Isnin, 11 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Sarawak Report palsu gunakan khidmat google adsense!

Posted: 10 Apr 2011 05:07 PM PDT

Menyedari pengaruh besar yang dicetuskan oleh website sarawakreport.org di dalam membongkar salah laku serta penyelewengan yang dilakukan berpuluh tahun oleh Ketua Menteri Sarawak Taib mahmud, nampaknya gerombolan songkok tinggi cuba menipu di dunia internet pula dengan cara memesongkan pelayar-pelayar internet kepada sebuah website palsu yang sengaja dicipta menyerupai website Sarawak Report.

Website palsu tersebut menggunakan domain yang hampir serupa iaitu sarawakreports.org, hanya berbeza dengan tambahan huruf 's' di hujung ejaan report(s). Malah dengan kuasa wang gerombolan songkok tinggi, mereka juga sanggup mengeluarkan belanja menggunakan khidmat iklan google adsense.

Melalui perbelanjaan iklan di google adsense, setiap pencarian kata kunci (keyword) "Sarawak Report" di enjin pencarian terkenal google, akan membawa pelayar-pelayar internet kepada website palsu tersebut yang dipaparkan pada muka pertama (first page) carian google [Google Result].


Dengan kuasa duit gerombolan songkok tinggi menggunakan iklan google adsense, para pelayar internet yang memilih website Sarawak Report palsu akan dibawa ke sebuah halaman yang memuji-muji Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud selain dipesongkan kepada fakta-fakta kononnya Sarawak semakin maju di bawah Barisan Nasional.

ReJaM© "Dalam dunia nyata menipu, dalam dunia maya pun nak menipu rakyat..."


Note: Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Berpuluh tahun rakyat Sarawak minta jambatan

Posted: 10 Apr 2011 12:15 PM PDT

Setiap kali pilihanraya negeri Sarawak berlangsung sejak 30 tahun yang lalu isu yang sama dibangkitkan. Rakyat di Tajong Bundong, Kota Samarahan, Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak berulang kali telah mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjong Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya. Isu ini sudah dibangkitkan sejak 30 tahun dulu kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perkhidmatan Feri yang berbayar yang telah beroperasi sejak tahun 1979 itu tidak lagi relevan kerana pengguna jalanraya dengan kenderaan bermotor semakin bertambah, saban hari menjadikan jalan tersebut sebagai laluan utama yang menghubungkan Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dengan kawasan pedalaman seperti Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Malah jika air surut, feri tidak dapat beroperasi dan kenderaan seperti kereta, van, bas, lori akan terkandas beberapa jam. Ini bukan perkara kecil, bayangkan ambulan yang sedang di dalam saat kecemasan pun terpaksa menunggu feri datang untuk menyeberangi sungai ini.


Di bawah ini ditunjukkan lokasi sungai yang dimaksudkan [Wikimap]. Sungai ini menjadi jalan penghubung yang sangat penting kepada penduduk setempat yang semakin bertambah bilangannya. Namun demi menyelamatkan perut kroni, kerajaan Negeri di bawah Taib Mahmud sanggup melihat rakyat menderita. Sanggup melihat Ambulan yang dalam kecemasan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk menyeberangi sungai tersebut.



Berpuluh tahun berjanji mahu menunaikan permintaan rakyat, namun keadaan masih sama, jambatan masih belum dibina. Adakah anda rakyat Sarawak mahu terus menunggu jambatan yang sudah berpuluh tahun tak kunjung tiba? Terpulang kepada anda. Teruslah menyokong Barisan Nasional sekiranya anda rela untuk terus diperbodohkan.



Taib Mahmud terus kaya dan semakin kaya, malah lebih bahagia dengan bini mudanya. Rakyat bawahan? Agaknya dia pun tak ingat yang dia ada rakyat bawahan yang perlu dibela, yang perlu dikasihani, yang merana setiap hari.

ReJaM© "Apa yang jelas, cukong (kroni) punya pasal, rakyat bawahan dipijak-pijak"

Najib jamin KM Sarawak Taib Mahmud akan letak jawatan

Posted: 10 Apr 2011 10:21 AM PDT

Menyedari kemarahan Rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud, yang diketahui umum telah merompak hasil dan kekayaan Negeri Sarawak selama 30 tahun menjawat jawatan Ketua Menteri, Najib akhirnya terpaksa memberi jaminan kepada Rakyat Sarawak, bahawa Taib Mahmud akan meletak jawatan.

Kemarahan rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Umum menyedari bahawa imej Ketua Menteri itu sudah tercalar teruk, dan sering disamakan dengan presiden Mubarak yang telah digulingkan oleh rakyat Mesir baru-baru ini.

Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya [MsianInsider].



Nampaknya sia-sia sahajalah Kerajaan mengeluarkan belanja sehingga RM 10 juta untuk melancarkan serangan cyber ke atas blogger-blogger Pakatan Rakyat bagi mempertahankan Taib Mahmud sebelum ini. Sia-sia jugalah kerajaan membayar elaun RM 5,000 sebulan kepada blogger-blogger pembela Taib Mahmud sebelum ini rujuk link ini [Blogger BN]. Akhirnya Najib terpaksa mengakui bahawa rakyat sudah benci kepada Taib Mahmud si perompak harta Rakyat.

ReJaM© "Bangkai gajah takkan mampu ditutup dengan tudung saji"

Note: Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Bukti syarikat GLC diperkudakan oleh parti politik Kedah

Posted: 10 Apr 2011 06:11 AM PDT

Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum.

Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya.








Sumber: [Warta Kedah]

ReJaM© "Tak hairanlah gerombolan songkok tinggi ni banyak duit, syarikat GLC dia sapu, lepas tu boleh mintak pengecualian cukai..."


Note: Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Tiada ulasan: