Ahad, 10 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN



Rakyat Sarawak lebih teruja dengan ucapan Anwar berbanding konsert sebegini

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu. Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemui KeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak. "Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik 'crowd' (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka," katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada
masa depan rakyat Sarawak

Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah. Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, DUN Semariang dan Satok minggu lalu. Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan. Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

"Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun? "Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. "Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri. "Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat," katanya./KeadilanDaily

TALIAN HAYAT BUAT TAIB MAHMUD, NAJIB BAWA `UNCANG' DARI PUTRAJAYA

Posted: 10 Apr 2011 11:41 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARLAH kata DS Anwar sememangnya Najib tidak lagi berharap kepada Taib Mahmud di dalam PRN Sarawak yang sedang hangat sekarang. Maka, Najib pun datang atas dua kapasiti iaitu kununnya sebagai PM dan juga Pengerusi Bn dan kemungkinan besar Najib akan berkampung di negeri di bawah bayu itu sehingga tarikh mengundi 16 Apr ini.

Sudah tentulah Najib datang ke Sarawak bukan dengan tangan kosong. Mulai sekarang untuk tempuh beberapa hari lagi, eloklah rakyat Sarawak menyenaraikan apa jua yang dimahukan dari Najib hatta mangkuk tandas sekali pun pasti ditunaikan. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun rakyat Sarawak tidak pernah merasa seperti berada di bawah negeri yang kaya dengan minyak dan balak itu. Kini, Najib hadir dengan gerombolannya mengharapkan agar rakyat Sarawak akan dapat `dibeli' dan maruah mereka boleh dijual dengan air liur janji manis seperti pilihanraya sebelum ini.

Saya ingin memetik satu hadith diriwayatkan daripada al-Hassan : Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma'qil bin Yasar al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma'qil berkata, "Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mahu menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda , " Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya Syurga." (6:9 Sahih Muslim)

Adakah Najib sudah terlambat untuk memujuk rakyat Sarawak atau rakyat Sarawak masih bersedia untuk di`buli' semahu-mahunya? Suka saya berpesan kepada seluruh rakyat Sarawak, sebelum anda memangkah nanti, fikir sejenak dan imbas kembali 30 tahun yang lampau. Adakah anda berpuas hati berada di negeri yang kaya dengan hasil mahsul dari perut bumi tetapi kehidupan anda sedikit baik dari zaman penjajah? Tidakkah anda merasa cemburu dengan pencapaian beberapa negeri di bawah PR di Semenanjung seperti Selangor dan P.Pinang?

Terfikirkah anda, walaupun Kelantan sebuah negeri teramat kecil dari Sarawak dan tidak mempunyai kekayaan sumber bumi seperti Sarawak namun mengapa rakyat Kelantan tetap mempertahankan Kerajaan PAS di negeri berkenaan? Adakah MB Kelantan atau anak pinaknya hidup mewah seperti keluarga Taib Mahmud? Hidup mewahkah Lim Guan Eng dan keluarganya semenjak mentadbir P.Pinang? Pernahkah anda mengunjungi rumah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Us Azizan Razak, MB Kedah yang diperintah oleh PR itu? Sekiranya anda tahu semua ini, pasti anda tidak akan tergamak untuk memangkah logo dacing kali ini.

Buat rakyat Sarawak, jika Najib bahkan sebelum ini Tun Mahathir juga gagal untuk menurunkan Taib Mahmud dari `takhta emas'nya di Sarawak, rakyat Sarawak mesti buktikan bahawa tangan-tangan mereka yang sering bekerja keras untuk hidup di negeri ini akan menurunkan Taib Mahmud serta kerajaannya. Cukuplah tempuh untuk Taib Mahmud bermulan madu di `takhta emas' KM Sarawak bersama bini barunya itu. Jangan benarkan Najib memberi talian hayat untuk tokoh yang berumur itu.

Paling penting, bertindaklah dengan bijak seperti rakyat Kelantan. Apa yang Najib kendung yang dibawa dari Puutrajaya untuk dihulurkan kepada rakyat Sarawak, ambillah dengan berhemah kerana itu adalah hak anda yang sekian lama diperam oleh mereka. Namun, bila saat memangkah jangan lagi ada belas ihsan buat gerombolan Bn yang sekian lama membuat anda menderita di negeri sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - BETINA GATAL MULUT KENA BASUH OLEH ANWAR

Posted: 10 Apr 2011 09:52 AM PDT



Hahahaha....betina mana la ni bodoh tanya soalan....Polis tak tanya, yang mulut gatal kata Polis minta jam tu buat apa...? Kan dah buta je kena belasah oleh Anwar. Ternyata media itu pencacai Umno....

TULISAN ZUL KULIM - 110 PERATUS PEGUAM INI BENGONG

Posted: 10 Apr 2011 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA saya tulisan dari MP Kulim Bandar Bharu, YB Zul satu artikel bertajuk "Keliru Yang Mengelirukan". Artikel tersebut ada disiarkan diruangan forum di Tranungkite di sini, dan apabila saya membacanya maka saya 110 % percaya yang keliru dan mengelirukan itu adalah MP yang dipecat dari PKR ini.

Saya tidak perlu belajar rajin-rajin untuk mendapatkan ijazah peguam bagi menjawab hujah YB Zul ini yang pada saya budak tidak lulus SRP pun boleh jawab, yob!! Beliau menyebut, mengapa perlu kecuh dengan isu Qazaf, fitnah zina dan sebagainya sedangkan kes video lucah tersebut masih belum selesai disiasat. Wahai Zul Kulim, kamu mahu rakyat jadi bisu seperti kamu apabila melihat seluruh media menunjukkan aksi dan berita lucah itu? Di mana sekelumit iman kamu wahai Zul, masakan hilang terus semenjak berada di bawah ketiak Bik Mama?

Zul Kulim berkata, ada 5 perkara yang perlu diselesaikan dan katanya pihak Polis baru melakukan satu perkara iaitu perkara 1 : mengesahkan video itu tulen. Kelima-lima yang digariskan oleh Zul Kulim seperti berikut:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain? 2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu? 3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli? 4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. 5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Di dalam perkara 5, mengapa dibiarkan? Mengapa Zul Kulim sebut `JIKA pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan'? Mahu `backing' lagi ke `three strooges' itu? Masakan seorang peguam tidak tahu undang-undang berkaitan pemilikan dan tayangan video lucah? Dan, paling lucu Zul Kulim sebut JIKA CUKUP BUKTI, pendakwaan boleh dikenakan. Wahai Zul, kamu ketinggalan bas lagi ke? Kamu tidak tahukah bahawa `three strooges' atau Datuk T itu mengaku terlibat di dalam penayangan video lucah. Kamu tidak menonton TV 3 suku yang mendedahkan pengakuan `kumpulan kepala otak biru' itu? Bukankah kamu sebut 110 % percaya?

Apabila `three strooges' sudah membuat pengakuan dan satu dunia tahu mereka yang memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Seri Carcosa, mengapa perlu tunggu bukti lagi? Bukti apa lagi? Zul Kulim nampaknya begitu bersunguh-sungguh untuk menyelamatkan si penayang video lucah berkenaan. Beginilah jadinya jika ilmu begitu mudah untuk dilacurkan.

Saya kesihan melihat perangai Zul Kulim yang nampaknya semakin berserabut dengan isu video seks yang beliau dakwa 110 % percaya itu. Putar belitnya semakin ketara memperlihatkan kebodohan beliau sendiri. Di dalam tulisannya itu juga, Zul Kulim mempertahankan Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An-Tarturk atas `nas atau dalil' bahawa Tayyeb Erdogan juga berbuat begitu. Semenjak bila Islam mengambil dalil atau nas hukum dari Erdogan, wahai Zul Kulim? Jika Erdogan kencing berdiri, maka Zul Kulim akan kata tiada masalah kita kencing berdiri, tak begitu Yob?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: