jiwo kelate |
Sepatutnya Banteras Fitnah Bukan Suburkan Fitnah Posted: 04 Apr 2011 06:48 AM PDT Dalam Titan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke 12 pada 7 Mac 2011 lalu. Tuanku ada bertitah dalam perenggan 44, titahnya: “Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. Jadilah warga yang bijak, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah.” Titah Tuanku adalah ditujukan kepada semua samada kerajaan, pembangkang, pegawai kerajaan dan rakyat jelata. Pembuat dasar, pelaksana dasar hendahlah bertekad untuk membanteras FITNAH, bukannya PENYUBUR BUDAYA FITNAH. Pendedahan Datuk T mengenai video seks jelas menjurus kepada apa sebenarnya. Manakala pengakuan Ketua Polis Negara (KPN) mengenai ketulenan video seks bertujuan apa? Apakah kenyataan KPN itu semakin menyuburkan budaya fitnah dengan tidak menyatakan ketulenan pelakonnya. Pelakon filem mudah dicari, orang berlakon sebagai Hitler kan ada filem, begitu filem mengesahkan Mahatma Ghandhi dan lain-lain. Jadi bukannya mustahil untuk merekayasa filem untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim yang kini BN semakin terdesak, tambahan pula sokongan terhadap Pakatan Rakyat. Usaha BN kini adalah bagaimana mengurangkan kepercayaan rakyat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dan inilah satu-satu cara dan pendekatan untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Isu Fitnah terpaksa dilakukan juga walaunpun SPB YDP AGONG tidak berminat dengan isu fitnah memfitnah ini, tambahan pula Seksyen 5 (1)(b) Akta Penapisan Filem 2002, jelas melarang menyebarkan, menayangkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. Jadi sepatutnya KPN menyiasat Datuk T yang diketuai Rahim Thamby Chik dan boleh didakwa contohnya dibawah peruntukan di atas dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (b) iaitu mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu dan tidal lebih lima puluh ribu atau dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Tetapi seksyen ini hanya digunakan kepada kutu kutu gerahak bukan untuk pemimpin seperti Rahim Thamby Chik atau pemimpin seumpamanya. Jadi bilakah sebenarnya masa UNTUK NAK BANTERAS FITNAH yang bersiri kini jika Pilihanraya ke 13 akan datang dibiarkan berlalu begitu saja. JANGAN SUBURKAN FITNAH. |
Video Seks Lucah: Kenyataan KPN gagal tangani Fitnah Posted: 03 Apr 2011 03:33 PM PDT Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen, tidak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu. Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, teknologi canggih memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki. “Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakonnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih. “Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya,” ulas beliau dalam satu kenyataan media. Selain mendedahkan video berkenaan adalah tulen, Ismail semalam turut mendedahkan bahawa penyiasatan polis kini di peringkat akhir. Walau bagaimanapun, individu penting dalam kes ini termasuk yang dituduh melakukan zina, langsung tidak dipanggil untuk memberi sebarang kenyataan. Ismail juga mendedahkan tiga individu ditahan bersabit kes video seks ini, namun dibebaskan dengan jaminan polis. Trio “Datuk T” yang membuat tayangan video lucah secara terbuka juga masih lepas bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan perundangan. Menurut Nasrudin lagi, paling penting dalam konotasi agama, ia bukanlah tentang ketulenan video yang didedahkan “Datuk T”, sebaliknya kaedah tuduhan yang tidak menepati syarak dan perlakukan menyebar serta mempertontonkan video lucah kepada umum jelas bertentangan dengan undang-undang dan hukum Qazaf. “Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya “Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi,”katanya lagi. Dalam konteks ini, agama Islam masih memerlukan empat orang saksi seperti yang disyariatkan dalam Islam untuk menuduh si pelaku melakukan perbuatan zina. ” Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai ” Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. ” Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak,” jelasnya lagi. Malah tambah Nasrudin, tidak mustahil imej individu yang dirakam melakukan hubungan seks adalah individu lain yang wajahnya mirip Anwar. Oleh yang demikian, Nasrudin hari ini mengingatkan umat Islam supaya menggunakan kaedah yang digariskan dalam Islam kerana agama adalah untuk memelihara maruah. ” Umat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk menerima sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut,”katanya. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan