Blog-list Malaysia |
- Kemewahan Hidup Anak Ramli Ngah Talib Bekas MB Perak
- Undang PKR Analisis Video Seks, Jika Benar Terbukti Berkesan
- Ketua Polis Negara Masuk Hospital
- Anwar Sakit Tulang Belakang? Betul Ke?
- Guru Umno Selamat Hanya Guru Pembangkang Saja Diburu
- Keluarga Tidak Puas Hati, Nak Tahu 'Kisah Sebenar'
- Anwar Adalah 'Binatang Jalang'
- Anwar Sudah Lari Ke Negara Lain?
- Siasatan Belum Selesai, Akhbar Sudah Jatuh Hukum
Kemewahan Hidup Anak Ramli Ngah Talib Bekas MB Perak Posted: 22 Apr 2011 01:07 AM PDT |
Undang PKR Analisis Video Seks, Jika Benar Terbukti Berkesan Posted: 21 Apr 2011 11:56 PM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencabar pihak berkuasa supaya mengemukakan bukti terhadap laporan analisis rakaman video seks sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan, yang mengatakan pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, analisis yang kononnya menggunakan proses biometrik itu tidak akan bermakna jika tidak disusuli dengan fakta dan bukti yang kukuh. Sehubungan itu, Rafizi menegaskan laporan akhbar Berita Harian semalam berjudul 'sepadan anwar' tidak lebih daripada agenda politik jahat UMNO BN untuk mengaburi mata rakyat. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini bertindak menghantar sampel rakaman video seks itu kepada agensi penyiaran terkemuka itu untuk dianalisis, 4 April lalu. Keputusan analisis kononnya menggunakan proses biometrik atau mesin imbasan diri berkomputer, itu diperolehi Acryl 10 April lalu. Rafizi menambah, jika benar apa yang didakwa agensi penyiaran terkemuka itu, polis seharusnya mengemukakan bukti dan mengundang parti PKR untuk turut sama menganalisis video itu menggunakan teknik yang sama. "Kalau mereka betul-betul berani dan yakin bahawa laporan pakar tu betul dia patut bagi satu salinan kepada kita untuk kita juga hantar kepada pakar yang kita lantik. "Sebab pakar berdasarkan rekod dia selama ini yang dia kata pakar itu tak pakar pun yang dia buat test itu sebenarnya tak wujud semata-mata dibuat cerita untuk jadi bahan politiklah," katanya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini," kata Rafizi. Beliau berkata, cerita terbaru ini adalah satu lagi cerita yang direka kerana sebelum ini terdapat beberapa cerita yang dilaporkan berhubung kes video seks itu. Rafizi juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bersikap sambil lewa dan tidak menjawab kepada persoalan pokok. Beliau juga dilihat seringkali memberikan hasil laporan yang tidak lengkap kepada pemberita. "Sebelum ini pun dia gunakan plot yang sama dia buat cerita dalam media tanpa memberikan fakta yang sepenuhnya pada rakyat contohnya kalau dalam cerita video ini mulanya dia cerita pasal jam Omega. Kemudian dia kata dia sudah dapat kenal pasti siapa tuan punya jam Omega. "Hari ini dalam laporan yang sama polis beritahu bahawa dia tidak boleh kenal pasti jam Omega tu siapa-siapa sebab pendaftaran nama jam Omega hanya bermula tahun 2008," katanya. - tvs |
Ketua Polis Negara Masuk Hospital Posted: 21 Apr 2011 11:47 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi. Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Beliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan. Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil. "Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini. "Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu. Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut. Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat. - Mkini |
Anwar Sakit Tulang Belakang? Betul Ke? Posted: 21 Apr 2011 08:27 PM PDT Anwar batalkan lawatan dua hari ke Pulau Pinang Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini. Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang. Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang. Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown. |
Guru Umno Selamat Hanya Guru Pembangkang Saja Diburu Posted: 21 Apr 2011 08:23 PM PDT Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah. Terkini, tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik barbarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihan raya kecil Tenang. "Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau berkata, sepatutnya Muhyiddin dan Dr Fuad perlu turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Menurutnya, pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga, katanya lambakan guru Sains dan Matematik seramai 26,000 merupakan satu lagi ukuran kegagalan Muhyiddin dan Dr Fuad untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. "Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. "Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid sedangkan Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. "Nampaknya sekarang siapa yang bankrap sehingga peruntukan untuk kementerian beliau tidak cukup," ujarnya. Beliau berkata, jika itulah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan, maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Idris turut mempersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang. "Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. "Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi," ujarnya. Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang". |
Keluarga Tidak Puas Hati, Nak Tahu 'Kisah Sebenar' Posted: 21 Apr 2011 08:15 PM PDT Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu. Sebaliknya, menurut sumber rapat keluarga Ahmad Sarbani ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain didakwa cuba "menyembunyikan" sesuatu daripada diketahui umum. "Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu. "Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar," katanya. Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbani sedia maklum punca kematian Allahyarham adalah jatuh dari paras tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana beliau boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu. "Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula. "Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas? "Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya," tambah sumber itu. Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kelalaian sekali gus membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana yang dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangkan bersama keluarga terdekat. "Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian," jawabnya ringkas. Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM. Justeru Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau menyerahkan kes tersebut kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan. "(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan. "Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya. Katanya, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang. Jelas Zulkifli, punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia. Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbani memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu. Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kematian Ahmad Sarbani merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja - tvs |
Anwar Adalah 'Binatang Jalang' Posted: 21 Apr 2011 08:16 AM PDT AKHBAR pro Umno hari ini telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja disebar dan dibesar-besarkan itu adalah sepadan dengan wajah bapak reformis Anwar Ibrahim. Sepadan bukan bermakna itu sahih Anwar. Sepadan adalah iras-irasan yang bukan hakiki. Laporan dalam akhbar itu juga menyebut polis sudah mengenal pasti di mana video itu diperbuatkan. Ianya dibuat di sebuah kondominum di pinggir Kuala Lumpur, bukan Muangtai. Manakala wanita yang terlibat dalam video berkenaan dikenal pasti sebagai gadis pelajar dari sebuah institusi swasta. Kenapa tidak dikaitkan dengan mana-mana IPTA awam, dari UIA ke UM ke atau UITM rasanya lagi sedap. Apabila filem lucah itu dibuat di Malaysia maka mulai hari ini bolehlah diikhtrafkan Malaysia sebagai pengeluar filem lucah termahal dan terkelas sekali di dunia. Elok juga kalau festival filem tempatan mengambil kira filem berkenaan untuk menerima apa-apa award. Ia ditonton bukan saja oleh 30 juta rakyat Malaysia termasuk anak-anak di Tadika Kemas, tetapi oleh seluruh penduduk dunia. Apa lagi kalau pemainnya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menambahkan gimik kehebatannya. Malang sungguh negara ini, sebab bekas-bekas timbalan perdana menterinya ditohmohakan dengan berbagai tuduhan yang kotor dan cemar. Satu masa dulu bekas TPM Malaysia dikatakan bertanggungjawab ke atas pembunuh beramai-ramai penduduk Memali mukim Siong Kedah. Selepas itu seorang bekas timbalan perdana menteri juga ditohmoh sebagai terlibat dengan pembunuh warga asing. Bekas TPM itu juga dikatakan terlibat dalam berkahlwat dengan seorang artis di sebuah resort di Port Dickson. Jadi apabila Anwar yang juga bekas TPM dituduh dan dikaitkan dengan video lucah ia seakan melengkapkan kemisterian atau pun nasib malang dan warna huduh terhadap mereka yang bergelar TPM. Bagi Anwar pula pertuduhan itu melengkapkan segala rukun-rukun kejatan yang dilakukannya bagi menimbuskan kerjaya dan nilia juangnya. Belum dikorek lagi apakah bekas TPM seperti Mahathir, Ghafar Baba atau Tun Razak Hussein juga ada kisah dan cerita sendiri dalam hidup mereka? Muhyiddin Yassin yang kini menjabat jawatan TPM juga harus waspada dan menjaga diri sebaik mungkin kerana beliau juga mungkin terkena tula jawatan itu. Kata laporan akhbar pro Umno nombor 2 itu, polis tidak fokus kepada penyiasatan jam Omega yang dikatakan milik Anwar itu. Bagaimana pun jam itu sudah dikenal pasti ianya dibeli di Taiwan. Kata polis kerana ia sudah lama di beli (2004) dan tiada maklumat pemiliknya susah untuk menentukan jam itu kepunyaan siapa. Bila polis berkata demikian semacam sudah ada kekenduran dari pihaknya dalam isu video lucah ini. Dalam kasus video lucah itu jam adalah bukti utama dan pokok untuk menentukan siapa sebenarnya watak yang mirip atau dikatakan sepadan dengan Anwar itu. Kerana dari jam boleh diambil DNA yang ada kepada pemiliknya. Apabila tiada sebarang bukti jelas menunjukkan watak dalam video itu Anwar maka pertuduhan tidak boleh dibuat ke atasnya. Sesiapa pun tidak boleh mengesahkan lelaki itu adalah Anwar kerana tidak ada bukti-bukti kukuh. Masalahnya tape atau CD video itu tidak boleh dipadankan dengan DNA Anwar yang sudah ada ditangan kerajaan hari ini. Jadi apakah maksudnya bila polis mengatakan jam itu tidak menjadi fokus? Kalau ia dibawa atau dilakukan juga tentu Karpal Singh akan mempertikaikan macam mana jam itu diperolehi nanti? Ini samalah dengan isu DNA Anwar yang diawal semasa dalam tahanan lokap dipertikaikan oleh Karpal Singh. Kerana cara pengambilannya tidak sah ia ditolak sebelum dibenarkan semula oleh mahkamah. Perkara pokok yang akan dipastikan dulu apakah jam Omega itu jam Anwar? Tanpa ada pendaftaran pemiliknya ia sukar untuk dibuktikan. Apa lagi Anwar dan isterinya mengakui jam itu masih ada kepadanya. Kenapa Azizah tidak menunjukkan jam itu kerana mungkin beliau memilih mahkamah untuk dikemukakan bukti itu. Ini tentu atas nasihat peguam. Jadi wartawan dan mereka yang ingin melihat jam itu jangan emosi sangat dan perlu melihat strateginya. Mudah saja kalau tidak ada bukti pihak pendakwaan tidak akan membuat pertuduhan. Anwar tidak akan dibawa ke mahkamah. Pendakwaan biasanya mempunyai bukti jelas dan konkrit kalau ingin membawa seseorang ke muka peengadilan. Tetapi dalam kes Anwar ini pendakwa boleh juga bawa Anwar atas tujuan hendak menyusahkannya. Timbul seribu keanihan kepada saya dalam kes-kes membabitkan Anwar ini. Banyak perkara yang misteri, tidak lengkap, mengelirukan dan berlaku 'cocoh tarik' yang jelas. Bukti-bukti yang dibawa bagi mensabitkanya dalam sesuatu kes selalu longgar, bercanggah di antara satu sama lain dan tidak kemas dan boleh diubah-ubah. Bukan isu liwat dengan pembacuh kopi, tetapi dalam isu liwat pertama dengan Azizan Abu Bakar dan gengnya dulu juga tidak kemas dan mengelirukan. Disebabkan kelemahan bukti-bukti dan alibi itulah maka kes liwat ke atasnya di buang begitu saja. Bila berlaku begini wang rakyat rugi dan maruah Anwar pula tercemar dan yang merugikan pihak berkepentingan rakyat akan marah. Begitu juga dalam kes liwat dengan pembacuh kopi timbul beberbagai keraguan dan kekeliruan mengenai fakta kes dan bukti-bukti serta saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Percanggahan laporan perubatan, tarikh kejadian dan banyak lagi menjadikan kes itu seperti mahkamah dalam wayang kulit saja. Mulanya digembar gemburkan pihak pendakwa dibekalkan dengan video atau gambar yang menunjukkan Anwar sedang 'merukah ponggek' pembacuh kopi. Semua orang terngangga dan terkejut untuk melihatnya. Walhasil sampai di mahkamah tidak ada pun gambar yang dimaksudkan itu melainkan gambar 'mangsa liwat' itu dilihat keluar dari sebuah gate kondominum saja. Hai... Kalaulah gambar sebegitu sejuta kali pun ia boleh dibuat dan diadakan. Ini dalam kes video lucah keadaan sama nampaknya berlaku. Bukti-bukti sahih mengatakan lelaki itu Anwar nampaknya gagal dikemukakan. Apakah tanggapan atau persepsi umum hanya melihat wajah itu sebagai Anwar akan diterima sebagai saksi? Kalau begitu adalah sangat 'tamada', sangat 'kodi', dan sangat naif mahkamah negara ini. Kalaulah pendakwa turut juga mengheretkan Anwar ke mahkamah, maka jelas ianya satu usaha berterusan untuk menyusah dan memasungkan langkah Anwar agar tidak gugat kerajaan BN. Tindakan berterusan mencerminkan betapa bahayanya seorang Anwar kepada sebuah kerajaan seperti BN. Apakah ini juga boleh difahamkam bahawa kerajaan hari ini begitu takut sekali ianya runtuh kerana dengan keruntuhannya akan bercemperian segala macam noda, kebusukan dan hanyur lendir yang dilakukan ke atas rakyat? Lakukan apa juga kezaliman dan kekerasan ke atas Anwar, beliau tidak akan mundur dan mengaku kalah. Segala tindakan tidak akan menghentikan Anwar dari terus menyerang dan mengaum. Beliau akan nekad melawan kerana dia adalah binatang jalang yang terbuang dari kumpulannya seperti mana diucapkan Chairil Anwar lebih 60 tahun lalu. Sebagai mana Chairil Anwar hidup sesudah kematiannya, maka begitulah Anwar akan tetap disebut hingga ke hujung zaman. Sesungguhnya api jihad Anwar boleh terpadam bila jasadnya ditinggalkan roh. kalau sampai waktuku ku mau tak seorang kan merayu tidak juga kau tak perlu sedu sedan itu aku ini binatang jalang dari kumpulannya terbuang biar peluru menembus kulitku aku tetap meradang menerajang luka dan bisa kubawa berlari berlari hingga hilang pedih peri dan aku lebih tidak perduli aku mahu hidup seribu tahun lagi. - Chairil Anwar. -MSO- |
Anwar Sudah Lari Ke Negara Lain? Posted: 21 Apr 2011 08:02 AM PDT Jika menurut blog AIDC, Anwar Ibrahim dijangka akan pulang Ke Malaysia hari ini dari Osaka, Jepun kerana programnya bersama penaja, Nippon Foundation dan Sasakawa Peace Foundation (SPF) tamat pada hari ini. Dan jika merujuk kepada twitter beliau, tweet Anwar Ibrahim yang teakhir hanyalah disebelah petang tadi. Dan di saat artikel ini di tulis, masih tidak ada tweet atau pun kenyataan baru di dalam blog oleh Anwar Ibrahim. Baca di sini |
Siasatan Belum Selesai, Akhbar Sudah Jatuh Hukum Posted: 21 Apr 2011 04:14 AM PDT Berita Harian: Lelaki video seks sepadan Anwar Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan. Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004. "Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. "Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu," kata sumber akhbar tersebut. Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur. Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan