Isnin, 18 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Elak Makan Telur Mentah

Posted: 18 Apr 2011 12:30 AM PDT

Elak makan telur mentah Oleh ADLAN JAAFAR

MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Sihat

Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.

Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia.

Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.

Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah 'neutral' dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari.

Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian.


Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.

Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.

Bagaimanapun, perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 10 bilion biji telur ayam dan itik dihasilkan di negara ini.

PENGHIDAP penyakit kardiovaskular disarankan mengambil bahagian putih telur sahaja.


Tiga biji

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.

Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.

"Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.

"Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan," ulasnya.

Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.

Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.

"Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.

"Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan," ujar Shariza lagi.

Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.

Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.

Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.

Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.

Seksual

"Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh," katanya.

Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.

Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.

Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.

"Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan," katanya.

Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.

Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.

"Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.

"Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut,"
kata Shariza lagi.

Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.

Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.

Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.

"Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi," ulasnya. -kosmo

Polis Dakwa Sarbani Mati Akibat Kemalangan

Posted: 17 Apr 2011 11:36 PM PDT


KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

"Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi," kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu. -kosmo


Pondok Tahfiz Terbakar, Warga Tua Rempuh Api Selamatkan Suami Uzur

Posted: 17 Apr 2011 10:00 PM PDT

Ketereh: Seorang isteri warga tua sanggup menggadai nyawa dengan merempuh api untuk menyelamatkan suaminya yang uzur, dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah, di Pondok Tafiz Darulnaim, Kampung Kubang Bongor, Padang Halbam, dekat sini, petang kelmarin.

Pengorbanan Aminah Harun, 70, menarik keluar Masud Ahmad, 86, yang tidak dapat melihat dan berjalan, berjaya menyelamatkan suaminya itu daripada menjadi mangsa kebakaran.

Aminah berkata, sebelum kejadian, beliau sedang membaca al-Quran sebaik selesai sembahyang Asar, manakala Masud pula berehat di ruang tamu rumah berkenaan.

Katanya, sebaik selesai membaca al-Quran, beliau terhidu bau sesuatu terbakar lalu membuka pintu belakang rumahnya untuk mengetahui punca bau berkenaan.

"Selepas membuka pintu belakang itu, saya melihat rumah berhampiran sudah terbakar dan api marak dengan pantas, menyebabkan saya terus menerpa ke arah suami yang sedang berehat di ruang tamu rumah.

"Saya terpaksa menarik suami keluar rumah dan ketika itu, api mula marak membakar rumah sehingga saya gagal menyelamatkan sebarang harta benda.

"Saya bersyukur kerana suami yang uzur selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku terhadap penghuni rumah yang terbabit dalam kebakaran itu," katanya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tujuh rumah papan berdekatan, musnah, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang guru pondok berkenaan, Mohd Zukri Othman, 40, berkata beliau terlihat asap dari sebuah rumah dan cuba memadamnya dengan menggunakan air daripada paip berhampiran.

"Api marak dengan pantas. Mujurlah ketika kejadian kebanyakan penghuni rumah berkenaan keluar bekerja," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.29 petang.

Katanya, sebaik tiba, semua rumah papan terbabit sudah 80 peratus hangus dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak kepada 30 lagi kediaman berhampiran.

"Kami juga dibantu dua jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bersama 12 anggota dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM70,000 dan punca kejadian masih disiasat," katanya. -BH

Ulasan GB

Nilai kasih sayang sejati jarang kedapatan pada pasangan muda, tetapi dibuktikan di atas amat kental pada pasangan orang lama.

Kaum Cina Tolak BN Di Sarawak, PRU Tangguh

Posted: 17 Apr 2011 09:00 PM PDT

DUN Sarawak: Hakisan undi Cina mungkin tangguh PRU-13

Hakisan sokongan kuat masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang berterusan di Sarawak sejak pilihan raya umum 2008 kemungkinan akan memaksa Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pilihan raya umum ke-13, demikian menurut penganalisis.

Justeru, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN dilihat perlu mengkaji semula gagasan 1 Malaysia untuk memenangi semula sokongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan masalah pembangunan ekonomi dan kekurangan aspek meritokrasi selain telah menyebabkan sokongan berkurangan.

"Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN," katanya penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

BN menang majoriti dua pertiga dengan 55 dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. DAP menggandakan kemenangan kepada 12 kerusi manakala PKR menang tiga kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas juga mendapat satu kerusi.

Pada pilihan raya 2008, Pakatan Rakyat menang 82 dari 222 kerusi Parlimen dengan DAP memperoleh 28 kerusi, terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai majoriti besar pengundi Cina, yang menolak wakil rakyat BN.


Jika berdasarkan trend mengundi setakat ini, Agus percaya keputusan pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 semalam membuktikan pengundi di negeri itu masih mengundi mengikut kaum.

"Ia masih mengikut segmen kaum, malah lebih daripada biasa. Saya tidak rasa Najib akan mengadakan pilihan raya umum pada masa terdekat.

"Kemenangan di Sarawak tidak membuktikan kemenangan BN... apa yang jelas BN mengekalkan undi Melayu-Bumiputera sementara Pakatan Rakyat melalui DAP mendapat undi Cina," tambahnya.

Pensyarah itu berkata BN gagal mempertahankan Sarawak sebagai "deposit hayat" atas banyak sebab dan ini akan membuat Najib menangguhkan untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.

Menurut Agus, kehilangan sokongan dari masyarakat Cina menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib yang "inklusif" hilang di kalangan rakyat Sarawak.


"BN dan DAP sekarang bertanding bagi kerusi (mengikut kelebihan komposisi) kaum . . . ini menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib gagal. Sokongan yang kurang dalam masyarakat Cina perlu diambil kira sebelum beliau (Najib) mahu mengadaka pilihan raya umum," kata Agus.

Jelas beliau, pertarungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) juga sebab utama mengapa perikatan tiga parti itu menang lebih banyak.

"Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain," kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan "selesa" apabila memperoleh kemenangan.

Najib juga memberikan isyarat meyakinkan apabila mengatakan kemenangan besar di Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya.

"Momentum ini akan kita tingkatkan dan apa yang penting sokongan ini kita kekalkan supaya ia boleh diterjemahkan pada pilihan raya umum," katanya malam tadi.

BN mengekalkan kemenangan dua pertiga di DUN Sarawak dan pada pukul 10.55 malam tadi BN diisytiharkan menang dengan 55 kerusi atau 75 peratus 71 kerusi yang dipertandingkan. Pada 2006 menang 62 dari 71 kerusi, ini menunjukkan undi BN turun dari 62.93 peratus pada 2006 kepada 55.24 peratus semalam.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, bersetuju dengan pandangan Agus.

"Walaupun Najib bercakap soal 1 Malaysia dan inklusif untuk semua, masih terdapat rasa antara konsep dan pelaksaan dan ini sesuatu yang cuba dieksploitasikan lawannya.

"Lihat keputusan setakat ini . . . ada jurang antara orang Islam dan bukan Islam," kata Ibrahim.

Seperti Agus, Ibrahim juga berkata kemenangan 15 kerusi Pakatan Rakyat tidak akan dipandang mudah oleh BN.

"Pakatan Rakyat menang di negari yang dianggap sebagai peti deposit BN," katanya.

Penganalisis itu berkata faktor Najib menyumbang kepada kemenangan BN kali ini.

"Kehadiran Najib dan Najib sendiri yang berkempen di Sarawak... dan apa yang beliau lakukan menyumbang kepada kemenangan BN.

"Ia akan jadi lebih teruk tanpa Najib," kata Ibrahim. -TMI




Kemenangan DAP wajar diberi perhatian serius

Pertambahan jumlah kerusi dimenangi DAP pada pilihan raya negeri Sarawak kelmarin, boleh disifatkan sebagai lanjutan tsunami politik yang berlaku di Kuching pada 2006 dan perlu ditangani dengan serius, kata Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Justeru, katanya, parti komponen Barisan Nasional (BN) harus menganggap kekalahan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai BN sebagai pengajaran dan cabaran yang perlu dikaji secara teliti serta ditangani dengan lebih berkesan.

"Kita harus memandang serius bahawa fenomena ini memang menjadi cabaran besar kepada BN, khasnya kepada parti komponen yang bertanding di kawasan berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat GERAKAN di sini, semalam.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan penguasaan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai parti politik tempatan di Sarawak tetapi kini beralih kepada DAP dan PKR, jelas memperlihatkan persepsi bahawa hanya parti tempatan mampu menambat hati pengundi Sarawak sudah tidak lagi relevan.

Mengulas punca penolakan pengundi Cina terhadap calon dari parti komponen BN khususnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), beliau berkata, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, termasuk dari segi calon.

Walaupun ada calon SUPP adalah bekas wakil rakyat yang sudah banyak menabur jasa kepada penduduk diwakili, katanya, calon muda diketengahkan DAP berjaya mengubah persepsi pengundi terhadap apa yang mampu disumbangkan mereka pada masa depan jika terpilih.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tindakan pengundi Cina memilih calon pembangkang sebagai wakil mereka, terutama di kawasan bandar, dilihat sebagai isyarat kepada MCA dan GERAKAN supaya tidak sambil lewa menangani masalah kaum itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, tidak lama lagi.
"Kekalahan calon BN itu menyaksikan pengundi Cina di kawasan bandar di Sarawak mahukan transformasi kepemimpinan parti itu sendiri. Kehendak pengundi amat penting dan kepemimpinan parti perlu peka mengenai apa yang diutarakan mereka. Begitu juga dengan isu kontroversi membabitkan pemimpin parti, antara penyebab mereka tidak dapat diterima pemilih pada pilihan raya kali ini.

"Pembangunan dan kemajuan di Sarawak begitu memberangsangkan, namun masalahnya ialah janji pemimpin harus dikotakan. Saya lihat kebanyakan pemimpin sudah lama mengemudikan parti dan sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru seperti diuar-uarkan pembangkang ketika berkempen," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) serta melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, semalam.

Di GOPENG, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata kekalahan SUPP menggambarkan masyarakat Cina di Sarawak tidak menghargai peranan parti itu yang mewakili kaum mereka.

"Sekiranya keputusan pilihan raya itu dijadikan kayu pengukur, SUPP kini dilihat sudah tidak relevan di kalangan masyarakat Cina di Sarawak.

"Kegagalan dengan undi sebanyak itu juga memperlihatkan seperti tiada sokongan untuk SUPP dan mereka perlu melihat keadaan ini sama ada masih mahu bersama komponen BN atau tidak," katanya kepada media selepas merasmikan Rumah Warisan Gopeng, di sini, semalam. -BH


BMI Pelajar Dicatat Dalam Kad Laporan Prestasi

Posted: 17 Apr 2011 06:59 PM PDT

Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.

"Dengan langkah itu, jika ada yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan kembali berat badan yang ideal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini, Ahad.

Beliau berkata selain itu, berkuatkuasa serta merta penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan tidak lagi dibenarkan di kantin-kantin sekolah.

"Penjaja di kawasan sekolah juga tidak lagi dibenar menjual makanan dan minuman ringan berkenaan," katanya.

Langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Aprillepas adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa obesiti yang tinggi.

"Kajian Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah mereka yang mengalami obesiti.

"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Liow berkata negara ini masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetis yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital kerajaan.

"Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman NCD ini. Kini dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetis dan 4.8 juta menghidap hipertensi," katanya. - BERNAMA

Siasatan Video Seks Siap, Di Tangan Peguam Negara Mahu Dakwa Datuk T Atau Tidak

Posted: 17 Apr 2011 06:00 PM PDT

Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan "Datuk T" tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani (gambar) berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.


Ulasan GB

Kita tertanya-tanya dari awal, mengapa polis tidak menahan Datuk T di atas kesalahan mengedar bahan lucah? Tidak adil dan tidak berkecuali. Itu satu kesalahn polis yang serius.

Kini laporan dikatakan telah siap. Hanya terpulang kepada Peguam Negara samada untuk mendakwa atau pun tidak.

Peguam Negara sudah diketahui sikap jelek dan berat sebelahnya selama ini, sedangkan hakim-hakim mahkamah juga beliau yang berkuasa untuk menentukan hakim mana yang mengendalikan sesuatu kes...

Justeru itu, Peguam Negara ini perlu dipastikan supaya mengambil tindakan mendakwa Datuk T. Jika tidak Pakatan Rakyat perlu desak di Parlimen, Peguam Negara ini dipecat dari jabatannya.


Pakatan Rakyat Sebenarnya Menang Besar Heret Sarawak Ke Arus Politik Perdana

Posted: 17 Apr 2011 03:58 PM PDT

PR cipta kemenangan besar: Sarawak kini dalam arus perdana politik

Pakatan Rakyat mencipta kemenangan besarnya dalam PRN Sarawak 2011 setelah berjaya menawan 16 kerusi DUN (termasuk satu daripada calon bebas).

Antara maknanya yang terbesar adalah menyaksikan bagaimana Sarawak masuk ke dalam arus perdana politik Malaysia, dan tidak lagi terpisah dari gelombang reformasi politik negara.

Dalam tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di bandar menarik kelompok manusia yang menakjubkan, sehingga rakyat mula yakin bahawa PR mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malah mengambil alih kuasa kerajaan negeri. Namun demikian, ia hanya imaginasi yang tercetus kerana kedahagaan terhadap reformasi. Pada hakikatnya, ia terlalu optimis dan kurang pertimbangan realistik.

Dalam PRN Sarawak 2006, PR hanya mampu menawan 9 DUN di kawasan bandar. Kali ini, DAP dan PKR dari Semenanjung berjaya merampas 15 DUN, malah menumbangkan Presiden SUPP George Chan, dan mengakibatkan SUPP hanya mampu mempertahankan 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Bahkan PR berjaya menawan 3 kerusi di kawasan bukan Cina. Gelombang telah mengombak di kawasan desa-bandar, berikutan kemenangan PR ini - dan semestinya ia memberi tekanan kepada parti politik tempatan.

Pengundi Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima perbezaan antara "parti tempatan" dengan "parti Semenanjung", dan semua parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia. Pengundi hanya mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan - bukan lagi perbezaan geografi - lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.

Apabila fikrah sempit politik berdasarkan geografi ini dipecahkan, maka SUPP dan PBB yang rasuah dan tidak cekap gagal lagi untuk berselindung di sebalik "parti tempatan", untuk terus mengabaikan seruan perubahan pengundi.

PR telah mengharungi pertarungan kali ini, dan mendapat kepercayaan daripada pengundi Sarawak. Mereka bukan lagi "parti dari luar", tetapi telah mempunyai asas di Sarawak melalui undi rakyat. Sebaliknya, parti politik yang melabel dirinya "parti tempatan" - telah disingkirkan pengundi tempatan. Apakah mereka masih layak untuk menggelar dirinya "parti tempatan" apabila gagal mendapat restu daripada orang tempatan?

Sepakat dalam nilai politik

Pengundi Sarawak kini lebih mengambil berat tentang "idealisme" daripada "geografi". Perubahan ini membantu untuk membentuk kesepakatan seluruh rakyat dalam nilai politik. Sarawak tidak lagi tersisih dari pinggiran politik Malaysia, sebaliknya lebih rapat dengan arus perdana reformasi politik nasional. Sarawak bukan lagi deposit tetap BN. BN dan UMNO tidak boleh lagi merampas kekayaan dan sumber negeri Sarawak sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan suara rakyat.

Walaupun PR gagal menafikan majoriti dua pertiga BN, namun tidak boleh dinafikan bahawa keputusan PRN Sarawak 2011 adalah kemenangan besar yang bersejarah. DAP dan PKR mempunyai harapan untuk memasuki kawasan desa-bandar, untuk membina akar umbinya pada masa depan.

PRN ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah politik Sarawak. Perhimpunan politik di jalan raya adalah perhimpunan politik terbesar sejak zaman anti-penjajahan pada tahun 1960-an.

DAP menguasai politik Cina

Pada dasarnya, SUPP telah kehilangan reputasi yang dibina sejak 40 tahun yang lalu. Politik Cina di Sarawak bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP. SUPP memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pada masa depan untuk membina semula imejnya, dan melahirkan pemimpin generasi baru. Dengan kata lain, 10 tahun yang akan datang adalah dekad yang merudum untuk SUPP.

SUPP adalah parti politik tempatan, mempunyai organisasi yang luas. Mungkin tidak pecah berkecai, namun ia tetap akan menemui ajal seandainya tidak memikirkan perubahan. Bukan sahaja pimpinannya akan dipertanggungjawabkan lantaran kekalahan ini, malah hubungannya dengan Taib Mahmud juga bakal berubah.

Pada masa yang sama, PBB yang dipimpin Taib Mahmud juga berdepan dengan krisis pengganti. PR menyasarkan Taib Mahmud sepanjang kempen, dan ini akan dipergunakan Najib untuk mendesak agar Taib Mahmud berundur. UMNO berharap Taib berundur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, UMNO juga khuatir dengan Taib, yang kelihatan masih enggan bersara. Kali ini, sentimen rakyat boleh dijadikan alasan Najib untuk mendesak Taib.

"Angkatan tentera DAP" ini telah berjaya menghapuskan Gerakan pada tiga tahun yang lalu. Kini DAP pula meranapkan SUPP, tinggal MCA yang nyawa-nyawa ikan. Sehati senada SUPP berkhidmat untuk "Pek Moh" - Pek Moh makan daging, SUPP minum sup. MCA seharusnya mendapat iktibar daripada kemusnahan SUPP. Seandainya MCA sehati senada berkhidmat untuk UMNO, mereka akan mengalami nasib yang sama.

*Phoon Wing Keong ialah pengkaji politik.


Kuasai 15 kerusi beri Pakatan harapan baru, kata penganalisis

Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.

Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.

"Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.

"Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.

"Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.

"Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia," katanya.

Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.

Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.

"Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan," katanya.

Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.

"Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.

"Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.

"Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa," katanya.

Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang "tewas" besar kepada DAP.

"Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.

"Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.

"Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN," katanya.

Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.

"Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.

"Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR," katanya.

Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.

"Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.

"Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.

"Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.

"Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka," katanya. -TMI



Taib Mahmud Jangan Sangka Sudah Terlepas

Posted: 17 Apr 2011 08:15 AM PDT

Slogan "Tangkap Taib Mahmud" kedengaran

Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

Semangat dan nasionalisme Dayak telah muncul. Ini akan menumpaskan hegemoni Melanau.

Untuk pertama kalinya rakyat Sarawak mendengar slogan: TANGKAP TAIB MAHMUD!

--Hishamuddin Rais, penulis bebas

Pemenang: Taib Mahmud dan DAP

Pemenang yang terbesar semestinya Taib Mahmud. Beliau telah mencapai prestasi yang disasarkan BN, iaitu mempertahankan majoriti dua pertiga. Pencapaian ini meredakan tekanan dari kerajaan persekutuan yang mendesak agar beliau berundur.

Pemenang kedua besar ialah DAP yang menyapu kesemua kerusi Cina. Jelas, mereka mewakili suara masyarakat Cina Sarawak sekarang.

Pihak yang kalah adalah SUPP, bukan sahaja Presidennya kecundang, malah calon yang dikatakan sebagai "generasi baru" juga kalah kesemuanya. Ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan Cina Sarawak, juga memperlihatkan kebuntuan SUPP. Mereka gagal lagi mendakwa diri mereka mewakili kaum Cina. SUPP tidak berbeza dengan parti Gerakan sekarang.

Persoalan pokok, mengapa BN menang di kawasan desa? Jawapan yang mudah, tradisional dan politik wang. Penduduk kampung bergantung kepada pemerintah untuk kemudahan asas, maka secara tradisional mereka menyokong parti pemerintah. Mereka bimbang mereka dihukum kerajaan kerana menyokong pembangkang - lebih perit kehidupun mereka dari sekarang. Maka mereka enggan mengambil risiko dengan memberi peluang kepada pembangkang.

Politik wang - apa lagi yang boleh dikatakan? Saya dimaklumkan bahawa undi dibeli pada wang ribuan ringgit, di tempat yang "hangat". Maka pemerintah menyelesaikan masalah mereka dengan wang - tidak kira betapa kuatnya pengaruh pembangkang di situ. Untuk mereka yang kemiskinan, wang ini sudah cukup untuk perbelanjaan beberapa bulan.

Saya tidak menyalahkan pengundi yang menerima wang, saya cuma menyalahkan pemerintah yang terus memiskinkan penduduk, agar politik wang terus mendapat pasarannya.

Bagaimana dengan masa depan Sarawak? Sarawak mempunyai masa depan yang cerah. Pembelian undi hanya "mujarab" dalam satu dua pilihanraya ini, tetapi bukan selama-lamanya. Pengundi muda tidak akan menerima wang secara membuta-tuli - mereka menerima wang, tetapi wang itu gagal mempengaruhi undi mereka.

Kini, semakin ramai pemuda pemudi yang bekerja di luar negeri, kerana peluang perniagaan di Sarawak dikuasai Taib Mahmud dan kroninya. Bagaimanapun, Taib Mahmud sudah berusia 75 tahun. Paling banyak beliau bertahan untuk satu penggal lagi. Ketua Menteri seterusnya gagal lagi mencontohi Taib Mahmud untuk bermaharajalela. Beliau gagal menikmati kuasa mutlak. Dan ini satu-satunya harapan Sarawak.

--James Chin, Profesor Univerisiti Monash


Bent on bringing Taib to justice

Movement of Change Sarawak (MoCS), which endorsed independent Salleh Jaffaradin's challenge against Chief Minister Taib Mahmud in Balingian, said tonight that it will not let up on its quest to bring Taib to justice.

Said MoCS chief Francis Siah: "We are not going to give up. We will now aim for the general election and the parliamentary seat in Mukah.

"We were doing well until Thursday when they (BN) all came into the area." Siah was alluding to rumours that Taib's people had handed out cash and gifts to voters in the constituency late Thursday and Friday night.

Siah said Salleh was undaunted by the loss and was determined to contest the Mukah seat in the general election.

He also reminded Taib that he had until August to step down or MoCS "will do" the needful.

"We have already given him an ultimatum. He must step down by August or we will know what to do," Siah told FMT.

Meanwhile, DAP secretary-general Lim Guan Eng said the opposition's performance in the 10th Sarawak election was a "strong message" to Taib.

"He has to go and it has to be now… If he doesn't go right now, then we will come after him again in the next state election," said Lim.

Reduced majority

Long-serving Chief Minister Taib won Balingian with a 2,215-vote majority, far less that his previous win in 2006. In the 2006 state election, Taib beat PKR's Ibrahim Bayau with a comfortable 5,726-vote majority.

In this election, Taib was in a three-cornered fight with his cousin Salleh Jaffarudin who contested as an independent and PKR's Suriati Abdullah, a businesswoman.

Salleh brought much personal insight into the contest which was already riddled with massive allegations against Taib for corruption and land grab policies.

While Salleh, whose political ties with Taib date back to the 1980s, brought "intimate details" to the campaign, Taib created a sensation when on nominational day a foreign bomoh was seen in the nomination centre.

According to reports, bomoh Stella is a relative of Robert Genied, Taib's brother-in-law. Geneid is married to Taib's sister Raziah. Geneid is said to be responsible for Taib's second marriage to young Lebanese Ragat.

Raziah, who has extensive business interest in Sarawak, is rumoured to have been involved in deciding the BN candidate list for the 2011 polls based on how useful they would be to her.

She is also closely linked to Minister Awang Tengah Ali Hassan who is rumoured to succeed Taib. -FMT


PRN Sarawak: Tsunami Itu Ada, Sekalipun Belum Cukup Kuat Untuk Tumbangkan BN

Posted: 17 Apr 2011 06:00 AM PDT

Cengkaman DAP Kian Kukuh, SUPP Hilang Taring

MESKIPUN Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, faktor peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat khususnya DAP perlu diteliti dari pelbagai aspek untuk memastikan Bumi Kenyalang terus diterajui kerajaan pada masa akan datang.

DAP menunjukkan peningkatan dari segi sokongan rakyat apabila memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi.

Kemenangan dua kali ganda berbanding yang diperoleh lima tahun lalu itu merupakan jumlah terbesar pernah dicatat dalam sejarah parti tersebut sejak bertanding di Sarawak.

Lima daripada enam kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pending, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek dan Kidurong yang dimenangi pada pilihan raya negeri 2006 berjaya dipertahankan manakala kawasan di Dun Batu Lintang jatuh ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, tujuh kawasan yang majoritinya mempunyai penduduk Cina seperti Padungan, Batu Kawah, Dudong, Pelawan, Piasau, Pujut dan Repok berjaya ditakluki dengan 134,847 undi secara keseluruhan.

Parti komponen BN, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menanggung kekalahan teruk apabila tewas 13 daripada 19 kerusi ditandingi - 12 kerusi jatuh ke tangan DAP dan satu kepada PKR.

Lebih mengejutkan Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau, Miri dengan majoriti 1,590 undi.

SUPP juga kehilangan lima kerusi di kawasan Kuching, tiga di Sibu, dua di Miri dan masing-masing satu di Bintangor dan Bintulu.

Selain Chan, calon SUPP lain yang turut tewas adalah Datuk David Teng (Repok), Datuk Alfred Yap Chin Loi (Kota Sentosa), Tan Joo Phoi (Batu Kawah) dan Sih Hua Tong (Batu Lintang).

Percaturan parti itu mempertaruhkan muka baru, Prof Dr Sim Kui Hian masih gagal memenangi hati masyarakat Cina di Pending apabila penyandang Violet Yong dari DAP mengekalkan kedudukannya dengan memperoleh 7,595 majoriti undi.

Kejayaan besar DAP itu berkemungkinan didorong beberapa faktor seperti menurunkan calon muda yang berkaliber, bertenaga dan bijak mendekati rakyat menerusi ceramah yang dianjurkan sepanjang tempoh berkempen.

Dua calon mudanya, Christina Chiew (Batu Kawah) dan Wong King Wei (Padungan) yang baru bertanding pada pilihan raya kali ini memberi gambaran awal bahawa pengundi di Sarawak mahukan sesuatu kelainan dan pembaharuan dalam sistem politik di Sarawak.

Mungkin ada segelintir pengundi terutamanya di kawasan ramai pengundi Cina sudah bosan dengan calon sama yang dipertaruhkan sekaligus gagal menarik pengundi untuk mengundi mereka.

Malah keberkesanan ceramah dalam kempen parti itu ditambah pula dengan slogan 'Sarawak Jom Ubah' berjaya diterjemahkan penyokong dalam bentuk undi pada Sabtu di mana hampir kesemua kawasan bandar besar berjaya dikuasai.

Kempen agresif DAP dalam membangkitkan isu perkauman, tanah, rasuah dalam pentadbiran kerajaan sedia ada turut menyumbang kejayaan besar parti yang berasal dari Semenanjung itu.

Ia memberi petanda awal bahawa SUPP sudah hilang cengkamannya kerana pengundi inginkan pendekatan berbeza dan nafas baru dalam sistem kepimpinan parti itu.

Masalah kepimpinan dalam parti itu yang gagal diselesaikan turut menjejaskan peluang SUPP untuk mengekalkan penguasaan mereka di kawasan yang dahulunya kubu kuat BN.

Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap SUPP kerana ada beberapa janji yang disuarakan tidak ditunaikan sebagai contoh presidennya berjanji untuk mengundur diri tetapi tetap bertanding di DUN Piasau.

Justeru, kekalahan teruk itu perlu dijadikan iktibar oleh SUPP dalam usaha memperkukuhkan parti tersebut dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap mereka demi memastikan Sarawak terus mansang (maju). -mstar

Ulasan GB

Sepertimana tajuk yang GB tulis, tsunami politik sebenarnya berlaku di Sarawak. Tidak sepertimana yang dikatakan oleh beberapa penganalisis yang menyatakan tusnami tidak menjadi di Sarawak.

Sekalipun Pakatan Rakyat gagal untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Abdul Taib namun, realitinya, sokongan rakyat terhadap BN merosot dan sokongan terhadap PR meningkat.

PR gagal untuk menyempurnakan matlamat menafikan majoriti dua pertiga tetapi dari segi sokongan rakyat, hampir separuh pengundi Sarawak mengundi PR di dalam pilihanraya kali ini.

Ia menggusarkan Najib dan pemimpin BN yang lain.

GB pernah meramalkan bahawa SUPP bakal berkubur, nampaknya hampir menjadi kenyataan.

Najib yang sudah berkira-kira untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal terpaksa menangguhkannya ekoran keputusan pilihanraya Sarawak semalam.

Usah Biarkan "Cauvinisme" Awang Selamat Ancam Keselamatan

Posted: 17 Apr 2011 05:35 AM PDT

Awang Selamat: BN jangan 'terlalu pemurah' layan masyarakat Cina

Akhbar milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), hari ini menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak semalam.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

"Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Katanya, Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi dan mesej yang jelas perlu disampaikan. Awang Selamat juga mahu Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Kata Awang Selamat, banyak pengajaran perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama.

"Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan," katanya lagi.

Akhbar itu juga mahu BN tidak mengharapkan sesuatu yang samar, malah mungkin boleh memakan diri.

Sebaliknya kata Awang Selamat, BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

"Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP.

"Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya," katanya lagi.

Tulisan Awang Selamat pergi ke depan satu langkah dengan berkata, keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum.

Oleh itu katanya, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina walaupun senario itu mahu dielakkan.

"Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

"Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar," katanya lagi.

Awang Selamat berkata lagi jika ada pertambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus dan semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru.

"Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang," katanya lagi. -TMI


Realiti baru

AWANG bersyukur Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kuasa memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri itu semalam.

Walaupun ia merupakan pilihan raya paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak memberikan mandat kepada BN. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, tidak menjadi kenyataan. Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.

Awang mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.

Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.

Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu. Tetapi penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Awang sendiri melihat kegigihan beliau dan menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.

Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.

Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.

Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia. -UM


Ulasan GB

Demikian mentaliti golongan assabiyah Melayu yang kecewa masyarakat kaum Cina terutama di bandar sudah tidak lagi menyokong BN, baik di Sarawak, maupun di Semenanjung.

Si Awang Selamat mahu sebolehnya semua orang boleh diperbodohkan sepertimana akhbarnya, Utusan, memperbodohkan orang Melayu selama ini.

Kerana demikianlah perjuangan UMNO... perjuangan yang berasaskan assabiyah yang telah dikuburkan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi dipikul bangkai itu oleh UMNO. Menjadikan perkauman sempit sebagai modal untuk meraih sokongan bangsa apabila sudah tersepit.

Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali Utusan menyiarkan rencana/tulisan yang berbau perkauman yang mengancam keselamatan negara tetapi pihak keselamatan tidak berbuat apa-apa kerana ia datang dari media UMNO.

Perjuangan yang berteraskan assabiyah perkauman sudah semakin tidak relevan. Kekalahan MCA, MIC, PPP, SUPP, SNAP menjelaskan fakta tersebut. Giliran UMNO bakal tiba.



Pasca PRN Sarawak: BN Yang Tewas, Undi Popular Cuma 54.5%

Posted: 17 Apr 2011 03:15 AM PDT

Sarawak: BN kekal kuasa penggal ke-10, undi popular terus turun

Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperoleh 55 kerusi tetapi peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini.

Lima tahun lalu perikatan itu menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan dan kelapan pada 2006 dan 2001 di mana masing-masing hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.

Kali ini BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat pula 15 kerusi manakala baki satu dimenangi oleh Bebas.

Sistem pilihan raya negara ini tidak menggunakan pemerolehan undi popular dalam pembahagian kerusi.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, baki undi popular pergi kepada barisan pembangkang dan calon-calon Bebas.

Pakatan Rakyat (PR) yang pertama kali bertanding dalam satu perikatan tiga parti di peringkat negeri memperoleh 38 peratus, sekali gus memperlihatkan peningkatan undi popular kali ini.

Kali ini, DAP yang memenangi 12 kerusi merekodkan 134,847 undi (19.7 peratus), Parti Keadilan Rakyat dengan memperoleh tiga kerusi mendapat 117,100 undi (17.14 peratus) manakala PAS yang gagal memperoleh sebarang kerusi mengumpulkan 9,719 (1.4 peratus).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP mengumpulkan 82,134 undi (15.13 peratus), PKR (47,348 undi; 8.72 peratus) dan PAS (1,901 undi; 0.35 peratus).

Lima tahun lalu, BN bertanding di kesemua 71 kerusi tetapi menang dua kerusi tanpa dicabar pada hari penamaan calon manakala DAP bertanding di 12 kawasan, PKR (25), PAS (satu), Snap (29) dan Bebas (20).

Peningkatan undi popular bagi parti-parti komponen PR juga ada kaitan dengan bilangan kerusi yang ditandingi kali ini, yang meningkat berbanding lima tahun lalu khususnya PKR.

Kali ini kesemua kerusi disaingi BN dengan DAP bertanding di 15 kerusi, PKR bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu manakala Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Snap dan dan PCM yang turut tidak memperoleh sebarang kerusi masing-masing menerima 15,663 undi dan 2,895 undi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang atau 70 peratus.

Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

Kerusi DUN yang merekodkan majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi manakala majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi.

Katanya, jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon. -TMI


Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN

Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya.

Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya. -mk



Pakatan: Undi popular BN S'wak merosot

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

"Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

"Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi," kata Guan Eng.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.-mk


Tiada ulasan: