Isnin, 11 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Al-Fatihah...

Posted: 11 Apr 2011 07:49 AM PDT


April 11, 2011

SIBU, 11 April — Juruterbang helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri yang terhempas petang tadi, Sahimi Ghazali, meninggal dunia di Hospital Sibu, malam ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.-MI

Takziah buat keluarga Allahyarham Sahimi Ghazali. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... amin.

BerJASA pada rakyat lagi BAIK

Posted: 11 Apr 2011 06:41 AM PDT


Alahai Muhyiddin... mula begging guru-guru supaya pangkah BN dalam PRN Sarawak pada 16 April ini. Mak aaiihh... udah desperate sangat ke BN di Sarawak hingga terpaksa guna kedudukan dia sebagai Menteri Pelajaran dan merayu-rayu macam tu sekali.

Well... apakah ini another bad sign, yang BN akan masuk kubur!!

Dia mintak jasa baik para guru untuk bantu BN. Kita pulak mintak para guru menggunakan kebijaksanaan mereka agar mereka tahu bila dan bagaimana nak menggunakan jasa baik dan kepada siapa jasa baik itu patut diberikan. Be wise apabila nak berjasa baik.

Fikirkan apa yang para guru boleh lakukan demi kebaikan negara, terutama negara yang sistem pentadbirannya sudah hancus. Ingat... ia hancus di tangan BN. Puak-puak ni sudah tidak ada keupayaan dan kesungguhan untuk membaik pulih sistem yang dah rosak teruk ini.

Melalui sistem yang rosak inilah, mereka dapat mengukuhkan cengkaman kuku besi mereka ke atas rakyatnya. Seluruh sistem ini diperkudakan untuk kepentingan mereka. Mereka sebenarnya hanya mahu mengekalkan kuasa politik agar mereka boleh terus bermaharaja lela melakukan apa saja mengikut nafsu serakah mereka.

Sometimes, we have to cruel to be kind. For the betterment of the nation and its people, harap-harap biarlah para guru bertindak cruel pada BN. Rasanya, ini jenis cruel... yang dituntut dan diredhai.

Kalau kita masih percaya pada sistem demokrasi... buatlah perubahan dalam pilihan raya kali ini dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan apa yang BN telah gagal lakukan.

Well... jika seandainya Pakatan Rakyat juga gagal, gunakan pula pilihan raya yang akan datang dan pilihlah mana-mana pihak yang dirasakan mampu untuk melakukan yang lebih baik. Tapi... insyaAllah, jika Pakatan Rakyat diberi peluang, mereka akan buat yang terbaik dan tidak akan menghampakan kita.

Sebab itu, para pendidik sebagai golongan yang berpelajaran.... jangan jumudkan minda anda. Kita mesti bijak menggunakan hak dan peluang yang kita ada dalam sistem demokrasi melalui pilihan raya yang diadakan setiap 5 tahun sekali. Itu kuasa yang kita ada. Jangan persiakannya.

But most importantly... jangan biarkan diri anda termakan dengan pujuk rayu seorang menteri BN, semata-mata atas alasan hendak membalas budi. Rakyat lebih berhak menerima budi dan jasa baik anda. Malah... rakyat berhak mendapat sebuah kerajaan yang lebih amanah, telus, efisyen dan bertanggung jawab.

Dan anda, para guru.... boleh menyumbang ke arah itu. Fikir-fikirkanlah....

[Sumber]

Bad Sign

Posted: 11 Apr 2011 03:23 AM PDT


Kah... kah... kah... kah..

Ini satu lagi petanda....
Barisan Nasional nak 'terhempas' di Sarawak!!

[Ceritanya di sini]

Antara dua tua yang lama

Posted: 11 Apr 2011 12:30 AM PDT

[Cerita berkaitan gambar di sini]

Ada orang cuba membandingkan antara dua orang pemimpin ini. Sorang tu tua dan lama juga, mengapa boleh terus jadi pemimpin, manakala sorang lagi pemimpin, tua dan juga lama tetapi... kenapa pulak dipertikai jika ia mahu terus menjadi pemimpin dan mahu terus memimpin negerinya?? [sini]

Sebenarnya... orang yang bertanyakan soalan ini seorang yang 'buta'. Aha... 'buta akai'. Itu bahasa yang lembut. Bahasa brutalnya... ngkorang pun tau, kan??

Kalau orang yang baik dan amanah.... ke mana pun dia pergi, orang akan respek dan sambut kedatangannya dengan meriah sekali. Tambahan pulak, dia seorang pemimpin yang disegani dan disayangi rakyat. Hidupnya sederhana dan amanah dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai pemimpin negeri.

Tidak pernah ada niat untuk mengambil kesempatan atas kedudukan dia bagi mengkayakan kroni... dan jauh sekali untuk diri sendiri dan keluarga. Tidak pernah sekali pun dia dakwa atas apa-apa salah laku, penyelewengan mau pun rasuah. Orang fitnah dia ada.... banyak kali dah. Tapi bukti?? Tak der!! Kalau tak buat, mana nak ada bukti... jadi fitnahlah modal mereka untuk mengaibkannya. Tetapi..... integriti dan kredibilitinya tetap teguh, seteguh iman di dadanya.

Tidak macam yang seorang lagi pemimpin tu... Rakyat papa kedana, dia pulak kaya raya. Tak cukup dengan dia serta keluarganya.... para kroni pun turut dapat tumpang sekaki. Habis hutan Sarawak mereka gasak dan kerjakan. Fuuhhh...!! Joli katak mereka dengan duit rakyat. Ini bukan cakap kosong atau fitnah... tapi buktinya sudah tersebar luas.

Sebab tu.... antara kedua-dua pemimpin tua dan lama ini, rakyat lebih yakin dengan pimpinan pemimpin tua dan lama daripada Kelantan. Semakin lama dia memerintah, semakin rakyat sayang. Kerana itulah, rakyat tak mahu dia bersara. Mereka masih dahagakan kepimpinannya.

Nasib si tua bangka, pemimpin lama daripada Sarawak tu, berbeza sekali. Rakyat sudah getik dan sudah muak dengannya. Malah, kerakusannya merompak harta rakyat dan negeri telah menimbulkan kemarahan mereka. Mereka tahu siapa sebenarnya dia. Sebab tu.... desakan demi desakan dibuat... mengesa dia agar berundur segera atau dibuang saja. Hinanya dia di mata rakyatnya.

Itulah cerita 'Antara dua tua yang lama'. Jadi... rakyat Sarawak pilihlah secara bijaksana. Aaaahhh.... buang jer si tua durjana tu. Kasik chance and try yang baru pula. Mana tahu kot lebih ummphhh!!

Well... apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Ketuk kepala, tanya akai!! Semoga dipermudahkan Allah SWT untuk anda semua membuat pilihan yang tepat.

[kredit gambar: PAS Sarawak]

Di sana dan di sini... Apa sudah jadi??

Posted: 10 Apr 2011 09:30 PM PDT

Nun di sebelah sana.... Najib berucap. Dia datang dengan laluan karpet merah. Dia berucap di dalam stadium yang tertutup dan selesa. T'shirt, bendera 1Malaysia diberi percuma. Begitu juga makan dan minum. Para pendengar diangkut secara percuma ke sana.

Malangnya, dia masih menyanyikan lagu nama yang iramanya disusun dan diolah baru. Hmmm.... bored and fed up orang mendengarnya. Hanya penjilat-penjilat dia jer yang suka. Rakyat marhaen.... menyampah!!

Yang ini pulak.... di sebelah sini. No red carpets. No free drinks and food. Berceramahlah mereka para pemimpin Pakatan Rakyat out in the open air. Mereka datang memberi harapan dan keikhlasan untuk membela nasib rakyat Sarawak.

Apa yang mereka pinta adalah diberikan peluang untuk berjasa kepada rakyat bumi kenyalang. Mereka nak ubah sistem yang korup kepada satu siatem yang lebih murni dan adil. Mereka cuma minta rakyat Sarawak berubah agar sistem yang korup itu dapat ditumbangkan.

Aha.... cer korang tengok sambutan rakyat. Mana yang lebih dikerumi dan mendapat sambutan rakyat?? Di sebelah sana atau di sebelah sini??

Apakah kehadiran rakyat di sebelah sana dan di sebelah sini boleh dijadikan petunjuk sokongan rakyat Sarawak dalampilihan raya negeri kali ini. Apakah itu petanda... regime Pek Moh dan BN akan hanyut dan tenggelam di telah tsunami yang bakal melanda??

InsyaAllah... Kita doakan semoga itulah yang akan terjadi.

Ayuh rakyat bumi kenyalang. Ubah. Selamatkan Sarawak!!

[Sumber di sini]

Baru sekarang? Why now??

Posted: 10 Apr 2011 07:15 PM PDT

Ongkili kata... PM Mahu Pembangunan Sabah, Sarawak Ditingkatkan Untuk Capai Wawasan 2020 .

Aku kata..... Piiirraaahhhhh!!!

LAWAS, 10 April (Bernama) -- Kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah mendapat perhatian kerajaan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pembangunan dan infrastruktur di kedua-dua negeri dipertingkatkan supaya boleh maju seiring dengan negeri-negeri lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Perdana Menteri "mahu kedua-dua negeri diberikan bantuan yang diperlukan.

"Beliau (Perdana Menteri) pernah berkata, selepas lawatan ke Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak dapat mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju kecuali kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak turut dimajukan," katanya semasa berucap di hadapan penduduk Kampung Buduk Nur di Ba' Kelalan dekat sini semasa beliau melawat dua projek biayaan kementerian itu di situ.

Projek berkenaan ialah projek ICT luar bandar e-Ba'Kelalan dan projek biobaja yang dilaksanakan oleh Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu untuk tujuan meningkatkan hasil projek tanaman epal di Ba'Kelalan.

Ongkili berkata sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah kekurangan jalan perhubungan antara Lawas dan Ba'Kelalan, perdana menteri telah memutuskan untuk menyerahkan tanggungjawab membina jalan kepada tentera daripada melantik kontraktor.

Ini bagi memastikan pembinaan jalan dapat dilaksanakan secepat mungkin dengan kos paling minimum, katanya.

"Ini untuk manfaat rakyat yang memerlukan jalan perhubungan yang lebih baik antara Lawas dan Ba'Kelalan dan kemudahan ini akan meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan itu.

"Oleh yang demikian, hanya Barisan Nasional mampu membawa pembangunan ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak termasuk Ba'Kelalan," katanya.

Turut hadir ialah anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan Willie Liau pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Ongkili berkata ini merupakan masa yang tepat untuk Sabah dan Sarawak dalam memastikan mereka tidak ketinggalan daripada segi pembangunan berikutan Perdana Menteri telah menjadikannya sebagai agenda nasional dalam memastikan kedua-dua negeri maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

-- BERNAMA

Weh yeop.... usah ler kamu nak labun. Tetiba sekarang ni pulak baru kamu sedar dan nak mengaborkan apa yang Najib kata. Ater... dulu kamu buat ape?? Tidor?? Atau... sibuk ngayakan diri, ek??

Mengakalor dah tahu nak capai Wawasan 2020, ater apa ke jadahnya udah tinggei lagi 9 tahun, baru kelam-kabut nak adakan pembangunan di pedalaman Sabah dan Sarawak. Pulak tu.... masa tengah nak ada pilihan raya ler. Apa komer buat selama 48 tahun sejak mula Sabah dan Sarawak sertai Malaysia?? Lebih-lebih dalam tempuh 30 tahun, si bapak perompak tu memerintah. Apa rakyat di pedalaman sana dapat nikmati?? Habuk pun tarak!!

Sampai gondol bentuk muka bumi Sarawk dikerjakan si bapak perompak tu, takkan nak bangunkan kawasan pedalaman Sawarak dengan kemudahan asas dan infrastuktur pun tak boleh sediakan?? Mana perginya duit rakyat hasil sumber alam negeri tersebut yang bernilai ratusan biliion-billion ringgit??

Hmmmm... tak lain tak bukan dapat ke si bapak perompak dan kuncu-kuncunyer ler. Tanggung jawab pada rakyat diabaikan dan dikhianati, tetapi asyik rompak harta rakyat dan kumpulkan harta-harta bernilai ratusan bilion di luar negara. Tak cukup perap dalam negeri.... perap pulak di seantero pelusuk dunia.

Kalau kita rampas balik semua harta dan wang ringgit yang sudah dirompak tersebut.... sure masalah pembangunan di pedalaman Sarawak boleh setel punyer!! Rakyat Sarawak boleh hidup senang-lenang dalam kesejahteraan.

Adey Ongkili, piiirraaahhhh....!! Bila ada pilihan raya, baru ler kerajaan pusat nak bawa projek pembangunan itu dan projek pembangunan ini ke sana. Itu pun baru labun jer.... Realitinya belum tentu lagi. Semuanya ini adalah untuk mengaburi mata rakyat Sarawak untuk memancing undi. Jadi.... umpannya, projek itu ini. At the end of the day..... apabila umpan sudah termakan, mereka kena kencing!!

Kesian rakyat Sarawak... Asyik-asyik kena kencing jer dengan para pemimpin BN Sarawak dan Pusat. Habis pilihan raya.... muka para pemimpin entah ke mana, projek entah ke mana. Lebuh sesemuanya!! Tinggal ler rakyat terkontang-kanting... kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebab itu.... wahai rakyat Sarawak, cukup-cukuplah tu kena perdaya dengan BN. Berasa seriklah dengan mereka. Jangan biarkan diri kamu tertipu dan diperbodoh lagi. Ajar sama itu BN. Lakukan perubahan.

Ubah. Selamatkan Sarawak!!

You can make a difference

Posted: 10 Apr 2011 05:30 PM PDT



Pemerintahan BN bikin semua jadi tonggang terbalik. Sebab tu, kita katakan yang BN ini sudah tak boleh pakai. Semua jadi gilerr babi!!

Orang berjalan ke depan tapi dia bikin orang jalan ke belakang. Orang sepatutnya fikir dengan otak tetapi dia bikin orang berfikir dengan kepala lutut. Bercakap sepatutnya dengan mulut tapi dia bikin orang bercakap guna bon***. Itulah umpamanya.... Tak ke gilerr?? Jangan biarkan kegilaan ini berterusan. Kita mesti lakukan sesuatu untuk memperbetul keadaan yang songsang ini.

Sepatutnya... secara logiknya, kalau negeri itu kaya, rakyatnya hidup senang dan sejahtera. Ini tidak... negeri yang kaya tetapi rakyatnya miskin dan menderita kehidupan mereka. Tetapi, oleh sebab para pemimpin BN ini kaki putar alam, maka semuanya jadi tak menentu.

Apa kita mesti buat untuk memperbetul keadaan yang sudah tunggang terbalik ini?? Aha.... Tolak BN dan para pemimpinnya yang tak mengasi tu. Say No to BN!!

Alhamdulillah.... di Sarawak keadaan sudah semakin positif buat kita. Rakyatnya sudah mula sedar akan kepincangan yang berlaku akibat fenomena bikinan BN yang songsang ini. Kalau momentum ini berterusan, insyaAllah kita akan dapat menyaksikan satu lagi tsunami. Kali ini di Sarawak pula.

BINTULU 10 April : Lebih 50,000 rakyat Sarawak hari ini menyatakan sokongan luar biasa apabila hadir dalam program ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini.

Kesesakan lalu lintas luar biasa berlaku sejauh 20 KM.

Kebangkitan luar biasa rakyat Sarawak mutakhir ini mencerminkan ketidakpuashati mereka terhadap pemerintahan regim Tan Sri Taib Mahmud yang terpalit dengan pelbagai skandal dan menyebabkan Sarawak ketinggalan antara negeri termiskin walaupun mempunyai khazanah dan kekayaan yang melimpah ruah.

Tarikh pilihanraya umum Sarawak ke-10 ialah pada 16 April, Sabtu ini yang akan menjadi penentu masa hadapan Sarawak.- TVS News

Ayuh... Melayu, Iban, Dayak, Melanau , Cina dan whatever lagi ler.... bangun, bangkit dan bersama-sama, kita jatuhkan perompak-perompak tersohor di Sarawak serta koncu-koncunya dalam BN. Ubah sistem yang sonsang ini. Ubah BN!!

Yeesss!! Vote For Change. Ubah dan Selamatkan Sarawak!!

Tiada ulasan: