Jumaat, 22 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Aaaiikkk.. Pengsan??

Posted: 22 Apr 2011 04:48 AM PDT


KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.

Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.- MI

Aaaiikk.... dia pengsan?? Ini tentu akibat tak terlarat nak menanggung beban yang menempek di atas belakangnya tu.

Wa dah cakap... bosar bebanan tu. Bukan calang-calang punya bosar... Sebab tu, kalau dah tak mampu, retire jer... Mungkin Allah SWT dah bagi signal, agar bermuhasabah diri dan jangan lagi bersubahat dengan puak-puak hipokrit dan lahanat tu.

Apa-apa pun... kita doakanlah juga, semoga dia cepat sembuh dari keletihan melampau yang dialaminya. Amin...

Moh ketawa sama...

Posted: 21 Apr 2011 10:30 PM PDT


Kah... kah... kah....

Tak tau ler, sama ada nak kesiankan dia atau nak padankan muka dia. Tapi... yang nyata Zunar benar-benar bisa bikin kita ketawa...

Kah... kah... kah....

Apa-apa pun, jika sudah merelakan diri untuk dipertunggang sedemikian rupa oleh UMporNO, terima ajerlah labuuu, nasib kau tuuu....

1Malaysia.... Maruah diri dan PDRM dilubangjambankan, taik UMporNO utama disoftlan-kan dulu!!

Kah....kah... kah....

[Senario dari sini]

Mereka sudah takut!!

Posted: 21 Apr 2011 07:50 PM PDT


PRN Sarawak sudah bikin Melayu UMporNO dan Melayu Perkasa ketaq teloq!!

Mereka menang tapi mereka tak senang. Mereka tak senang mengenangkan kaum Cina sudah terang-terangan menolak Barisan Nasional. Mereka sudah mula rasa tergugat. Mereka takut... mereka tak boleh nak tunjuk and salah guna kuasa dah.

Ha... ha... ha... mereka takut Melayu akan jadi ibarat tinggal seluar dalam jer. Itu sebab mereka marah dengan DAP yang kononnya menjadi virus rasis yang sedang menular. Oooo... bahaya virus rasis ini. Sang 'doktor in the house' yang kata weh...

Lantas.... Utusan Meloya, media yang mejadi alat propaganda mereka pun memainkanlah peranannya dengan setia untuk meniup bara perkauman ini agar kita semua dapat rasakan bahangnya. Bahang yang bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan terutamanya kaum Melayu terhadap kaum Cina.

Mereka telah menyarankan agar UMporNO melancarkan 1Melayu 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Kemaraan orang Cina mesti disekat. Melayu mesti bangkit. Melayu mesti bersatu!! Ha... ha... ha... Camtu, ekk??

Antara banyak-banyak Melayu.... Melayu yang paling cepat melompat dek terasa panas bahang api perkauman ini ialah Melayu Perkasa. Tak boleh jadi.... tak boleh jadi.... Melayu tak boleh hilang di muka bumi ini. Melayu mesti bersatu kembali.

What?? Mahu Melayu bersatu kembali?? Untuk apa??

Untuk terus membiarkan dan menjayakan agenda UMporNO bagi Melayu bodohkan Melayu, Melayu tipu Melayu dan Melayu zalimi Melayu agar kepentingan dan survival kuasa Melayu UMporNO terpelihara, begitu?? Tak der maknanyer...

Oleh itu, janganlah kita jadi bodoh dan terikut-ikut dengan tarian songsang UMporNO dan Perkasa ini. Tarian tersebut sudah outdated... sudah ketinggalan zaman. Mereka ini masih berpoitik cara era zaman Tok Kaduk... zaman puntung berasap!! Eeeiyaa.... so kuno!!

Sebab tu, Melayu UmporNO masih ketinggalan. Sudahlah ber'tongkat' dan lepas tu.... asyik-asyik menoleh ke belakang... asyik-asyik menoleh kebelakang... Mana tidaknya mereka jauh ketinggalan di belakang. Kaum lain dah jauh ke depan weh...

Weh.... Melayu mesti melangkah ke depan... bukan melangkah ke belakang. Jika sudah jauh ketinggalan di belakang... takut nanti Melayu akan menjadi sejarah di bumi sendiri. Melayu jangan terlalu mengharapkan 'tongkat' untuk maju ke depan. Melayu mesti mengikut arus bukan menentang arus. Arus politik masa kini ialah politik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Rakyat sudah mula mengikut arus politik baru ini agar kita terus mara ke depan. Itu yang Melayu UmporNO risor gilerr babi tu...

Kaum Cina bijak berpolitik untuk terus maju. Mereka sudah mula menyertai arus politik baru ini. Mereka tak mahu terus ketinggalan terperap dalam kepompong politik kuno yang diterajui UMporNO/BN. Mereka sanggup berubah demi perubahan. Orang Melayu bagaimana??

UMporNO sebenarnya tak mahu Melayu maju. Jika Melayu maju...UMporNO akan layu dan terkulai mampus. Selagi Melayu boleh terus mereka bodoh-dungukan... selagi itulah mereka boleh terus ber'nyawa dan tunjuk kuasa. Sebab itulah.... pelbagai helah dibuat bagi terus memperbodoh dan mengekalkan Melayu dalam kepompong politik kuno mereka. Melayu bodoh senang dikawal. Melayu dungu senang diperkunta-kinte!!

Sekarang.... apabila kaum Melayu sudah celik dan berganding bahu dengan kaum-kaum lain untuk membebaskan diri daripada kepompong yang telah membelenggu mereka buat sekian lama, maka mereka mainkan gendang perkauman melalui gerakan 1Melayu 1Bumi.

Ha... ha... ha... Rasis-lah satu-satunya senjata mereka yang masih tinggal untuk mereka gunapakai bagi menyelamatkan status quo kuasa mereka di Malaysia. Malangnya, senjata itu senjata kuno. Tak lut dah... Tak berkesan dah.... Tak kuat impaknya dah....

Alahai Perkasa..... Sanggup menjadi kepala lembing kuno untuk mengepalai Gerakan 1 Melayu 1 Bumi untuk menghalang dan menyekat kemaraan pengaruh DAP/Pakatan Rakyat.

Terkini... mereka cuba promotekan 1 Melayu 1 Bumi, tetapi bagaimana pula dengan 1 Malaysia??? Sudah tarak ummpphh lagi, ka?? Ha... ha... ha... 1Melayu 1Bumi sudah mula mempersenda 1 Malaysia Najib Razak!! Malu aaahhh...

Apa-apa pun, sama-samalah kita tonton wayang baru terbitan UMporNO bertajuk ' 1Melayu 1 Bumi'. Berjayakah ia mencapai tahap 'box office' dalam tayangannya itu nanti?? Atau... ia akan terbakor??

Kita tunggu.... Kita tunggu....

[sumber: sini, sini dan sini]

Tiada ulasan: