Anak Sungai Derhaka |
- Setelah 'Taib akan undur'.. Najib kini menabur gula..
- Kalah di bandar, BN beri tumpuan luar bandar
- Wahhh.. Pandainya Taib urus negeri Sarawak.. (Video Inside)
- Sarawak : 50 : 50 kini realiti...
- ‘Kill the Indian’ kata Peter Nyarok SPDP/BN Sarawak
- Helikopter rombongan Muhyiddin terhempas.
- Sarawak : KUBURKAN TAIB The Video!! New released!! Sebarkan!!!
- Sarawak : 2000 datang kerana Tupperware.. bukan kerana Najib..
- Sarawak : Tiada ole-ole.. tapi yang hadir lebih 8000 orang.. (Video Inside)
- Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi..
| Setelah 'Taib akan undur'.. Najib kini menabur gula.. Posted: 11 Apr 2011 06:21 AM PDT Walaupun belum sampai ke tahap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, namun Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya berjaya untuk mengheret Barisan Nasional ke dalam gelanggangnya pada pusingan awal PRN Sarawak 2011. Sentimen "Undur Taib" semakin memuncak di kawasan bandar majoriti Cina, sehingga BN mulai tertekan dalam suasana sedemikian. Ramai yang akan bersetuju bahawa suasana di bandar-bandar utama Sarawak kini tidak berbeza dengan suasana PRU ke-12 pada tahun 2008, yang akhirnya mencetuskan "tsunami politik" untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, selain empat kerajaan negeri beralih tangan kepada pembangkang (tidak termasuk Kelantan yang pada asalnya di bawah PAS). Antara persamaannya yang mungkin paling menakutkan BN adalah wang dermaan yang dikutip dari khalayak ramai yang menghadiri ceramah politik sehingga mencatat puluhan ribu ringgit Malaysia, dibaca sebagai tanda rakyat komited kepada agenda perubahan. Najib akhirnya memberi jaminan bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak, tanpa menyebut tarikh mahupun menamakan penggantinya. Pengumuman sedemikian tidak memberi jaminan yang lebih daripada pengumuman sebelum terbubarnya DUN Sarawak, selain mengulanginya buat kali kedua. Jaminan yang mengundang malapetaka Pakatan Rakyat, terutamanya DAP semestinya mengambil kesempatan untuk mengasak agar BN membuat pengumuman terperinci, termasuk jadual waktu Taib Mahmud mengundur, penggantinya dan sebagainya. Malah, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan satu keratan akhbar pada 7 November 1995 yang memetik Taib Mahmud bahawa beliau akan berundur dalam masa lima tahun. Kesemua ini cukup untuk menyanggah jaminan daripada Najib dan Taib Mahmud. Walau bagaimanapun, langkah Najib untuk mengulangi jaminan yang sama semalam - walaupun berniat untuk meredakan ketidakpuasan rakyat, tetapi mungkin mengundang malapetaka di sebaliknya. Pertama, beliau menafikan bahawa Taib Mahmud adalah liabiliti, atau beban kepada BN. Selagi Najib enggan mengakui masalah yang ada pada Taib, maka pembangkang mempunyai alasan yang cukup untuk mempertikaikan keikhlasan Najib. Keduanya, pengumuman Najib boleh ditafsir sebagai "campur tangan dari Semenanjung", sentimen yang cuba diwujudkan sepanjang kempen BN Sarawak untuk menangkis serangan PR. Sentimen inilah yang dipermainkan supaya rakyat menolak parti politik dari Semenanjung. Namun, senjata ini sekarang mungkin makan tuannya kerana Najib dari Semenanjung dilihat bersuara untuk menentukan kekal-undur Ketua Menteri Sarawak. Pergolakan kuasa dalaman Lebih ketara, pengumuman ini semestinya menempangkan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, dan membuka lembaran baru pergolakan kuasa dalam PBB sendiri. Keadaannya mungkin sikit berbeza, namun ada persamaannya jikalau dibandingkan dengan Gerakan di Pulau Pinang pada tahun 2008. Setelah Presiden Gerakan Koh Tsu Koon berundur dari jawatan KM Pulau Pinang untuk bertanding di kawasan parlimen, tanpa menamakan penggantinya, maka berlakulah pergelutan dalaman antara beberapa orang calon yang melihat dirinya layak untuk menyandang jawatan KM. Kesudahannya seperti yang disaksikan, Gerakan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Pulau Pinang. Senario ini mungkin sukar diulangi di bumi kenyalang, namun ia sudah memadai seandainya BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Sarawak. Dan seandainya SUPP (yang berperanan seperti MCA di Semenanjung) mengalami kekalahan yang besar, maka ia merupakan tamparan sengit kepada slogan 1Malaysia oleh Najib Razak. Lanskap politik kemudiannya.. Jikalau keputusan PRN Sarawak 2011 menyaksikan pengundi Cina tetap memihak pembangkang, maka senario ini bakal meletakkan Najib dalam keadaan dilema. Mencurahkan lebih usaha untuk memikat hati pengundi Cina, atau mengambil langkah drastik untuk "menghukum" pengundi Cina yang tidak menyokong BN - semestinya akan menjadi perbalahan pendapat dalam UMNO dan BN sendiri. Silap selangkah Najib dalam membuat keputusan bakal meletakkan tanda noktah pada tempoh jawatan PM-nya. Justeru itu, apa yang boleh dilakukan oleh Najib dan regimnya sekarang adalah menabur "gula". Peruntukan demi peruntukan ditabur untuk memastikan kemenangan BN dalam PRN Sarawak, pertarungan yang bakal mempengaruhi semangat BN untuk menghadapi PRU ke-13. Namun demikian, Najib semestinya sedar bahawa pendekatan sedemikian tidak boleh dikekalkan selama-lamanya. Sebelum PRU ke-12, BN menang dalam PRK Machap dan Ijok, setelah menabur "gula pilihan raya" yang bernilai puluhan juta ringgit. Akhirnya kemenangan itu terbukti hanyalah pembohongan yang dibeli dengan wang ringgit. Demikianlah dilema yang dihadapi Najib Razak, atau lebih tepat sebenarnya, kebuntuan yang dihadapi Barisan Nasional sekarang. Merdeka Review |
| Kalah di bandar, BN beri tumpuan luar bandar Posted: 11 Apr 2011 04:25 AM PDT KUCHING, 11 April: PAS mengingatkan seluruh jenteranya agar tidak mengambil 'zon selesa' dengan perkembangan memberangsangkan sokongan rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat kerana BN kini memberikan tumpuan ke kawasan yang ditandingi PAS. Ini kerana, selepas merasa tidak akan mampu menahan gelombang rakyat di bandar, BN kini memberikan tumpuan ke luar bandar, untuk mempertahankan kerajaannya. Gambar: Mustafa bersama Abdul Wahid Endut, MP Kuala Terengganu, mengadakan sidang media di Kucing tengahari tadi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, biarpun perkembangan itu diharap memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, namun masih perlu berhati-hati dengan taktik kempen saat akhir BN. "BN under estimate gelombang rakyat yang berlaku sekarang ini sebab mereka tidak jangka gelombang rakyat yang tak setuju dengan BN dan bersama Pakatan Rakyat. "Saya mengingatkan jentera PAS, oleh kerana kita baru separuh jalan tempoh kempen, jangan selesa sangat, jangan terlalu yakin, nanti makan diri kerana kita ada beberapa hari lagi untuk hadapi,"katanya. BN kini ujarnya sedar dengan kebangkitan rakyat yang berlaku khususnya masyarakat Cina di kawasan bandar, dan mula mengalihkan tumpuan ke kawasan Melayu Melanau dan Iban di kawasan luar bandar. Ianya termasuk lima Dun yang ditandingi PAS iaitu, Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. "Semacam mereka yakin bahawa sukar untuk BN menang di kawasan bandar, sebab itu mereka alih ke kawasan luar bandar pula,"katanya. Akibatnya, kata Mustafa, BN memberikan tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang ditandingi PAS. "Ia memberi tekanan kepada calon kita. Jadi, kena kerja kuat pastikan kemenangan kali ini menyeluruh," kata Mustafa ketika dihubungi Harakahdaily kemudiannya. Gambar malam tadi: BN terkejut dengan sambutan luar biasa terhadap program Pakatan Rakyat di Kucing malam tadi Mustafa mengingatkan demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak, di Matang Jaya di sini. Katanya, walaupun sokongan jauh berbeza dengan pilihan raya negeri 2001 dan 2006, namun taktik BN yang sudah boleh dijangka bila hari terakhir kempen perlu diambil serius oleh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS. Najib tidak percaya Taib lagi Mengulas isu Datuk Seri Najib yang turun sendiri berkempen di sini, Mustafa Ali berkata ianya jelas menunjukkan perdana menteri itu sedar mereka tidak boleh lagi mengharap kepada faktor Ketua Menteri, Taib Mahmud untuk menang. Ditanya peluang Pakatan Rakyat, beliau optimis akan berlaku perubahan besar dalam politik Sarawak kali ini. "Saya optimis dan menjangkakan kebangkitan berterusan akan berlaku. Kita mungkin boleh lihat sedikit masa lagi,"katanya. Harakahdaily |
| Wahhh.. Pandainya Taib urus negeri Sarawak.. (Video Inside) Posted: 11 Apr 2011 02:58 AM PDT Menurut seorang sahabat yang kini berada di Sarawak tadi dalam ucapannya di MIRI Taib Mahmud berkata.. "Guan Eng kata kita (BN Sarawak) tak pandai urus negeri, Eh.. Penang punya administration ini Standard Five punya level.. Kita (BN Sarawak) punya administration dengan Petronas being internationally…" Benar kata Taib itu.. Guan Eng memang tak pandai atau tidak bijak menguruskan negeri macam Taib uruskan dalam video dibawah ni… |
| Sarawak : 50 : 50 kini realiti... Posted: 11 Apr 2011 02:08 AM PDT Ketika DUN Sarawak dibubarkan, aku secara tak sengaja telah bertemu dengan seorang Pemimpin (Pemimpin bukan Pencacai ya...) UMNO Permatang Pauh, aku tanya dia berapa peratus keyakinan BN untuk mengekalkan kuasa di Sarawak? Dia jawab "50:50".. aku tanya pasai apa? kata dia "Taib Mahmud punya pasai la... orang dah tak percaya kat dia.. banyak sangat isu.. nak pertahan macam mana?" kini semakin jelas ada kebenarannya jangkaan kebanyakkan Pemimpin UMNO itu sendiri. Kedudukan BN Sarawak kini 50:50 Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak. Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula. Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily. "Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu. Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong". Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya. "Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja. "Bak kata orang-orang bae (bintulu) " yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur" ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya. Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan. Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri. Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN. Usaha Najib tekan Taib gagal Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib. Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui. Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu. "Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily. "Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan. Harakahdaily |
| ‘Kill the Indian’ kata Peter Nyarok SPDP/BN Sarawak Posted: 11 Apr 2011 12:41 AM PDT Itulah ayat yang diucapkan oleh Peter Nyarok Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dari Barisan Nasional Sarawak.. Setelah diterjemahkan dari kata-kata asalnya iaitu "nadai guna Tambi nya ditu, temu bunh enggau iya" yang dalam bahasa Malaysianya bermaksud "tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu".. Racist macam UMNO.. "Tidak guna untuk orang India berada di sini, BUNUH dia baru dia tahu".. KUCHING: Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Peter Nyarok kini menjadi sasaran kemarahan apabila didakwa bukan sekadar mengeluarkan kata-kata menghasut, tetapi turut mengugut seorang pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia. Bungan Ekie, Setiausaha PKR Cabang Saratok telah membuat laporan polis terhadap Nyarok minggu lalu di Pejabat Polis Saratok. Nyrok, yang akan mempertahankan kerusinya di Krian untuk kali keempat, dipercayai telah mengeluarkan kata-kata, "nadai guna Tambi nya ditu, temu bunh enggau iya" sehari sebelum hari pencalonan. Kata-kata tersebut bermakna "tidak guna untuk orang India berada di sini, bunuh dia baru dia tahu". Nyarok merujuk kepada kehadiran Jeyakumar, ahli exco kerajaan Selangor yang berada di Saratok untuk memberi sokongan kepada calon PKR Ali Biju dalam pemilih raya di Krian. Calon lain yang bertanding untuk kerusi ini ialah Anthony Liman dari Parti Nasional Sarawak (SNAP) dan Banyie Anak Briak, calon bebas. Nyarok juga dipercayai telah mengulangi kata-kata serupa apabila beliau bertemu muka dengan Jeyakumar sepanjang kempen itu. Tiga Tuai Rumah (ketua rumah panjang) turut yang hadir ketika Nyarok mengucapkan kata-kata hasutan itu. Dalam laporannya, Bungan meminta polis untuk menyiasat tanpa pilih kasih atau takut. Mengugut pengundi Nyarok yang merasakan kepanasan kempen kali ini memberi amaran kepada ketua rumah panjang bahawa jika 'anembiaks' (pengikut) mereka memilih untuk mengundi pembangkang, dia akan menggunakan kuasa menterinya untuk menarik balik projek-projek kecil luar bandar yang tekah dijanjikan kepada rumah-rumah panjang. Dia turut mencurigai semua orang termasuk kakitangan awam negeri, guru dan pesara jika mereka tidak terbuka menyatakan sokongan mereka kepadanya. Enam orang penjawat awam telah dipindahkan dari Saratok ke bahagian lain dari Sarawak sebagai amaran kepada yang lain. Ia juga mengancam akan menarik pencen bagi pesara. "Nyarok tidak pernah berkelakuan sebegini dalam pilihan raya sebelum ini. Ia mungkin kerana beliau tidak pernah mengotakan janji-janjinya yang pernah dibuat kepada orang ramai. "Dalam pilihan raya negeri Sarawak 2006 dia telah menjanjikan beberapa projek termasuk projek pembaikan jalan di Ulu Krian dan telah menghantar tiga lori untuk menghantar batu. Dia berjanji untuk menghantar lebih banyak lagi jika dia memenangi pilihanraya ketika itu. "Namun, selepas memenangi pilihan raya, ia gagal menepati janjinya. Batu-batu itu telah dipindahkan dan ditarik balik," kata Bungan. Dia juga berjanji untuk memberikan mesin membuat getah keping, gergaji dan peralatan kerja, tetapi sehingga hari ini rakyat tidak menerima apa-apa. "Semua isu-isu ini termasuk hak tanah adat (NCR) telah ditimbulkan sepanjang kempen," kata Bungan. Dari tiga calon, Ali Biju memberikan cabaran yang kuat kepada 11,000 pengundi , di mana 96% daripada pengundinya adalah kaum Iban. Dalam pilihan raya terakhir, Nyarok selesa mengalahkan lawannya, Stanley Jugol daripada SNAP. Dia mendapatkan 4,784 undi berbanding lawannya yang mendapat 2,695 undi. Diterjemahkan oleh PASPB dari artikel asal yang disiarkan oleh Free Malaysia Today |
| Helikopter rombongan Muhyiddin terhempas. Posted: 11 Apr 2011 12:17 AM PDT Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. Malaysiakini |
| Sarawak : KUBURKAN TAIB The Video!! New released!! Sebarkan!!! Posted: 10 Apr 2011 11:55 PM PDT Kehangatan kempen pilihanraya Sarawak semakin panas dengan BN dikatakan sangat tertekan sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak terpaksa membatalkan semua acara untuk berkampung di Sarawak mulai semalam hingga ke hari pengundian. BN menjadi semakin parah dengan hubungan yang runcing antara Ketua Menteri Taib Mahmud dengan Najib yang membuat ucapan menyinggung semalam dengan menyatakan Taib akan berundur selepas pilihanraya. Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan luar biasa di negeri itu. Tanpa sokongan media yang dikawal BN, kempen Pakatan Rakyat lebih memfokus dengan ceramah, kempen rumah ke rumah, pengedaran risalah dan lain-lain. Terbaru sebuah video dikeluarkan yang menggambar betapa pemimpin-pemimpin BN kaya raya dan rakyat Sarawak terus dihimpit derita kemiskinan. Ayuh bersama buat perubahan. Majukan video ini kepada pengundi-pengundi di Sarawak dan kepada semua rakyat Malaysia. |
| Sarawak : 2000 datang kerana Tupperware.. bukan kerana Najib.. Posted: 10 Apr 2011 09:56 PM PDT Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware. Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu. Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware. Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk. Jatuh tergolek Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada. Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu. Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu. Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching. "Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang," kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan. Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat. Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu. Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol. Malaysiakini |
| Sarawak : Tiada ole-ole.. tapi yang hadir lebih 8000 orang.. (Video Inside) Posted: 10 Apr 2011 09:40 PM PDT Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing. Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya. Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa. Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap. "Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri. Sejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah. "Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar. Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak. Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah. Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam. "Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah. "PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik. "Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin. Buaya dua kaki Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat. Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini. "Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki. "Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi. Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya. "Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya. Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib. Malaysiakini |
| Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi.. Posted: 10 Apr 2011 11:38 AM PDT Dalam cubaannya untuk menyelamatkan Taib Mahmud (bukan Taib sebenarnya tapi sumber kewangan BN dan sumber yang membolehkan UMNO terus berkuasa), Najib berkata orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. Dalam nada yang jelas terdesak Najib juga berkata "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," Percayakah anda akan kata-kata Najib itu bahawa Taib Mahmud telah berjanji untuk berundur sedangkan membubarkan DUN pun Taib tidak mengikut kemahuan Najib? Ada sumber mengatakan bahawa pembubaran DUN Sarawak oleh Taib Mahmud ini mengejutkan Najib dan Muhyiddin sendiri kerana ianya diumumkan secara tiba-tiba oleh Taib Mahmud, ianya diumumkan setelah Najib dan Muhyiddin berada diatas kapal terbang. Najib dan Muhyiddin dikatakan telah cuba memujuk Taib agar berundur sebelum pembubaran DUN kerana mereka merasakan Taib adalah satu beban buat BN Sarawak kerana selama 30 tahun berkuasa beliau begitu rakus mengumpul harta seolah-olah Sarawak itu miliknya tetapi gagal.. Ketika Najib berjumpa Taib sebelum dibubarkan beberapa ketika yang lalu kerana bimbang dan terdesak Taib Mahmud telah dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Najib dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak. Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang. Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini. "Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi," kata sumber itu lagi. Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini. "Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak. Jika isu berkenaan pembubaran DUN pun Taib tidak menerima pendapat atau cadangan Najib, adakah untuk berundur seperti Najib sarankan itu akan diterima Taib?? Najib juga berkata "Jika mereka (PR) bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun. "Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua? "Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku," katanya lagi. Memang TG Nik Aziz telah tua tetapi adakah kekayaan TG Nik Aziz sama nilainya dengan kekayaan Taib Mahmud.. Berapa billionkah harta TG Nik Aziz, berapa ratus ekarkah tanah milik TG Nik Aziz di Kelantan? Bandingkan dengan Taib Mahmud, baka kata seorang sahabat bagai kolam dan lautan.. Bukan factor usia yang dipertikaikan rakyat tetapi penyalahgunaan kuasa.. Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur 'segera' KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya. Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib. Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi. Presiden Umno ini tiba di Kuching petang ini dalam usaha mengetuai kempen pilihan raya yang tinggal enam hari menjelang hari pengundian Sabtu ini. Najib dijadual untuk menghabiskan enam hari di Sarawak, sesuatu yang tidak pernah disaksikan ketika pilihan raya negeri itu. Malah ini kali pertama sejak 1987 kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan. Beliau memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu. Kepimpinannya genap 30 tahun pada 26 Mac lalu. Petang tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib sendiri "mengetuai" BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Taib telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang. Najib kemudian mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa mereka juga mempunyai sejumlah pemimpin yang sudah berumur. "Jika mereka bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun. "Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua? "Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku," katanya lagi. Najib menambah, Anwar seorang yang banyak masalah dan orang yang sedemikian tidak boleh menerajui kerajaan atau pun negara. The Malaysian Insider |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan