Jumaat, 8 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Yang Tidak Bertanggungjawab Di Hari Pengkebumian Ahmad Sarbani

Posted: 07 Apr 2011 11:56 PM PDT


SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

"Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.

"Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH

Ulasan GB

Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas.

Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam.

Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab.

Ia tidak memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku.

Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur.

Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah.

Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat.

Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran mendedahkan kebenaran!


Gangsterism Di Sekolah Menjadi-jadi, 20 Pelajar Belasah Seorang

Posted: 07 Apr 2011 09:46 PM PDT

Kuala Terengganu: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad (gambar), 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

"Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

"Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar," katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

"Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

"Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk," katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

"Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai," katanya.



Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya. - kosmo


Ulasan GB

Siapa Menteri Pelajaran Malaysia?

Bangunan sekolah runtuh, Interlok gagal, disiplin pelajar tak terkawal... banyak kes.


Biarkan Rakyat Tangkap Datuk T

Posted: 07 Apr 2011 08:36 PM PDT

Biarkan rakyat tangkap Datuk T, seru Pemuda PAS

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak polis agar trio 'Datuk T' yang menjadi dalang penyiaran video lucah mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap segera jika tidak mahu rakyat membuat keputusan sendiri.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat (gambar) berkata tindakan polis menangani kes ini dipersoalkan sehingga video yang sepatutnya berada dalam siasatan polis dibocorkan dan tersebar dibeberapa laman blog termasuk YouTube oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Malah, pihaknya turut melahirkan kebimbangan kebocoran maklumat siasatan video itu akan mengundang masalah lain yang lebih besar sekiranya ketiga-tiga individu tersebut tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah walaupun beberapa laporan polis dikemukakan terhadap 'Datuk T'.

"Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Suhaizan berkata, situasi ini tidak mustahil memandangkan perkara yang hampir sama pernah terjadi apabila tangkapan awam dilakukan terhadap penyogok calon PAS DUN Pasir Raja di Johor semasa pilihan raya umum tahun 2004.

"Tangkapan itu telah berjaya membawa kes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu," katanya.

'Datuk T' yang terdiri daripada Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendaharin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video lucah kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Anwar menafikan beliau dalam video tersebut dan telah membuat laporan polis. Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis serta barang bukti termasuk video seks dan seutas jam Omega dikatakan milik Anwar diserahkan Shazryl Eskay menjadi bahan bukti, namun sedutan rakaman video seks itu mula tersiar menerusi laman video YouTube petang Isnin lalu.

Klip video selama 1 minit 47 saat itu yang diberi tajuk "VTS 01 1″, dimuat naik oleh pengguna Youtube dengan nama "thepowercam" itu kemudiannya dijadikan pautan dalam beberapa laman blog serta dijadikan sebagai tajuk utama muka hadapan beberapa akhbar arus perdana keesokan harinya.

Namun polis menafikan bertanggungjawab terhadap kebocoran bahan bukti serta penyebaran klip video itu. -FMT


Orang ramai boleh tahan 'Datuk T'

Beliau mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan Datuk Syazril Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim

KUALA LUMPUR: Jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar gagal menahan 'Datuk T' yang didakwa bertanggungjawab menayangkan video seks yang didakwa Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai berhak berbuat demikian.

"Jika beliau gagal berbuat demikian, orang ramai berhak menahan `Datuk T'," kata Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam sidang akhbar di rumah Anwar hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan ahli perniagaan Datuk Syazril Eskay Abdulalh, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang dikenali sebagai Datuk T.

Bagaimanapun, Karpal yang juga seorang peguam berkata, beliau belum menonton video terbabit.

"Apabila seseorang terlibat dalam jenayah maka orang ramai ada hak untuk menahan individu tersebut.

"Dalam hal video seks ini orang ramai boleh menahan Datuk T….tapi ianya lebih baik dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan Abdul Rahim menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis.

Mereka mengaku bertanggungjawab menjemput wakil media menonton klip video seks tersebut.

Anwar membuat laporan polis berhubung video itu dan pasukan keselamatan itu telah mengambil keterangan dari ketiga-tiga individu berkenaan.

Menurut Karpal dalam undang-undang tidak bertulis, individu yang terlibat dengan jenayah boleh ditahan tanpa waran.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata kerajaan negeri akan memantau keadaan dan jika perlu tindakan undang-undang akan diambil.

"Kerajaan negeri akan pantau keadaan dan jika perlu kita akan ambil tindakan agar mereka yang terlibat menyebarkan video itu dibawa ke penghakiman," katanya.

Pada Ahad lalu, klip video seks itu selama 1 minit 47 saat telah dimuat naik ke laman web Youtube, dan semalam di laman sosial Facebook.

Namun satu notis dikeluarkan oleh pihak Youtube pada 11.35 malam semalam berhubung pengeluaran video itu dari laman web itu dengan menyatakan 'ia melanggar polisi berhubung kandungan video yang mempunyai aksi seksual'.

Sementara itu, Ismail menafikan klip video berkenaan dibocorkan oleh pihak polis.


Ulasan GB

Benar. Jika polis berdolak-dalik untuk menahan Datuk T, maka mereka sepatutnya tidak boleh menghalang untuk rakyat melakukannya di bawah public arrest.

Terlalu memalukan jika pihak polis dilihat oleh rakyat bersekongkol dengan pihak konspirator video seks ini apabila pihak polis sehingga hari ini tidak/belum lagi menahan ketiga-tiga Datuk T yang telah JELAS melakukan kesalahan.

Rakyat begitu hampa dan kecewa kerana polis tidak menjalankan amanah dan tangungjawabnya secara adil dan berkecuali.


WASPADA: Air Zamzam Tiruan Pula Di Pasaran

Posted: 07 Apr 2011 07:20 PM PDT

Peniaga campur air bukit, telaga

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.

"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.

"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.

Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna. -kosmo



Air zam zam dicampur air kosong

Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.

Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.

Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.

"Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau," kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38.



Air Zam-Zam Tiruan

"AIR yang dikatakan air zam-zam itu dijual tanpa sebarang fakta pada botolnya. Yang ada hanyalah tulisan Air Zam-Zam berserta gambar Kaabah sahaja. Boleh percaya ke?" tanya seorang pengguna kepada BACARIA. Justeru, berdasarkan aduan pengguna ini terhadap penjualan air zam-zam yang meragukan, dijual semakin berleluasa dan kini boleh didapati dengan mudah, wartawan BACARIA, IZRA ABD RAHMAN DAN NOOR AZIANTY NORMAN telah membuat siasatan mengenai isu air zam-zam ini. Tulen atau tiruan? Turut menjadi persoalan adalah bolehkah air zam-zam ini dijual?

Pengguna keliru asli atau tiruan Air Zam-Zam pelbagai jenama

SHAH ALAM: Dahulu peluang minum air zam-zam hanya ada apabila saudaramara atau rakan taulan yang dijemput menjadi 'tetamu' Allah di Mekah membawanya pulang ke tanah air.

Namun kini, peluang untuk minum air paling berkhasiat di dunia ini semakin terbuka luas untuk sesiapa sahaja kerana ia boleh didapati dengan begitu mudah sekali.

Perkembangan ini mungkin menggembirakan mereka yang terdesak untuk mendapatkan air zam-zam ini untuk tujuan tertentu walaupun ada antaranya dijual dengan harga yang tak keterlaluan dikatakan sebagai 'cekik darah'.

Namun, tak kurang juga pengguna yang merasa was-was akan keaslian, kesucian dan kebersihan air yang sememangnya suci ini memandangkan semakin banyak pihak yang berani meraih keuntungan dengan menjual air yang tinggi kandungan mineralnya ini.

BACARIA turut menerima beberapa aduan berhubung isu ini. Selepas tinjauan dibuat, memang jelas menunjukkan banyak air zamzam yang dijual dalam botol pelbagai bentuk dan saiz di premis tertentu di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Melihat air suci ini dijual begitu berleluasa di merata-rata tempat, maka ramailah yang terfikir apakah air zam-zam ini begitu mudah dibawa keluar dari Tanah Suci Mekah sehingga ia boleh diperdagangkan sesuka hati di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.

Malahan, sesetengah air zam-zam yang dijual terus meninggalkan misteri dan tanda tanya terutama bagi masyarakat Islam yang begitu teliti dan sensitif terhadap isu kepenggunaan dan keagamaan.

Lebih menimbulkan tanda tanya, apabila ada pengedar yang tergamak menjualnya pada harga yang amat tinggi sedangkan kuantitinya amat sedikit. Cara pembungkusannya pula terlalu ringkas, hanya tertera tulisan 'Air Zam-Zam' sambil dihiasi gambar Kaabah, itu pun cuma tinggal bumbungnya sahaja kerana gambarnya telah dipotong separuh.

Tidak tertera asal-usul dan ramuan air zam-zam pada botolnya, sudah tentu boleh dimaafkan kerana masyarakat Islam di seluruh dunia tahu bahawa ianya air mukjizat dari Allah untuk umat- Nya di seluruh dunia yang diberikan secara percuma.

Namun, jika nama syarikat dan alamat syarikat pengedar langsung tidak dicetak pada label dibotolnya, adakah ia dapat dimaafkan? Siapa dan pihak mana yang bertanggung jawab terhadap air yang diisytiharkan sebagai air zam-zam ini?

Hal inilah yang membuatkan timbul syak di hati pengguna, adakah air yang dilabelkan sebagai air zam-zam itu benar-benar air suci yang dibawa dari Tanah Suci Mekah? Jika benar, mengapa disembunyikan nama syarikat yang mengedarnya? Mungkin juga air yang kononnya dikatakan air zam-zam itu hanyalah air paip atau air mineral biasa kerana pengguna hanya dapat merasa dan memastikan ianya benar air zam-zam hanya selepas mereka membeli dan membayarnya.

Dan yang paling ditakuti sekali jika ada pihak tidak bertanggung jawab mempunyai muslihat tertentu.


Ulasan GB

Terkebil-kebil masing-masing membaca hal-hal barangan tiruan sehingga bahan makanan pun banyak yang tiruan.

Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam!

Jadilah rakyat dan pengguna yang bijak dan berilmu supaya tidak mudah terpedaya dan tertipu. Banyakkan membaca... membaca buku dan membaca alam....

[Bergambar] Beratus-ratus Telur Tiruan Dirampas

Posted: 07 Apr 2011 05:28 PM PDT

Telur ayam di Pasar Pulau Tikus dirampas

GEORGETOWN: Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini merampas 270 biji telur ayam di tiga gerai di Pasar Awam Pulau Tikus, di sini.

Pemeriksaan pada 10.30 pagi itu dibuat berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mengenai telur ayam tiruan selepas aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli telur itu.

"Kami merampas 90 biji telur ayam dari setiap gerai untuk dihantar ke makmal bagi menjalani ujian untuk menentukan kesahihan telur itu sama ada ia telur sebenar atau tiruan," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK M Gunaselan.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata telur ayam yang dirampas itu dijual dengan harga 35 sen hingga 38 sen sebiji di pasaran tempatan.

Gunaselan berkata, pihak penguatkuasa akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang peniaga Lim Siew Eng, 85, berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan sehingga pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan di gerainya pagi ini.

"Saya sudah 50 tahun menjual telur ayam di sini dan hingga kini tidak pernah menerima aduan atau rungutan daripada pelanggan... ini kali pertama gerai saya diperiksa.

"Sejak berniaga di sini, saya langsung tidak tahu mengenai hal ini kerana saya mendapat bekalan telur ayam daripada seorang pembekal di Pasar Jalan Anson di sini. Saya tidak pernah mendapatkan bekalan dari tempat lain," katanya.

Semalam, CAP menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur ayam yang didakwa tiruan pada harga RM11 di pasar itu. Telur tiruan itu dikatakan mempunyai saiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. - BERNAMA


Telur Tiruan Diuji

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA






Ulasan GB

Rupa-rupanya dah lama ia berada di pasaran. Kerana rupanya di luar dan di dalam adalah serupa dengan telur asli, ramai yang terpedaya dan tertipu.

Kisah ini memang menggemparkan. Dan terima kasih kepada CAP yang mengenengah isu ini di negara kita.



Pergimu Akan Tetap Dibela

Posted: 07 Apr 2011 04:00 PM PDT

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi. -mk


Ibu pengsan bila lihat jenazah Ahmad Sarbani


Ketibaan jenazah Ahmad Sarbani Mohamed petang ini disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh kira-kira 400 orang yang memenuhi Surau Ar-Rahman, Kelana Jaya untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Ada di kalangan mereka yang mengalirkan air mata, malah wanita yang dikenalpasti sebagai ibu kepada Allahyarham turut pengsan untuk beberapa ketika apabila melihat wajah Ahmad Sarbani.

Jenazah yang telah dikafankan itu dibawa daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan tiba dengan kenderaan jenazah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kira-kira jam 5.10 petang ini.

Sebaik tiba, jenazah Allahyarham diletakkan di hadapan mimbar surau berkenaan dan wajahnya dibuka untuk ditatap buat kali terakhir.

Jenazah itu kemudiannya disembahyangkan oleh jemaah yang turut mengadakan majis tahlil dan bacaan surah Yassin serta solat hajat sebelum itu.

Jenazah berkenaan kini dibawa ke tanah perkuburan Islam di Kota Damansara dan semalam disemadikan pada kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, satu bedah siasat juga telah dijalankan ke atas jenazah Allahyarham di HUKM dan satu analisis juga dibuat ke atas keputusan bedah siasat berkenaan.

Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan turut disembahyangkan di HUKM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Ahmad Sarbani yang merupakan pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor berada di pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Terdahulu, imam bagi solat hajat yang dijalankan sebelum itu mengumumkan bahawa solat sunat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan petunjuk Allah bagi menyerlahkan kebenaran dan menyelesaikan kes berkenaan.

Malaysiakini turut menemui beberapa orang rakan Allahyarham ketika kunjungan di kediaman Allahyarham di Kelana Jaya.

Ada di antara mereka yang datang dari Kampung Lambor Kanan, Parit, Perak, untuk menziarahi keluarga Allahyarham.

Ada juga di kalangan mereka yang menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya bahawa kawan sekampung mereka itu telah meninggal dunia.

Salah seorang daripada mereka berkata Ahmad Sarbani adalah seorang rakan yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

"Kami boleh cakap mengenai peribadinya sahaja. Mengenai kes ini, kami tak tahu," sampuk seorang rakannya yang lain.

Sementara itu, seorang guru agama kepada anak bongsu Allahyarham turut menyatakan rasa sedihnya atas pemergian Ahmad Sarbani.

Said Mahmud berkata beliau juga seperti tidak percaya bahawa pegawai kastam itu telah meninggal dunia.



Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC


KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini.

Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC," kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.

"Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006," kata Kua lagi.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu.

Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut.


"IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud.

"Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan," kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis.

"Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu," katanya lagi.

Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88).

Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007.

"Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan,"
katanya.

"Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa.

"Di bawah sistem semasa, mahkamah koroner mempunyai keberkesanan terhad disebabkan kualiti hasil siasatan dan bukti yang diketengahkan," katanya lagi.

Kata Kua, sekiranya kerajaan tiada kekuatan politik untuk menangani masalah semasa ini bagaimana pihak berkenaan boleh bercakap mengenai transformasi.

Kua melahirkan pandangan ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan di Sarawak bahawa pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai Kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B dijalankan SPRM sejak awal minggu lalu.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, SPRM berkata ia telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden kematian pegawai Kastam di premis pejabat agensi itu pagi semalam.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM -TMI


Ulasan GB

Imej negara di peringkat antarabangsa terjejas teruk akibat daripada tidak profesyenalnya pihak PDRM dan SPRM khususnya di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Sekian lama rakyat telah menuntut agar perhatian serius diberikan terhada kedua-dua agensi ini, tetapi pemerintah dari BN seperti memekakkan telinganya malah memperlecehkan seruan rakyat berkenaan.

Di bawah rejim Najib, terlalu banyak kes misteri sebermula kenaikannya sebagai PM. Bermula dari targedi Altantuya, kemudian rampasan Perak, diikuti dengan siri kematian tahanan polis dan kematian rakyat di pejabat SPRM.

Kes terbaru ini, kematian Allahyarham Ahmad Sabrani tidak akan lagi dibiarkan oleh rakyat.

Rakyat tidak selamanya boleh berdiam diri di atas kezaliman demi kezaliman, kekejaman demi kekejaman.

Kita akan merayu kepada Allah s.w.t. agar diakhirkan pemerintahan UMNO BN ini sesegera mungkin supaya kebenaran dan keadilan itu diletakkan di tempatnya yang wajar. Supaya rakyat di dalam negara ini dapat hidup dengan aman sentosa di bawah rahmat dan keampunan Allah di bawah payung pemerintahan yang baru, Pakatan Rakyat namanya.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ahmad Sarbani. Semuga pemergianmu membuka lembaran baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia ini.

Video Seks: Najib Nak Sangat Tubuh Suruhanjaya, Silakan!

Posted: 07 Apr 2011 08:05 AM PDT

Pembangkang Tidak Konsisten Menolak Cadangan Penubuhan Suruhanjaya - PM

SANTUBONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pembangkang telah menunjukkan sikap yang tidak konsisten apabila menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal video seks yang didakwa melibatkan seorang yang mirip pemimpin utama mereka.

Menurut beliau, pembangkang sanggup mengetepikan prinsip untuk memperjuangkan keadilan apabila berhadapan dengan sesuatu isu yang tidak menguntungkan mereka.

"Ramai orang rasa pelik dan aneh sebab atas kebanyakkan isu merekalah antara yang pertama minta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

"Tapi yang pelik ialah bila isu ini bangkit mereka menolak cadangan untuk tubuhkan sebuah suruhanjaya.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan tengok kepada keadaan dan kalau mereka rasa ada sesuatu yang mungkin tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan prinsip," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat.

Menurut Mohamed Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin, bahawa lelaki yang terdapat dalam video berkenaan bukanlah suaminya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak diperlukan sebaliknya pada masa ini tumpuan perlu diberikan kepada siasatan polis kerana ia sudahpun dimulakan terhadap kes itu. -mstar

Ulasan GB

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju dibentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks bukan kerana takut dan bukan kerana tidak konsisten dengan pendirian.

Tetapi kerana kita merasakan ianya satu pemaziran wang rakyat. Kita merasakan ada lebih banyak hal yang perlu diutamakan dimana Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk seperti kehilangan wang negara sebanyak RM888 billion yang sehingga kini kerajaan membisu. Suruhanjaya Siasatan kematian Altantuya juga lebih patut ditubuhkan kerana ia melibatkan hubungan Malaysia dengan masyarakat antarabangsa disamping satu grand design yang amat memalukan melibatkan bom dari Kementerian Pertahanan digunakan untuk menghancurkan seorang wanita Mongolia.

Namun jika Najib dan UMNO BN berkeras ingin juga menubuhkan Suruhanjaya Video Seks yang tak berapa perlu itu, saya yakin pemimpin PR bersedia untuk menerimanya.

Ini kerana kami "amat yakin" bahawa orang di dalamnya bukan Anwar.

Dan siasatan hendaklah telus, tidak seperti yang lepas-lepas dimana Anwar dipaksa tinggal di lokap dan kemudian dengan cara yang tidak beretika, pihak polis mengambil DNA tanpa izinnya.

Sehubungan dengan itu juga kita meminta supaya orang yang bertanggungjawab mengeluarkan, merakam, mempertontonkan video seks itu kepada masyarakat diambil tindakan.

Mengapa sampai hari ini masih tiada tindakan ke atas Datuk T?

Apakah Najib juga bersubahat dengan trio Datuk T sehingga rakyat melihat kenyataan-kenyataan Najib jelas ketara memihak kepada mereka ini?


Itu rakyat mahu tahu!

Dan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan perlu menyiasat ke akar umbinya iaitu mendedahkan siapa dalang, perakam, pelakon dan motif konspirasi video seks itu sendiri.

BN Gagal Jadikan Video Seks Modal Pilihanraya Di Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 06:40 AM PDT

Rakyat Sarawak enggan tonton video seks 'Anwar'

Rakyat Sarawak tidak ingin dan enggan menonton video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata seorang pemimpin muda PAS negeri itu.

"Orang Sarawak tidak percaya video itu. Kami tidak tengok, kami juga tidak mahu tengok. Video seks Anwar orang tidak layan," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Pemimpin PAS itu berkata, beliau mendengar ada pihak yang mahu menjadikan isu video seks tersebut sebagai bahan kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berjalan.

Bagaimanapun katanya, "tidak ada sambutan daripada penduduk Sarawak, menyebabkan sehingga hari ini isu video seks tidak dijadikan bahan kempen utama.

"Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat.

Isu tanah adat lebih penting

"Ceramah berbentuk provokasi tidak berlaku di Sarawak. Inilah budaya orang Sarawak sejak dulu lagi. Walaupun banyak parti pelbagai kaum, kami hidup aman damai.

"Jadi berkempen secara kasar dengan memaki hamun termasuk serangan peribadi yang berlaku di Semenanjung tidak akan ada di negeri ini," katanya.

Menurutnya, sebaliknya pengundi Sarawak terutama di kawasan pedalaman mahu tahu mengenai isu tanah adat (NCR) yang diperkatakan secara meluas di seluruh negeri.

Beliau berkata, rakyat juga mengambil berat mengenai janji-janji pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memerintah Sarawak sejak tahun 1981 dan pembangkang pula mendedahkan pelbagai kelemahan dalaman dan salahguna kuasa dalam pentadbirannya. -FMT

Ulasan GB

Yang boleh diperbodohkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri di kampung-kampung. Kesian pakcik-makcik di Penanti dan peserta-peserta Biro Tatanegara, menonton video seks palsu.

Sampai sekarang GB tertanya-tanya, apa pasal tak dengar kisah polis menahan pihak yang menayangkan video-video seks ini?


Khairy? Isteri Menteri? Hancusss!!!

Posted: 07 Apr 2011 05:04 AM PDT

Chegubard pula 'dedah' isu video lucah KJ, isteri pemimpin

Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan "pendedahan" rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin

Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

"Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

"Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

"Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

"Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh "Datuk T".

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

"Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi "kapitalis" sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan "politik" berasaskan tuduhan seks dan video lucah," katanya.

"Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala "desparado"," katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

"SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik "kotor" dan tidak mendidik ini.

Ulasan GB

What goes round turns around. Video seks yang disebar, video sekslah yang anda akan perolehi balik.

Mujur ianya jatuh ke tangan chegubard yang matang berpolitik, yang tidak mudah melatah sekalipun sudah ada "lauk" besar di tangan.

Tak serupa dengan UMNO. Benda tak ada diada-adakan. Boleh rekayasa satu video kemudian tuuduh orang lain berlakon di dalamnya. PM angguk dan senyum kononnya ia akan memberikan political mileage untuknya bagi "memanjang usia" pemerintahannya dengan menghapuskan Anwar.

Ahh tidak semudah itu Najib.

Muara Tuang: Peluang Pengundi Untuk Tegakkan Hak Dan Keadilan

Posted: 07 Apr 2011 03:20 AM PDT

Muara Tuang: PAS masih tak puas hati

Walaupun akan bertanding seperti biasa, PAS masih tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud bertanding di DUN Muara Tuang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, perasaan itu ekoran SPR sebagai pengendali pilihan raya mengambil masa terlalu lama, sehingga melewati jam 1 tengah hari untuk mengumumkan keputusannya.

"Kita (PAS) masih tak puas hati kerana masa yang diambil lama sangat. Biasanya jam 12 sudah boleh umum keputusan (bantahan)," katanya.

Semalam, hasrat PAS untuk menang tanpa bertanding di DUN itu tidak tercapai apabila
bantahan mereka terhadap Mohamad Ali - yang juga adik kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud - tidak tercapai apabila SPR menolaknya.

Walaupun mengambil masa, suruhanjaya itu menjelaskan, menurut rekodnya, Mohamad Ali ada menghantar penyata perbelanjaan kewangannya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Perkara itu telah mencetuskan perbicangan di intertet sehingga ada yang menuduh Mohamad Ali sebagai penyandang baru saja mengemukakan penyata itu selepas bantahan dibuat.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang semalam, Mustafa memberitahu, walaupun menerima hakikat terdapat pertandingan, PAS tetap mengarahkan peguam terus meneliti isu yang ditimbulkan itu.

Keputusan penelitian dijangka diketahui dalam beberapa hari lagi sebelum boleh diputuskan tindakan lanjut, tambah Mustafa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tentang dakwaan-dakwaan di laman blog.

"Itu saya tidak berani hendak katalah," kata pemimpin veteran PAS itu.

Jika bantahan PAS diterima semalam, parti itu akan memecah tradisi dengan kemenangan pertama kali dalam pilihan raya negeri setelah menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang itu pada tahun 2003. -mk


Taib letak adik sendiri di Muara Tuang dipersoal

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Tindakan Ketua Menteri Sarawak meletakkan adiknya sendiri, Datuk Sri Mohd Ali Mahmud, untuk bertanding di DUN Muara Tuang menyerlah amalan kronisme di kalangan keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tindakan ini juga melambangkan Barisan Nasional (BN) tidak sedar apakah kehendak rakyat Sarawak sebenarnya sekarang hatta tidak sedar bahawa rakyat sudah muak dengan kekayaan dan kuasa yang berpusat di sekitar Taib Mahmud.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasrat rakyat untuk melakukan perubahan boleh dilaksanakan dengan memberikan undi kepada calon PAS yang bertanding di situ.

Hasrat ini, katanya, semakin jelas apabila golongan muda turut menyertai PAS melalui beberapa cawangan penaja PAS di Dun tersebut.

Menurutnya, sewaktu merasmikan penubuhan cawangan penaja malam tadi, ketua cawangannya, Abdul Rahman Doli meluahkan kebimbangan masa depan Sarawak jika tak berlaku perubahan politik baru.

"Isu di sini ialah soal kronisme di mana mereka tidak lagi begitu gembira dengan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud apatah lagi calon yang bertanding ini adik beliau sendiri.

"Kita lihat juga semalam kehadiran anak muda yang begitu mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan dan ini menunjukkan hasrat rakyat yang sebelum ini kita tidak tahu dan apabila PAS bertanding, baru kita tahu mereka cari kita," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah hari ini.

Beliau juga berkata, BN tidak lagi menghadapi laluan mudah untuk mengekalkan kedudukannya di Dun tersebut.

"BN tak akan mendapat jalan yang mudah seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini mereka ada jalan mudah untuk menang besar tapi saya percaya kali ini jalannya sukar.

"Contohnya, seperti yang berlaku di Tenang, BN berhempas pulas menurunkan jentera untuk melawan PAS," katanya.

Tambahnya, tindakan adik Taib itu kekal bertanding di Dun tersebut menunjukkan beliau dan abangnya Taib ingin menambahkan kekayaan.

"Muara Tuang ini mereka anggap begitu mudah untu menang dahulu, tetapi penolakan orang terhadap Taib Mahmud orang melihat bahawa tidak wajar untuk Taib Mahmud bertanding lagi dan mengekalkan adiknya, seolah-olah Taib Mahmud ingin meneruskan empayar kekayaannya," katanya. -HD


Ulasan GB

Siapa tak kenal SPR?

Ia akan tetap tersungkur satu hari nanti apabila dosa-dosa penipuan yang dilakukan selama ini terlalu berat untuk dipikulnya.

Tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: