Jumaat, 1 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bantahan Penduduk Terhadap Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif Rare Earth Di Gebeng Kian Memuncak Selepas Kenyataan Panas MB Pahang !

Posted: 01 Apr 2011 03:03 AM PDT

KUANTAN, 1 April - Bantahan penduduk dan terhadap pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini semakin memuncak, berikutan tindakan Menteri Besar Pahang yang menyatakan pendirian Kerajaan Negeri bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat petang tadi telah berjaya diadakan biar pun dengan kawalan pihak polis. Dalam himpunan tadi pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat hadir pada himpunan tersebut, biarpun cuaca agak panas terik ketika itu. Disamping menyampaikan ucapan panas dan berapi, edaran poster dan flyers berkaitan risiko pembinaan kilang tersebut turut diedarkan kepada orang ramai. Antara pemimpin yang menyampaikan ucapan ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang), YB Tn.Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Pihak polis yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Tn. Jasmani Yusoff telah hadir untuk memantau.


Rakyat sudah tidak tahan dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang


Bersemangat, generasi muda tidak mahu rakyat jadi tikus makmal
Visual kurang memuaskan kerana cuaca panas terik semasa rakaman

Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN


[Walau bagaimana pun program berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi. Pihak polis termasuk anggota trafik juga berjaya mengawal lalulintas dengan baik di sepanjang jalan hadapan masjid tersebut. Selepas ceramah, orang ramai memegang sepanduk bantahan dan berdiri disepanjang jalan untuk menarik perhatian pengguna jalanraya yang lalu disitu. Sesungguhnya rakyat merasa bertanggungjawab untuk membantah projek yang jelas memperjudikan nasib rakyat ini sebenarnya. Difahamkan, banyak lagi himpunan bantahan akan dijalankan selepas ini bagi menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap isu itu. Syabas diucapkan kepada semua yang hadir dan terima kasih juga kepada anggota polis yang mengawal keadaan dengan baik. Selamatkan Rakyat Kuantan!].

Kontroversi Video Seks, Kenapa Pihak Polis Begitu Pantas Mengesahkan "Ketulenan" Video Tersebut Dengan Hanya Merujuk Laporan Pakar Tempatan

Posted: 01 Apr 2011 01:59 AM PDT

Seperti yang dijangka akhirnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (foto) mengeluarkan kenyataan bahawa Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan. Beliau juga berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan. "Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit. Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya. Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu. Soalnya sekarang siapakah pakar tempatan ini? Adakah ia Yusri KRU seperti yang diwar-warkan polis sebelum ini. Apakah dengan pengesahan seorang pakar tempatan yang belum tentu kita tahu "niat disebaliknya" maka pihak polis boleh menerima terus keputusan itu. Bukankah, ia masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan lebih ramai pakar dari luar negara untuk membuktikan ketulenan tersebut. Paling melucukan bila polis kata enggan mendedahkan ketiga-tiga individu yang telah dipanggil, padahal seluruh dunia sudah tahu yang Trio Datuk T yang diketuai oleh Rahim Thamby Chik telah dipanggil ke Bukit Aman baru-baru ini. Apakah mereka dipanggil untuk disiasat atau melengkapkan lagi maklumat tentang video berkenaan. Inilah yang memusykilkan rakyat Malaysia sebenarnya.

[Soalnya, kenapa terlalu cepat membuat pengumuman dan ingin menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara?. Apakah ini kerana mereka sudah terlalu terdesak untuk memastikan Anwar ke dalam agaknya?. Atau mungkin juga pihak yang berkenaan gusar dengan kenyataan beberapa orang Mufti yang mempertikaikan tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Anwar tanpa merujuk kepada ajaran Islam itu sendiri. Inilah sebabnya yang mungkin memaksa Ketua Polis Negara adakan sidang media tergempar untuk mengumumkan hasil siasatan tersebut. Apakah kita boleh percaya pengesahan yang dibuar oleh Pakar Tempatan terutamanya Yusri KRU yang diketahui mempunyai hubungan "erat" dengan UMNO itu sendiri. Tambahan pula abangnya Norman merupakan AJK UMNO di tempat tinggal mereka. Hanya dengan pengesahan seorang pakan tempata, polis terus menerima dan mengesahkannya?. Bagaimana pula jika pakar itu bertujuan untuk menipu atau dibayar sekian "bayaran" supaya mengesasahkan ketulenann video berkenaan?. Jika inilah cara siasatan pihak polis, maka sudah pastilah Anwar Ibrahim akan "comfirm" ke Penjara Sg.Buloh atas konspirasi ini pula. Inilah yang diinginkan sebelum tetapkan tarikh Pilihanraya Umum sebenarnya. Apakah rakyat boleh bersabar dengan senario ini].

Radioaktif: Dek Kerana Tidak Dahulukan Rakyat, UMNO BN Bakal Berhadapan Dengan Undi Protes Ahlinya Sendiri Dalam Pilihanraya Umum Nanti !

Posted: 31 Mar 2011 07:56 PM PDT

Akibat tidak mahu mendengar suara akar umbi dalam meluluskan sesuatu projek, akhirnya Kerajaan Negeri Pahang yang ada sekarang bakal goyah dalam Pilihanraya Umum akan datang. Bukan sahaja bakal berhadapan dengan laluan sukar, malah BN juga kemungkinan besar tidak akan berjaya menawan kembali Parlimen Indera Mahkota dan Parlimen Kuantan sebenarnya. Rasional kenyataan ini kerana ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO BN yang amat kecewa dengan tindakan Menteri Besar Pahang meneruskan juga projek pembinaan kilang memproses Rare Earth di Gebeng yang ditentang rakyat sekarang ini. Biarpun MB Dato Sri Adnan Yaakob merasakan tindakan Kerajaan Negeri Pahang meneruskan projek itu demi kepentingan rakyat dan yakin radioaktif yang akan dihasilkan oleh kilang terbabit berbahaya. Namun, beliau harus sedar berapa ramai rakyat Kuantan kini mula berada dalam "ketakutan". Mereka gusar melihat kejadian yang berlaku di Bukit Merah, Perak dulu akan terjadi pula kepada anak cucu mereka satu hati nanti. Tindakan Adnan yang tidak mahu "mendahulukan rakyat" dalam kes ini, jelas sekali menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang pimpinan BN gagal untuk membela rakyat sebenarnya. Apa yang dipentingkan ialah pelaburan RM700 juta yang bakal diperolehi oleh kerajaan negeri. Sedangkan nasib rakyat yang terpaksa berhadapan dengan risiko itu terus dipandang sepi oleh mereka.

Bukti, kenyataan media The New York Times, tentang senario ini
[Maka itu kerajaan sanggup memperjudikan nasib rakyat sendiri. Lantaran itu juga mereka yang marah dengan keputusan ini berjanji akan membuat undi protes untuk menjatuhkan UMNO BN di Pahang. Maknanya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini merupakan satu hikmahh untuk membolehkan rakyat secara keseluruhannya menolak mereka dalam PRU-13 nanti. Inilah akibatnya bila tergamak untuk meminggirkan rakyat dalam projek-projek berbahaya seperti ini. Adnan sepatutnya memikirkan nasib generasi akan datang. Ini kerana kesan yang akan terjadi bukannya sekarang, ketika itu beliau sudah tidak menjadi MB lagi. Oleh itulah agaknya beliau tidak mahu fikirkan masalah yang akan ditanggung rakyat].

Radioaktif: Rakyat Dijemput Hadir Ke Himpunan Aman "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" Di Masjid Balok Selepas Solat Jumaat Pada hari Ini !!

Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT

KUANTAN, 1 April - Susulan keenganan Menteri Besar Pahang mendahulukan rakyat dalam isu pembinaan kilang memproses "rare earth" oleh Lynas Corporation, maka satu perhimpunan aman "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" akan diadakan di Masjid Balok selepas Solat Jumaat hari ini. Justeru itu, orang ramai terutamanya penduduk sekitar yang bakal menerima "risiko" akibat projek tersebut diminta hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan. Himpunan ini adalah bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap kenyataan MB Pahang itu semalam. Dalam kenyataannya semalam, MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dengan yakinnya memberi jaminan bahawa pembinaan kilang tersebut adalah selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Malah, sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah mengatakan pembinaan kilang tersebut bakal memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Soalnya sekarang, bukan itu yang rakyat mahukan tetapi mereka tidak ingin kilang tersebut didirikan berhampiran kawasan mereka.



[Ternyata UMNO BN Pahang dibawah pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob gagal berperanan untuk mendahulukan rakyat seperti apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri dalam gagasan "1Malaysia" itu. Sungguh melucukan apabila MB berkata kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu. Masalahnya, pernahkah Kerajan Negeri Pahang mendapatkan pandangan rakyat sebelum membawa masuk kilang tersebut. Memang sekarang, jika dibantah pun kerajaan akan tetap meluluskannya, sebab segala kerja yang berkaitan sudah diselesaikan. Itu belum termasuk siapa yang membawa masuk projek tersebut ke Pahang. Begitu juga yang menyokong penuh permohonan projek tersebut. Semua ini sudah dibuat sejak awal-awal lagi sebenarnya, maka andaikata LPTA mengatakan kilang tersebut berbahaya sekali pun, sudah pasti Kerajaan Negeri akan tetap sokong. Kerana apa, kerana mereka semua sudah memberi komitmen masing-masing sejak dari awal lagi].

Video Eksklusif: Pemimpin UMNO Hanya Sanggup Pertahankan Agama Bila Ada Kepentingan Politik

Posted: 31 Mar 2011 06:35 PM PDT


[Terkadang, bila kita kaji balik memang benar semua pemimpin UMNO menikus bila Mufti Perlis dan Mufti Perak keluarkan kenyataan tentang isu "video seks" ini. Mereka terkejut kerana kenyataan Mufti itu semacam memihak kepada Anwar Ibrahim. Lantaran itulah, mereka tidak berani untuk membuat apa-apa respon terhadap apa yang diperkatakan itu. Apa yang kita gusarkan, kemungkinan dua-dua Mufiti itu jugak akan menjadi mangsa politik selepas ini gara-gara mengeluarkan kenyataan yang bersifat "neutral" seperti ini. Dalam kes-kes yang menguntungkan mereka, maka pemimpin UMNO minta semua pihak mendengar kata-kata Mufti, tetapi dalam isu ini mereka mahu umat Islam mendengar kata-kata Rahim Thamby Chik dan seterunya itu. Antara kenyataan Mufti dan Rahim Thamby Chik, yang manakah lebih wajar didengar sebenarnya?. Punyalah teruk pemikiran dan jiwa pemimpin UMNO mutakhir ini. Semoga rakyat sedar dan bangkit buat perubahan dalam pilihanraya umum nanti].

Tiada ulasan: