Jumaat, 22 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kata sudah menang, tapi mengapa Taib dan Najib gusar?

Posted: 22 Apr 2011 06:06 AM PDT

Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.

Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.


Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.

Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17 kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus. Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat. Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.

Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya. Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16 April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi, termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.

Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa, penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu untuk diperkatakan.

Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan sekali lagi terlucut.

Inilah maudhu' sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan P/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi oleh BN.

Lebih penting adalah supaya 'penegasan-keinsafan' nanti bakal menjadi 'ingatan sempadan' agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan cabaran PRU ke-13 akan datang!

Sebelum penulisan ini semakin menjadi kritis, mungkin ada baiknya penulis mengiktiraf secukupnya pencapaian pembangkang atau Pakatan.

Meningkatkan sokongan popular ke tahap 44.76% serta menambahkan kehadiran pembangkang di DUN Sarawak sebanyak 100% yakni dari 8 melonjak ke 16 kerusi bukan pencapaian yang mudah. Ini sekaligus membawa erti bahawa Taib Mahmud mengalami kemerosotan 8% undi popular dari tahap 62.93% pada tahun 2006.

Jumlah undi BN kali ini adalah sebanyak 372,397 berbanding undi pembangkang (DAP, PKR, PAS, SNAP dan Bebas) 300,288. Sebagai negeri 'simpanan tetap' dan kubu tegar BN, penghakisan pencapaian ke 55.24% undi popular adalah tidak meyakinkan Najib samasekali untuk terus Taib kekal berkuasa.

Terakhir BN Sarawak dan Taib mengalami kejutan kemerosotan adalah dalam pilihanraya 1987 di mana beliau hanya berjaya mempertahankan 25 dari 45 kerusi DUN Sarawak.

Paling bergaya adalah DAP yang memenangi 80% dari 15 kerusi yang ditandingi, meyumbang kini sebanyak 12 kerusi, dari 6 pada penggal lalu. Paling manis buat DAP adalah mengalahkan timbalan Ketua Menteri George Chan di Piasau kepada pimpinan muda DAP.

Meskipun Taib mampu bertahan kesemua 35 kerusi yang ditandinginya partinya, imej Taib bukan sahaja telah tercalar. Ironis sekali kemenangannya tidak dapat mengelak dan memadamkan hakikat bahawa beliau adalah liabiliti terbesar Najib dalam PRU ke-13 nanti. Semacam mendadak Taib adalah 'petanda' segala yang buruk.

Luar biasa kebobrokannnya, khasnya kekayaan yang dimilikki suku-sakatnya dan bagaimana beliau gagal mensejahterakan rakyatnya meskipun bumi kenyalang itu cukup kaya dengan hasil mahsul; minyak, gas, kayu-kayan, bijeh galian, hasil bumi, kelapa sawit dan pertanian.

Mengapakah persepsi itu terus menerjah Najib dan BN? Apakah yang dibaca oleh Najib dan kumpulan strategists sehingga euporia kemenangan tidak lagi dapat dikekalkan setelah mempertahankn 2/3 majoriti penguasaan di dewan legislatifSarawakitu? Bukankah itu kemenangan selesa?

Tegasnya, apa yang dihitung dan digeruni Najib dan think-tanknnya ialah unjuran senario PRU ke-13 apabila mengambil ukoran dari prestasi dan pola pengundian keputusan PRN Sarawak ini sebagai 'sandaran' atau 'baseline'nya. Berapakah kerusi parlimen yang akan terkandas?

Betul PBB dan BN menang besar kali ini, tetapi melihat dari perspektif unjuran ke hadapan, BN sedang mengalami keluk penurunan secara agak drastik sementara pembangkang khususnya Pakatan Rakyat sebaliknya sedang mengalami keluk kenaikan dan lonjakanya atau 'upward-trend'nya. Dalam hal ini PAS juga menunjukkan potensi yang meyakinkan, meskipun kalah di kesemua kerusi yang ditandingi.

Yang menjadi perhitungan bukan hari ini tetapi esok. Bak pepetah guru pengurusan: 'Tidak kira di mana anda sekarang, tetapi di mana anda akhirnya'.

Dalam bahasa 'Pelaburan atau Investment', Pakatan boleh disifatkan sebagai mempunyai harapan untuk terus untung kerana masih punya "Upsides atau Potensi" yang lebih menarik dan meyakinkan pelabur sementara BN-Taib dan BN-Najib itu sendiri adalah kelompok atau entity bisnes yang sedang mengalami keluk penurunannya dan tidak punya keupayaan untuk membuat lonjakan keuntungan kerana telah 'tepu'.

Bahkan BN semacam sedang mengalami fenomena pelaburan "undang-undang pulangan mengecil" atau tahap keluk "diminishing return", di mana bagaimana pun tambahan usaha, pulangan atau 'return'nya masih tidak berkadar langsung tetapi terkadangkali berkadar songsang. Ini pastinya menakutkan.

Isu Al-Kitab dan nama Allah mencetuskan kesan buruk dan persepsi negatif pelbagai pihak samada kaum asal Sarawak dan penganut agama Kristian, sementara tidak pula membawa peralihan sokongan Islam-Melayu yang lebih tegar kepada pegangan Islam dari Melayunya kepada BN. Sebaliknya tak kurang yang menganggap bahawa kekerasan itu mengundang persepsi buruk dan sempit terhadap Islam yang asalnya lebih bersifat RahmatanlilL'alamin – lebih ihsan-belas kepada semua makhluk di alam ini.

Dengan kata lain Najib gerun memikirkan bahawa Barisan Nasional yang dipimpinnya, di ambang PRU ke-13 ini, sedang kehilangan dan kemerosotan kepercayaan, 'goodwill' dan 'sangka-baik' rakyat dan pengundi.

Persoalan terakhir yang hendak digarap penulis ialah bersabitan Pakatan Rakyat.

Mengapakah Pakatan gagal menafikan 2/3 majoriti Taib dan BN? Mengapakah sebutan untuk menang, hanya satu khayalan dan cita-cita yang tidak berpijak atas dasar maklumat dan pengetahuan? Mengapakah penulis ini hanya mampu meramalkan bahawa Pakatan akan hanya menang 17 kerusi sahaja?

Dalam ruang terhad ini, penulis terpaksa meringkaskan penghujjahannya.

Penulis menegaskan awal tadi bahawa Pakatan masih punya 'upsides' atau 'potensi' untuk menempah kemenangan yang lebih besar dalam PRU ke-13 kerana Pakatan yang 'gagal' kali ini, mampu memperbaikki penampilan sebagai satu entiti koalisi atau muafakat politik yang lebih mantap dan berpadu dalam PRU -13 akan datang.

Dilihat dari segi mobilisasi jentera penerangan, penulis berani membuat rumusan bahawa Pakatan hanya wujud sebagai satu jenama yangcubadi jual apabila di atas pentas ceramah. Terlalu minima kalau pun ada, penampilan Pakatan dilakukan secara bersama dan bergandingan samada pada bill-board, kain-rentang dan posters termasuk juga pentas-pentas ceramah selain dari yang 'perdana'.

Lebih substantif lagi, kalau dilihat di segi perumusan Manifesto PRN itu sendiri dan bahan-bahan cetak yang diterbitkan. Gandingan Pakatan itu tidak menyerlah dan tidak menonjol. Ini mampu dan wajar diperbaikki.

Lebih malanglagi kalau ada sebutan-sebutan tertentu, seumpama mengisytiharkan calon bakal Ketua Menteri andainya menang, tidak dirundingkan dalam semangat Pakatan kerana sedikit sebanyak membawa kesan risiko dan buruk kepada parti–parti tertentu. Kalau mahu naïf 2/3 majoriti, apa perlu umumkan calon KM. Tambhan kerana ianya beri kesan risiko kepada rakan Pakatan tertentu.

Ini menujukkan bahawa kesepakatan dan muafakat politik Pakatan itu hampir terlepas pandang dan tercicir kerana amat menasabah, masing-masing parti komponen mahu memenangkan calon dan partinya tentunya.

Penulis berani menyimpulkan bahawa sebagai contohnya, sehingga ke garis penamat, Pakatan tidak punya objektif strategik yang disepakati, samada mahu menang memerintah atau sekadar menafikan 2/3 majoriti sahaja. Soalan ini bukan sekadar akademik tetapi membawa kesan dan menyangkut pendekatan penerangan.

Kegagalan Pakatan untuk menarik dan mengikat SNAP sekaligus sokongan Iban dan Dayak juga membawa kesan yang buruk terhadap prestasi pencapaian khususnya PKR dan penguasaan kerusi Pakatan di DUNSarawak.

Apakah ini mampu diperbaikki dalam PRU ke-13 nanti akan tertanggung kepada sejauhmana Pakatan komited dengan pendekatan strategik "Grand Coalition" bagi menumbangkan BN nanti. Memang sukar untuk penulis berlaku adil menghuraikan semua isu-isu ini, namun jelasnya masih ada lagi "Potensi atau Upsides" yang boleh dipunggah oleh Pakatan dalam PRU ke-13 akan datang, Ini yang cukup menarik bagi pemerhati politik dan sekaligus mendebarkan serta menggusarkan Najib-BN.

Dalam suasana Pakatan yang tidak begitu terarah dan tersusun, 'pendatang baru' seperti PAS amat tidak dapat dibantu. Berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politikSarawak, PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di DUN tersebut. PAS kini sedar kelemahannya di kesemua kerusi yang ditandinginya dan tahu faktor kritikal kejayaan (CSFs) untuk membuat perubahan nasibnya.

Dengan kata lain, pendekatan dakwah PAS mesti digarap dengan strategi penerangan politik yang lebih berbisa. Untuk kali ketiga penglibatan PAS dalam PRN Sarawak, penulis terpaksa mengakui bahawa strategis PAS kurang pantas untuk memposisi kedudukan dan keberadaannya dalam Pakatan sebagai teras mesej penerangannya, sekaligus terus berada bersama dengan agenda perubahan yang dipacu bersama rakan-rakan Pakatan.

Meraih undi Melayu-Melanau, dalam keadaan PRN Sarawak adalah satu kerja yang maha sukar mentelahan PAS didakwa bersama rakan-rakan Pakatan untuk menamatkan kuasa Melayu-PBB di Sarawak. Dalam suasana prajudis dan penuh kesangsian, faktor calon dan koalisi politik pakatan mampu membantu tetapi tidak disudahi dengan baik..

Ringkasnya, PAS masih boleh lagi memperbaikki prestasinya dengan lebih baik dalam PRU ke-13. Namun PAS tidak boleh mengulangi sikap lama. PAS mesti memunggahkan seluruh sumber dan peluang untuk memantapkan lagi posisi dan persepsinya dikacamata orang Melayu-Islam bukan sahaja orang Sarawak, bahkan seluruh PersekutuanMalaysia. Di kacamata segmen bukan Melayu-bukan Islam, kedudukan PAS semakin kukuh.

Penulis penuh keyakinan, berdasarkan penghuraian serba ringkas ini, Pakatan bersedia dalam satu pendekatan "Grand Coalition" untuk membuat kejutan lebih besar dalam PRU ke-13 akan datang.

Bayangkan, andainya Pakatan mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGOs, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar "Perubahan Besar" mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta hempitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional, maka negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua!


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

http://blog.drdzul.com/2011/04/22/mengapa-najib-taib-yang-menang-gusar-kepada-pakatan-yang-kalah/

BN Menang dengan Cek Tendang..

Posted: 22 Apr 2011 04:45 AM PDT

Video dengan terjemahan diakhir entry..

Kata Tuai rumah yang dirasuah dengan cek tendang oleh BN "Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu."

Hmmm.. Inilah contoh rakyat yang sangat disayangi UMNO/BN.. tidak mampu untuk berfikir panjang..

Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN Temin

Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional(BN), Joseph Mauh telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda.


Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.

"Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.

"Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut.

Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'.

Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

"Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.

Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.

"Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.

"Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching.

Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.

"Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya.

"Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak 'tangkap pencuri itu!' ulas laporan tersebut.

Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.

"Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.

"Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.

"Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihan raya ini," jelas laporan tersebut.













"Nama saya Kuching ak Moyan dan saya merupakan salah seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin. Pada pilihanraya yang baru selesai, saya telah diberikan tiga keping cek, sekeping bernilai RM2,000, sekeping lagi bernilai RM3,000 dan cek yang ketiganya bernilai RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh.

Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama yang jumlah kedua-duanya adalah RM5,000 tetapi cek yang ketiga, bernilai RM5,000, telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang.

Ketiga-tiga cek itu telah diserahkan kepada saya pada 13hb April 2011 supaya kami dapat memberikan sokongan kami kepada Barisan Nasional.

Pada pilihanraya Negeri 2006 dahulu, setiap seorang pengundi di sini telah diberi hanya RM20 tetapi pada pilihanraya ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.

Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami.

Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu. Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta."

TV3 pula bakal menyambung Fitnah terhadap Anwar

Posted: 22 Apr 2011 01:09 AM PDT

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

"Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.


Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.

Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.

Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.

Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?

Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.


TVS News

‘1Melayu,1Bumi’ Malapetaka buat Malaysia - Tun Mahathir

Posted: 22 Apr 2011 12:25 AM PDT

Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu kerana buiasanya beliaulah manusia yang sering meniup api perkauman..

Hmm.. kalau kat Kampung aku ni.. orang kata buang tebiat dah nie.. atau mungkin dia dah sedar dalam tubuhnya itu masih ada darah India..


Dr M: Gelombang '1Melayu,1Bumi' Utusan idea malapetaka

LUMPUR, 22 April — Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu "malapetaka" jika menjadi kenyataan.


"Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku," kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disarankan oleh Utusan Malaysia sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa "selesa" lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

"Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan ruangan Cuit kelmarin, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

Ahad lalu, edisi Mingguan Malaysia menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud."

Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.

"Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Kemudian, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Kata beliau, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.

Dalam responsnya hari ini, Dr Mahathir berkata gerakan sedemikian akhirnya akan membawa kepada sistem dua parti di mana setiap satu akan didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Jika kita teruskan dengan ini, akan wujud sistem dua parti... jika satu sebelah didominasi kaum Melayu dan satu lagi oleh Cina, maka ia adalah tidak baik," kata bekas pengerusi BN dan bekas presiden Umno ini.

Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu.


The Malaysian Insider

Yang sakit itu IGP.. bukan Anwar..

Posted: 22 Apr 2011 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.

Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.


Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.


The Malaysian Insider

Anwar bukan Sakit tetapi cuma keletihan.. Harap Maklum!

Posted: 21 Apr 2011 08:37 PM PDT


Menurut laporan Malaysiakini Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.Ini kerana menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.- Malaysiakini

Itu laporan dari Malaysikini berdasarkan maklumat dalam Parti..(siapa gatai mulut nak bercakap nie?)

Dibawah ini pula ialah maklumat yang perlu aku sampaikan kepada pihak yang terlibat dalam program Anwar untuk hari ini (Jumaat) dan esok (Sabtu).


Anwar bukannya sakit tulang belakang seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini itu, tetapi beliau berada dalam keletihan yang amat dan memerlukan rehat setelah berada dua minggu di Sarawak kemudiannya pada malam sebelum hari pengundian PRN Sarawak terbang pula ke United States singgah di London terbang pula ke Tokyo dan jam 7.00 malam semalam mendarat di Malaysia.

Semua program besar yang sepatutnya dihadiri oleh Anwar akan digantikan oleh Azmin Ali begitu juga dengan program untuk hari Sabtu berjalan seperti yang dirancangkan tanpa Anwar tetapi Azmin..

Anwar akan menghadiri program di Lumut..Harap Maklum..


Anwar batalkan lawatan dua hari ke Pulau Pinang

Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.


Malaysiakini

Video Lucah : Dari Hotel ke Kondominium pula...

Posted: 21 Apr 2011 06:33 PM PDT


Di awal pendedahannya Trio Datuk 'T' atau three Sooges yang dianggotai oleh Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tambi Chik, Shuib Lazim dan Sharzyl Eskay telah mendakwa bahawa Video Lucah yang di miliki mereka itu adalah rakaman aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China.

Pemimpin Pembangkang yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah DS Anwar Ibrahim kononnya dan pencacai-pencacai UMNO berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan orang ramai bahawa benar lelaki itu Anwar walaupun faktanya adalah bercanggah.


Menurut mereka pelacur itu berusia 20an dan rakaman telah dilakukan itu telah ditemui salah seorang dari mereka disebuah hotel di ibu kota.

Video bertarikh 21 Februari 2011, memaparkan aksi hubungan seks pemimpin pembangkang itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan dikatakan telah dirakamkan di ibu kota meskipun terpapar nama sebuah jalan dalam tulisan Siam di Thailand.

Berita yang disiarkan oleh Harian Metro di bawah menyatakan lokasi kejadian adalah sebuah kondominium di pinggir ibu kota bukannya sebuah hotel ditengah-tengah ibu kota seperti yang didedahkan oleh Three Stooges itu..



Wanita pelajar kolej swasta

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

"Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

"Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan," katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitapelajarkolejswasta/Article

Tiada ulasan: