Ahad, 24 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Yang kebulor jer masuk UMNO

Posted: 24 Apr 2011 06:05 AM PDT


Heboh... AC Mizal masuk UMNO. La, what's the big deal?? Dia masuk UMNO ke, masuk lombong ke, dia punya pasal ler.

Just becoz Bob Lokman masuk PAS, depa nak heboh pulak AC Mizal masuk UMNO. Ha... ha... ha... mampuih pi dia la nak masuk apa pun!!

Orang macam AC Mizal dan bini dia masuk UMNO, apa nak diherankan?? UMNO bukan ke lubuk $$$$$. Tak banyak sikit.... sure dapat habuan punyer. UMNO bukan ke parti cari makan?? Orang yang kebulur jer masuk UMNO. Orang lelainnya dah tak sior.

Kah... kah... kah...

Syabas.... AC Mizal dan Emylia Rosnaida kerana masuk UMNO!! Fullamakk.... baik punyer anak menantu, taat mendengar nasihat pak mentuanya. Susah nak dapat menantu macam ni.

Tahniah juga UMNO Perak kerana mendapat AC Mizal dan bini dia sebagai ahli baru. Semoga UMNO Perak terus maju!!

Kah... kah... kah....kah...

[sumber]

Gilerr demer dibuat si Guan Eng!!

Posted: 23 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kredit gambar: sini

cmlimguaneng profile
cmlimguaneng @Khairykj call me No Shame,no class bcos I exposed his lies! Touche. RT@Khairykj:BN Pusat bagi warga emas $300 SEBULAN kebajikan Xdabik dada

cmlimguaneng profile
cmlimguaneng All senior citzns never got RM300 mthly from BN dat's @Khairykj lie RT@ruffleseed:G Eng gave RM100 2 115k p'gite.Since when BN give RM300/m?

Khairykj profile
Khairykj @cmlimguaneng You have problems understanding Malay it seems. Kebajikan = welfare which is means-tested. You blowing own trumpet = no class.

Weh.... RM300 tu agaknya dia maksudkan duit kebajikan masyarakat kot?? Memang ler kerajaan BN ada bagi tetapi tak semua yang dapat. NOT ALL senior citizens dapat!! Pak penakan aku tak dapat pun...

Pulak tu.... nak dapat duit kebajikan masyarakat tu, bukan ler main susahnya. Terpaksa melalui pelbagai kerenah birokrasi. Banyak sangat red tape!! Last... last... ramai yang terlopong, habuk pun tak dapat.

Sebab tu.... ramai golongan marhean yang miskin dan papa kedana terus melarat dan merempat. Apabila nasib mereka didedahkan dan keluar TV, baru ler terhegeh-hegeh pihak-pihak berkenaan ambil pusing untuk mendapatkan bantuan buat mereka. Ha.. ha.. ha... dah terdedah, barulah mengelabah nak membantu.

But... di Penang lain sikit. Semua warga emas berpeluang merasa duit kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Walau pun cuma RM100, but it's the thought that counts. Itu yang buat BN gilerr babi. Semakin ramai yang mendaftar untuk mendapat habuan masing-masing.

Aku ingatkan.... warga emas di Penang dah tak sudi nak menerima pemberian ikhlas kerajaan Pulau Pinang. Maklumler dulu kecoh depa habag dalam media pencaci depa, kononnya warga emas tak mau duit tu dan pulangkannya balik, kerana UMNO Penang kata... itu duit hasil judi. Ha... ha... ha.... duit judi?? Boria lawak dari UMNO Penang!!

Kalau tak mau tak pa.... Tak dak paksaan. Tapi... peliknya, mana pi duit yang dipulangkan tu?? Lebuh.... senyap lagu tu jer!!

Awat... kali ni depa tak mau main wayang lagi, ka??

Wayang tak dak la lagi kot... Depa dah terkantoi!! Wayang tak laku.... Tapi ada ler hamba Allah tu yang kata Guan Eng dah mula rasuah para pengundi di Penang.

Ha... ha... ha... Rasuah??? Pulak dah....

[Sumber juga dari sini]

Fuiyooo....Cepatnya!!

Posted: 23 Apr 2011 05:00 PM PDT


Dulu, masa nama Najib dan Rosmah dikaitkan.... PDRM buat derk jer. Haram tak buat apa-apa pun. Kalau ada buat pun, ala kadar jer, jangan tidak. Lengah... lengah.... Lembab nak mampus!!

Tup-tup, apabila orang yang sama berkata pulak sebaliknya, dan nama Najib dan Rosmah seolah-olah di'wangi'kan, fuuhh.... secepat kilat mereka bertindak, siasat orang tu dan orang ni. Even, si pembuat SD pun turut dicekup untuk disoal siasat di Bangkok. [sini]

Tak ke kita rasa pelik... dengan senario yang berlaku dan tindak-tanduk polis kita?? Pada aku, kita tak boleh terus membuat sesuatu tanggapan tentang senario yang berlaku ini. Terlalu awal untuk kita membuat sesuatu kesimpulan. Banyak ngeng-ngong nyer...

Something is not right some where.... Ada yang tak kena. Oleh itu, kita kena tunggu dan lihat senario seterusnya dengan lebih teliti.

But... apa-apa pun, persepsi rakyat.... nama Najib dan Rosmah still stink!! Belum 'wangi' lagi....

Tiada ulasan: