Jumaat, 1 April 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Up... Up... And up again!!

Posted: 01 Apr 2011 09:10 AM PDT

Naik lagi??? Mampuuuss!!!

Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini
April 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

Naikkan semangat. Naikkan tekad. Jom kita rentap-turunkan UMporNO/BN.

Di sebalik kenyataan itu...

Posted: 01 Apr 2011 08:19 AM PDT


Suara dia memberi persepsi yang mengelirukan... Siapa yang cuba dikelirukan?? Of course, mereka yang mindanya mudah diperkotak-katikkan.

Video seks Anwar... tulen, kata dia. Siapa pulak kata tak tulen. Yang orang persoalkan bukan ketulenan video tersebut, tetapi watak yang berlakon dalam video itu. Well... apakah watak tersebut tulen atau cuuluuup?? Kalau cuuuluuup..... siapa gerangan malaon di sebalik culupan tersebut??

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh "Datuk T" awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu. Lagi di sini.

Siasatan polis sepatutnya ke arah mendedahkan siapa pelakon itu yang sebenarnya. Anwar atau si boroi?? Kalau si boroi... siapa si boroi tu?? Siapa yang upah si boroi berlakon filem porno??

Kalau betoi Anwar... buatlah apa yang patut. Tapi, kalau bukan Anwar.... amacam??

Jadi jangan main-main sandiwara dengan hanya mendedahkan yang video itu tulen?? Kau nak bodohkan siapa ni weh...

Makcik dan pakcik di FELDA atau di kampung-kampung luar bandar ,bolehlah kau influence, but kalau yang lelain... sori ler.

Ciittt..!! Bikin malu PDRM jer, ada KPN camni... Tak cerdik langsung!! Sooo.... kena cuck hidung!!

Tiada ulasan: