Jumaat, 22 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bagaimana email 1 Malaysia merompak duit rakyat?

Posted: 21 Apr 2011 04:04 PM PDT

Sebelum ini Najib kata projek email satu Malaysia yang bakal menelan belanja RM50 juta, dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Swasta, Najib mengesahkan kononnya tiada sesen pun wang rakyat yang digunakan [TwitterNajib].


Najib mahu rakyat percaya bahawa Syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri.

Najib mahu rakyat percaya Syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia. Sebagai amal jariah syarikat yang hampir nak bankrap rujuk sini [Projek email 1 Malaysia].

Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Hal ini didedahkan sendiri oleh PEMANDU. Agensi-agensi kerajaan ini akan pakai duit siapa untuk bayar perkhidmatan email 1 Malaysia ini? Duit datuk kepada Najib Tun Razak atau duit nenek kepada Rosmah Mansor? [Msian Insider]



Mengapakah perkara bodoh ini boleh berlaku? Mengapakah di dalam keadaan perkhidmatan email percuma berlambak-lambak disediakan di internet, dengan sistem keselamatan yang terbukti dan teruji oleh email-email percuma seperti Yahoo dan Gmail, Perdana Menteri boleh meluluskan pembaziran RM50 Juta untuk projek email bodoh ini?

Tiba-tiba sahaja duit dari agensi-agensi kerajaan terpaksa disalurkan kepada perkhidmatan email 1 Malaysia, duit rakyat dalam agensi-agensi kerajaan terpaksa dimasukkan ke dalam kantung Syarikat Tricubis Berhad. Mengapa hal ini boleh berlaku?

Jawapannya mudah, ini kerana Syarikat Tricubis Berhad adalah syarikat kepunyaan adik Najib yang hampir nak bankrap, maka Najib terpaksa menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat adiknya dengan alasan projek email 1 Malaysia rujuk sini [Syarikat Adik Najib]



RentaP© "SAPU Malaysia, Rakyat didungukan, pencapaian adik diutamakan"

Jam Omega Datuk T dibeli di Taiwan rupanya

Posted: 21 Apr 2011 06:33 AM PDT

Sebelum ini isu Jam Omega menjadi topik hangat di blog-blog gerombolan songkok tinggi. Mereka tampil mendedahkan maklumat Jam Omega bagaikan penyiasat hebat mengalahkan agent perisik FBI, CIA, dan Mossad. Blog-blog gerombolan songkok tinggi dengan keyakinan 1000% mendakwa Jam Omega yang diperolehi oleh Datuk T adalah jam yang dihadiahkan oleh Arab Saudi kepada Anwar Ibrahim.

Menurut blog-blog gerombolan songkok tinggi hanya dua orang sahaja yang memiliki Jam Omega tersebut di Malaysia malah di dunia. Pertama Anwar Ibrahim, dan seorang lagi adalah Mahathir Muhammad.

Namun hasil siasatan Polis membuktikan bahawa Jam Omega yang diserahkan oleh Datuk T dibeli di Taiwan [Malaysiakini] malah pemiliknya tidak dapat dikesan. Sekaligus menyangkal maklumat blogger-blogger yang kononnya hebat mengalahkan agent FBI dan CIA.


Apakah kesudahan cerita ini? Kalau sebelum ini penipuan Datuk T sudah terang-terangan kantoi apabila dia yang mengaku berada di dalam rakaman video seks mirip Anwar Ibrahim namun tidak tahu di mana rakaman itu diadakan [Video seks]

Kalau dilihat di dalam hal ini, Anwar Ibrahim mengambil langkah bijak apabila tidak mahu melayan karenah gerombolan beruk-beruk yang mendesak Anwar menunjukkan jam tangan Omega miliknya. Prinsip Anwar mudah, mereka yang melempar tuduhan yang bukan-bukan, maka mereka harus membuktikan Jam Omega itu adalah milik Anwar.

Namun Anwar tegas di dalam hal ini, jika Polis yang meminta Jam Omega milik Anwar, maka beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Akhir sekali penyokong-penyokong dan blogger-blogger gerombolan songkok tinggi yang sudah hilang arah untuk menuduh Anwar Ibrahim, akan menududuh bahawa Anwar Ibrahim sendiri yang merekacipta video seks lelaki miripnya seperti tuduhan yang mereka lemparkan di awal pendedahan video tersebut 31 Mac yang lalu.

ReJaM© "Kisah video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim akan berterusan sehingga PRU 13"

Tiada ulasan: