Rabu, 6 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kanak-kanak terpaksa mandi dalam lopak air di Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 04:58 PM PDT

Walaupun media arus perdana berterusan menyembunyikan berita kemunduran di Sarawak, media arus perdana terus menyiarkan hanya berita yang baik-baik tentang negeri Sarawak, usaha jahat ini tidak akan mampu menipu rakyat yang menjadi mangsa.

Hakikat bahawa, 400 keluarga yang menanti bekalan air bersih di sebuah kampung pedalaman Sarawak tidak dapat disembunyikan [Malaysiakini]. Hakikat bahawa kanak-kanak terpaksa mandi dalam lopak air kerana tiada bekalan air bersih adalah kebenaran yang tidak dapat disembunyikan.

Tergamak media-media arus perdana menyembunyikan kesengsaraan rakyat di kawasan pedalaman demi mengekalkan kuasa Kerajaan Barisan Nasional? Orang politik berebut kuasa, rakyat bawahan yang menjadi mangsa. Media massa terus terusan memaparkan berita-berita dusta.

ReJaM© "Rakyat terus dijamu dengan cerita video seks setiap hari agar tidak memberontak walaupun hidup susah"


Note: Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

Posted: 05 Apr 2011 09:09 AM PDT

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.


Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Ini zaman teknologi, kalau kita lihat cerita Hitler di bawah ini, kelihatan seolah-olah memang hitler yang berlakon video ini, kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Hitler. Namun fakta yang harus anda tahu ialah, Hitler dah lama mati sebelum video ini dilakonkan.




ReJaM© "Ini zaman yang penuh kekeliruan, macam-macam jenis fitnah boleh dibuat dan direka, maka kembalilah kepada cara Islam dan Al-Quran, sediakan 4 saksi yang layak, lebih baik orang yang salah dilepaskan daripada orang yang tak bersalah dihukum..."

Panas! Video seks Anwar Ibrahim sah video tipu!

Posted: 05 Apr 2011 05:22 AM PDT

Sejak dari awal lagi, Datuk T (sebut Datuk Tipu) tidak berani menghebahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim bagi mengelakkan penipuannya dikesan oleh jutaan manusia di internet. Berbeza sekali dengan pendedahan cctv Chua Soi Lek, jika benar pelakon dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, sepatutnya Datuk T, tidak akan teragak-agak untuk menyebarkannya.

Baru lepas sehari pendedahan video tersebut, pelbagai penipuan telah terbongkar. Kali ini satu lagi penipuan berjaya dikesan berdasarkan video seks sepanjang 1.47 minit yang didedahkan oleh blog-blog pro gerombolan songkok tinggi sejak semalam. Sebelum ini blog MiLo SuaM juga telah mempersoalkan kewujudan 2 lelaki berbeza mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut, rujuk sini [Video Anwar]


Kalau dilihat, lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video tersebut pada sela masa 1:16, tidak memiliki janggut sebelum memeluk seorang perempuan yang didakwa pelacur cina pada 21 Febuari 2011 yang lalu. Lihat gambar di bawah.



Sekiranya benar lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, maka Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim ada menggunakan teknik ataupun ubat untuk melebatkan janggutnya. Ini kerana pada 22 Febuari 2011 Anwar muncul di mahkamah dengan janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah yang dipetik daripada video rakaman TV Selangor.


Di bawah ini video yang dimaksudkan, sila tonton sendiri untuk mengesahkan.



ReJaM© "Tak sampai sehari janggut Anwar dah jadi lebat. Boleh jadi duta ubat pelebat janggut Anwar ni kah kah kah"

Note: Mamat Kuah Kari kat bawah ni macam biasa boleh jadi duta Arak. Tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Apa kata Persatuan Ulama Malaysia tentang video seks?

Posted: 05 Apr 2011 03:20 AM PDT

Isu video seks semakin hangat dan meletop-letop sejak dari mula ia ditayangkan sehinggalah kepada penyebarannya di internet melalui Youtube dan facebook. Gejala meraih sokongan rakyat dengan video seks sudah menjadi trend gerombolan songkok tinggi meskipun mereka menafikan bahawa mereka terlibat.

Hari ini Persatuan Ulama Malaysia mengecam gerombolan songkok songkok tinggi dan media-media arus perdana yang menggunakan video seks sebagai taktik untuk meraih sokongan rakyat Malaysia kepada Barisan nasional terutama menjelang pilihanraya negeri Sarawak. Malah Persatuan Ulama Malaysia akan meminta campur tangan Majlis Raja-raja untuk mengekang trend politik lucah ini [Msian Insider].



Adakah gerombolan songkok tinggi akan menerima nasihat daripada Persatuan Ulama Malaysia? Adakah gerombolan songkok tinggi akan menerima nasihat Majlis Raja-raja apabila Sultan, Raja, Permaisuri dan kaum kerabat diraja campur tangan nanti? Kata Ulama pun mereka tak mahu dengar, apatah lagi kata raja-raja.

Berbuih-buih mulut mufti, ustaz-ustaz, ulama-ulama, persatuan ulama semua cendekiawan Islam memberi nasihat tentang video lucah, kalau dah namanya gerombolan songkok tinggi, tunggulah sampai kucing bertanduk... Harap songkok je tinggi...

Hidup UMNO! Hidup Barisan Nasional! Hidup Politik Lucah!



ReJaM© "Mari ramai-ramai rakyat Malaysia kita tonton video lucah..."

Tiada ulasan: