Muslimeen United |
- Pesan Buat Pengundi Daripada Mursyidul Am dan Presiden PAS
- 10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman
- GAMBAR-GAMBAR YANG MENGGERUNKAN BN
- PAS yakin lahirkan anak 'kembar' - Nasharudin
- ORG BN SERANG UST SALEHUDDIN NASIR DI SARAWAK!!!
- Taib Bakal Jadi Ketua Pembangkang Dun Sarawak !
- Zentrum :PR-31, BN-21, SNAP-15, Baki-Bebas...Taib Makin Kecut!!
- Kenyataan Gila Meroyann..
- Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat
- Taufan Wan Mokhtar 1999 kini landa Taib
- ANALISA S'wak 3 Hari Sebelum Mengundi 28 BN, 19 PR, 24 MISTERI..
- Kita raikan kejayaan Sarawak di Stadium Mini Jitra 16 April
- SUPP Anggap Muka Taib "Sueh" Di kalangan Pengundi, Mahu DAP Turunkan Iklan
- Rakyat sudah amat muak dan benci dengan simbol dacing
- TG Nik Aziz: Seruan untuk Pengundi Sarawak
- Betapa cemasnya Barisan Nasional hadapi PRN Sarawak
Pesan Buat Pengundi Daripada Mursyidul Am dan Presiden PAS Posted: 14 Apr 2011 05:14 AM PDT |
10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman Posted: 14 Apr 2011 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS. Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit. Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya. "Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah. "Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang. -Hrkh |
GAMBAR-GAMBAR YANG MENGGERUNKAN BN Posted: 14 Apr 2011 02:39 AM PDT |
PAS yakin lahirkan anak 'kembar' - Nasharudin Posted: 14 Apr 2011 02:36 AM PDT SADONG JAYA, 14 April : PAS yakin akan melahirkan kejutan dalam pilihan raya umum negeri (PRN) Sarawak ke-10 16 April ini dengan melahirkan 'anak sulung kembar' (menang lebih dua Dun), kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Sadong Jaya 14 April lalu bersama calon Pesuruhjaya PAS Sarawak yang juga calon PAS Sebuyau, Adam Ahid. Ujar Nasharudin, beberapa kawasan kini termasuk di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya memperlihatkan tanda-tanda sokongan rakyat semakin meningkat, hingga membimbangkan BN. "Perkembanagn saya lihat sepanjang tempoh kem;pen dan sebelaum kempen saya lihat peningkatan yang cukup ketara, sokongan moral rakyat Sarawak tanpa melihat kaum atau bangsa, mereka mesra dengan PAS," katanya. PAS cukup diterima bukan Islam di sini dengan Iban, Dayak dan Cina amat meraikan kehadiran PAs di Sarawak, katanya. Sebagai contoh, perarakan calon dan kempen PAS di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong jaya dihadiri orang tempatan, katanya. Beliau yakin akan sokongan itu tercerna dalam pilihan raya 16 September ini. "Dapat dilihat kebimbangan BN terhadap sokongan yang semakin kurang terhadap mereka di Sarawak.Mereka (BN) bimbang dengan sekiranya tidak berjaya kekalkan dua pertuga majoriti, apapun itu seranga psikologi mereka terhadap kita, saya harap rakyuat Sarawak tekad melakukan perubahan. "Banyak isu berkaitan rakyat Sarawak tidak dapat pembelaan kerajaan sekarang (BN)," katanya Disebabkan itu, pengundi mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai kepimpinan BN untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan, katanya. "Saya yakin akan berlaku perubahan, bukan sahaja satu mungkin kembar," katanya. Sementara itu menurut maklumat Adam, calon BN Sebuyau didakwa dihalau oleh masyarakat Iban semasa mahu masuk ke rumah panjang di salah satu Unit Peti Undi (UPU) Kampung Iban dekat Sebuyau. Ujarnya, calon BN itu dihalau kerana masyarakat Iban cukup marah dengan Julahi yang sejak dahulu tidak pernah prihatin kepada masyarakat Iban di sini. "Sokongan masyarajat Iban cukup tinggi, saya lihat mereka cukup marah.Meraka mahu perubahan berlaku, saya letakkan 70 peratus Iban menyokong kita, saya harap begitulah, hingga hari pembuangan undi," ujarnya. Beliau yakin perubahan akan berlaku, dan masyarakat Iban sebenarnya sudah meletakkan satu asas untuk perubahan berlaku. "Kita akan dapat anak sulung kembar, dua tiga ataupun lima sekali," katanya sambil disambut hilai tawa Timbalan Presiden PAS. -Hrkh |
ORG BN SERANG UST SALEHUDDIN NASIR DI SARAWAK!!! Posted: 14 Apr 2011 02:36 AM PDT Pimpinan PAS Selangor menerima tamparan hebat daripada penduduk kampung Putin yang memberi amaran supaya menghentikan ceramah kerana didakwa menganggu keselesaan orang kampung. Seorang penduduk kampung yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju meluru ke arah Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir memberi amaran supaya menghentikan ceramah dengan segera. Menurut Ustaz Salehuddin, penduduk yang tidak dikenali itu berkata, "Ini Sarawak bukan Semanjung. Kau berceramah macam orang gila macam mahu sampai ke bulan." "Penduduk tanpa baju itu berlari dan terus menerpa saya supaya hentikan ceramah," katanya. Turut berceramah di bilik Gerakan PAS malam itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Bagaimanapun, beliau sudah bersedia dengan keadaan seperti itu dan menganggap ia merupakan peristiwa Semanjung yang sudah menular ke Sarawak. "InsyAllah ini merupakan petanda positif bagi perjuangan PAS kerana orang kampung memberi tindak balas apabila adanya ceramah pimpinan PAS," katanya. Penduduk tersebut ditarik oleh Unit Amal dan jentera PAS Sarawak keluar daripada kawasan tempat ceramah. |
Taib Bakal Jadi Ketua Pembangkang Dun Sarawak ! Posted: 14 Apr 2011 02:29 AM PDT Oleh Abdul Rahman Hashim Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sekali lagi menyatakan keyakinannya bahawa rakyat Sarawak sudah tidak sabar lagi untuk melihat kepimpinan Taib Mahmud ditolak menjelang pilihan raya umum negeri Sarawak 16 April ini, malah beliau juga berkata bahawa Taib akan diumumkan sebagai Ketua Pembangkang DUN Sarawak sebaik sahaja Pakatan Rakyat diisytiharkan membentuk kerajaan. Beliau menyatakan demikian di pentas ceramah umum DUN Satok di Jalan Patingan dekat Kuching malam kelmarin (11 April) yang dihadiri lebih 2000 orang penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Anwar tiba di pentas DUN N.8 Satok kira-kira jam 10.15 malam selepas beliau berceramah di DUN Batu Lintang yang menurutnya telah dihadiri oleh puluhan ribu penduduk tempatan khususnya masyarakat Cina di sana. Menurut Anwar, rakyat Sarawak semakin bijak untuk membuat keputusan malah beliau optimis Barisan Nasional Sarawak akan tumbang dalam pilihan raya negeri kali ini, kerana menurutnya pakatan PKR, DAP dan PAS kini semakin digeruni oleh BN. Anwar juga berkata, pada 17 April nanti Pakatan Rakyat akan membuat pengumuman bahawa Taib Mahmud akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Sarawak, manakala Najib pula akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kerana beliau juga yakin kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak akan menjangkit dalam pilihan raya umum di peringkat nasional. Kenyataan sinisnya itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dan laungan reformasi oleh orang ramai yang memenuhi segenap ruang di jalan raya berdekatan dengan bilik gerakan PKR Satok di jalan Patingan. Sepanjang saya mengikuti gerak kerja kempen kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat, jelas sekali kegelisahan rakyat akar umbi terutama di kalangan rakyat marhain samada Melayu atau Iban/Bidayuh terutama masyarakat Cina di bandar-bandar besar sedang membentuk gelombang tsunami yang bakal melanda BN seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 2008. Apa yang mengejutkan lagi ialah apabila saya terdengar seorang anak muda yang dipercayai penyokong kuat Pakatan Rakyat dari semenanjung yang berada di sini untuk menyokong kempen PKR akan 'stay' lebih lama di Kuching ini, kerana mereka yakin pada 18 April nanti mereka percaya Pakatan Rakyat akan mengangkat sumpah membentuk kerajaan baru di Sarawak. Gimik DAP untuk merobah Sarawak? |
Zentrum :PR-31, BN-21, SNAP-15, Baki-Bebas...Taib Makin Kecut!! Posted: 14 Apr 2011 12:16 AM PDT Mahathir terasa amat gerun dengan Sarawak. Dia berkata Taib tidak belajar dari sejarah apabila membuat keputusan mengundurkan diri. Taib tidak belajar dari Wan Mokhtar di Terengganu. "Saya fikir BN akan menang," hanya itulah kata-kata Mahathir tentang BN di Sarawak. Mahathir sendiri tidak yakin kerana sekiranya beliau yakin lain pula jawapannya. Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani telah mengeluarkan kaji selidik PR-31, BN-21, SNAP-15, Baki-Bebas pada pilihanraya Sarawak kali ini. Taib juga tumbang di Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu. Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus. Namun keputusan kaji selidik yang dinamakan 'PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat. Yelah!! Pelbagai benda boleh berlaku. Duit! Duit!! Di mana kau duit!! Apapun pilihanraya Sarawak kali ini kedengarannya amat menarik. Baca berita penuh di sini |
Posted: 14 Apr 2011 12:04 AM PDT Perdana Menteri berkata, pentadbiran Sarawak memerlukan kerjasama erat dengan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi mengembling usaha ke arah mentransformasikan rakyat negeri itu. "Kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga ditadbir BN, Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN... atas semangat kerjasama ini transformasi Sarawak pasti akan berlaku," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, Rabu malam. Selain itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji pembangkang yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri. Menurutnya, keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak. "Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik. "Akibatnya Sarawak tidak akan maju sekiranya pembangkang menang, jadi rakyat Sarawak tak boleh bagi pembangkang menang," katanya. Tambah beliau, rakyat Sarawak dinasihatkan supaya tidak mudah termakan dengan janji-janji pembangkang yang dibuat sekadar meraih undi. "Kalau nak majukan Sarawak, kita kena berpijak di bumi yang nyata, kita tak boleh hanya jual janji atau hanya perdagangkan janji... ini sikap pembangkang," katanya. Juragan : ayat di atas macam pernah ku dengar semasa PRU ke-12 dulu bah.. patut la rakyat Kedah,Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang banyak yang mati tak makan...sbb PR tak pandai memimpin..kuah3 |
Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat Posted: 13 Apr 2011 09:11 PM PDT Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP. Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP. Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya. "Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim. Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman. Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching. "Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak. "Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu. Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang. Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow. -M'kini |
Taufan Wan Mokhtar 1999 kini landa Taib Posted: 13 Apr 2011 09:05 PM PDT KUCHING, 14 April: AGAM, sama usia dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau tinggal di Kampung Batu Boya. Anehnya Agam seperti menyesal tidak sudah kebelakangan ini. Tanahnya seluas seekar sudah terlepas ke tangan pemaju. (Gambar kanan: Doa untuk kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak) Tanah seekar itu diwarisi sejak turun temurun. Biar pun tanah itu hak milik keluargannya tetapi tiada 'land title'. "Dan kalau tidak cukup empat saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik dia tak layak lagi menjadi saksi untuk sebarang kes," ujarnya seperti dilapor laman berita baru-baru ini.
Dr Jeneri Amir dari Unimas juga bersetuju isu Alkitab telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Bumiputera Kristian. Seorang lagi pensyarah universiti mendakwa sekiranya mubaligh atau paderi mengambil pendirian, ia boleh mempengaruhi undi penganut Kristian di Sarawak. Jeniri juga memberitahu dalam beberapa kes menjelang pilihan raya 16 April ini, jalan-jalan menunju ke rumah panjang penduduk yang menyokong pembangkang tidak lagi diturap, manakala lampu jalan dipadamkan. Benarkah begitu. Sekarang ada tiga isu besar berada di tangan rakyat Sarawak. Satunya liabiliti Taib, kedua, isu NCR dan ketiga, Alkitab. Isu paling besar ialah kekecewaan rakyat Sarawak terhadap Taib. Maka tidak hairanlah sebuah NGO, Movement for Change Sarawak (MoCS) minggu lalu memberi tempoh sehingga 13 Ogos kepada Taib meletak jawatan. Pengerusinya, Francis Paul Siah mendakwa MoCS akan menggerakkan kuasa rakyat jika Taib gagal berbuat demikian. Tunggulah sejarah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad di Terengganu pada 1999 sedang berpusar menuju ke Sarawak. -Hrkh |
ANALISA S'wak 3 Hari Sebelum Mengundi 28 BN, 19 PR, 24 MISTERI.. Posted: 13 Apr 2011 08:59 PM PDT ANALISA PENGUNDIAN S'WAK. Bagaimanapun jika gelombang sokongan di pedalaman berubah kepada BN padaminit-minit terakhir, ia dapat menghancurkan impian Pakatan untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi negeri Sarawak. ANALISA ini dibuat tiga hari sebelum hari pengundian, BN Sarawak kelihatan akan dapat mempertahankan majoriti dua pertiga di 71 kerusi negeri S'wak, walaupun ia kehilangan beberapa kerusi kepada untuk pembangkang kali ini. Menurut sumber dari Bahagian Hal Ehwal Khas Jabatan Penerangan, jumlah kerusi yang selamat untuk BN saat ini adalah 28 kerusi, dengan 19 kerusi lagi berkemungkinan besar akan dimenangi oleh pembangkang. Keputusan bagi 24 kerusi lagi pula agak sukar untuk dipastikan, menurut sumber itu lagi. Pensyarah Kanan dan Sains Politk Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir juga menyimpulkan bahawa pembangkang akan memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi dalam pilihanraya pada 16 April ini - hanya kurang lima kerusi sahaja untuk menidakkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi negeri S'wak. Selain 10 kerusi di kawasan bandar, Jeniri percaya 'kawasan hitam' bagi BN termasuklah kerusi luar bandar di Ba'Kelalan, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Opar, Bengoh dan Telang Usan. Beberapa sumber BN merasakan mereka hanya akan kehilangan 15 kerusi, lapan kepada DAP. Pengundi Melayu dan Melanau akan berpihak kepada BN seperti yang dijangkakan, tetapi pengundi Cina berpihak kepada pembangkang. Apa yang perlu diberi perhatian ialah sambutan pengundi Dayak, yang membentuk 47 peratus pengundi. Kedua-dua belah pihak percaya bahawa pihak pembangkang berjaya menembusi komuniti ini. Di kawasan luar bandar di mana BN telah memilih calon yang tidak popular atau yang telah disabotaj oleh mereka yang tidak terpilih, atau di mana calon yang menghadapi isu berterusan berkaitan pembinaan empangan dan hak tanah adat, terdapat satu peluang yang baik yang menempatkan akan jatuh kepada pembangkang., ada kesempatan baik bahawa kerusi akan jatuh ke pembangkang. Di kawasan bandar, kekecewaan di atas pemerintahan yang panjang dan korup oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud jelas memberi kesan kepada BN, dan ini diburukkan lagi dengan kempen-kempen yang dibawa masuk dari Putrajaya. Parti komponen BN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang berusaha untuk memadamkan sentimen anti-Taib dan terpaksa memainkan isu perkauman - dengan memberi amaran kepada orang Cina mereka akan kehilangan wakil mereka dalam kerajaan jika parti ini kalah. Orang kuat SUPP dan juga calon Bawang Assan, Wong Sooh Koh berkata kepada pengundi Cina di sebuah ceramah: "Soon Koh mungkin kalah tetapi Pek Moh (Taib) tidak akan kalah ... kecuali Taib (dirinya sendiri) ingin berundur, dan ia tidak mungkin baginya (berundur). " Memerhati Ketua Menteri Di kawasan Melayu dan Melanau, yang direbut oleh PKR dan PAS, desakan terhadap Taib supaya meletakkan kuasa menjadi isu hangat di tengah pentas ceramah dalam kempen pembangkang, selain isu-isu hak-hak adat tanah asal dan pembangunan infrastruktur miskin. "Sekarang isu utamanya adalah Taib. Najib telah memberikan isyarat tapi nampaknya Taib masih tidak mengerti bahawa ia harus pergi sekarang, " kata Setiausaha PAS Sarawak Fidzuan Zaidi ketika dihubungi. Walaupun ini adalah kubu tradisi PBB, BN tidak mahu memberikan sebarang peluang kepada pembangkang untuk menembusinya. Perkakas 'jahat' UMNO' dari semenanjung telah dijemput untuk membantu kempen di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Penceramah terkenal seperti Ezam Mohd Noor dan Umi Hafilda Ali telah berucap pada ceramah BN, memberi tumpuan pada tuduhan-tuduhan skandal ketua de facto PKR Anwar Ibrahim dan meningkatkan sentimen Ketuanan Melayu. Dengan mengandaikan Ketua PKR Sarawak Baru Bian, seorang penganut Kristian Iban, akan menjadi seorang Ketua Menteri seterusnya - jika Pakatan mengambil alih Petrajaya - telah diekplotasi oleh BN untuk menakutkan para pengundi Melayu dan Melanau yang dikatakan telah menikmati pelbagai keistimewaan dalam perkhidmatan awam serta pelbagai bantuan kerajaan di bawah pemerintahan yang dipimpin oleh Taib, seorang Muslim Melanau. Bermain dengan isu inilah, kempen Pakatan telah menyentuh pelbagai hak keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan Melanau, sehingga menyebabkan Iban tidak berpuas hati. Kempen Pakatan Di dalam rumah panjang Iban - yang menjadi kunci kepada Pakatan untuk menolak majoriti dua pertiga BN - pembangkang terpaksa bertarung dengan halangan muka bumi dan sumbernya yang terhad untuk menjangkau semua pengundi. Mereka hanya dapat mengamalkan pendekatan 'touch and go' dalam tempoh kempen 10 hari ini dan tidak cukup ke semua rumah panjang, yang sebahagian besarnya terletak di pedalaman dan hanya boleh dihubungi menggunakan pacuan empat roda 4WD atau perahu. Tidak seperti kerusi di bandar, di mana kempen lebih dinamik dimana pengundi mendapat maklumat di ceramah dan melalui media, orang-orang di kerusi luar bandar hanya bergantung kepada media aliran perdana. Dengan demikian, mereka tidak dapat menyedari perkembangan yang terbaru. "Kami hanya dapat melawat sebahagian besar rumah panjang sekali saja sepanjang masa kempen," kata seorang perayu undi DAP di Simanggang. Salah satu pilihan bagi pembangkang ialah untuk memberi fokus kepada pengundi yang mempunyai hubungan keluarga atau persahabatan yang dekat dengan calonnya. Walaupun dengan kesedaran politik yang buruk di kalangan masyarakat pribumi, namun, pembangkang telah menghabiskan banyak masa menjelaskan fakta-fakta politik yang sederhana untuk memberikan kepercayaan kepada mereka sepanjang kempen. Ini termasuk memberitahu mereka tentang 'tsunami politik' tahun 2008 di semenanjung, dan ada lebih ramai ahli parlimen Pakatan berbanding PBB dan SUPP. Merek juga mendapat bantuan yang tidak terduga. Dalam beberapa peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelum ini, beberapa pastor telah meletakkan jawatan untuk berkempen sepenuh masa untuk pembangkang, dibangkitkan dengan isu pemilikan Al Kitab dan larangan penggunaan 'Allah' kepada non-Muslim. Masalah berkaitan isu kebebasan beragama tidak mungkin bergema di daerah pedalaman, pengundi di luar bandar lebih pedulikan tentang masalah roti-dan-mentega. Pakatan telah mengamati perubahan yang signifikan pada masyarakat Iban. "Saya diberitahu bahawa Iban tidak berani memasang poster pembangkang di rumah panjang mereka pada masa lalu. Tapi sekarang kita dapat melihat poster-poster calon pembangkang ditempelkan di pintu bersebelahan dengan tuai rumah (ketua rumah panjang). Mereka juga berani untuk membenarkan kita untuk melawat mereka sekarang, "kata Ahli Parlimen Jelutung DAP Jeff Ooi yang berkempen di Simanggang, kerusi majoriti Iban luar bandar. Namun, wakil PKR dan DAP memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pengundi Iban sangat tidak terduga dan boleh dengan mudah terpengaruh dengan politik wang minit-minit terakhir BN. 'Bom Karpet' Diramal Jeniri memberi pandangan, bahawa propaganda BN telah tertanam dalam pola pemiikiran masyarakat asli sejak empat dekad terakhir. "Apa pun boleh terjadi dalam beberapa hari terakhir (kempen). BN mempunyai strategi 'bom karpet' di kawasan luar bandar dengan barang dan projek segera. (Hal ini telah terbukti berkesan kepada masyarakat pribumi)," katanya ketika dihubungi hari ini. Jeniri juga berkata Najib telah memulakan lawatan selama enam hari di seluruh negeri ke semua komuniti etnik yang berbeza. "Ini untuk menyampaikan mesej bahawa ia berusaha untuk mengatasi masalah mereka. Perdana Menteri 'menjual' jenama bahawa mereka baik terhadap rakyat," katanya. Berdasarkan pengalaman lepas, sokongan kepada BN akan meningkat pada pusingan akhir kempen kerana faktor-faktor ini, katanya. "Tidak banyak yang pembangkang boleh lakukan di sini. Akar umbi mereka tidak berkesan, (dan mereka tidak mempunyai) sumber yang terhad. " Beberapa pemerhati telah melihat akan perlunya untuk Najib melawat para pengundi secara peribadi, memberikan jaminan penyelesaian cepat untuk isu-isu tempatan kerana masyarakat telah kehilangan kepercayaan pada janji-janji kosong para pemimpin negeri dan wakil BN di sini. "Kerana dia adalah ketua negara, orang lebih percaya pada dirinya. Pendekatan ini dapat menangani pengundi yang lebih pedulikan tentang masalah-masalah tempatan berbanding isu-isu nasional atau Taib," kata seorang pemerhati. Faktor penting lain adalah berapa banyakkah usaha pembangkang yang dibuat di dalam kawasan pengundian sejak lima tahun terakhir, dan apakah calon merela dikenali di kalangan pengundi. Seperti pepatah Cina, 'semakin banyak membajak dan mencabut rumput, lebih baiklah tanaman'. sumber |
Kita raikan kejayaan Sarawak di Stadium Mini Jitra 16 April Posted: 13 Apr 2011 08:57 PM PDT Marilah kita mengikuti kupasan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di Stadium Mini Jitra, 16 April 2011, jam 9.30 malam. Turut berceramah bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Razak dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Nasir Zakaria. Asalnya program tersebut adalah taklimat perkembangan kerajaan negeri yang akan diadakan di Taman Tasik Bandar Darul Aman. Oleh kerana pihak polis tidak mengeluarkan permit maka program anjuran kerajaan negeri itu dibatalkan. Bagaimanapun pihak lain mengusahakan untuk diadakan ceramah politik dengan mengambil kesempatan kehadiran Presiden PAS itu. Pihak polis telah memberi permit mengadakan ceramah di Stadium Mini Jitra setelah bersetuju bahawa lokasi tersebut adalah kawasan berpagar dan separa tertutup. |
SUPP Anggap Muka Taib "Sueh" Di kalangan Pengundi, Mahu DAP Turunkan Iklan Posted: 13 Apr 2011 08:45 PM PDT I Love Pek Mo, Saya Sayang Pek Mo (Pek Mo - Tok Uban) dalam bahasa Hokkien iaitu gelaran popular Taib Mahmud di kalangan masyarakat Cina Sarawak. SUPP berang apabila disandingkan dan digandingkan dengan Peh Mo. Presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan serta dua calon parti itu berang dengan meminta DAP melalui peguamnya supaya menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang. Amat malang bagi Taib regu politiknya sendiri tidak mahu digandingkan bersama. Mereka menganggap muka Taib 'sial' dan 'sueh' di kalangan pengundi dan akan membawa malang yang lebih besar kepada SUPP. Tak terperasankah Taib tentang hal itu!! DAP enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa. DAP berkata mereka betul kerana George Chan sememangnya sayangkan Pek Mo daripada rakyat Miri sendiri. -ekele
|
Rakyat sudah amat muak dan benci dengan simbol dacing Posted: 13 Apr 2011 05:26 PM PDT Boleh saudara ceritakan perkembangan di Sarawak selepas penamaan calon pada 6 April lalu? SALAHUDDIN AYUB: Sepanjang saya berada di Beting Maro pada hari penamaan calon, saya lihat suatu kelainan yang cukup luar biasa. Terutama sekali penerimaan masyarkat tempatan terhadap PAS dan calon PAS. Sokongan mereka terhadap PAS begitu menakjubkan. Begitu juga sewaktu saya berada di Saadong Jaya. Kita juga nampak perubahan positif penerimaan mereka terhadap PAS. Jika sebelum ini, apabila kita masuk ke kampung-kampung di Sarawak mereka lihat kita seperti orang asing. Begitu juga apabila mereka menghulurkan salam dan senyuman, seolah-olah terpaksa. Tetapi hari ini, kita melihat mereka sudah boleh menerima kita. Apabila nampak kita, mereka terus melemparkan senyuman dan menghulurkan tangan. Bahkan mereka terus mengajak kita masuk ke dalam rumah mereka untuk bermesra dengan mereka. Ini petanda mereka sudah boleh terima PAS? Ini merupakan perubahan besar yang menampakkan sikap kaum bumiputera Sarawak yang dilihat sudah boleh menerima PAS di bumi kenyalang ini. Bukan setakat boleh menerima PAS, mereka juga telah mengenali PAS dan perjuangan yang dibawa PAS bagi membela nasib mereka. Seperti di Beting Maro, kita cukup terharu apabila penduduk tempatan di kalangan kaum Iban, Bidayuh dan Melanau yang bukan beragama Islam turut memegang bendera PAS dan menunggu dengan setia sehingga PAS selesai mengemukakan calon pada hari penamaan calon tersebut. Ini merupakan perkembangan positif ditambah pula dengan komitmen jentera-jentera PAS di setiap negeri yang turut membantu sepanjang kempen ini. Mereka juga telah menunjukkan kesungguhan untuk membantu jentera PAS bagi mencipta kejayaan pertama di Sarawak. Adakah ini juga menunjukkan kelima-lima calon PAS di lima kawasan tersebut berpotensi menduduki Dun Sarawak? Kita mempunyai peluang untuk menarik perhatian pengundi di kelima-lima kawasan tersebut. Itu harapan saya agar PAS dan juga Pakatan Rakyat dapat mencipta sejarah di Sarawak ini. Secara keseluruhannya sama ada daripada segi calon dan gerak kerja PAS di kelima-lima kawasan ini merupakan komponen penting yang dapat menjadi pemangkin ke arah kejayaan PAS pada Pilihan Raya Sarawak kali ini. Sungguhpun terdapat kawasan yang bertanding di kawasan pedalaman dan kawasan geografi yang agak luas serta pelbagai dugaan terpaksa kita lalui seperti menyeberang sungai, menaiki bot dan feri, kita akan cuba sedaya mungkin dan kita akan cuba sampai ke kampung-kampung. Apakah isu tanah adat merupakan isu penting di sini? Ya, dua isu penting yang mendapat tempat di kalangan rakyat Sarawak ialah isu tanah adat dan tanah-tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri. Ini merupakan isu yang sangat besar bagi mereka. Mereka amat jauh ketinggalan daripada segi infrastruktur. Selain itu, peluang lebih 50 tahun yang mereka berikan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) yang dipimpin Tan Sri Taib Mahmud amat menghampakan mereka. Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh mereka kepada kami. Bagaimana pula dengan isu video lucah babitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim? Apakah strategi Umno-BN ini berjaya menarik perhatian masyarakat Sarawak untuk menjauhkan diri daripada Pakatan Rakyat? Isu tersebut dilihat langsung tidak berkesan kerana kita dapati masyarakat di sana langsung tidak bercakap tentang isu tersebut. Starategi kotor dan jijik ini sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Akhir sekali, apakah nasihat saudara kepada jentera dan petugas PAS serta pengundi-pengundi di Sarawak dalam menentukan pemimpin mereka dalam pilihan raya ini? Kepada semua jentera PAS, teruskan bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana PAS mempunyai potensi di sana. Kepada pengundi-pengundi di Sarawak, inilah masanya kita mencuba era politik baru yang memberikan jaminan masa depan untuk menyelesaikan masalah dan perjuangan mereka. PAS menjanjikan untuk sama-sama berjuang mendapatkan hak mereka dan memperbaiki nasib mereka. Kita tidak dapat menjanjikan apa-apa daripada segi infrastruktur. Tetapi sekiranya kita diberi mandat dan menakluki Petrajaya dan Putrajaya, kita akan dapat menjanjikan segala isu berkaitan tanah mereka yang tidak dapat diselesaikan. Antara yang terkandung dalam Buku Jingga ialah kita akan berikan Sarawak 20 peratus hasil royalti. Ini antara perkara yang kita dapat janjikan apabila diberi mandat memerintah Sarawak. |
TG Nik Aziz: Seruan untuk Pengundi Sarawak Posted: 13 Apr 2011 05:17 PM PDT Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan turut berkesempatan mengutuskan Seruan kepada semua Pengundi Sarawak yang bakal mengundi pada 16 April nanti. Seruan itu adalah satu pengharapan atas sentimen berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat yang merupakan menifestasi daripada lawatan mesra Tuan Guru ketika menyertai kempen Pakatan Rakyat di Sarawak pada 10-12 April lepas. Berikut merupakan Seruan yang dimaksudkan. Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak. Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua: Maksudnya: "Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8) Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (surah Az-Zariyat ayat 56) Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti. Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati). Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera. Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua. Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera. Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan. Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, |
Betapa cemasnya Barisan Nasional hadapi PRN Sarawak Posted: 13 Apr 2011 05:11 PM PDT KUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan