Rabu, 6 April 2011

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


APA KATA AZIZAH DAN KELUARGA BILA ANWAR DIFITNAH?

Posted: 06 Apr 2011 01:00 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar."

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR

Posted: 05 Apr 2011 10:00 PM PDT


Anwar Kah Ini?
Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap. Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi. Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. "Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya.../wfauzdin.blogspot.com

SEMOGA ALLAH PELIHARA DIRI DAN KELUARGA KITA DARI AZAB HASIL KERJA FITNAH MEREKA

Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

Bila kita membicarakan soal video seks yang dikaitkan dengan DS Anwar, kita hendaklah memikir dengan menggunakan akal fikiran serta ilmu agama yang sedikit sebanyak ada pada kita.

Tahukah kita, apabila kita bersekongkol dengan puak mereka, samada menyokong cara mereka, mempercayai fitnah mereka atau redha dengan perbuatan mereka yang terus membiarkan fitnah ini berleluasa, maka kita sama seperti mereka? Alangkah ruginya kita jika jadi sebahagian dari puak mereka itu kerana kita sedar betapa besarnya dosa melakukan fitnah zina ke atas seseorang.

Cuba kita bayangkan, kita di pihak keluarga Anwar. Apakah yang kita akan rasai? Jika isteri atau suami, ibu atau ayah kita difitnah sedemikian rupa, apakah yang kita rasai? Harus kita ingat, jika kita terbabit dengan perbuatan sedemikian rupa atau bersubahat, suatu hari nanti kita bimbang Allah timpakan ke atas diri atau keluarga kita. Tatkala itu, baru kita ketahui betapa fitnah itu amat zalim dan jijik.

Bukan kita taksub terhadap sesiapa. Jika benar tetap benar, salah tetap salah. Tetapi gunakanlah undang-undang untuk mengadilinya seperti yang Allah ajarkan kepada kita melalui kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Bukan seperti apa yang ada sekarang. Video dipamirkan dikhalayak ramai, kini di muat turun ke dalam youtube sedangkan si pengedar video bebas ke mana sahaja. Di mana hukum Qazaf dicampakkan?

Marilah kita bermohon kepada Allah agar jangan negara kita serta keluarga kita ditimpa bencana akibat perbuatan fitnah yang melampau ini. Berpolitik dan berbeza pendapat itu boleh diterima, tetapi bukan dengan cara jijik sedemikian kerana ini sudah melampaui batas politik.

Malang sekali, jika kita terbabit bersama mereka menanggung dosa yang lebih besar dari membunuh, sedangkan mereka tidak takut kepada dosa dan mereka mendapat imbuhan besar kerana berbuat demikian. Kita dapat apa? Dapat laknat dari Allah SWT, Nauzubillah.../wfauzdin.blogspot.com

Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar

Posted: 05 Apr 2011 02:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majoriti pengguna laman web sosial, Facebook berpendapat dan yakin bahawa lelaki dalam video yang kini tersebar di internet bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu bernama RhZaaba Putra yang memuat naik video itu di laman sosialnya berpendapat setelah menonton video itu berulang kali, beliau membuat kesimpulan lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Menurutnya, video itu juga menunjukan bahawa ia sengaja dirakam dan individu yang berada dalam video itu sedar aksi mereka sedang di rakam.

"Nampak macam shooting filem. Jelas sangat ini lakonan yang diarahkan orang ketiga yang berpakaian penuh.

"Pengarah itu masih sibuk ke hulu-hilir semasa dua pelakon utama sudah pakai tuala.

"Hanya pelakon-pelakon upahan sahaja yang sanggup membiarkan orang ke tiga berada dalam bilik mereka.

"Bila sampai adegan ini. Anda perasan tak, dinding bilik tidur itu ada bayang-bayang macam ada 'spotlight focus' pada mereka.

"Kedua-dua pelakun utama itu tahu dan sedar aksi mereka sedang dirakam. Nyata sangat mereka diupah oleh pihak tertentu.

"Datuk T kata Anwar tidak tahu aksinya dirakam. Tapi pelakon lelaki ini tahu aksinya sedang di rakam. Ternyata pelakon itu bukan Anwar," kata RhZaaba Putra.

Sementara itu, pemilik akaun bernama Fai Zal juga yakin bukan Anwar dalam video itu sambil mengingatkan Islam melarang umatnya melakukan fitnah dan mengaibkan orang lain.

"Allah tidak akan membiarkan orang itu sebegitu sahaja. Allah akan membalasnya dengan setimpal ape (yang) mereka buat dalam keadaan mereka lalai mengaibkan orang itu," tulis Fai Zal di dalam status Facebooknya.

Pengguna Facebook bernama Azali Rahim pula menyindir trio Datuk T yang didakwanya merakamkan video itu dalam bentuk hitam putih walaupun mendapat peruntukan jutaan ringgit.

"Datuk T itu sengkek (kedekut) sangat ke sampai takde modal nak beli camera high quality? Projek dapat puluh-puluh juta. Takkan tak boleh beli yang 'HD camera punya. Rating untuk video ni aku bagi -ve 5 star," kata Azali.

Turut memberi respon video itu ialah pemilik akaun bernama Siti Ribut yang berpendapat pembentukan Suruhanjaya Di Raja hanya membuang masa dan patut ditolak.

"Sudah banyak Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan setiap kali berlaku apa-apa isu. Tetapi apa kesudahannya?

"Tidak ke tergantung tanpa noktah. Video ini sah-sah FITNAH," tegas Siti Ribut.

Bagi penama Lili Rozita, beliau menyeru rakyat Malaysia tidak melayan fitnah video itu yang bertujuan untuk mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat dalam berdepan pilihan raya Sarawak yang ketika ini sedang berlangsung.

""Sex-sex' bengong ini tak payah dilayan. Desperado puak BN nak sangat Sarawak menang," tulis beliau di dalam status Facebooknya.

Berdasarkan rekod, video fitnah itu mula dipertontonkan oleh Datuk T kepada media pada 21 Mac lalu dan hari yang sama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di bubarkan.

Ia mula tersebar di internet semalam selepas Polis mengesahkan video itu tulen, pada hari sama genap Parti KEADILAN menyambut ulang tahunnya yang ke 11./Tranungkite

BERTAMBAH YAKIN SEKARANG, ITU BUKAN ANWAR !!

Posted: 05 Apr 2011 08:47 AM PDT

Anwar kah Ini ?

Nik Nazmi Tambah Yakin Bukan Anwar Lepas Tonton Video

SHAH ALAM 4 APRIL : Sewaktu 'Dato' T' mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.


NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: