Sabtu, 2 April 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akhirnya, Kluang Rail Coffee Disamak

Posted: 02 Apr 2011 01:06 AM PDT

Kluang - Jabatan Agama Negeri Johor (JAJ) mengadakan operasi penyamakan di tiga cawangan Kluang Rail Coffee berikutan serbuk kopi yang disediakan di kedai berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi seperti yang dilaporkan Sabtu lalu.

Kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi sejak 1938 mempunyai empat cawangan di Johor iaitu tiga cawangan terletak di Kluang iaitu di Jalan Tasek, Jalan Station Keretapi dan Jalan Manggis manakala, di Johor Bahru terletak di Plaza Kotaraya.

Dalam pada itu, JAJ juga akan mengadakan operasi penyamakan di cawangan kedai kopi berkenaan yang terletak di Plaza Kotaraya pada malam ini.

Operasi penyamakan ini juga turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membantu untuk melakukan proses penyamakan terhadap kedai kopi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, operasi menyamak yang dilakukan oleh JAJ ini merupakan prosedur biasa yang perlu dijalankan oleh pihak yang memohon sijil halal daripada JAJ.

"Ia adalah prosedur biasa kerana kita sedang menimbang permohonan sijil halal daripada pihak Kluang Rail Coffee berikutan mereka baru mengajukan permohonan tersebut. Walaupun serbuk kopi yang dihidangkan oleh mereka disahkan mengandungi unsur tidak halal, JAJ tiada kuasa mengarahkan mereka untuk tutup perniagaan.

"JAJ hanya menyatakan kedudukan sebenar kepada pengguna dan terpulang kepada masyarakat untuk memilih. Makluman sudah diberi, namun kami tidak boleh menghalang pengguna daripada terus mengunjungi premis berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, JAJ telah melakukan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai dan telah mengesahkan bahawa serbuk kopi berkenaan mengandungi gelatin babi.

Zainal Abidin berkata, sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

"Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

"Pihaknya tidak boleh mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha kedai kopi terbabit melainkan menasihati peniaga berkenaan supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal dan saya juga menyeru supaya pelanggan beragama Islam supaya lebih berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, dan pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal yang dikeluarkan JAJ," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Barnabas Lim berkata, beliau mengakui pihaknya baru memohon mendapatkan persijilan halal pada awal tahun ini.

"Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

"Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini.

"Kita tidak begitu bodoh untuk menjatuhkan perniagaan yang sudah wujud sejak 73 tahun lalu dengan begini saja. Bagaimanapun pelanggan yang masih was-was boleh memulangkan sebuk kopi yang sudah dibeli dan kami akan membayar balik wang mereka," katanya. -SH

Laporan sebelum ini:

Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor



Ku Li Selar Dalang Video Seks Sebagai Pengamal Politik Longkang

Posted: 01 Apr 2011 11:07 PM PDT

Dalang Video Lucah Tandus Modal Politik, Kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.
Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

Ulasan GB

Blogger pencacai UMNO patut salin berita di atas untuk dimuatkan di dalam blog-blog mereka sebagai PERINGATAN.



Satu Rumah Lain Bilik, Trend Bersekedudukan Moden

Posted: 01 Apr 2011 10:03 PM PDT

Macam-macam gelagat orang zaman sekarang, apatah lagi bagi yang sedang hangat bercinta. Berpeleseran dan bercengkerama sampai tidak ingat dunia bukan lagi suatu fenomena aneh. Malah ada juga yang sanggup bersekudukan dengan seribu satu alasan diberikan semata-mata mahu menghalalkan tindakan

Kalau dahulu, orang acap kali memilih untuk bersekedudukan kononnya kerana cinta, tetapi tidak boleh mendirikan rumah tangga atas pelbagai halangan. Sedangkan pada dasarnya ia sebenarnya lebih didorong oleh nafsu serakah untuk 'bersama' secara bebas tanpa sebarang batasan.

Bagaimanapun, hari ini trend bersekedudukan sudah berubah. Ia tidak lagi hanya membabitkan sepasang lelaki dan wanita belum bernikah berkongsi satu rumah. Tetapi bilangannya lebih daripada itu. Dan yang anehnya ada antara mereka yang tidak sedar mereka sedang bersekedudukan. Ini kerana bagi mereka,tinggal di dalam bilik secara berasingan antara lelaki dan perempuan dalam satu rumah tidak dikira sebagai bersekedudukan, apalagi kalau jumlah mereka ramai.

Berbeza dengan pasangan bercinta, lazimnya dalam keadaan begini, faktor kewangan dan gaji yang rendah acap kali dijadikan alasan untuk mereka menyewa sebuah rumah beramai-ramai tanpa menghiraukan percampuran antara lelaki dan perempuan. Bagi segelintir mereka, ia tidak mengapa asalkan bilik tidur masih berasingan.

Melihatkan kepada senario hari ini, trend seperti ini biasanya terjadi di kalangan pelajar atau golongan muda yang baru hendak memulakan kerjaya, tetapi terpaksa tinggal di kawasan mahal atas sebab tuntutan tertentu. Misalnya tempat kerja ataupun institusi pengajian terletak di kawasan tersebut. Namun, alasan kewangan sahaja tidak cukup sebagai penghalal cara kerana mereka masih ada alternatif lain. Antaranya termasuklah dengan mencari teman serumah yang sama jantina.

Boleh didenda atau dipenjara

Meskipun ada yang mendakwa mereka tidak melakukan persetubuhan selain masih menjaga tata susila selaku Muslim walaupun tinggal serumah berlainan bilik antara lelaki dengan wanita, bersekedudukan dalam satu rumah yang sama tetap dilarang. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membuatkan seseorang menghampiri zina. Sedangkan dalam Islam sendiri sudah jelas menyatakan bahawa zina merupakan antara dosa-dosa besar.

Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat." (Al-Israak : 32)

Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangkan umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka." (Riwayat Baihaqi).

Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS), Ustazah Sabariah Salleh, bersekedudukan dan khalwat tidak jauh bezanya. Malah, khalwat juga boleh berlaku dalam bersekedudukan itu sendiri. Berdasarkan kepada Enakmen 9 tahun 1995 / Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bahagian IV yang membabitkan kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan, beliau memberitahu khalwat tidak semestinya melibatkan hanya sepasang lelaki dan perempuan sahaja.

"Khalwat adalah (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; (b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan satu kesalahan. Apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," terang Ustazah Sabariah lanjut.

Sambungnya, sama seperti khalwat, bersekedudukan satu rumah lain bilik tetap boleh menimbulkan syak walaupun individu terbabit tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Justeru, jika ada aduan dan mereka ditangkap, orang yang bersekedudukan boleh didenda atau dipenjarakan. Sementara individu yang menyewakan rumah kepada mereka pula boleh didakwa bersubahat.

Jadi bagi yang memilih gaya hidup bersekedudukan, tepuklah dada dan tanyalah iman kerana selaku manusia, Allah tidak pernah kedekut dalam memberikan kita pilihan. Dan terserahlah kepada kita sebagai hamba-Nya untuk memilih – jalan yang diredainya ataupun sebaliknya. -iluvislam

A.R. Badul Diburu Polis Kerana Mencabuli Pelajar

Posted: 01 Apr 2011 08:09 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Ulasan GB

Artikel HM tidak menamakan siapa pelakon otai itu, tetapi mudah untuk diketahui jika beliau berumur 63 tahun yang popular sejak era 70-an. A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie memang terkenal sejak 70'an melalui Si Badul (1978), Panglima Badul (1979).

Dah tua-tua pun perangai masih miang lagi Badul?

Komik Lucah: UMNO Shah Alam Dalangnya

Posted: 01 Apr 2011 06:24 PM PDT

Shah Alam: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik 'Kisah Juara Raja Lawak' yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.

Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam," katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

"Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

"Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah," katanya.

Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu 'Datuk Trio', Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

"Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

"Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut," katanya. -FMT

RON97 Naik 20 Sen, Rakyat Sarawak Jadi Harapan Rakyat Seluruh Negara Tolak BN

Posted: 01 Apr 2011 05:31 PM PDT

Retaling Jaya: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter sbermula hari ini.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

Ulasan GB

Sekalipun dikatakan kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini, tetapi diramalkan petrol RON95 akan dinaikkan jika BN memenangi pilihanraya Sarawak nanti.

Ini berdasarkan kepada beberapa siri kenaikan harga minyak dimana kerajaan hanya menangguhkan sementara kenaikan minyak RON95 sebelum pilihanraya tetapi akan menaikkannya sebaik saja BN memenangina.

Justeru itu, rakyat Sarawak adalah harapan rakyat seluruh Malaysia supaya memmpastikan kerajaan BN ditolak bagi menghalang kerajaan terus bertindak untuk menaikkan harga minyak.

Gara-gara Facebook, Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Lelaki Yang Menyamar Wanita

Posted: 01 Apr 2011 03:42 PM PDT

Hati-hati jika berkenalan dengan seseorang melalu jejaring sosial Facebook. Seorang lelaki dengan nama ringkas "MU", warga Kampung Bojong RT 001/002 No.1 Kelurahan Jatiasih, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi terpaksa menanggung malu lantaran memperisterikan seorang lelaki yang pura-pura menjadi wanita selama enam bulan. Keduanya berkenalan melalui Facebook.

Kes tersebut terbongkar dalam laporan terhadap suspek di Balai Polis Sektor Jatiasih, hari ini. Dalam keterangan yang diberikan mangsa kepada pihak polis, suspek yang nama ringkasnya "RS" mengaku sebagai wanita dengan menggunakan nama samaran Fransiska Anastasy Oktaviany. Suspek yang berasal dari Kecamatan Pasar Rebo, Jakarta Timur tersebut memakai jilbab serta berperilaku seperti wanita ketika bertemu dengan mangsa pada Ogos 2010.

Lantaran perilaku dan pakaian tersebut, mangsa percaya kepada suspek bahawa dia benar-benar wanita. Untuk lebih meyakinkan mangsa, suspek membawa kedua orangtuanya yang pada pemeriksaan polis ternyata dipalsukan ke rumah mangsa. Suspek bahkan sempat menginap selama satu minggu pada September 2010 di rumah mangsa.

Setelah menginap di rumah suspek, mangsa kemudian mengajak suspek untuk menikah. Keduanya kemudian menikah pada 19 September 2010 dengan dihadiri orang tua mangsa bernama Jayalana dan Minah. Keduanya menikah secara rasmi dan mendapatkan surat nikah asli yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Jatiasih.

Selama enam bulan menjalani pernikahan, suspek berperilaku selayaknya seorang isteri. Bahkan, keduanya pun menjalani hubungan suami isteri. Hanya saja, suspek selalu menutupi tubuh fizikalnya kepada mangsa. suspek selalu menepis kemahuan mangsa untuk melihat fizikal yang bersangkutan dengan berpura-pura sedang datang bulan.

Suspek dikatakan telah memalsukan sejumlah dokumen peribadi seperti Kad Pengenalan Diri, Surat kelahiran, dan Kad Keluarga. Sebagai syarat pernikahan, dokumen peribadi tersebut hanya menggunakan bukti fotokopi tanpa ada dokumen asli. "suspek hanya menyeratakan dokumen fotokopi. Dokumen itu dipalsukan dengan cara menampal yang asli dengan nama suspek kemudian difotokopi, " ujarnya.

Kecurigaan suspek ialah ketika suspek berperilaku kasar dan berjanggut. Sentot menceritakan kepada penduduk sekitar kemudian meminta suspek untuk memeriksakan fizikalnya ke sebuah klinik. "Tapi setelah keluar klinik, suspek juga membawa surat keterangan palsu bahawa dirinya benar berjenis kelamin wanita, " ujarnya.

Lantaran penduduk masih curiga dengan surat tersebut, penduduk kemudian telah pergi ke klinik berkenaan dan menyanyakan surat yang asal. Dari pihak klinik tersebut, surat keterangan itu dinyatakan tidak pernah dikeluarkan oleh doktor dari pihaknya. "Sampai di rumah, penduduk meminta suspek untuk ditelanjangi. Tapi ketika beliau ingin diperiksa, barulah suspek mengaku beliau seorang laki-laki, " ujarnya.

Menurut keterangan suspek, kedua "orang tua"nya ternyata hanyalah merupakan orang upahan. Untuk berpura-pura menjadi orangtuanya, masing-masing dibayar Rp 200,000(RM70.00) "Keduanya telah dapat dijerat turut serta melakukan jenayah, " ujar Sentot.

Setelah mangsa membuat laporan ke Polsek Jatiasih, suspek yang didakwa di bawah pasal 226 dan atau 378 KUHPidana tentang kes memberi keterangan palsu. Suspek yang kemudian ditahan di Polsek Jatiasih untuk pemeriksaan lebih lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tujuh tahun penjara. -republika

Isu Poco-poco: Tahniah Kepada Mufti, Tapi Ada Juga Yang Menghalalkannya

Posted: 01 Apr 2011 07:50 AM PDT

Poco-poco: Pemuda Perak puji Harussani, kata MB berani

Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya "mengucapkan tahniah" dengan langkah kerajaan negeri itu seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa akan menghormati ketetapan tarian poco-poco diharamkan.

Poco-poco diwartakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Januari lalu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa walaupun sedar tarian poco-poco ini telah "diperkenalkan" oleh Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi ketegasan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria amat dipuji.

"Dan tindakan Datuk Seri Zambry juga dilihat bersifat berani dalam memastikan fatwa haram tarian poco-poco ini dikuatkuasakan di Perak," katanya.

Raja Ahmad yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS pusat berkata, ini ditambah rumit apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim secara terbuka menegaskan dan membolehkan agar tarian poco-poco dibenarkan.

Kata beliau, Dewan Pemuda PAS melihat isu ini sepatutnya dibincangkan secara ilmiah dan perkara pokok agar tidak menjadi kekeliruan umat Islam.

"Keduanya, Pemuda PAS Perak akan mengambil sikap untuk bertemu sendiri dengan Tan Sri Harussani agar mendapatkan penjelasan sebenar akan perkara ini," katanya lagi.

Kelmarin, Zambry berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian.

Harussani berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian. -TMI

Ulasan GB

GB telah ulas poco-poco itu di bawah entri Ada Apa Pada Poco-poco?

Petikan:

GB tak pasti samada ia ada unsur keagamaan atau tidak, tapi apabila membuat carian di youtube, maka dapat dilihat tarian poco-poco ini. Rupanya sudah lama ada di negara kita, tak tau pun, dan GB akui memang GB ketinggalan bas dalam bab-bab sebegini.

Melihat tarian ini di youtube, ia lebih teruk rupanya daripada tarian-tarian Melayu asli. Ia lebih bertujuan berseronokan daripada senaman. Tang gedik jer mereka yang melakukan tarian tersebut. Tak percaya tengok sendiri kat bawah. Adakah anda akan benarkan isteri dan anak anda menari sedemikian dengan mempamerkan tubuh badan dengan budah dada dan pinggul bergoyang di khalayak ramai? Entahlah, mungkin GB boleh terima jika menari suami isteri di rumah untuk mengeratkan kasih sayang diantara mereka. Tetapi apabila ia dilakukan di khalayak ramai, rendahlah martabat ilmu dan akal.

Meskipun ada hadith yang mengizinkan "hiburan" namun yang pasti ia tidak boleh melanggar pagar-pagar syariat.

Ia mengingatkan GB mengenai masyarakat zaman jahiliah. Dan adat budaya Melayu yang banyak bertentangan akidah masih banyak diamalkan. Mencium keris, membuang ancak, lancang kuning, menepung tawar dan sebagainya.

Sampai bilakah umat Islam ini akan bebas dari penjajahan kejahilan dan kebebalan?


Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri pula menyatakan bahawa poco-poco adalah harus. Ia disambut pula oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

Terlepas daripada mempersoalkan pendapat Dr. Asri & Timbalan Menteri tersebut, GB yakin mereka belum lagi meneliti dan melihat persembahan tarian poco-poco berkenaan. GB sudah menyiarkan videonya, dan kini GB siarkan lagi supaya masing-masing dapat membuat penilaiannya.








Jepun Akur, Akan Tutup Reaktor Nuklear

Posted: 01 Apr 2011 06:59 AM PDT

Tokyo - Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, dalam sedikit masa lagi, semua bekalan kuasa ke reaktor-reaktor itu akan ditutup, manakala usaha untuk menyejukkan batang-batang bahan api nuklear akan dihentikan.

Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.

Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. .

Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo.

Katsumata berkata, beliau berasa kasihan kepada orang ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka atau terpaksa tinggal di dalam rumah disebabkan oleh krisis nuklear berkenaan.

"Saya memohon maaf kerana kesusahan dan ketakutan yang berlaku akibat kebocoran radiasi ini," kata Katsumata.

"Kami telah gagal untuk menyejukkan reaktor-reaktor terbabit. Tetapi kami melakukan usaha paling maksimum untuk menstabilkan keempat-empat reaktor itu," tambahnya.

Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami.

Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut.

Setakat kelmarin, tahap radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku.

"Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan," katanya.

Aktiviti menangkap ikan kini dilarang dalam lingkungan sekitar 20 kilometer dari loji Fukushima Daiichi. - Agensi

Ulasan GB

Jepun akur, Malaysia angkuh

GB dah ulas sebelum ini:

Demikian dasyatnya keadaan apabila logi nuklear gagal dan memaksa Jepun mengambil langkah drastik memikirkan untuk memusnahkan logi reaktor nuklear Fukushima.

Alih-alih di Malaysia, beberapa menteri nak tunjuk lagak mempertahankan logi pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan dengan menggadaikan nyawa rakyat semata-mata demi mendapat habuan di dalam projek.

Katakan TIDAK kepada Projek Lynas Di Gebeng!

Video Seks: IGP Digesa Tahan Tiga ‘Datuk T’ Segera

Posted: 01 Apr 2011 05:54 AM PDT

PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga "Datuk T" yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah menegaskan pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pagi tadi tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut.

"Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan," kata beliau.

Sivarasa berkata, ketiga-tiga "Datuk T" seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya," kata beliau.

Sivarasa, yang juga peguam PKR berkata siasatan polis setakat ini menunjukkan ada usaha bermotifkan politik untuk merosakkan kredibiliti Anwar.

"Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya," kata Sivarasa hari ini.

Pagi tadi, Ismail berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh "Datuk T" awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ''Datuk T'' merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ''trio'' iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Sambil mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara bukan sesuatu yang mengejutkan PKR, Sivarasa berkata partinya sudah mempunyai dua teori sama ada video itu direka atau sebaliknya.

"Sekarang IGP berkata ia tulen, tak mengapa. Orang dalam video itu macam Anwar tetapi itu bukan beliau, itu sudah pasti... beliau dari awal lagi telah mengeluarkan kenyataan keras mengenai ini," kata bekas naib presiden PKR ini. -TMI

Ulasan GB

IGP perlu bertindak adil dan berkecuali. Sikap double standard yang terpapar lewat isu Video Seks ini amat dikesalkan.

Dua IGP sebelum ini (Tan Sri Abd Rahim Noor & Tan Sri Musa Hassan) telah meninggalkan jawatan IGP dengan cara hina dan tidak menerima sebarang pujia atau penghargaan dari rakyat. Mengapa? Kerana mereka tidak layak untuk mendapat pujian rakyat apabila mengamalkan sikap yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya dipegang oleh seorang IGP, sebaliknya menjadikan diri mereka kuda tunggangan pihak parti kerajaan.

Kita berharap Tan Sri Ismail Omar bukan IGP yang ketiga yang akan menerima nasib itu.

ADUN BN Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda RM20K, Tiada Pilihanraya

Posted: 01 Apr 2011 04:21 AM PDT

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN,"
kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

2 Gadis Kongsi Teman Lelaki Dicekup Di Pondok Usang Belakang Semak - [Pembetulan Tajuk]

Posted: 01 Apr 2011 02:50 AM PDT

Keghairahan nafsu dua gadis yang sanggup berkongsi teman lelaki untuk melempiaskan nafsu di sebuah rumah usang tanpa penghuni di sebalik semak pada awal pagi menerima padah apabila mereka dicekup penduduk kampung yang melakukan rondaan mencegah jenayah.

Bagaimanapun lelaki dan dua remaja perempuan itu akhirnya menerima padah apabila mereka dicekup penduduk kampung yang melakukan rondaan mencegah jenayah.

Remaja lelaki terbabit ketika ditahan dipercayai sedang melakukan aksi panas dengan dua remaja perempuan yang hanya berseluar pendek dan berbaju sendat.

Kejadian disedari salah seorang daripada anggota Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Rhu Bhatil setelah melihat kelibat seorang lelaki di dalam rumah yang sudah bertahun tidak berpenghuni itu.

Pengerusi KRT Rhu Bhatil, Mat Jenon Abdul Ghani berkata, sebaik mendapat maklumat berkaitan penemuan remaja terbabit, pihaknya mengepung rumah itu dan melakukan serbuan.

Hasil serbuan, mereka menemui dua gadis dalam keadaan pakaian yang menyolok mata berserta seorang lelaki, disyaki teman lelaki salah seorang daripada remaja perempuan terbabit.

Mat Jenon kemudiannya memaklumkan tangkapan itu kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Beliau yang ditemui di lokasi terbabit berkata, kejadian itu amat memalukan pihaknya, apatah lagi salah seorang remaja yang ditahan dalam serbuan terbabit adalah anak kepada salah seorang penduduk di kampung itu.

"Kamu sebagai pemuda di kampung ini sepatutnya sama-sama melakukan rondaan dengan kami untuk mencegah jenayah serta gejala sosial.

"Bagaimanapun tindakan kamu yang membawa anak gadis orang bermalam di rumah usang dengan melakukan perbuatan tidak senonoh ini amat memalukan penduduk kampung," kata Mat Jenon ketika memberi teguran kepada pasangan terbabit.

Difahamkan, pemuda yang baru berusia 19 itu pernah disiasat polis kerana terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang gadis dan mempunyai rekod penyalahgunaan dadah.

Dua gadis berusia 15 tahun masing-masing berasal dari kampung Tanah Lot dan Gong Pasir itu bersama teman lelakinya difahamkan anak seorang kakitangan di sebuah resort berdekatan kemudiannya diserahkan kepada Penguat Kuasa Syariah untuk tindakan selanjutnya.

Mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu kerana kesalahan khalwat, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dua gadis belasan tahun itu juga turut dikenakan tindakan kerana berpakaian menjolok mata di khalayak awam.

Dirogol secara bergilir-gilir

"Saya hanya bersekolah sampai Tingkatan Satu sahaja. Disebabkan kerap ponteng sekolah, saya kena buang. Sejak itu, saya mula terjebak dengan gejala sosial kerana terpengaruh dengan rakan sebaya," kata salah seorang gadis yang dicekup penduduk kampung bersama teman lelakinya itu.

Anak kedua daripada sembilan beradik itu mengakui, masalah keluarga menyebabkan dia gagal mengawal emosi sehingga memilih jalan salah termasuk terlibat dengan gejala keruntuhan moral.

Dia mengakui, emosinya semakin tertekan apabila dia menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki dalam satu tragedi hitam ketika umurnya 14 tahun beberapa tahun lalu.

Katanya, akibat kejadian itu, dia berasakan masa depannya gelap, kejahilan dengan ilmu agama pula menyebabkan dia memilih jalan salah sebagai haluan hidupnya.

"Bapa saya sudah meninggal. Ibu pula sibuk mencari rezeki untuk menyara lapan adik yang lain.Dalam keadaan begini saya tiada teman untuk berkongsi masalah.

"Saya mula keluar rumah untuk mencari ketenangan dan berkawan dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai matlamat hidup," luah gadis berasal dari Tanah Lot ini.

Menurut gadis itu, dia bersedia berdepan dengan hukuman termasuk dihantar ke pusat pemulihan akhlak demi memastikan masa depannya tidak terus gelap. -SH

Tiada ulasan: