Selasa, 5 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


"Pontianak Betina"

Posted: 05 Apr 2011 08:02 AM PDT


Ngeri dan hodoh! Itulah pandangan saya. 

Namun bagi artis tato Mexico Maria Jose Cristerna atau dikenali "Mujer Vampiro" (Pontianak Betina), tato dan implan di wajahnya adalah suatu seni. Gambar di atas ditangkap oleh lensa Reuters ketika dia menghadiri  "Expo Tatuaje" (ekspo tato antarabangsa) di Monterrey pada 3 April 2011.

P/s: Ngeri dan hodoh!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Selepas Mufti, Persatuan Ulama Malaysia Kecam Penyebaran Video Seks Fitnah

Posted: 05 Apr 2011 07:00 AM PDT


Sebelum ini, Mufti Perak dan Mufti Perlis mengecam penyebaran video seks fitnah yang didalangi Datuk Trio yang kononnya rakaman seks antara DS Anwar Ibrahim dengan pelacur China.
  
Hari ini diberitakan di kebayakan media alternatif termasuk Keadilan Daily tentang kecaman Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkaitan dengan penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan perbuatan itu bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius."

"Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.

PUM turut memohon agar campur tangan Majlis Raja-Raja jika pihak berkuasa dan kerajaan gagal menghentikan penyebaran rakaman video seks itu.

Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam.

"Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

"Kami ada jam tangan tersebut." - DS Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 05:08 AM PDT

Sekadar hiasan.

MK melaporkan bahawa Datuk Seri Wan Azizah menegaskan ada menyimpan jam Omega milik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa oleh trio 'Datuk T' hilang di dalam sebuah bilik hotel.

Menjawab soalan pemberita sama ada Anwar kehilangan jam itu atau tidak, Wan Azizah menjawab, jam tangan itu tidak hilang, dan berada dalam simpanannya.

"Tidak ada (kehilangan jam)... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar ketika menjawab soalan wartawan berhubung dengan video seks yang dimuatkan di internet semalam.

Seorang wartawan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media, tetapi soalan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Wan Azizah, keluarga, dan beberapa pemimpin yang hadir dalam sidang media itu.

Apabila membaca gelagat wartawan ini, saya teringat seorang wartawan RTM yang mendesak Anwar secara biadap agar menjawab soalannya di lobi Parlimen. Adakah wartawan itu datang dari tempat yang sama?

"Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwa raya?" jawab anak sulung Anwar,  Nurul Izzah Anwar.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kemudiannya mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang "menjijikkan".

"Saya fikir soalan ini juga mencerminkan bahawa kamu betul-betul tidak menghargai keadilan," katanya.

Sebelum ini, Anwar dalam satu sidang media menafikan bahawa beliau kehilangan jam tersebut. Bahkan beliau meminta wartawan bertanyakan sendiri kepada isterinya kerana beliau yang menyimpan jam tangan tersebut.
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Video] 2 Beradik Ditangkap Kerana Makan Mayat Manusia

Posted: 05 Apr 2011 03:30 AM PDT


Saya petik:
[HM] LAHORE: Polis Pakistan, semalam berkata mereka menahan dua beradik yang berusia 40-an kerana disyaki mencuri dan memakan daging manusia dalam satu siasatan perbuatan karnibalisme yang mengejutkan penduduk sebuah pekan terpencil.

"Kami menahan dua lelaki dari desa Kohar Kalan kelmarin selepas mendapat maklumat mereka mencuri mayat dari kubur dan memakannya," kata pegawai polis tempatan, Abdul Rehman.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan selepas ibu bapa seorang gadis berusia 24 tahun yang mati akibat penyakit kanser membuat laporan bahawa mayat anak mereka hilang selepas dikebumikan Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek mencuri mayat itu dari kubur dekat bandar Darya Khan kira-kira 300 kilometer di selatan Islamabad.

"Kedua-dua lelaki itu yang juga adik-beradik mengakui mereka mencuri mayat sejak tahun lalu. "Kami juga menemui semula mayat gadis itu tanpa sebelah kaki dan kedua-dua lelaki berkenaan memberitahu mereka sudah memakannya," kata Abdul lagi.

Pegawai polis daerah, Humayun Masood Sindhu mengesahkan penahanan dua lelaki itu dan menganggap kes terbabit paling pelik sepanjang kariernya sebagai pegawai polis.

Beliau berkata polis menemui mayat gadis berusia 24 tahun itu dalam karung guni dan turut merampas sebilah kapak daripada kediaman dua suspek berkenaan. - AFP
Video:

2 Gadis, 2 Kisah Rogol

Posted: 05 Apr 2011 02:00 AM PDT

Cik ZT

Sebentar tadi saya "pertikai" berita HM, kali ini saya ambil berita di akhbar itu untuk panduan dan pedoman.

Seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar termasuk HM, seorang gadis yang mendakwa menjadi pemuas nafsu serakah bapa tirinya selama 14 tahun kesal kerana walaupun laporan polis tentang kejadian itu sudah dibuat selepas dia nekad melarikan diri dari rumahnya di Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah pada 2008, namun tiada tindakan diambil. Malah, bapa tirinya itu hingga kini masih bebas.

Mangsa yang hanya ingin dikenal sebagai Cik ZT, 28, berkata perbuatan lelaki lahanat terbabit langsung tidak berhati perut kerana menjadikannya hamba seks sejak bertahun-tahun lamanya hingga hidupnya sentiasa berada dalam ketakutan.

Bercakap dalam sidang media di Wisma MCA, semalam, dia berkata, kali terakhir dia diperkosa bapa tirinya yang berusia 58 tahun itu adalah pada 23 November 2008, kira-kira jam 6.30 petang selepas lelaki terbabit membawanya ke Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani.

Bertekad untuk mengakhiri penderitaan itu, dia meloloskan diri pada keesokan harinya.

"Pada usia 11 tahun, saya kehilangan dara apabila dirogol bapa tiri dan sejak itu, saya sering diperkosa tanpa mengira masa dan tempat." 

"Saya juga dilarang keluar rumah dan berkawan selain diugut tidak menceritakan perbuatannya itu kepada sesiapa pun."

"Saya tidak berani melaporkan perbuatannya itu kepada mak kerana sangat takut lelaki itu akan mencederakan saya," katanya kepada media.

Sementara itu,di Petaling Jaya, seorang ibu yang terbaca diari anak gadisnya terkejut apabila mendapati anaknya itu menjadi mangsa rogol bapa saudara sejak tahun lalu. Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun sering menjadi pemuas nafsu bapa saudaranya yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta.

Menurut sumber, mangsa meluahkan rasa bersalahnya itu dalam diari kerana tidak berani memberitahu sesiapa selepas diugut akan dicederakan lelaki terbabit.

"Mangsa terpaksa tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Kota Damansara selepas ibu bapanya bercerai pada 2006."

Sumber berkata, sejak itu, mangsa sering kali dijadikan alat pemuas nafsu bapa saudaranya.

"Mangsa pada mulanya cuba melawan, namun terpaksa mengalah selepas gagal menghalang lelaki itu daripada memperkosanya," katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, penderitaan mangsa terbongkar apabila ibunya yang melawatnya di rumah itu terkejut apabila membaca diari berkenaan.

P/s:  Anda perasan, kedua-dua mangsa menjadi pemuas nafisu lelaki lahanat kerana perceraian kedua-dua ibu bapa mereka.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Di Mana Etika Kewartawanan HM Apabila Siar Tajuk Berita Ini?

Posted: 05 Apr 2011 12:30 AM PDT



Saya akui dalam berita yang saya tampal di atas ada terkandung kata "dikaitkan" dan "didakwa" untuk menunjukkan bahawa kandungan berita itu berunsurkan dakwaan, kemungkinan, dan sebagainya. Namun, agak keterlaluan apabila HM menggunakan tajuk "Video Seks Pembangkang di Youtube" kerana tajuk itu berunsur pernyataan bahawa pelakon dalam video itu sah pemimpin pembangkang. Bayangkan jika pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungannya, apakah persepsinya?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Sedozen Budak Dicabul Warga Asing Sejak 5 Bulan

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT


Saya petik:
[SH] KOTA TINGGI - Seramai 12 murid tahun lima dan enam sebuah sekolah di sini mendakwa dicabul dua lelaki yang mengendalikan sebuah kedai runcit berhampiran sekolah terbabit, sejak lima bulan lalu.

Perbuatan terkutuk dua lelaki itu terbongkar setelah seorang daripada mangsa berkenaan melaporkan kejadian terbabit kepada guru sekolah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dua warga asing, berusia 21 dan 27 tahun itu, ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul murid terbabit sejak Oktober tahun lalu ketika mangsa membeli makanan ringan di kedai itu selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan.

Muhammad berkata, berikutan aduan mangsa, guru sekolah terbabit telah mengumpulkan semua murid perempuan tahun lima dan enam untuk mengetahui kejadian sebenar.

"Polis menerima laporan daripada pihak sekolah dan siasatan awal mendapati seramai 12 murid mendakwa pernah dicabul dua suspek itu sejak Oktober tahun lalu. Polis, dengan kerjasama guru, telah merekodkan percakapan mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian terakhir pada 15 Mac lalu," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, suspek pertama berusia 21 tahun dan mengendalikan kedai runcit itu sejak 2007.

Kedai itu dipercayai milik penduduk tempatan, tetapi disewakan kepada suspek terbabit.

Seorang suspek lagi adalah pembantu kedai, berusia 27 tahun. Siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.


Terharu Baca Luahan Artis Ini

Posted: 04 Apr 2011 11:32 PM PDT


Saya petik:
[Mstar] SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

"Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

"Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing," katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

"Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

"Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

"Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti," tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar.

"Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

"Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

"Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?," katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

"Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

"Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

"Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

"Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap," tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran....
P/s: Dugaan!

"Itu BUKAN Anwar"- DS Wan Azizah

Posted: 04 Apr 2011 09:22 PM PDT

Saya petik:
[MK] Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya. 

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. 

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya. 

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. 

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. 

 P/s: Pencacai UMCO mahu jawapan DS Wan Azizah, mereka juga mahu Wan Azizah menontonnya. Wan Azizah sudah menontonnya, mereka juga sudah mendapat jawapan yang dikehendaki!!!

Selepas ini, jangan terkejut jurublog pro-UMCO akan pusing cerita, mereka akan kata "Siapa mahu mengaku", walhal sebelum ini mereka mahu Wan Azizah menafikan kandungan video ini.

Biasalah, tukang fitnah, mana pernah puas hati selagi mangsa tidak menjawab mengikut kehendak mereka.



[PANAS] 2 Lelaki Berbeza dalam Video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara?

Posted: 04 Apr 2011 07:15 PM PDT

Sila perhatikan frame-frame gambar di bawah ini yang diambil dari klip video yang disiarkan di Youtube semalam:

Siapa lelaki ini?
Siapa lelaki ini?
Siapa lelaki ini?
Siapa lelaki ini?
Siapa lelaki ini?
Sila lihat frame di bawah ini yang memaparkan individu yang seiras dengan Anwar Ibrahim BERBEZA daripada lelaki dalam frame-frame di atas. Siapa lelaki yang terlibat dalam frame-frame bersama dengan pelacur cun dalam video konspirasi ini?
Dalam gambar di bawah ini, fokus kamera pada "niple" individu yang seiras Anwar itu cukup jelas (spot hitam) & bahagian leher lelaki itu pun cukup jelas, namun mengapa di bahagian mukanya nampak kabur? Malah, jika diteliti bahagian tuala yang dekat dengan muka lelaki seiras Anwar pun jelas (anda boleh nampak lipatan kain tuala itu).

 Frame di bawah ini memaparkan individu seiras itu, namun bahagian mukanya kurang jelas, berbeza daripada bahagian leher dan badan nampak lebih jelas.
 Di bawah ini kelihatan individu yang seiras dengan Anwar itu keluar dari bilik & kemudian masuk semula ke bilik dengan bersahaja (lihat imej lelaki tu dalam cermin besar dalam klip dibawah ini). Bukankah dia kononnya Anwar Ibrahim? Tidakkah dia takut orang akan nampak dirinya sedangkan klip ini didakwa dirakam di KL? Pakai tuala keluar bilik?
 

Yang mahu saya tonjolkan di sini ialah perbezaan pelakon video tersebut. Cuba perhatikan frame-frame klip video yang ditampalkan di atas. Anda akan nampak dua manusia yang berbeza. Seorang lelaki lain dan seorang lagi seiras DS Anwar Ibrahim.

Siapa mereka???

P/s: Pelbagai pihak sudah "memburaikan" video fitnah ini, bagaimana polis boleh menegaskan bahawa video ini tulen? Adakah polis terlibat dalam konspirasi ini?


Sebab Dedahkan "Konspirasi Seks Seri Carocosa" di Youtube & Niat "Jahat" Media Pencacai

Posted: 04 Apr 2011 06:11 PM PDT

Sebelum menyentuh persoalan pada tajuk kiriman, khabarnya video seminit lebih itu sudah dikeluarkan dari Youtube atas alasan melanggari polisi kandungan berunsur seksual dan nuditi. Pelik!!!

Saya hanya membuat andaian bahawa penyebaran video yang diedit sepanjang seminit lebih itu disebarkan di Youtube semata-mata untuk memberikan ALASAN kepada pihak media membuat liputan tentang kandungan video itu. Anda faham maksud saya? Jika video ini tidak didedahkan di internet, maka tiada alasan untuk mereka berbuat demikian kerana video ini adalah bahan bukti penting yang kononnya dijaga rapi oleh pihak polis. Oleh sebab itu, pendedahan ini memberikan ruang dan peluang kepada media pencacai mengulas isu ini secukup-cukupnya bagi "meyakinkan" rakyat Malaysia bahawa pelakon video itu ialah DS Anwar Ibrahim.

Cuba lihat muka hadapan di Utusan hari ini:


Bagaimana mahu saya katakan? Pihak konspirator video ini tahu sukar untuk meyakinkan segelintir rakyat yang terdedah dengan pelbagai maklumat alternatif seperti blog dan sebagainya. Namun sasaran mereka bukanlah kita yang sentiasa mendapat maklumat terkini, sasaran mereka ialah rakyat terbanyak yang selama ini bergantung pada media arus perdana. Sasaran mereka ialah masyarakat pinggir bandar, luar bandar yang terpinggir daripada maklumat sebenar. 

Cuba fikirkan, dengan paparan gambar yang dikaburkan pada muka, apakah yang akan difikirkan oleh pak cik dan makcik, abang dan kakak yang tidak menonton video ini di internet? Paparan gambar di muka hadapan Utusan (juga di Kosmo) itu sudah cukup untuk membuatkan mereka mempercayai bahawa pelakon video itu ialah Anwar Ibrahim. Orang yang tidak menonton klip video ini tidak tahu sebab video itu tertera "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" (Datuk T dakwa video seks ini dirakam di sebuah SPA di KL), tidak mengetahui sebab wajah pelakon yang kurang jelas, tidak berpeluang mengecam perbezaan bentuk badan pelakon dalam video itu, tidak dapat melihat kelibat orang lain yang bertindak seperti pengarah, dan reaksi pelakon video yang seolah-olah mengetahui perlakuan mereka dirakam.Sebenarnya perbuatan mengaburkan muka pelakon ini adalah kunci untuk memperdayakan pembaca dan penonton media pencacai.

Selepas hampir 24 jam video itu didedahkan di Youtube, akhirnya video itu dikeluarkan dari Youtube, walhal aksi yang dipaparkan tidaklah mengandungi unsur kelucahan melampau seperti yang dinyatakan pada skrin Youtube.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Video] Gadis Curi & Sorok Duit dan Cerut di dalam Seluar Dalam

Posted: 04 Apr 2011 05:00 PM PDT


Gadis ini baru bekerja dua hari di kedai menjual alkhohol. Namun dia dipecat kerana "kantoi" mencuri cerut mahal dan sejumlah wang yang diketahui oleh majikannya melalui kamera tersembunyi. Yang menarik, gadis ini menyimpan barang yang dicuri di dalam seluar dalamnya.

Fuh!!!
 
Video:

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan: