Khamis, 7 April 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Khutbah Jumaat Jawi - Umat Islam wajib benteras tayangan lucah

Posted: 07 Apr 2011 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala 'filem' haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya.
Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul 'Membanteras Filem Haram' yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini.
"Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa," tulis khutbah berkenaan.
Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej 'menggalakkan tangkapan awam' apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002
Khutbah itu menyatakan akta itu berperanan menguat kuasa undang-undang bagi melindungi negara dan rakyat dari pengaruh buruk dan unsur negatif yang dipapar dalam filem berunsur lucah.
Mereka yang melanggar akta berkenaan, boleh dihukum penjara maksiumum lima tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Khutbah itu mengingatkan, ia cuma hukuman dunia sedangkan hukuman di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang mengundang kemurkaan Allah SWT.
Ia juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan sahaja kerana ia adalah amanah Allah kepada rakyat sebagai khalifah di muka bumi.
Berikutan penyebaran filem lucah yang berleluasa, khutbah itu turut menyatakan umat Islam hanyut dengan peredaran masa hingga lupa kepada Allah SWT dalam mengejar memewahan hidup dan keseronokan hiburan.
Ia menyatakan masalah itu mendatangkan krisis sosial, menyebabkan remaja terdedah kerana mereka kurang matang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta mudah terpedaya dan terpengaruh.
Masalah sosial itu, mengikut khutbah itu, menggalakkan pergaulan bebas melalui paparan adegan lelaki dan perempuan tanpa batasan yang merangsang pelakuan zina, sekali gus memberi impilikasi buruk terhadap pembentukan generasi akan datang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10859

Apa nak jadi dgn KERAjaan HARAMJADAH 1Malaysia ni - Majalah Porno disebar di sekolah

Posted: 07 Apr 2011 04:14 AM PDT

SHAH ALAM: Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk 'Kisah Juara Raja Lawak' bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah.
Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul 'Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu' daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, majalah  16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai.
"Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain," katanya ketika dalam perjalanan  membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 6.30 petang ini.
Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid.
"Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10890

Tiada ulasan: