Khamis, 14 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Peniaga meludah setiap bungkus air soya yang dijualnya (video)

Posted: 13 Apr 2011 11:50 AM PDT


Seorang peniaga air soya di Bangi telah dirakam meludah setiap bungkus air soya yang dijualnya. Tidak dapat dipastikan niat peniaga ini berbuat demikian, peniaga ini tidak menyedari aksi jijiknya telah dirakamkan oleh salah seorang wanita dari sebalik sebatang pokok berhampiran gerai jualannya.

Penjual air soya ini didakwa berniaga di sekitar kawasan Bangi, berhampiran dengan bank Maybank, berhadapan dengan stesen minyak Shell Bangi. Dalam rakaman ini, peniaga ini dilihat meludah setiap bungkusan air tahu yang dibungkus sebelum mengikatnya.




ReJaM© "Pelaris untuk melakukan air tahu kot..."

Panas! Video penipuan Undi Pos di Sibu tersebar!

Posted: 13 Apr 2011 11:24 AM PDT

Kalau sebelum ini, sebuah video klip rakaman Puteri Geng Songkok Tinggi, aka Geng Gedik Jambu memberi rasuah kepada pengundi Batu Sapi tersebar di Internet rujuk sini [Rasuah]. Seperti biasa, kalau Geng Gedik Jambu buat salah siapa berani tangkap?

Kali ini penipuan undi post berjaya dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu tempat pembuangan undi post untuk pilihanraya negeri Sarawak semalam (kelmarin). Dalam klip video selama 54 saat itu, seorang lelaki telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam.

Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undian pos. Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat. Saksikan video tersebut di bawah.




ReJaM© "Siapa percaya Barisan Nasional telus dalam pilihanraya memang bangang!"

Tiada ulasan: