Sabtu, 2 April 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Tengku Razaleigh sifatkan video seks sebagai politik longkang

Posted: 02 Apr 2011 12:45 AM PDT


Veteran UMNO gua Musang, yang juga bekas naib presiden UMNO hari ini dilaporkan membidas isu video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim, malah menyifatkannya sebagai politik longkang (Gutter politik) [Malaysiakini].

Ku Li juga mengulas secara tersirat bahawa ini adalah taktik kotor Barisan Nasional untuk meraih sokongan rakyat apabila dasar dan polisi yang dilakukan dilihat tidak laku dan tidak diterima oleh rakyat.



Kalau kita lihat Ku Li sememangnya seorang ahli politik yang matang dan berprinsip, maka tidak hairanlah beliau terus berjaya mengekalkan kubu kuat UMNO di Gua Musang. Sungguh pun menjadi pembangkang di negeri jajahan PAS di Kelantan, beliau boleh dianggap sebagai pembangkang yang berkualiti.

Secara peribadi, ReJaM© redha Tengku Razaleigh terus mempertahankan kerusinya di Gua Musang meskipun di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional, agar beliau boleh menjadi "check and balance" yang baik kepada Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

ReJaM© "Tak semua pemimpin UMNO jahat, kerana masih ada Tengku Razaleigh Hamzah"


Note: Tak semua blogger gerombolan songkok tinggi minum arak macam blogger perasan Melayu di bawah ini. Tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Pelik tapi benar, seorang OKU di Kg Kerinchi ditahan ISA

Posted: 01 Apr 2011 11:38 PM PDT

Pelik tapi benar, Berita yang diterima dari twitter kartunis Zunar melaporkan bahawa, seorang Orang Kelainan Upaya, OKU di kampung Kerinchi di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA sebentar tadi. Sebab-sebab penahanannya masih tidak dapat dipastikan. [TwitterZunar].



Kadir Hashim, seorang peniaga yang cacat anggota juga merupakan seorang ahli KEADILAN Kampung Kerinchi. OKU pun boleh ancam keselamatan negara ka? Aiyoo...

Berita lanjut menyusul (kalau ada).


ReJaM© "Kalau di Palestine, Sheikh Ahmad Yassin seorang pejuang dan pemimpin OKU yang diburu oleh Yahudi Zionis"


Note: Di bawah ini orang OKU juga (Orang Kuat UMNO), merangkap OKM - Orang Kuat Mabuk. Tiada kena mengena dengan berita di atas.

Boleh tahan juga Kosmo spin isu video seks

Posted: 01 Apr 2011 05:06 PM PDT

Gua baru lepas baca laporan Kosmo hari ni tentang video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim. Boleh tahan juga akhbar gerombolan songkok tinggi ni spin cerita. Daripada "video seks tulen" kepada "rakaman aksi seks bukan direka" [Kosmo]. Seolah-olah nak gambarkan bahawa memang Anwar Ibrahim yang jadi pelakon video seks. Jauh maksud dia bhai...

Kalau dah sah Anwar Ibrahim yang berlakon video seks tu, tunggu apa lagi? tangkaplah, ini bukan isu kecik, ini isu besar, isu zina. Takkan pemimpin berzina tak mahu tangkap?

Ketua Polis ni pun satu hal, lu saja je buat sidang media untuk sahkan video tu sebagai tulen, supaya rakyat Malaysia semua jadi huru hara, jadi salah paham. Gua taulah video tu tulen, sebab video tu bukan video edit, tapi yang gua nak tau siapa pelakon video tu bhai? Kalau lu boleh buktikan pelakon video tu memang Anwar Ibrahim, gua nak pergi tampar muka Anwar sekarang!

Apa kerja orang tua ni? Lu saja bikin rakyat semua buat spekulasi sendiri, lu sengaja buat rakyat jadi huru hara. Bila rakyat dah huru hara ini kerajaan gerombolan songkok tinggi bagi naik harga minyak, bagi rasuah kepada pengundi di Sarawak. Semua hal lain jadi tak penting, semua orang sebok dengan cerita video seks.

RentaP© "Ini zaman keliru, zaman huru hara, yang jahat jadi baik, yang baik jadi jahat"

Note: Gambar di bawah tiada kena mengena dengan cerita di atas.

Sibuk sangat dengan video seks, rakyat mengamuk pun tak sedar

Posted: 01 Apr 2011 08:54 AM PDT

Hebat betul penangan video seks lelaki mirip Anwar, sampaikan 10, 000 keluarga mengamuk di negeri Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak pun tak jadi isu. Senang betul uruskan negara, tak payah susah-susah fikir pasal masaalah rakyat, tak payah fikir pasal rakyat bawah. Nak raih sokongan rakyat, keluarkan saja video seks di media-media arus perdana.



Betul ke berita ni? Atau sekadar berita fitnah daripada pihak pembangkang di Pahang? nak tahu jawapannya kenalah tanya Akhbar The Star, milik parti komponen Barisan Nasional, MCA [TheStar]





ReJaM© "Tak kisahlah air tak ada ke, barang naik ke, apa ke, mari kita tonton video lucah beramai-ramai kah kah kah..."


Note: Gambar di bawah tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.

Minyak naik lagi 20 sen tengah malam ini, 2 April 2011

Posted: 01 Apr 2011 05:37 AM PDT

Gua malas nak komen banyak pasal kegilaan kerajaan gerombolan songkok tinggi ni. Mulai tengah malam ni, minyak Ron 97 akan dinaikkan sebanyak RM 0.20 berkuat kuasa serta merta [Msian Insider]. Angin tak ada ribut tak ada, tapi harga minyak naik juga. Korang jangan tanya kenapa harga minyak naik? Jangan tanya apa alasan kerajaan gerombolan songkok tinggi menaikkan harga minyak?



Dia punya sifir mudah je bro, Sarawak nak buat pilihanraya negeri. Kerajaan nak pakai duit banyak fullstop. Bila kerajaan nak pakai duit, kerajaan akan mintak duit dari siapa? Macam biasalah, rakyat yang kena keluar duit. Bagaimana? Naikkan harga minyak, maka kerajaan akan dapat duit banyak.

Bagaimana pula kalau rakyat marah kerajaan naikkan minyak? Kerajaan tak bimbang ke nanti rakyat tolak BN di Sarawak? Tak perlu bimbang, kerajaan dah plan baik punya, malam ni nak naikkan harga minyak, Buletin Utama TV3 suku pun keluarkanlah kenyataan Ketua Polis Negara, "Video seks Anwar terbukti tulen, bukan video palsu!".[Video seks tulen].

Maka huru haralah lu orang semua rakyat Malaysia, mendengar kenyataan Ketua Polis negara tentang video seks Anwar Ibrahim yang dikatakan tulen sampai tak sedar kocek lu orang dah rabak dikoyakkan oleh kerajaan. Duit lu orang jatuh mencurah-curah masuk dalam kantung kerajaan. Selepas pilihanraya nanti jadilah lu orang macam wartawan Utusan yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang lu klik sini [Wartawan Utusan].

ReJaM© "Lu orang semua tak payah fikir pasal harga minyak, kerajaan mahu lu orang fikir pasal video seks Anwar Ibrahim kah kah kah... padam muka lu..."

Ketua Polis sahkan video seks adalah tulen

Posted: 01 Apr 2011 04:49 AM PDT



Seperti yang telah dijangka, Ketua Polis Negara hari ini mengesahkan bahawa video seks yang melibatkan lelaki mirip Anwar Ibrahim adalah rakaman yang tulen dan bukan dipalsukan.[Msian Insider]. Sebelum ini Yusry KRU pernah mengeluarkan kenyataan bahawa video sepanjang 20 minit itu agak mustahil untuk dipalsukan. Maka apa yang ingin diketahui oleh rakyat, siapakah pelakon yang terlibat di dalam video seks tersebut?

Nampaknya, rakyat tidak akan didedahkan tentang identiti pelakon video tersebut yang memiliki wajah mirip Anwar Ibrahim memandangkan sebelum ini Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata pihak Polis tidak akan menyiasat Anwar Ibrahim kerana tiada tanda-tanda berlakunya jenayah [Msian Insider].



Nampaknya pihak Polis sukar untuk membuktikan bahawa lelaki yang berlakon di dalam video tersebut benar-benar adalah Anwar Ibrahim, jika mereka ada bukti bahawa Anwar Ibrahim benar-benar lelaki yang berlakon di dalam video tersebut, tak sempat anda bangun dari tempat duduk Anwar pasti sudah ditangkap. Bukankah Jabatan Agama Islam boleh mendakwa Anwar Ibrahim atas tuduhan zina? Malah ini adalah peluang untuk memberikan "checkmate" kepada Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar terbukti sebagai pelakon video lucah tersebut

Isu ini juga dilihat jelas membahayakan Barisan Nasional, memandangkan perang persepsi ini hanyalah akan "overkill" Anwar, sekaligus menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sering menyerang Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal seks.



RentaP© "Masih menunggu pendedahan video seks Anwar Ibrahim dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan"

Note: Gambar di bawah tidak ada kena mengena dengan cerita di atas.

Tiada ulasan: