MiLo SuaM |
- "Datuk T tak paham Islam" kata bekas Mufti Wilayah
- Presiden Jerman dilempar dengan telur oleh rakyat
- Siasatan video seks selesai, Datuk T akan ditangkap
| "Datuk T tak paham Islam" kata bekas Mufti Wilayah Posted: 17 Apr 2011 01:25 PM PDT Bila orang tak paham Islam berlagak nak jadi pejuang Islam nak menegakkan kebenaran kononnya, maka huru haralah jadinya. Perjuangan mereka hanya akan disokong dan dipuji oleh orang-orang yang sama-sama tak paham, yang sama-sama jahil. Datuk T yang mendedahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan alasan kononnya mahu menegakkan kebenaran, demi kebaikkan masyarakat jelas menunjukkan kejahilannya apabila ditempelak oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya yang mengatakan beliau sebagai tidak faham Islam [Malaysian Insider] ![]() Kali ini sudah lebih lima kali alim ulama, dan bijak pandai Islam, dari mufti sampailah ke ustaz dari ulama Kerajaan, sampailah ke ulama pembangkang tidak terkecuali[ Ulama Muda UMNO ] memberikan pendapat menentang budaya politik lucah yang dicetuskan oleh Datuk T. Namun begitu, blogger-blogger gerombolan songkok tinggi termasuk media massa kerajaan tetap meneruskan kempen meraih sokongan rakyat melalui video lucah. Malah mereka mempersoalkan pula undang-undang Islam yang menetapkan keperluan 4 orang saksi yang tidak fasik untuk menuduh sesuatu perbuatan zina, atau berdepan dengan hukum Qazaf. Susah nak bercakap dengan orang jahil, lebih susah nak bercakap dengan orang yang buat-buat jahil semata-mata untuk meraih kuasa dan keuntungan politik. Ulama, Ustaz, Mufti, guru agama, boleh pergi mampos, yang penting Barisan Nasional menang pilihanraya. Di bawah ini contoh si jahil yang berlagak kononnya mahu menjadi pejuang Islam, menegakkan Islam, namun akhirnya hanya mampu menghina Islam kerana kejahilan atau penyakit bebalisme yang tidak dapat dirawat. ![]() ReJaM© "Video lucah, dubur, dan pelacur, jadi bahan meraih sokongan rakyat. Malang dan jijik sungguh politik Malaysia" |
| Presiden Jerman dilempar dengan telur oleh rakyat Posted: 17 Apr 2011 10:14 AM PDT Christian Wulff merupakan Presiden Jerman termuda. Inilah risiko yang perlu diambil ketika di tempat awam. "Pakaian Presiden memang kotor, tetapi beliau biasa sahaja," kata pejabat setempat kepada AFP, Jumaat-15/4/2011 Wulff dilontar telur ketika muncul di kota Wiesbaden, Jerman. Seorang lelaki berumur 48 tahun tiba-tiba muncul dan melempar telur kepadanya. Setelah telur itu terkena bahagian dada Wulff, ia langsung diganti dengan jaket baru. ![]() Namun begitu Presiden Christian Wulff yang telah dilontar menggunakan telur oleh rakyatnya itu tetap santai dan tidak menunjukan reaksi yang berlebihan. Dia hanya berkata, "saya senang menatap muka anda, walaupun mendapat lemparan telur". Sumber: [Selatan Online] ReJaM© "Setakat kena lempar dengan telur, hal kecik, rakyat bawah selalu kena lempar dengan bom..." |
| Siasatan video seks selesai, Datuk T akan ditangkap Posted: 17 Apr 2011 04:33 AM PDT Kalau diikutkan kepada laporan oleh Utusan Malaysia hari ini, siasatan berkenaan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sudah selesai. Maka identiti pelakon dan lokasi rakaman video seks sepatutnya sudah dikenalpasti. Kalau mengikut laporan Utusan, Datuk T harus bersedia untuk ditangkap oleh pihak Polis. Ini memandangkan pihak polis telah menyiasat video seks, untuk mendakwa orang yang mengedar video tersebut mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah . Maka orang yang berkaitan dengan akta ini jelas sekali adalah Datuk T [Utusan] ![]() Persoalan yang masih ditunggu-tunggu oleh rakyat ialah, siapakah pelakon video lucah mirip Anwar Ibrahim itu? Adakah Anwar Ibrahim sendiri atau lelaki lain miripnya? ReJaM© "Betul ke nak tangkap Datuk T ni? Macam ada yang tak kena je, senang hati sebab menang besar PRN Sarawak ke?" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan