaku kekecohan antara suami beliau dengan agen terbabit, namun ia tetap tidak diendahkan. Oleh itu beliau terpaksa menunggu dan terus menunggu. "Saya diarahkan memulangkan alat tersebut di kedai P1 Wimax yang terletak di Jalan Tun Ismail. Namun, selepas beberapa kali pergi saya tidak berjumpa dengan kedai tersebut kerana tidak mempunyai papan tanda khas", tambah beliau lagi. Difahamkan, beliau cuba memotong talian tersebut di kedai yang dinyatakan, dengan harapan akan mendapat kembali wang RM100. Namun, sangkaan itu meleset apabila dia pula dikatakan perlu membayar lebih RM500 atas perkhidmatan yang tidak pernah pun beliau gunakan.


Bukti, inilah dia bil yang terpaksa dibayar atas perkhidmatan tersebut

Gara-gara alat inilah menyebabkan beliau terpaksa bayarRM1790.57
"RM100 yang saya tuntut, tetapi RM500 yang saya perlu bayar atas perkhidmatan yang saya tidak gunakan. Ini tidak adil, sepatutnya syarikat terbabit memotong perkhidmatan saya selepas saya melaporka masalah berkenaan. Akhirnya terkini saya sunggug terkejut apabila mendapat bill terkini RM1790.57. Saya sungguh sedih atas apa yang berlaku dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan taktik syarikat terbabit. Saya berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman untuk menyaman agen jualan dan syarikat berkenaan jika mereka terus mendesak saya menyelesaikan bayaran perkhidmatan yang saya tidak gunakan", katanya lagi.

[Kes yang berlaku kepada beliau ini adalah sebilangan kecil daripada kejadian yang menimpa pelanggan P1 Wimax sebenarnya. Semuanya gara-gara agen jualan yang berjanji tetapi tidak ditepati. Soalnya, apakah wajar beliau membayar jumlah tersebut sedang sepatutnya dia mendapat semula wang cagaran RM100 yang diberikan kepada agen berkenaan. Penipuan yang melibatkan agen jualan sememangnya banyak berlaku termasuk yang paling popular kes kad gores & menang. Ramai yang terkena adalah mereka yang tidak tahu apa-apa dan terpukau mendengar penerangan yang disampaikan oleh mereka. Harap P1 Wimax memantau perkara ini dan mengambil serius kes yang berlaku kepada pelanggan Maxis berkenaan. Jangan sampai ia memalukan apabila tindakan saman terpaksa digunakan].

Panasi: Gara-Gara Mereka Begitu Sibuk Menjaga Kepentingan Politik AMENO (UMNO), Kini Pusat Latihan Polis Pula Di Serang Oleh Virus ADENO !!

Posted: 03 Apr 2011 04:34 PM PDT

SEREMBAN 4 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang jalani latihan di Pusasda sejak Januari lalu.

[Ramai yang terkejut dengan senario yang berlaku ini sebenarnya. Namun, segalanya adalah dari Allah SWT, cuma pihak berkenaan perlu beringat-ingat dengan setiap tindakan yang dilakukan kepada rakyat. Pihak polis jangan terlalu menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu hingga menakutkan rakyat. Polis sepatutnya menjadi pelindung rakyat, tapi di Malaysia situasinya sudah berbeza bila rakyat menganggap polis pula yang menakutkan mereka. Lantaran itulah segala yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar. Virus Adeno yang melanda itu mungkin dek kerana doa rakyat yang tidak mahu polis terus menjadi alat kepada virus Ameno (UMNO). Rakyat tidak mahu lagi mereka terus diperlakukan sesuka hati oleh pihak polis hanya kerana taat kepada arahan ketua. Sepatutnya dengan khalimah "Allah Muhammad" yang ada pada lambang mereka itu maka pihak polis sewajarnya lebih takutkan Allah dari manusia. Namun, ini tidak berlaku bilamana polis terpaksa bekerja atas arahan orang politik. Semoga fenomena ini akan berubah selepas pilihanraya umum akan datang. Oleh itu, ambillah ikhtibar atas segala yang terjadi ini].

Ramai Ahli Kecewa Tindakan Amy Search Terima Tawaran Jadi Pengetua AF9 Di Saat Penulis Lirik Lagu "Isabella" Bob Lokman Kini Bersama PAS !!

Posted: 03 Apr 2011 08:15 AM PDT

Ramai ahli PAS meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap keputusan lagenda rock tanahair, Amy Search (foto) yang menerima tawaran untuk menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9). Kata mereka, rancangan realiti itu jelas sekali bertentangan dengan budaya Melayu dan melanggarkan prinsip Islam. Sejak sekian lama rancangan tersebut ditentang kerana ia jelas sekali menyuburkan maksiat (hiburan) dan menggalakkan pergaulan bebas sesama pelajar terbabit. Mereka bukan sahaja ditempatkan dalam satu bumbung, malah mereka bebas bertepuk tampar, bergurau sedang, berpegangan tangan antara satu sama lain. Malah, ada yang sanggup memeluk rakan-rakan yang lain biar pun berbeza jantina apabila terdapat diantara mereka yang terkeluar. Malah, konsert rancangan tersebut juga benar-benar melanggar hukum agama dan ternyata ia menggalakkan generasi muda untuk menceburi bidang hiburan dengan memasukkan unsur-unsur maksiat dan budaya barat didalamnya. Justeru itu, apakah wajar Amy Search yang dilihat semakin mendekati Islam menjerumuskan dirinya sebagai Pengetua AF9?.


Terkini, Amy Search diapit pelajar AF9 selepas diumum sebagai Pengetua

Amy Search tidak sepatutnya menerima jawatan sebagai Pengetua AF9 itu

Setahun yang lalu juga ada terdengar sesas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan pada majlis Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan.

[Melihat kepada imejnya selepas itu, memang ramai yang menjangkakan Amy Search sudah pasti akan kembali bersama perjuangan Islam. Tambahan pula ramai sahabat artis telah pun berbuat demikian termasuk penulis lirik lagu "Isabella" yang dinyanyikan oleh kumpulan popular itu sendiri iaitu Bob Lokman (foto). Jika Bob Lokman yang pernah menjadi Juri rancangan realiti Raja Lawak Astro itu boleh bersama PAS, maka mengapa tidak Amy Search. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dikalangan para artis kembali kepada fikrah sebenar kehidupan yang hakiki tiba-tiba Amy kembali berundur ke belakang. Tindakan menjadi Pengetua AF9 bermakna dia menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Maka itu, semoga Amy Search dapat memikirkan apakah yang dilakukan itu diredhai Allah atau sebaliknya. Kembalilah kepada Islam bukan terus bergelumang dengan maksiat yang sudah bertahun-tahun dilaluinya itu].

Panas: Karpal Gesa Kerajaan Menayangkan Video Seks Di Parlimen, Soalnya Apakah Nazri Aziz Dan Trio Datuk T Berani Membenarkan Ianya Berlaku

Posted: 03 Apr 2011 07:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 April - Nampaknya "Trio Datuk T" bakal berhadapan dengan cabaran besar kali ini. Ia berikutan kenyataan Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh (foto) yang mahukan supaya "Video Seks" yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara ditayangkan semua di Dewan Rakyat. Sebelum ini, Menteri Nazri Aziz menegasakan pihak yang menayangkan video seks terbabit tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana tindakan mereka bukanlah untuk mencari keuntungan. Malah, video panas yang dipercayai memaparkan wajah individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mencetuskan kontroversi hebat apabila dua orang Mufti (Perak dan Perlis) mengeluarkan kenyataan yang dilihat memihak kepada Anwar. Akibat kenyataan itu, tiba-tiba Ketua Polis Negara mengesahkan video tersebut adalah tulen. Ini menyebabkan rakyat semakin keliru dan musykil, tambahan pula terdapat dakwaan salah seorang individu yang mendedahkan insiden ini iaitu Datuk Eskay dilihat terdapat dalam video yang diperkatakan itu. Makanya, ia jelas sekali menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Maka itulah Karpal Singh menyeru pihak berkuasa menayang video iti di parlimen. Beliau berkata, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya. Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada 1992 berhubung kontroversi video seks DP Vijandran.

[Jika video ini ditayangkan di parlimen, maka ia sekali lagi pasti akan menggemparkan kerana wajah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu pasti akan didedahkan. Soalnya, jika benar Anwar mengatakan lelaki itu bukanlah dirinya seperti yang didakwa maka sudah pastilah ia akan menyebabkan Trio Datuk T mendapat malu besar. Justeru itu, kami amat yakin tayangan ini pasti tidak akan berlaku demi melengkapkan perjalanan kes ini. Jika tidak pasti ia akan menyebabkan Trio Datuk T terutamanya Rahim Thamby Chik berhadapan dengan satu situasi yang sungguh mencemaskan. Rasionalnya kami mengatakan begini ialah kerana jika benar video itu sah wajah Anwar, maka sudah pasti ia akan bertebaran di laman youtube (internet) sama seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek itu. Rakyat yang boleh menjadi hakim untuk mengesahkan siapakah pelakon tersebut. Samalah dengan apa yang berlaku sebelum ini apabila kita dikecohkan dengan video seks Zakiah Anas, Ida Nerina dan ramai lagi artis popular. Namun, selepas ia disebarkan di internet ternyata wajah tersebut adalah bukan artis berkenaan. Orang ramai boleh menilai, soalnya kenapa Ketua Polis Negara begitu cepat mengumumkan ketulenan video berkenaan hanya berdasarkan siasatan seorang pakar].

Tiada ulasan: