Kerabu Bersuara ® |
- Video Seks: Cepat Betul Janggut Anwar Tumbuh
- Video fitnah : Chegu Bard akan dedah sesuatu yang penting esok
- Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar
- Persatuan Ulama Malaysia kecam video fitnah seks
- Peguam Anwar: Klip video ‘cabar’ integriti siasatan polis
- Dalang Video Lucah Kemungkinan Disaman,Kata Tan Sri Khalid
- Ada bayang ketiga, bukti video itu lakonan- Johari Abdul
- Mufti: Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco
- Dedah aksi seks canggah norma Islam, kata Persatuan Ulama
- Poco-poco: Harussani kena buat penjelasan terbuka, kata Abim
- Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama
- Polis Tak Tahu Apa? Hahahaha
- Video seks: Kerajaan tidak telibat sebar di YouTube
- Rakaman video seks tidak akan ditayang di Parlimen
- Video : Bukti Kukuh Fitnah Zalim Terhadap Anwar
- Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh
- Azizah Sahkan Bukan Suaminya Dalam Video Lucah Itu...
- Perjumpaan MCA dan kerajaan Kelantan
- Pengaruh video lucah dalam kempen pilihan raya Sarawak
- Apabila maksiat besar berleluasa, ulamak sepatutnya di hadapan
| Video Seks: Cepat Betul Janggut Anwar Tumbuh Posted: 05 Apr 2011 03:00 PM PDT |
| Video fitnah : Chegu Bard akan dedah sesuatu yang penting esok Posted: 05 Apr 2011 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin akan mendedahkan sesuatu yang penting berkaitan Video fitnah yang dipertontonkan kepadanya di sebuah hotel baru-baru ini. Menurutnya, beliau sedang memeriksa sumber itu sekali lagi hari ini sebelum mengeluarkan satu kenyataan petang esok. "Pendedahan esok, akan lebih menggambarkan konspirasi sebenar pihak yang mendalangi video fitnah ini. Pihak tersebut pula memiliki hubungan yang rapat dan akrab dalam menjaga kepentingan Umno Barisan Nasional di negara ini," katanya ketika di hubungi Keadilandaily. Difahamkan, individu yang menempah bilik di mana video itu dipertontonkan kepadanya mempunyai kaitan dengan seorang kenamaan dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu yang mulanya ditayangkan trio Dato T di Hotel carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, yang turut dipertontonkan kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul. Namun Badrul dan Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badan pelaku dalam video seks terbabit. Semalam, beliau turut mengulas sedutan video rakaman tersebut, yang dimuat naik ke laman You Tube dan disiar oleh blogger Umno-BN. Menurutnya, Video lucah hampir dua minit itu sengaja disunting sebegitu rupa supaya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan," kata beliau yang lebih mesra dengan panggila Che Gu Bard. Sementara itu, isteri dan anak Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dalam sidang media hari ini turut menafikan Anwar adalah individu dalam rakaman itu. "Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk tubuh Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuhkan lagi memandangkan sejak lebih setahun lalu , anak-anak saya sering menemani papanya setiap kali beliau pergi membuat aktiviti senaman dan fisioterapi sebagai sebahagian dari pemulihan tulang belakang. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tuduhan terbaru itu adalah satu fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau tidak bukan kami keluarga terdekat yang telah bersama beliau dalam susah dan senang," kata Azizah. |
| Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar Posted: 05 Apr 2011 08:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Majoriti pengguna laman web sosial, Facebook berpendapat dan yakin bahawa lelaki dalam video yang kini tersebar di internet bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Individu bernama RhZaaba Putra yang memuat naik video itu di laman sosialnya berpendapat setelah menonton video itu berulang kali, beliau membuat kesimpulan lelaki dalam video itu bukan Anwar. Menurutnya, video itu juga menunjukan bahawa ia sengaja dirakam dan individu yang berada dalam video itu sedar aksi mereka sedang di rakam. "Nampak macam shooting filem. Jelas sangat ini lakonan yang diarahkan orang ketiga yang berpakaian penuh. "Pengarah itu masih sibuk ke hulu-hilir semasa dua pelakon utama sudah pakai tuala. "Hanya pelakon-pelakon upahan sahaja yang sanggup membiarkan orang ke tiga berada dalam bilik mereka. "Bila sampai adegan ini. Anda perasan tak, dinding bilik tidur itu ada bayang-bayang macam ada 'spotlight focus' pada mereka. "Kedua-dua pelakun utama itu tahu dan sedar aksi mereka sedang dirakam. Nyata sangat mereka diupah oleh pihak tertentu. "Datuk T kata Anwar tidak tahu aksinya dirakam. Tapi pelakon lelaki ini tahu aksinya sedang di rakam. Ternyata pelakon itu bukan Anwar," kata RhZaaba Putra. Sementara itu, pemilik akaun bernama Fai Zal juga yakin bukan Anwar dalam video itu sambil mengingatkan Islam melarang umatnya melakukan fitnah dan mengaibkan orang lain. "Allah tidak akan membiarkan orang itu sebegitu sahaja. Allah akan membalasnya dengan setimpal ape (yang) mereka buat dalam keadaan mereka lalai mengaibkan orang itu," tulis Fai Zal di dalam status Facebooknya. Pengguna Facebook bernama Azali Rahim pula menyindir trio Datuk T yang didakwanya merakamkan video itu dalam bentuk hitam putih walaupun mendapat peruntukan jutaan ringgit. "Datuk T itu sengkek (kedekut) sangat ke sampai takde modal nak beli camera high quality? Projek dapat puluh-puluh juta. Takkan tak boleh beli yang 'HD camera punya. Rating untuk video ni aku bagi -ve 5 star," kata Azali. Turut memberi respon video itu ialah pemilik akaun bernama Siti Ribut yang berpendapat pembentukan Suruhanjaya Di Raja hanya membuang masa dan patut ditolak. "Sudah banyak Suruhanjaya Di Raja di tubuhkan setiap kali berlaku apa-apa isu. Tetapi apa kesudahannya? "Tidak ke tergantung tanpa noktah. Video ini sah-sah FITNAH," tegas Siti Ribut. Bagi penama Lili Rozita, beliau menyeru rakyat Malaysia tidak melayan fitnah video itu yang bertujuan untuk mengalihkan tumpuan Pakatan Rakyat dalam berdepan pilihan raya Sarawak yang ketika ini sedang berlangsung. ""Sex-sex' bengong ini tak payah dilayan. Desperado puak BN nak sangat Sarawak menang," tulis beliau di dalam status Facebooknya. Berdasarkan rekod, video fitnah itu mula dipertontonkan oleh Datuk T kepada media pada 21 Mac lalu dan hari yang sama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di bubarkan. Ia mula tersebar di internet semalam selepas Polis mengesahkan video itu tulen, pada hari sama genap Parti KEADILAN menyambut ulang tahunnya yang ke 11. |
| Persatuan Ulama Malaysia kecam video fitnah seks Posted: 05 Apr 2011 08:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan ia bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam. Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya. "Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya. PUM turut memohon agar campur tangan Majlis Raja-Raja jika pihak berkuasa dan kerajaan gagal menghentikan penyebaran rakaman video seks itu. Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam. "Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya. Sementara itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius penyebaran video seks fitnah berkenaan di YouTube dan internet kerana ia mencemar nilai budaya politik di Malaysia. Pengerusi persatuan itu, Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan perbuatan itu keterlaluan. "Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. "Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi terhadap sebahagian rakyat," kata Mustaffa yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan. Menurut Mustaffa, tindakan menayang dan membiarkan penyebarannya juga bermakna seseorang itu dihukum sebagai salah dan mendahului kuasa mahkamah. "MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia. |
| Peguam Anwar: Klip video ‘cabar’ integriti siasatan polis Posted: 05 Apr 2011 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemunculan klip video, selepas didedahkan dua minggu lalu, menimbulkan persoalan mengenai integriti siasatan polis memandangkan "Datuk T" mendakwa telah menyerahkan kesemua rakaman kepada pihak berkuasa. "Jika kita percaya kenyataan ini, satu lagi persoalan yang memerlukan jawapan ialah kemunculan secara tiba-tiba klip video dalam internet," kata Sankara Nair dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini. Sankara berkata, jika benar hanya "Datuk T" yang memiliki cakera-cakera padat terbabit, polis perlu membawa mereka bertiga untuk siasatan segera memandangkan kemunculan klip juga satu bentuk kerja menyebarkan bahan-bahan lucah. Mengenai tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ketulenan klip itu Jumaat lalu, Sankara berkata, beliau tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat dalam tempoh yang singkat itu. Justeru, beliau menimbulkan tanda tanya soal ketulenan diumumkan dalam beberapa hari. Kata beliau, melihat pada isu ini yang kompleks adalah lebih elok pihak polis mendapatkan pendapat pihak lain sebelum memutuskan kata muktamad mengenai soal ketulenan. "Secara logik, ia akan mengambil masa yang lebih lama sebagaimana disaksikan dalam siasatan klip VK Lingam (pada 2007). "Ketika siasatan menentukan ketulenan klip VK Lingam, ia mengambil masa kira-kira 30 hari atau lebih untuk melengkapkan siasatan," katanya. Malah kata beliau, pegawai-pegawai juga dihantar ke Madrid untuk mengesahkan penemuan klip. Sankara juga berkata berdasarkan pengalaman kes liwat kedua membabitkan Anwar, Sankara berkata, beliau secara peribadi ada mengesan beberapa kecacatan dalam klip yang sedang disebarkan menerusi Internet. |
| Dalang Video Lucah Kemungkinan Disaman,Kata Tan Sri Khalid Posted: 05 Apr 2011 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR 5 April - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan mahkamah ke atas dalang rakaman video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kegagalan pihak berkuasa sehingga kini mengambil sebarang tindakan tegas dan pantas. "Sebagai kerajaan (Selangor), kita akan memantau perkara ini dan jika perlu kita akan ambil tindakan untuk bawa ke mahkamah," ujar beliau pada sidang akhbar bersama anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. Khalid berkata, ketulenan video lucah berkenaan bukan menjadi isu utama sebaliknya ketelusan siasatan polis yang dipersoalkan. "Kita tidak mahu tahu ia tulen atau tidak? (Pokoknya) adakah polis membuat siasatan atas dasar ketulenan video tersebut? Ada banyak perkara penting," kata Khalid yang turut menolak rakaman video itu sebagai fitnah licik untuk menjatuhkan Anwar. Polis setakat ini hanya mengesahkan video 21 minit yang ditayangkan tiga Datuk T adalah tulen namun tidak mengulas persoalan pokok iaitu sama ada pelakunya adalah Anwar. Adalah difahamkan polis juga tidak menyoal beberapa pihak yang dapat mengesahkan pergerakan Anwar pada 21 Februari, tarikh video itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangn video berkenaak kepada media namun polis tidak mengambil tindakan menahan mereka. Tan Sri Khalid melahirkan rasa kesal kerana politik negara diheret ke arah yang jijik dengan penggunaan video lucah fitnah untuk menjatuhkan seseorang. "Fokus kita harus kepada penjanaan sektor ekonomi negara dan bukan politik jijik yang tidak tentu hala sehingga negara ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa.' kata beliau. Justeru Khalid menggesa rakyat untuk bangkit menentang taktik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) yang merendahkan martabat negara. "Bagaimana kita hendak memastikan supaya ekonomi dan harta negara diutamakan dan bukan perkara jijik yang diketawakan (oleh dunia) dan membawa kesedihan kepada kita semua. Oleh sebab itu saya bersama keluarga Anwar harap rakyat faham dan mengutuk mereka yang melakukan perkara ini. Tindakan membiarkan dan ada kalanya menggalakkan penayangan video (lucah yang (fitnah) adalah perbuatan jijik dan merendahkan kewibawaan Malaysia," ujar Khalid. |
| Ada bayang ketiga, bukti video itu lakonan- Johari Abdul Posted: 05 Apr 2011 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam. Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared. "Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan," ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini. Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi. "Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu," ujarnya. Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan. "Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? "Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil," ujarnya. Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh. "Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'," ujarnya. Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand. "Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. "Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. "Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?," tulisnya. |
| Mufti: Akidah lebih penting antara sembilan asas Perak haram poco-poco Posted: 05 Apr 2011 05:30 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 5 April — Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram, kata muftinya Tan Sri Harussani Zakaria hari ini. Tengah hari tadi, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa beliau agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco berkuat kuasa Januari lalu. Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Justeru dalam kenyataan sembilan halaman petang ini, Harussani menegaskan, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan. "Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di Ipoh. Harussani berkata, Islam juga telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan golongan kafir walaupun hanya dari segi rupa dan bentuk. Menurut beliau, pihaknya turut menjadikan dalil surah Al-An'am ayat 153 yang bermaksud "janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya" sebagai asas. "Dalil al-Quran yang menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan mestilah dengan pengetahuan untuk mengelakkan diri daripada meniru-niru, lebih-lebih lagi jika ia menyerupai acara penyembahan agama lain," kata Harussani lagi. Asas-asas lain digunakan Jawatankuasa Fatwa Perak ialah: - Setiap orang Islam diwajibkan meninggalkan setiap perkataan dan perbuatan yang mempunyai kesamaan dan penyerupaan terhadap amalan agama lain biarpun seseorang Muslim itu berniat baik untuk melakukan amalan tersebut atau ketika melakukannya; - Nabi s.a.w memperingatkan umat Islam sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir; - Kendati pun pelbagai nama, panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco-poco dengan penjenamaan yang lain, walhal pada hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco-poco itu sendiri, maka tetap diharamkan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah; - Pengharaman berasaskan kaedah Saddu al-Dzarai'e - bermaksud menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada yang haram. Pelbagai kerosakan akhlak meliputi pergaulan bebas, hiburan melampau, peniruan budaya barat yang merosakkan telah menimpa kebanyakan umat Islam termasuk golongan wanita dan belia; dan - Pengharaman berlandaskan alasan teliti dan cerma. Dalam kenyataannya, Harussani juga berkata, adalah lebih menyelamatkan keadaan sekiranya umat Islam menggunakan tarian atau senaman yang jelas cocok dengan agama, budaya dan warisan bangsa sendiri daripada meniru dan memperlakukan sesuatu perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan kecelaruan dengan syarat kita memelihara diri dari percampuran yang diharamkan, batasan aurat dan larangan-larangan yang telah ditetapkan oleh syarak. "Sekiranya kita merasakan keperluan menonjolkan kesenian tarian dan senaman kepada generasi kita, adalah lebih layak kita memperkenalkan semula tarian Melayu yang jelas tiada kaitan dengan sebarang unsur pemujaan dan keagamaan. "Atas asas yang demikian, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan bahawa tarian dan senaman poco-poco adalah haram," kata beliau lagi. |
| Dedah aksi seks canggah norma Islam, kata Persatuan Ulama Posted: 05 Apr 2011 05:05 AM PDT Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 5 April — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam. Malah perkembangan itu turut dikecam Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar. Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya. "Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya. Kata beliau, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu. "Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini," katanya. Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam. "Mereka yang terlibat dalam pembikinan video, penyimpanan, penyebarannya adalah jelas haram dalam Islam. "Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya. Kata Mohd Roslan, pihaknya juga kesal kerana ada pihak yang terlebih dahulu menjatuhkan "hukuman" terhadap Anwar selepas rakaman video seks itu didedahkan kepada umum pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara. Malah semalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" tersebar dimuatkan dalam Youtube dan beberapa blog pro-Umno. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China. Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit. Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini. "PUM kesal kerana media telah menjatuhkan "hukuman" setelah keaiban dan fitnah didedahkan, di samping itu, Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi medan membahaskan usul dan isu besar negara kini turut mahu dijadikan panggung wayang video seks. "PUM membantah keras penyebaran video yang mengaibkan ini dan tindakan untuk mendedahkannya melalui media dan cadangan untuk ditayang di Dewan Rakyat adalah suatu kerendahan moral Parlimen dan menjatuhkannya ke tahap yang hina dan tidak masuk akal," kata Mohd Roslan. Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan "golongan" yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan dalam negara berbanding isu-isu nasional lain. "Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi. "Pihak yang beralasan bahawa wakil rakyat terlindung dari undang-undang yang membolehkan mereka menonton video lucah sebenarnya dijangkiti penyakit barah politik "sampah" yang busuk dan hanyir," katanya. Justeru Mohd Roslan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan gambar video seks itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak undang-undang. "Bukan sahaja mereka mahu semuanya dihalalkan malah permainan politik sudah tidak lagi dikawal oleh sebarang batas agama mahupun moral. Pokoknya apa sahaja boleh dilakukan demi mempertahankan kuasa. Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Anwar. "Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub. Bekas naib presiden PKR itu berkata, kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat. "Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah. "MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya. |
| Poco-poco: Harussani kena buat penjelasan terbuka, kata Abim Posted: 05 Apr 2011 01:51 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 5 April — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar memberi penjelasan terperinci secara terbuka ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu berkuat kuasa Januari lalu. Presiden Abim Muhd Razak Idris berkata, walaupun Jawatankuasa Negeri Perak telah membuat keputusan mengharamkan poco-poco, namun ia perlu dijelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan. "Mufti Perak tentu mempunyai asas-asas syariah tertentu apabila mengambil sikap mengharamkan tarian poco-poco di Perak, memandangkan negara ini mengamalkan sistem pentadbiran Islam yang terpisah maka keputusan fatwa peringkat negeri Perak itu wajar dihormati. "Mufti Perak wajar membuat penjelasan terperinci dan terbuka tentang isu ini dengan segera memandangkan ia telah menjadi tajuk perbahasan umum," katanya kepada The Malaysian Insider. Menurut Muhd Razak, penjelasan yang perlu dibuat itu perlu memberikan sebab-sebab terperinci dari sudut tarian poco-poco yang didakwa Harussani bercanggah dengan ajaran Islam. "Pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak seharusnya membuat penjelasan terperinci aspek-aspek dari tarian yang bercanggah dengan ajaran Islam. "Penjelasan ini tentu akan dapat memberikan keyakinan kepada semua pihak terhadap falsafah di sebalik sesuatu hukum terutama sekali kepada penganjuran tarian ini," katanya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian. Ekoran pengharaman itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco. Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian. Semalam, Harussani (gambar) berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak akan kekal dengan pendirian mengharamkan tarian poco-poco. Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat 20 April ini akan memutuskan pendiriannya. Muhd Razak, Harussani juga perlu membentangkan keputusan yang dibuat itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mendapat pandangan menyeluruh dalam badan itu. "Namun, keputusan fatwa ini wajar juga dibentangkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan, ini bagi membolehkan pandangan menyeluruh dapat diambil. "Ini juga bagi menyeragamkan pandangan tentang sesuatu hukum supaya dapat mengelakkan kekeliruan masyarakat tentang hukum sesuatu amalan. "Tambahan pula hukum Islam tidak harus dilihat berbeza-beza kerana ia boleh melemahkan kewibawaan dan kehormatannya pada pandangan masyarakat," katanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu. Bagaimanapun bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam. |
| Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama Posted: 05 Apr 2011 01:30 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 5 April — "Datuk T" boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. "Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu. "Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai "Datuk T" - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu. Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah. "Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar. "Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain," katanya. Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional. "Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini," katanya. Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap "Datuk T" semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis. |
| Posted: 05 Apr 2011 01:00 AM PDT IGP: Klip video seks bukan dibocor polis Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 5 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan klip video hampir dua minit yang kini disebarkan menerusi Internet, dikatakan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan "Datuk T", dibocorkan oleh pihak polis. Ketika ditanya bagaimana rakaman itu bocor sedangkan "Datuk T" mendakwa satu-satunya rakaman video seks kini disimpan polis, Ismail berkata, "itu yang saya katakan." "Sudah tentu ia tidak datang daripada kami. Ia langgar undang-undang dan tidak bermoral. Macam mana saya bolehkan perkara macam itu (berlaku)?" katanya. "Kami tidak tahu dari mana datangnya video itu. Siapa muat naik, kami tidak tahu," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini hari ini. Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak kelmarin. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China. Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit. Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. |
| Video seks: Kerajaan tidak telibat sebar di YouTube Posted: 05 Apr 2011 12:30 AM PDT KUALA LUMPUR 5 April – Polis tidak terlibat dalam memuat naik video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ke laman web YouTube dan kerajaan juga tidak tahu menahu siapa yang bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam YouTube itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis. "Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di sini hari ini. Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam. Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman YouTube secara menyeluruh. "Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini," katanya dalam sidang media yang sama. Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenal pasti individu yang terlibat memuat-naikkannya ke laman video itu dan blog-blog. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan. "Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan. "Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran," katanya. Klip video pendek itu merupakan suntingan video yang telah didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara di sini. Berikutan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - Bernama |
| Rakaman video seks tidak akan ditayang di Parlimen Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR 5 April – Rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang tidak akan ditayang di Parlimen, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Katanya beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik. "Pendapat saya mengenai hal ini adalah begini, iaitu sewaktu mesyuarat ahli-ahli Yang Berhormat adalah dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat seperti unparlimentary words atau tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. "(Jika) yang itu pun tidak dibenarkan mesyuarat, macam mana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama melanggar Peraturan Mesyuarat (dan) sengaja di bawa ke Dewan Rakyat, kedua dalam Islam itu adalah perkara yang haram. "Jadi saya ingatkan Yang Berhormat kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang-wenangnya. Dalam Dewan ini kita dipandu oleh etika-etika tertentu, jangan oleh kerana kepentingan politik individu menjustifikasikan tindakan dahulu, lepas itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelindung," katanya selepas sesi soal jawab berakhir pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bangkit untuk bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan anggota Parlimen mempunyai imuniti yang melindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah. - Bernama |
| Video : Bukti Kukuh Fitnah Zalim Terhadap Anwar Posted: 04 Apr 2011 11:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 April: "Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu," kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini di sini. Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman , semalam. Semalam, sebahagian daripada rakaman video tersebut juga dimuat naik ke laman YouTube. Berikut kenyataan penuh beliau. Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno. Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik. Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain. Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu. Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara. Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang. Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara. Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: "Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar." Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina. Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. |
| Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh Posted: 04 Apr 2011 11:00 PM PDT SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap 'Trio Dato T' yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan. Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai 'citizen arrest' untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis. "Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, " kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan," ujarnya. "Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga," ujarnya. |
| Azizah Sahkan Bukan Suaminya Dalam Video Lucah Itu... Posted: 04 Apr 2011 10:47 PM PDT Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan bahawa lelaki yang mirip suaminya dalam klik video lucah yang hangat diperkatakan kini bukan suaminya. Azizah berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas di rumahnya pagi ini. Pengesahan itu dibuat setelah beliau dan anak beranaknya mengambil keputusan berani untuk menonton video lucah berkenaan. Tindakan Wan Azizah itu boleh dianggap satu cabaran besar kepadanya yang melibatkan maruah. Sebelum ini beliau benci untuk melihatnya tetapi akhirnta terpaksa ditonton ekoran klik vodeo berkenaan tersebar di seluruh dunia. Nah sekarang setelah Wan Azizah dan keluarga sendiri mengesah bahawa itu bukan Anwar maka jelas watak dalam video berkenaan palsu, bukan Anwar sebenarnya. Orang paling gembira dan berbahagia dengan penjelasan Azizah ialah Anwar sendiri. Biarlah tiga juta orang Umno menerima itu sebagai benar, tetapi bagi Anwar dan jutaan penyokongnya yang lain akan berpuas hati dengan penjelasan Azizah seorang. Penjelasan dan kenyataan Aizzah boleh membunuh bukan saya tiga fitnah besar tetapi juga kebenaran-kebenaran kecil yang lain. Dalam situasi beginilah seseorang pejuangan memerlukan seorang isteri yang tulus terhadap suami yang memahami perjuangan suami serta yang bersimpati sepanjang masa dengan musbah ditimbpa sumai. Kehebatan di sini bukan lagi Anwar tetapi Azizah yang menampong dan memperkasakannya. Bagaimana pun pada saya, biarlah Azizah membuat penjelasan bersumpah laknat sekalipun menolak segala fitnah itu ia tidak mudah membersihkan kotoroan yang dilumurkan. Seperti mana orang tidak percaya kepada sumpah laknat pembacuh kopi yang mendakwa diliwat Anwar maka begitulah juga orang akan menolak sumpah dan penjelasan Azizah itu. Semuanya ia bergantung kepada nawaitu dan matlamat kita. Sekarang ini sama-sama kita tepuk dada dan tanya hati kita. Pada saya, keperibadian Anwar satu hal yang lain, manakala perjuangannya membela rakyat satu hal yang perlu diutamakankan. Untuk mencari kejernihan dan menghilangkan kekeliruan pisahkan di antara peribadi dengan perjuangan. Sebenarnya kalau peribadi dicampurkan dengan perjuangan tidak ada seorang pun tokoh politik di negara ini layak menjadi pemimpin termasuk Najib Razak. Kita bukan mahu membela keperibadiannya tetapi membela perjuangannya. Kalau ada orang lain yang baik, lebih warak dari Anwar kebetulan pula mempunyai idelisme seunggul Anwar maka berpalinglah kepada pemimpin itu. Kalau belum ada sesiapa yang boleh bersuara dan membentangkan perjuangan menyentuh hati nurani kita, maka sukar untuk menafikan Anwar sebagai seorang hero dan wira negara ini. Melihat segala ancaman, serangan termasuk secara fitnah dan liar namun Anwar tetap juga mampu berdiri teguh, ini menggambarkan akan kehebatan dan keagungan Anwar sebagai tokoh politik. Rosmah dan Mahathir agaknya terjua mengenai kehebatan seorang manusia ini tetapi begitu ego untuk menerimanya kerana kehebatan itu merampas kepentingan dan kehebatan diri mereka. Mat Maslan pula ketika ini kehilangan suara untuk berkata-kata. |
| Perjumpaan MCA dan kerajaan Kelantan Posted: 04 Apr 2011 08:00 PM PDT Oleh Wan Nik Wan Yussof Catatan perjumpaan Presiden MCA dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan berhubung pengharaman judi pada 3 April 2011, Jam 2.30 Petang di Bilik Mesyuarat MMK, Tingkat Bawah Blok 1, Kota Darulnaim, Kota Bharu. Demi survival politik di kalangan pengundi Cina, MCA sudah bersikap membetul diri sebagai usaha terdesak memaut sokongan pengundi Cina. Perjumpaan MCA dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah suatu engagement untuk memastikan langkah politik MCA tidak kelihatan sumbang. Justeru pemimpin MCA telah menafikan kesemua sedutan ucapannya yang dilaporkan oleh surat khabar, khususnya berkaitan dakwaan Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan berjudi sebagai budaya Cina dan merupakan sebahagian kepercayaan orang Cina. Justeru, MCA sudah membangkang larangan judi di Kelantan. Memahami realiti tersebut, berikut diperturunkan kandungan penting ucapan/kata-kata pemimpin MCA dan Kerajaan Negeri semasa perjumpaan antara parti dengan Kerajaan Negeri tersebut. Majlis dipengerusikan oleh YB Dato' Tuan Haji Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar. Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan turut disertai YB Dato' Haji Anuar Tan Abdullah, YB Dato' Haji Takiyudin Hassan, YB Mohd Zaki Ibrahim, YB Ustaz Abdullah Yaakob, YBhg. Dato' Ustaz Mohamad Daud al-Iraqi. Turut hadir Encik Wan Nik, Setiausaha Politik. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan penerangan oleh YB Dato' Haji Takiyudin Hassan, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan. Ringkasan penerangan adalah sebagaimana berikut: "Asas tindakan Kerajaan Negeri Kelantan bertindak mengharamkan premis perjudian dan penjualan tiket-tiket judi adalah mengikut Undang-undang kecil perniagaan dan perindustrian. Penjualan Big Sweep pula kononnya kami mengambil tindakan selepas 20 tahun PAS memerintah. Perlu diperbetulkan, sejak PAS memerintah bermula 1990 apa sahaja judi diharamkan. Ia termasuklah loteri, kerana dalam tafsiran Kerajaan Negeri Kelantan, loteri itu adalah judi dan setiap judi itu haram. Walau pun loteri itu legal pada sisi Kerajaan Pusat, tapi pada Kerajaan Negeri ia illegal. Begitu juga, Big Sweep adalah legal pada Kerajaan Pusat, namun dari segi by-law ia tidak boleh dikeluarkan lesen premis. Mengenai langkah-langkah diambil oleh Kerajaan Negeri ke arah pengharaman judi, pihak Kerajaan Negeri terlebih awal mengadakan beberapa perjumpaan dan persetujuan (consensus), pertama memanggil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, keduanya ketua-ketua agama, dan ketiga merumuskan resolusi yang mengambil kira aspek moral dan sosial. Kemudian dijadikan polisi mengharamkan peremis menjual judi. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang ada local government, maka turut dipakai ialah pandangan dari sudut undang-undang mendapati ada hak untuk tidak membenar judi dijual. Bermaksud tidak dibenar mana-mana tempat menjual tiket atau apa sahaja unsur judi. Ia adalah hak bagi Kerajaan Negeri. Mungkin dalam aspek ini ada pandangan berbeza, apa pun forum hari ini bukan untuk hujjah. Forum ini hanya untuk Kerajaan Negeri memberi penjelasan, bukan untuk mengadilinya kerana tidak ada hakim di sini. Perbincangan di sini tidak akan selesai, melainkan selepas ini ke mahkamah untuk muktamad. Berhubung dengan dakwaan mengatakan MPKB (maksudnya penguatkuasaan MPKBBRI) bertindak terhadap peniaga, sebenarnya ia dibuat bersama dengan polis selepas mendapat 'search warrant' untuk semua premis. Afidavit MPKB adalah jelas berdasarkan warrant mahkamah. Tindakan penguatkuasaan berlaku dengan menyenaraikan tiket-tiket loteri yang didapati dijual di kedai berkenaan. Kemudian saman dikeluarkan. Tiga premis yang disita ialah kedai makan nasi daun pisang dan dua buah kedai buku. Mereka telah bayar compound dan tiket-tiket yang dirampas telah diserah balik. Berbangkit pula, mengenai orang yang menjual dalam premis dan luar premis – kedua-duanya boleh disaman jika perkara yang dijual tidak membayar lesen atau tiada dalam lesen. Seperti mana lesen menjual kedai buku, tetapi menjual tiket judi, maka ia boleh disaman. Tetapi orang membeli tidak boleh disaman. Justeru isu ini bukan politik, tetapi telah dipolitikkan. Perlu sedar, Kerajaan Kelantan ada kedaulatannya, dan memberi kebebasan beragama dan tidak diskriminasi dari segi agama dan kaum." Majlis kemudian memberi peluang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyampaikan kata-kata: "Bersetuju untuk tidak dipolitikkan isu judi. Tujuan MCA hanya mahu penjelasan dan menegaskan bahawa MCA juga tidak menggalakkan masyarakat Tionghua berjudi dan dinyatakan perjudian bukan budaya. Apa yang ingin disampaikan ialah masyarakat Cina diberi hak sama ada nak berjudi atau tidak berjudi. Bersetuju, forum ini bukan kamar mahkamah untuk pertahan mana yang betul atau salah. Apa yang penting, MCA ada permintaan untuk sampaikan hak/kebebasan untuk orang bukan Islam boleh membeli judi/loteri. Dari segi by-law, sepatutnya (apa yang Kelantan amal) tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Maka kerajaan Kelantan tak seharusnya menghakis hak orang bukan Islam. Semua kenyataan yang dirujuk (dalam surat khabar) sebagai menghina Islam, sebenarnya 'out of context' dan ia adalah dipetik dari buku 'Malaysia and the Club of Doom'. Ia kerana surat khabar sudah salah lapor. Diikuti dengan kata-kata YB Dr Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA: "Tujuan MCA ialah untuk perbetul persepsi bahawa MCA macam menjuarai judi. Faktanya, MCA ingin menuntut hak asasi dan terpanggil untuk sampaikan mesej ini. Apa sahaja dasar (Kerajaan Negeri), by-law perlu dilihat. Ini pun yang diamalkan juga oleh kerajaan Negeri di bawah BN. Kalau ada yang tidak betul, perlu diperbetulkan. MCA menghormatinya (dasar), bila ia melibatkan hak orang bukan Islam. Apa yang menjadi tujuan ialah hak asasi perlu diperbetulkan." Dato' Anuar Tan kemudian mencelah: "Minta penjelasan mengenai kenyataan DS Chua dalam surat khabar Cina pada 11 Mac, yang didapati mengaitkan judi dengan kepercayaan agama sesetengah orang Cina" Penjelasan DS Chua: "Apa pun sumber dari surat khabar bukan kenyataan tepat sebagaimana maksud sebenar" Kemudian Dr. Wee Ka Siong mencelah: "MCA sebenarnya tidak menerima judi sebagai budaya orang Cina dan perjuangan MCA hanya untuk (dapatkan) hak orang bukan Islam" Pihak MCA diakhiri dengan kata-kata Datuk Ti Lian Ker: "Loteri ditafsirkan sebagai judi. Perlu lesen untuk dijual. Soalnya, adakah Kerajaan Kelantan akan buat perkara di luar konteks perlembagaan? Mengungkitkan soal consensus 1990 untuk mengharam judi. Perlu juga diambil consensus terkini." DS Chua mencelah: "Bagi MCA, hak beli tiket loteri itu adalah hak orang bukan Islam, walaupun judi tidak digalakkan." Penjelasan Dato' Takiyuddin: "Ada pandangan, agar peraturan tutup aurat terpakai untuk judi, iaitu boleh kepada orang bukan Islam. Ini tidak sama. Begitu juga peraturan larangan arak diboleh untuk orang bukan Islam. Apa pun ini bukan forumnya untuk bincang peraturan ini, kerana ia ada perbezaannya dengan larang judi." Majlis berkahir kira-kira jam 3.30 peetang dengan jamuan ringan dan ramah mesra. Catatan hujung: Berikutan perjumpaan semalam (3 April 2011), pihak MCA pula menyatakan kepada media, bercadang membawa isu hak bukan Islam membeli tiket loteri ke mahkamah. Alasannya, kerana tindakan kerajaan Negeri Kelantan dianggap menghakis kebebasan dan hak prang bukan Islam. Apakah MCA tiada motif politik di dalam perkara ini? Perkara yang difahami, MCA sudah mencari political mileage atas perjumpaan dengan Kerajaan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri sudah dipastikan sedia berdepan dengan kes mahkamah, demi kedaulatan kuasa rakyat berteraskan kesucian Islam yang merahmati kehidupan umat. |
| Pengaruh video lucah dalam kempen pilihan raya Sarawak Posted: 04 Apr 2011 06:00 PM PDT RAMAI menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April ini akan menyaksikan saingan paling sengit pembangkang kepada BN. Malah, ada pengulas politik yang berani meramalkan penguasaan BN di Bumi Kenyalang itu bakal berakhir. Faktor utama adalah kemarahan majoriti rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri, Taib Mahmud yang sudah bertakhta selama 30 tahun. Taib didakwa menyalahgunakan kuasa, mengamalkan korupsi dan rakus mengaut khazanah kekayaan negeri buat diri, keluarga dan kroninya. Selain itu, pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti tanah adat NCR, menimbulkan keresahan berpanjangan. Bagaimanapun, terdapat pengulas yang sangsi dengan kemampuan faktor liabiliti Taib dan isu-isu lain boleh menggugat keutuhan survival BN di Sarawak. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, baru-baru ini, cuba menyelami permasalahan berkenaan dengan menemubual penganalisis politik terkenal, DR JENIRI AMIR, yang merupakan pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Dr Jeniri melihat propaganda bertubi-tubi BN dan Taib selama lebih 40 tahun, selain taraf pendidikan majoriti rakyat yang masih rendah dan kesukaran mendapat maklumat dari sumber alternatif sebagai satu cabaran besar buat pembangkang. HARAKAH: Sebelum ini Dr berpendapat bahawa BN bukan sahaja akan terus memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 dengan majoriti dua pertiga, malah untuk dua tiga kali pilihan raya lagi pun, sukar pembangkang untuk menggugat kedudukan BN ini. Boleh Dr jelaskan? DR JENIRI AMIR: Tidak ada masalah untuk BN menguasai lebih dua pertiga daripada 71 kerusi Du Sarawak dalam pilihan raya 16 April nanti. Amat tipis untuk tsunami politik berlaku dalam pilihan raya ini. Tsunami politik hanya akan berlaku jika terdapat kadar celik politik yang tinggi dalam kalangan pengundi. Kita perlu ingat bahawa terdapat perbezaan lanskap politik yang jelas antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Dalam keadaan sekarang, saiz kelas menengah di Sarawak secara perbandingan dengan Selangor, misalnya adalah relatif kecil. Apa implikasi adanya kelas menengah yang besar? Kelas menengah yang besar memungkinkan ayunan undi yang besar kerana mereka merupakan golongan yang boleh berdikari dari segi pendirian dan ekonomi. Mereka lebih kritis disebabkan pendedahan kepada media baharu dan pendidikan yang diterima. Kematangan politik mereka lebih tinggi. Mereka bukannya pengundi yang tertawan minda. Lagipun, dalam konteks Sarawak, dua pertiga daripada kerusi atau 56 kerusi adalah terletak di luar bandar atau pedalaman. Pola atau perlakuan pengundian di laur bandar tidak sama dengan di bandar. Jika di bandar, pengundinya secara perbandingan lebih sofistikated, tetapi di luar bandar pada amnya, kerana demografi pengundi yang masih lagi tertinggal dari segi ekonomi dan masih memerlukan pembangunan, maka, sukar sekali bagi pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN. BN akan terus menggunakan politik penaungan, politik keperluan asas dan politik pembangunan sebagai senjata ampuh untuk mempengaruhi pengundi. Adakah isu-isu seperti tanah adat bumiputera (NCR) dan pendedahan bahawa Ketua Menteri dan sanak-saudaranya memiliki aset luar biasa tidak boleh mendorong pengundi untuk menolak BN? Di luar bandar isunya masih lagi soal keperluan asas, soal survival dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan pada esok hari. Politik keperluan asas inilah yang menyebabkan mereka terus bergantung kepada BN. Bagi mereka hanya BN sahaja yang dapat membawa pembangunan. Mereka berpendapat bahawa kerajaan bermaksud BN, manakala pembangkang tidak mungkin dapat menjadi kerajaan, apatah lagi pembangkang digambarkan dengan warna yang negatif sejak sekian lama. Propaganda yang bertubi-tubi dilakukan sejak lebih 40 tahun menyebabkan terpasak dalam minda rakyat bahawa BN sahaja mampu menerajui negeri ini. Selain propaganda yang begitu berkesan, keadaan ini berlaku sebahagiannya kerana taraf pendidikan yang masih rendah di kalangan kebanyakan pengundi luar bandar. Tambahan pula, mereka kurang terdedah kepada maklumat tentang alternatif berkaitan dengan kerajaan pimpinan Taib. Taib Mahmud mengumumkan bahawa ini adalah penggal terakhir beliau dan beliau akan menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada tokoh lain selepas ini. Adakah ini boleh meredakan kemarahan atau protes pengundi? Pengumuman beliau itu dapat dianggap sebagai satu strategi politik bagi meredakan kemarahan pengundi yang tidak menyokong BN, terutama pengundi Cina dan pengundi kelas menengah. Bagaimanakah reaksi rakyat terhadap kenyataannya itu? Adakah rakyat bertindak positif? Hakikatnya, itu bukan pertama kali beliau menyatakan kesediaan untuk berundur. Beliau pernah menyatakan hasrat sedemikian sejak sekitar 15 tahun lalu dan kali terakhir adalah pada 2006. Tetapi, disebabkan pujukan terutama oleh mereka di sekitar beliau, beliau membatalkan hasrat itu. Justeru, ada yang mengatakan beliau hanya menguji sahaja. Sesetengah pihak meragui apa yang dikatakan beliau itu meskipun sukar untuk mengukur kejujuran kenyataan itu? Ada yang bersikap skeptik dan hanya akan mempercayai beliau apabila beliau sudah benar-benar turun daripada kerusi beliau. Tadi Dr menekankan bahawa tsunami politik yang melanda Semenanjung pada 2008 sukar berulang di Sarawak. Mengapa? Adakah isu seperti tadbir urus yang baik, ketelusan, antirasuah dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi rakyyat Sarawak, yang dikatakan masih terikat kuat dengan politik pembangunan? Pilihan raya Sarawak akan menyaksikan pertembungan antara politik pembangunan dengan politik idealisme. Politik pembangunan yang digagaskan Taib bertujuan untuk membawa pembangunan infrastruktur, menghapuskan kemiskinan dan menaikkan taraf hidup rakyat. Tetapi masalahnya sesetengah kawasan masih lagi berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan asas dan prasarana, misalnya jalan raya berturap, bekalan air bersih dan elektrik. Meskipun sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula alam, Sarawak kini berada nombor empat dari bawah daripada segi kemiskinan. Soal idelaisme seperti tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti dan sebagainya itu berkesan dan sesuai untuk pengundi bandar dan kelas menengah, tetapi tidak demikian pengundi luar bandar meskipun tidak dinafikan di luar bandar pun orang bercakap tentang isu sedemikian. Tetapi isu keperluan asas dan pembangunan mengatasi isu tadbir urus. Lagipun, kesedaran mereka tentang apa yang dilaporkan oleh media alternatif seperti Sarawak Report adalah rendah. Sejauh mana isu video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim akan menjadi bahan kempen nanti? Bagaimana pula dengan pelbagai usaha perubahan yang cuba dicetuskan oleh Najib Razak? Isu itu mungkin sahaja digunakan oleh BN untuk menjatuhkan imej dan reputasi Anwar Ibrahim, tetapi saya tidak percaya bahawa isu itu dapat mempengaruhi rakyat. Isu ini tidak begitu relevan di Sarawak. Pengundi Sarawak hanya mendengar kes ini melalui laporan media, dan tidak pernah melihat video berkenaan dengan mata mereka sendiri untuk mengesahkan benar atau tidaknya kes berkenaan atau itu hanya fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu ntuk merosakkan imej beliau. Kita tidak boleh membuat penilaian hanya berdasarkan kenyataan media. Kita perlu bersikap adil, siapa pun yang terlibat, kerana sesuatu kes itu perlu dinilai dengan adil. Fitnah dan pembohongan tidak harus dibenarkan untuk tumbuh subur dalam masyarakat dan politik. Politik sedemikian akan menghambat perkembangan politik matang, sedangkan kita sepatutnya bergerak ke hadapan. Sampai bilakah kita akan terjebak dalam budaya politik rendah ini? Sampai bilakah kita membiarkan propaganda dan pembohongan dibenarkan untuk berakar umbi dalam masyarakat kita? Memang Najib telah pun mengambil inisiatif untuk menangani isu dan masalah melalui NKRA dan Pelan Transformasi Kerajaan. Kerajaan berhasrat menangani masalah itu menjelang tahun 2015. Mengapakah pengundi Melayu-Melanau dikatakan tetap akan menyokong PBB walaupun banyak serangan dibuat terhadap Taib dengan dokumen dan bukti kukuh, seperti disiarkan dalam laman Sarawak Report? PBB mempunyai 35 kerusi; 28 daripadanya ialah kerusi Melayu-Melanau. Untuk sekian lama, kerusi berkenaan merupakan kubu kuat BN dalam setiap pilihan raya negeri.Sokongan pengundi terhadap BN sentiasa memuaskan di kerusi berkenaan dan dijangka trend yang sama akan berlaku dalam pilihan raya ini. Tidak dinafikan memang wujud sentimen anti-Taib daripada segelintir pengundi berkenaan, tetapi ia umpama riak yang tidak akan dapat mengubah lanskap politik. Ayunan atau gelombang besar undi ke arah pembangkang tidak akan berlaku. Kita boleh kaitkan pola pengundian atau sikap sedemikian dengan faktor kaum Melayu-Melanau sebagai kaum minoriti di Sarawak. Kaum Melanau hanya sekitar 6 peratus, manakala kaum Melayu sekitar 20 peratus. Angka penting dalam politik kerana angka menentukan kuasa. Jadi, sebagai kaum minoriti mereka takut kehilangan kuasa kepada etnik lain. Justeru, faktor kebimbangan atau ketakutan itulah yang menyebabkan mereka terus menyokong dan bergantung kepada BN walaupun terdapat tindakan atau dasar BN yang tidak memuaskan hati mereka. Bagaimana pula jangkaan trend pengundian dalam kalangan masyarakat Dayak, yang merupakan penduduk majoriti di Sarawak? Mereka pernah menunjukkan sokongan besar kepada parti pembangkang, PBDS pada 1987 tetapi selepas itu tidak menonjol undi protes kepada kerajaan. Boleh Dr jelaskan sedikit suasana politik pengundi Dayak hari ini. Kita perlu faham istilah Dayak ini. Dayak merangkumi etnik Iban dan Bidayuh serta Orang Ulu, manakala Orang Ulu pula meliputi pelbagai etnik minoriti yang lain, termasuk Kejaman, Bukitan, Sihan, Berawan, Kelabit, Kayan, Kenyah dan puluhan lagi. Masyarakat Dayak mempunyai 29 kerusi Iban 20 kerusi, Bidayuh enam kerusi dan Orang Ulu tiga kerusi. Meskipun pernah berlaku sebahagian kerusi berkenaan tumbang dalam pilihan raya 1987, namun hakikatnya kerusi Dayak juga dapat dianggap kubu kuat BN. Sebahagian besar kawasan berkenaan terletak di luar bandar dan pedalaman Sarawak. Kemiskinan dan hakikat bahawa mereka berada di luar bandar menyebabkan mereka masih memerlukan bantuan kerajaan. Ini merupakan pengundi yang tertawan. Mereka menganggap bahawa BN sahaja dapat membawa pembangunan manakala pembangkang hanya pandai menabur janji. Keadaan pada 1987 adalah berbeza apabila berlaku pertembungan antara Kumpulan Maju pimpinan Tun Abdul Rahman Yakub dengan BN pimpinan Taib Mahmud. Pilihan raya itu begitu sengit dan BN hanya mampu menguasai 28 daripada 48 kerusi. Semangat Dayakisme banyak dimainkan bagi mempengaruhi masyarakat Dayak. DAP memang diakui parti pembangkang paling dominan di Sarawak. Apa punca majoriti masyarakat Cina menyokong DAP? Mungkinkah SUPP menerima pukulan maut dalam pilihan raya nanti? SUPP mempunyai 19 kerusi semuanya, dan dalam pilihan raya 2006, SUPP tewas di enam kerusi terutama kerusi bandar di Kuching dan Sibu. Kali ini dijangka pengundi Cina akan terus memihak kepada DAP kerana beberapa faktor. Pertama, kepemimpinan Taib yang dianggap terlalu lama, iaitu 30 tahun sebagai Ketua Menteri dan 47 tahun jika diambil kira pertama kali beliau dilantik sebagai menteri di dalam Kabinet Tan Sri Stephen Kalong Ningkan pada 1963. Dasar kerajaan BN Sarawak dipersepsi oleh masyarakat Cina sebagai tidak memihak kepada mereka, termasuk dasar premium tanah, pendidikan, penyertaan dalam sektor awam dan beberapa lagi. Kaum Cina menolak BN kerana mereka mahu kerajaan yang dianggap bersih dan menjunjung tinggi tadbir urus yang baik. Sebaliknya, sokongan padu diberi kepada DAP kerana parti itu dianggap berjaya menyuarakan tuntutan dan aspirasi mereka, berbanding SUPP dipersepsi sebagai parti burung kakaktua dan tidak memiliki tulang belakang. Bagi masyarakat Cina, DAP perlu diberi tempat kerana mereka dapat bertindak sebagai kuasa semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pemimpin muda DAP dianggap dinamik dan lantang bersuara memperjuangkan nasib dan kebajikan kaum Cina. Jangan hairan lebih banyak kerusi majoriti Cina akan tumbang dalam pilihan raya ini. Terdapat 15 kerusi majoriti Cina di Sarawak dengan empat daripadanya mempunyai lebih 90 peratus pengundi Cina, iaitu di Pending, Padungan, Bukit Assek dan Pelawan. Kerusi ini besar kemungkinan akan berada dalam genggaman DAP. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang tipis di Pelawan, iaitu sebanyak 263 undi. Adakah Dr masih merasakan Sarawak (dan juga Sabah) merupakan simpanan tetap buat BN, terutama untuk mempertahankan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang? Sejauh manakah keputusan pilihan raya negeri ini boleh mempengaruhi tarikh PRU13 nanti? Sarawak dan Sabah tetap terus menjadi harapan BN Pusat. Sekurang-kurangnya untuk tiga pilihan raya lagi, BN masih boleh mengharapkan kepada sumbangan kerusi daripada Sarawak dan Sabah untuk memastikan BN terus menguasai Putrajaya. Simpanan tetap sebenar ialah kerusi luar bandar Sarawak. Selagi BN menjaga dan melindungi kepentingan, kebajikan dan nasib pengundi luar bandar Sarawak, selagi itulah kerusi terbabit akan terus menjadi simpanan tetap. Pilihan raya ini amat penting terutama bagi Perdana Menteri ... pertambahan satu kerusi sudah lebih daripada memadai bagi beliau untuk berasa gembira; sebaliknya jika jumlah kerusi dikuasai BN merosot, ini merupakan satu pukulan kepada beliau. Saya percaya Najib akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keadaan sedemikian tidak akan berlaku. Beliau mahu pilihan raya ini membawa kemenangan lebih besar kepada BN, tetapi saya berpendapat dengan pelbagai isu membelenggu BN dan kepemimpinan, keputusannya mungkin sukar lebih baik daripada pilihan raya 2006. Jika keputusan memihak kepada BN, saya tidak hairan ini akan dianggap sebagai barometer atau petada sokongan terhadap BN. Saya tidak hairan tarikh PRU13 akan diawalkan, meskipun tidak semestinya tahun ini. |
| Apabila maksiat besar berleluasa, ulamak sepatutnya di hadapan Posted: 04 Apr 2011 04:22 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. "Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. Dr. Asri bukan orang politik dan bukan juga ulamak dari parti politik. Komen dan kritikan terbuka untuk mana-mana pihak. Tidak kira PAS atau Umno, beliau menegur apa yang dianggap tidak kena berasaskan ilmu yang dimiliki. Sikap itu berbeza dengan ulamak-ulamak yang turut tidak berpolitik namun mereka mengulas hukum menurut versi Umno. Apabila muncul isu kemungkaran yang dicetuskan oleh pihak Umno, maka ulamak-ulamak tersebut mendiamkan diri seperti apa yang disebut 'syaitan bisu'. Apabila ulamak dalam PAS, sama ada dari Dewan Ulamak atau Pemuda, yang mengajak rakyat memprotes di jalan raya ia bukan perkara pelik (walaupun jarang dilakukan). Tetapi apabila ulamak seperti Dr. Asri yang mengajak rakyat mengadakan perhimpunan besar, maka tentulah ia tercetus dari sebuah isu yang sangat besar. Ia adalah manifestasi dari kebejatan politik yang melanda negara sehingga ke peringkat mencabar kewibawaan golongan yang mempunyai ilmu agama yang sangat ramai di negara ini. Qazaf atau menuduh orang berzina termasuk dalam dosa-dosa besar dalam Islam yang jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka hukuman mandatorinya ialah 80 kali sebatan. Ia tidak menawarkan hukuman lain menurut budi bicara pemerintah seperti dalam hukuman takzir. Berdasarkan hukuman itu, dosa qazaf menghampiri perbuatan zina yang dikenakan 100 sebatan. Peminum arak dihukum sebat 80 rotan, berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Sekali lagi kalau berpandukan jumlah sebatan, dosa qazaf mungkin lebih kurang sama dengan dosa meminum arak. (Hanya Allah yang Maha Mengetahui). Soalan yang menarik untuk dijawab oleh seluruh umat Islam Di Malaysia; Bagaimana agaknya andainya terdapat segolongan manusia yang mengadakan pesta minum arak di merata-rata tempat. Ia dibuat dengan anjuran rasmi sebuah parti politik. Program maksiat itu diberi permit oleh pihak berkuasa. Ia diiklankan secara meluas dalam semua media massa. Di sesetengah tempat pesta maksiat itu turut dihadiri oleh ulamak-ulamak parti politik yang menjadi penganjur program tersebut. Ulamak-ulamak tersebut tidaklah minum arak bersama, tetapi melopong mulutnya melihat kaki botol meneguk arak. Mereka langsung tidak mencegah. Apa reaksi masyarakat Malaysia, bermula dari alim ulamak sehinggalah kepada umat Islam biasa yang masih mempunyai saki baki iman? Peliknya, apabila maksiat qazaf dibuat ramai yang hanya melopong menyaksikan perbuatan tersebut, termasuk sebilangan besar ulamak. Tiga tokoh Umno menjadi juara qazaf, bertindak dengan sewenang-wenangnya disokong oleh semua media-media utama negara. Kebencian terhadap pemfitnah zina itu ada tetapi tidak sepadan dengan keangkuhan golongan tersebut mencabar hukum Allah dengan melakukan maksiat qazaf. Hanya segelintir laporan polis dan demonstrasi. Itupun lebih bertumpu kepada persoalan konspirasi fitnah dan video lucah, tetapi bukan kepada isu qazaf. Tidak terkecuali Dewan Ulamak dan Pemuda PAS. Bahkan terdapat pihak yang bersekongkol dengan pihak lain mendesak diadakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu fitnah bikinan Umno itu. Dr. Asri dengan tegas menyatakan, tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Beliau memetik Al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemungkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990). Adab Islam sangat jelas berhubung isu tuduhan melakukan maksiat ini. Mustahil ulamak Umno tidak tahu. Malangnya mereka tidak pernah memberi nasihat kepada golongan bukan ulamak yang besar kepala, membuat segala keputusan dalam Umno sekalipun bercanggah dengan Islam. Ummi Hafilda diusung ke sana kemari untuk melakukan maksiat qazaf, menuduh secara terbuka Anwar meliwat dan berzina, masyarakat semacam tidak kisah kerana melihatnya seolah-olah upacara politik dari melihat berdasarkan persepsi hukum. Ia dianjurkan oleh Umno dan ada ulamak dari parti itu yang turut hadir mendengarnya. Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada beratus-ratus anak muda di Taman Wira Mergong yang berjaya menghalang Ummi Hafilda dari melakukan maksiat qazaf di tempat mereka. Mereka mengepung tempat ceramah dan mengusir Ummi dari cuba menghampiri. Mungkin sebahagian dari anak muda tersebut tidak mengerti apa itu qazaf tetapi tindakan mereka lebih berkesan dari alim ulamak dalam menghalang maksiat. Isu video seks fitnah bikinan juhalak Umno masih belum berakhir. Media talibarut BN makin ghairah, langsung tidak menunjukkan tanda keinsafan. Mereka seolah-olah mahu memaksa rakyat untuk mempercayai bahawa Anwar benar-benar seorang penzina. Bekas Mufti Perlis mungkin tokoh yang tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dalam beberapa isu. Tetapi keberaniannya (sebagai seorang ulamak non partisan) menyanggah politik jijik Umno yang mengetepikan hukum sehingga adalah tindakan sewajibnya bagi golongan yang beriman. Ia mesti dicontohi oleh semua ulamak. "Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. "Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan. "Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!" tegas beliau. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan