Kelab Greenboc |
- Selain Minyak, Balak, Gas & Tanah, Di Sarawak Juga Ada Banyak Buaya - Guan Eng
- TERKINI: Ahli Parlimen Teluk Intan Ditangkap Polis
- Kajian Merdeka Center: Umum Anggap UMNO BN Dalang Video Seks
- Sembelih Burung Enggang, 4 Anggota Tentera Disiasat
- [Video] 20 Maut, Rakyat Afghanistan Serang Pejabat PBB Bantah Jone Bakar Quran
- Pelajar Anak Yatim, 7 Tahun, Dipukul Guru Sehingga Koma
- Badul Nafi Cabul Remaja 13 Tahun
- Wardina Kongsi Tips Latih Anaknya Lekat Solat 5 Waktu.
- Dr. Pornthip Pertahankan Hujahnya Teoh Mati Dicekik
- Video Seks Datuk T Itu Hitam Putih Jadi Tandatanya
- PAS Melaka Akan Pertahankan PASTI Bukit Katil Daripada Diroboh
- Najib Pembela YB Rasuah
- Pemandu Lori Dituduh Rogol 4 Anak Tiri
- Mengapa Wanita Melayu Kini Gemuk-gemuk?
Selain Minyak, Balak, Gas & Tanah, Di Sarawak Juga Ada Banyak Buaya - Guan Eng Posted: 03 Apr 2011 12:57 AM PDT Sarawak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya' Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'. Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi. "Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam. Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup. "Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya. Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya. Hadirin sekali lagi menjerit "Tidak!" apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006. Ketika itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian. "Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?" soal Lim. Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa. "Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan," katanya. |
TERKINI: Ahli Parlimen Teluk Intan Ditangkap Polis Posted: 02 Apr 2011 11:47 PM PDT Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran (kiri) dari DAP dan aktivis MS Arjunan (kanan) yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi. Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan. Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata: "YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN." Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menghantar pesanan Twitternya menyebut: YB Mano (teluk intan) has been arrested and detained in IPD Gombak over interlok demo at batu caves#fb Manakala Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin pula dalam reaksinya berkata: Interlok is not an indian issue! We all are affected/implicated. Muhyidin had taken a very simple approach assume settled. Denial syndrome? We demand MP Tlk Intan and the Tamil students must be released unconditionally. Hidup rakyat! 3x! Manogaran kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut. Manogaran menang dalam pilihanraya umum 2008 menewaskan giant killer Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti 1,830 undi.
Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini dan GB ulangi sekali lagi bahawa krisis Interlok menjelaskan bahawa Muhyiddin Mohd Yassin gagal di dalam peranannya selaku TPM dan Menteri Pelajaran. Kanyataan akhbar sebelum ini menyatakan bahawa isu Interlok telah selesai hanya penipuan dan penyapuan sampah ke bawah karpet. |
Kajian Merdeka Center: Umum Anggap UMNO BN Dalang Video Seks Posted: 02 Apr 2011 10:52 PM PDT Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN). Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu. Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing. Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu. Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu. Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu. Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah. "Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. -TMI
|
Sembelih Burung Enggang, 4 Anggota Tentera Disiasat Posted: 02 Apr 2011 09:45 PM PDT Bagan Datoh: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu. Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih. Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu. Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain. "Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial. "Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam. Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman kesal dengan perbuatan itu dan mahu perkara itu disiasat. -HM |
[Video] 20 Maut, Rakyat Afghanistan Serang Pejabat PBB Bantah Jone Bakar Quran Posted: 02 Apr 2011 07:30 PM PDT Miami - Pastor Terry Jones dari Florida, yang mencetuskan kegemparan antarabangsa tahun lalu dengan ugutan mahu membakar al-Quran, kembali menjadi fokus selepas membakar kitab suci Islam itu — kali ini membawa kesan balas yang sangat berat — 20 maut di Afghanistan. Reuters melaporkan, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing. Ada mangsa yang dipenggal kepala. Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat semalam di bandar Mazar-i-Sharif. Jones, 58, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001. Tujuh orang terbunuh dalam protes di Afgahanistan dan beberapa negara Islam lain ketika itu. Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House. Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kita suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam. Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center. Dalam pada itu, John King CNN memutuskan untuk tidak menyiarkan temu bual dengan Jones ekoran tindakannya membakar al-Quran. King berkata Jones ada memberitahunya bahawa beliau tidak akan "sama sekali membakar al-Quran" tetapi telah mengubah fikiran. Jones telah diingatkan kesan ke atas Amerika Syarikat dan pasukan tentera antarabangsa di rantau Timur Tengah jika terus mahu membakar al-Quran. Sementara itu, akhbar Los Angeles Times pula melaporkan dalam e-mel yang dihantar semalam, Jones tidak memberikan alasan beliau berubah fikiran sekali lagi. Bagaimanapun beliau mengecam keganasan di Afghanistan sambil menyifatkannya sebagai "sangat tragis dan satu tindakan jenayah." Justeru beliau menggesa kerajaan Amerika Syarikat dan PBB membawa mereka yang melakukannya ke muka pengadilan. Jones mendakwa Islam bukan agama yang membawa "keamanan."
|
Pelajar Anak Yatim, 7 Tahun, Dipukul Guru Sehingga Koma Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT Pelajar dipukul hampir dua jam ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit. Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. "Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin," katanya. Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. "Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. "Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam. Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu. "Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini. "Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin," katanya. Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. -HM
|
Badul Nafi Cabul Remaja 13 Tahun Posted: 02 Apr 2011 05:00 PM PDT Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini. Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin. "Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini," katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3. -kosmo Ulasan GB Benarlah telahan GB seamalam bahawa pelawak otai yang dimaksudkan oleh akhbar HM semalam ialah A.R. Badul. Namun di dalam laporan semalam, akhbar berkenaan menyatakan Badul diburu polis. Jika laporan itu tidak benar, maka adalah terlebih baik bagi Badul sendiri pergi ke balai polis yang berhampiran untuk memberi keterangan untuk membersihkan namanya. |
Wardina Kongsi Tips Latih Anaknya Lekat Solat 5 Waktu. Posted: 02 Apr 2011 04:15 PM PDT Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday... we had a talk... (check note lama) tapi preparation since 6 la... tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat.... she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti.... But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar.... ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!" 3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat..... 4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness) 5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat... i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers... sorang je kat dalam surau tu.... i wanted to pengsan and cry... she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her... i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap"..... cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia.... and called nenek at Australia... now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? -fb wardina |
Dr. Pornthip Pertahankan Hujahnya Teoh Mati Dicekik Posted: 02 Apr 2011 08:24 AM PDT Pornthip: 'Teoh Beng Hock dicekik sebelum jatuh' Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa. Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik. Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula. Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua. Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik. Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku. * dicekik dengan menggunakan tangan, * leher mangsa dipukul dengan objek tumpul, * ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali. Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan. "Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas," kata saksi itu. Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama. -mk |
Video Seks Datuk T Itu Hitam Putih Jadi Tandatanya Posted: 02 Apr 2011 07:30 AM PDT Saya sudah tengok video itu oleh ABDUL JALIL ALI (gambar) Tengok sekali tidak puas, jadi saya tengok sekali lagi. Video itu masih ada dalam simpanan saya sekarang. Saya berjanji akan pulangkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat. Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana susahnya saya untuk mendapatkan video tersebut. Cukuplah kalau dikatakan saya mencarinya 'satu Malaya' selama seminggu, dan hampir kecewa. Akhirnya pagi minggu lalu ketika menikmati kari kepala ikan bawal di restoran nasi kandar popular di Jalan Tunku Abdul Rahman, saya terserempak dengan seorang kawan lama, kini seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar Datuk Seri. Nama sahaja Datuk Seri, sebenarnya wajahnya seperti dulu juga, tidak pernah berseri. Dua puluh empat jam serius. Tetapi dia masih ingat kisah-kisah lucu zaman bujang ketika sama-sama menyewa rumah di Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Dia belanja saya pagi itu. Sambil makan kita bercakap mengenai topik semasa paling hangat – video. Saya bertanya kalau-kalau dia ada salinan video tersebut. Sambil menunggu drebarnya tiba, dia berbisik ke telinga saya: "Saya ada satu, awak boleh pinjam kalau nak!" Tentu sekali saya tidak melepaskan peluang. Saya mengikutnya ke pejabat. Dia beritahu ada ketikanya dia ke pejabat pada hari tidak kerja, hanya untuk menonton video. Dan di dalam biliknya yang serba mewah itu, dia menyerahkan video tersebut – dimasukkan dalam sampul besar – sambil berpesan: "Lepas awak tengok, pulangkan semula pada saya. Jangan copy, berdosa!" Orang serius, ketawa pun macam tidak menjadi! Walaupun sudah dapat, bukan senang hendak memainkan video yang satu ini, lebih-lebih lagi di rumah. Saya kena pastikan isteri dan semua anak-anak sudah lena, manalah tahu kalau-kalau mereka tiba-tiba mengetuk pintu bilik rehat saya. Malu saya kalau mereka tahu! Maka setelah dua kali menonton, saya boleh membuat kesimpulan peribadi, tanpa prejudis, seperti berikut: Heronya boleh tahan. Tetapi secara jujur, saya lebih tertarik pada heroin. Kulit putih cerah, licin macam pauh dilayang. Tengok bibirnya yang kadang-kadang sedikit ternganga, dan matanya yang sekali-sekala kuyu, perasaan saya sudah berdebar. Nampak juga jari-jemarinya yang halus lentik, lengannya, betis, leher dan lain-lain. Malah, melihat rambutnya yang mengerbang hampir menutup wajah itu pun boleh membuat perasaan saya tidak tenteram. Dan, ketika melihat dia menggerakkan tubuh dalam berbagai posisi, mata saya tidak berkelip, nafas pun sudah bertukar rentak. Pendek kata, pemain wanita itu – tidak kira apa bangsanya – memang hebat. Heronya? Bukanlah prejudis padanya, tetapi pada saya lelaki itu biasa sahaja. Boleh tahan tampannya, tetapi bukanlah jenis jejaka yang timbul urat-urat di lengan. Gempal sedikit, malah kalau tengok betul-betul bahagian perutnya nampak boroi. Pendek kata watak lelaki itu tidak sehebat Arnold Schwarzenegger. Terus terang saya katakan lelaki itu tidak sepadan dengan wanita yang menjadi pasangannya. Kalau pilih lelaki yang lebih 'macho' pasti lebih sedap menonton. Cuma pujian patut diberikan kepada tukang ambil gambar, sebab telah berjaya mempersembahkan satu produksi yang baik. Saya boleh mengesahkan bahawa semua kelihatan terang dan nyata. Malah, pada ketika tertentu boleh nampak jelas raut-raut di muka. Patut juga diberi pujian sebab sepanjang persembahan telah ditunjukkan latar belakang yang indah, mempesona, penuh warna-warni – gunung-ganang, air terjun, taman bunga, ular, kereta api, jip polis, dan tentu sekali tidak ketinggalan 'Inspector Shahab'. Pendek kata berbaloi jugalah saya keliling satu Kuala Lumpur – masuk hampir setiap kedai video – sehingga akhirnya bertemu dengan Datuk Seri, rakan lama ketika bujang yang sama-sama minat gila terhadap filem-filem Hindustan. Saya akan memulangkan semula pada beliau video filem 'Bobby' yang menurut rakan saya itu diperoleh ketika lawatan perniagaannya ke New Delhi dua tahun lalu. Waktu filem itu ditayangkan di Odeon KL kira-kira tiga dekad lalu kami menontonnya lima kali! Ada lapan lagu, paling saya suka ialah 'Jhoot Bole Kauva Kate' (bunyi macam bahasa Kelantan!) nyanyian Lata Mangeshkar dan Shailender Singh. Heroinnya yang selalu datang dalam mimpi saya ialah Dimple Kapadia, mesti dia sudah tua sekarang. Heronya Rishi Kapoor, anak Raj Kapoor. Filem 'blockbuster' bikinan tahun 1973 itu – 38 tahun lalu! – dibuat dalam warna-warni. Maka menghairankan saya mengapa video seks oleh 'Datuk T' dibuat hitam putih, pada hal baru sangat dirakam 21 Februari lalu. Dan, dalam era ICT yang serba warna-warni ini masih adakah lagi filem hitam putih? Sekadar bertanya. Sebab sumpah, saya belum menonton video seks yang didedahkan di Carcosa Seri Negara itu! -SH * Abd Jalil Ali dari Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd adalah pemenang Anugerah Tokoh Wartawan Cemerlang Negara 2010. Abd Jalil Ali pernah menjadi Ketua Pengarang akhbar tabloid WATAN dan Ketua Editor Majalah SARINA pada tahun 70'an. Diantara kolumnis WATAN ialah Subky Latif. GB waktu itu kerap menulis untuk kedua-dua media berkenaan. |
PAS Melaka Akan Pertahankan PASTI Bukit Katil Daripada Diroboh Posted: 02 Apr 2011 06:00 AM PDT PAS Melaka tetap akan mempertahankan sebuah tadika PASTI yang terletak di Bukit Katil daripada dirobohkan bagi tujuan pembinaan jalan di situ. Ketua penerangan kawasan itu Mohd Yusof Wahab berkata, PAS tetap tidak akan berganjak malah tidak akan menerima sebarang bayaran pengambilan tanah dari kerajaan negeri. Mohd Yusof yang juga pengerusi jawatankuasa bertindak mempertahankan PASTI itu berkata, pihaknya mempertahankan pusat pendidikan itu kerana ia sudah beroperasi lebih 15 tahun dan sudah mendidik ribuan pelajar. Katanya, walaupun cadangan pengambilan tanah terhadap tapak sebuah surau yang terletak di situ bagi pembinaan jalan berkenaan tidak lagi diteruskan setelah kajian semula dilakukan kerajaan negeri, namun tapak tadika PASTI tetap akan diambil. "Kita hanya mempertahankan hak kita. Kita akan teruskan bantahan dan kita tidak akan berganjak daripada ini. "Lagi pun, pihak yang mewakafkan tanah ini dulu, adalah bagi tujuan didirikan sekolah untuk mendidik anak bangsa supaya lebih berakhlak mulia. "Tambahan pula, kos untuk membina sekolah ini mencecah RM110,000 dan semuanya adalah hasil sumbangan orang ramai yang bertujuan mendidik anak bangsa. Kami lima sen pun tidak guna wang kerajaan," katanya. 'Bukan tiada alternatif' Jelas Mohd Yusof (gambar), sebelum ini, beberapa siri bantahan telah diadakan berikutan cadangan pembinaan sebuah jalan di kawasan ini yang akan mengakibatkan tanah tapak tadika PASTI dan sebuah surau diambil kerajaan negeri. Bagaimanapun, setelah dikaji semula, tapak surau berkenaan tidak lagi termasuk dalam kawasan yang akan diambil. "Kalau kerajaan negeri boleh keluarkan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk bina Sekolah Harapan yang bertujuan untuk memulihkan kembali akhlak remaja terlanjur, mengapa pula hendak robohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di sini. "Hanya semata-mata hendak membuat jalan, mengapa sanggup korbankan sekolah ini yang ternyata niatnya juga sama untuk mendidik anak bangsa ke arah akhlak terpuji. Masalahnya, bukan tiada alternatif lain. "Sedangkan laluan lain pun ada, mengapa nak robohkan tadikan PASTI ini. Jelas kerajaan negeri ada muslihat tersendiri" dakwanya. Menurut Mohd Yusof, sebagai membantah pengambilan tanah berkenaan, satu majlis solat hajat telah diadakan bertempat di Pasti Bukit Katil malam semalam. Turut serta pada majlis itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta wakil dari PKR dan DAP akan turut memberi ceramah semasa program berkenaan. Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam setakat ini belum berhasil. -mk |
Posted: 02 Apr 2011 05:43 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu. Katanya, Adun Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam. Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan Adun berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini. Pada perkembangan lain, Perdana Menteri berkata hanya rakyat yang boleh menilai kebenaran kes video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. "Saya tidak mahu ulas perkara ini. Biarlah rakyat yang tentukan. Saya hanya mahu kebenaran bukan persepsi," katanya. Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen. - Bernama Ulasan GB TERANG DAN NYATA, Najib melindungi YB Lenggeng yang telah diputuskan bersalah oleh mahkamah di atas tuduhan rasuah. Kerana? Semua orang tahu Najib itu sendiri Bapa Rasuah Negara. Tidak hairan mengapa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2010 di peringkat antarabangsa amat memalukan. CPI Malaysia sekali lagi jatuh kepada 4.4 yang berada di tangga ke-56 pada tahun ini berbanding tahun 2009 berada pada tangga ke 56 sebanyak 4.5. Keputusan ini amat tidak setanding dengan yang didapati Malaysia pada tahun 2008 berada pada tangga ke 47 sebanyak 5.1 Tahun 2010 ini juga menunjukkan Malaysia telah tewas dengan negara Afrika Selatan iaitu sebanyak 4.5 pada tangga ke 54. |
Pemandu Lori Dituduh Rogol 4 Anak Tiri Posted: 02 Apr 2011 04:25 AM PDT Melaka: Seorang pemandu lori dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat tuduhan masing-masing merogol dan menganiayai secara seksual terhadap empat anak tirinya berusia antara empat hingga 10 tahun pada 2009 dan 2010. Bagaimanapun, tertuduh, R Gunasilan, 29, mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, beliau yang tidak diwakili peguam, dibicarakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain. Untuk pertuduhan pertama, Gunasilan yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan didakwa merogol mangsa berusia 10 tahun 10 bulan di sebuah rumah, di Jalan Tanjung Kling, dekat sini, pada November 2010, manakala pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa menganiayai dari segi seks terhadap mangsa berusia lapan tahun lima bulan di alamat dan tarikh sama. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazwani Ishak, tidak menawarkan ikat jamin kerana tertuduh menetap bersama dengan mangsa dalam sebuah rumah. Bagaimanapun, Zaharah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan lelaki terbabit perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan diperintahkan supaya tidak mengganggu mangsa dan ibunya. Zaharah kemudian menetapkan 3 Mei sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Gunasilan dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Katar. Untuk pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa merogol seorang lagi anak tirinya berusia sembilan tahun tiga bulan di alamat dan pada tarikh sama. Beliau turut didakwa menganiayai dari segi seks terhadap mangsa berusia empat tahun sembilan bulan di alamat sama pada awal Februari 2009. Gunasilan yang memakai t-shirt hijau bagaimanapun, mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan, namun dia tidak membantah permohonan pendakwaan supaya tidak diikat jamin. Abu Bakar kemudian menetapkan 15 Jun sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam. Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala pertuduhan menganiayai dari segi seks pula mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali. -BH |
Mengapa Wanita Melayu Kini Gemuk-gemuk? Posted: 02 Apr 2011 03:30 AM PDT Masalah kegemukan di kalangan wanita Melayu Singapura (Malaysia juga) telah mendapat perhatian sejak lebih sedekad yang lalu, tetapi hingga kini ia kelihatan masih meluas. Berjalan-jalan di Geylang Serai, misalnya, atau di kawasan-kawasan yang ramai orang Melayu, memberikan gambaran sedemikian. Daripada kalangan sejumlah wanita Melayu di tempat-tempat ini, pasti akan ada beberapa orang yang menyerlah kehadiran mereka kerana berat badan yang berlebihan atau obes. Ia satu senario yang sungguh jauh berbeza daripada era sekitar 30, 40 atau 50 tahun lalu, apabila wanita- wanita Melayu lebih dikenali kerana kelangsingan tubuh dan kerampingan pinggang mereka, apatah lagi jika berbaju kebaya. Sebagaimana langsing dan ramping seniwati-seniwati filem Melayu lama, begitulah wanita-wanita Melayu pada ketika itu. Jika ada pun mereka yang agak gempal pada masa lalu, mereka biasanya sudah separuh umur, tetapi kini, ramai wanita Melayu yang masih muda dan belum berumah tangga pun, berkeadaan obes. Maka, ini menimbulkan persoalan: Mengapa wanita Melayu dahulu dapat menjaga kelangsingan tubuh tetapi sekarang bentuk tubuh mereka 'membuak-buak'? DULU BANYAK KERJA, KURANG MAKAN Beberapa orang yang dihubungi Berita Minggu berkata, wanita dahulu umumnya, banyak menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh dalam kehidupan seharian mereka. Mereka bagaikan bersenam setiap hari. 'Anda tanyalah ibu bapa atau datuk nenek anda. Wanita kita dahulu, kalau membasuh pakaian, mereka gunakan tangan. Mereka berus dan sental pakaian yang dicuci itu dengan sabun buku sampai berpeluh- peluh... setiap hari. 'Setiap pagi dan petang, mereka mengemas rumah dan menyapu halaman dengan penyapu lidi. 'Pasar masa itu pula jauh dari rumah. Setiap pagi kita boleh lihat ramai wanita kita menggendung bakul, berjalan kaki ke pasar sampai mengeluarkan peluh yang banyak. 'Baik juga mereka jalan kaki. Paling banyak, mereka naik beca,' kata seorang wanita berusia 60-an tahun yang tidak mahu namanya disebutkan. Taraf kehidupan yang lebih rendah pada masa lalu juga bermakna orang Melayu ketika itu kurang makan dan mereka juga tidak bergantung kepada pembantu rumah untuk melakuan kerja-kerja rumah mereka. Makanan seharian mereka pada masa itu hanyalah nasi, sayur dan ikan... ada masanya cuma nasi dan kicap sahaja. Daging dan ayam, pada masa itu, merupakan makanan mewah yang hanya dapat mereka nikmati sekali-sekala. Mereka makan di luar hanya apabila dapat gaji pada penghujung bulan. Itupun tidak ramai yang mampu berbuat demikian. SEKARANG BANYAK MAKAN, KURANG KERJA Dapatan daripada Kajian Kesihatan Nasional (NHS) tahun lalu menunjukkan terdapat peningkatan pada kadar kegemukan atau obesiti di Singapura - daripada 6.9 peratus pada 2004 kepada 10.8 peratus pada tahun lalu atau tambahan 0.6 peratus setiap tahun. Seawal tahun 2001, perkara ini sudah diketengahkan menerusi Kajian Kesihatan Nasional 1998 yang menunjukkan masalah kegemukan paling tinggi di kalangan wanita Melayu (23.7 peratus), dan kemudian meningkat kepada 36.9 peratus pada 2005 setelah kiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI) disemak semula. Kenapa demikian? Pakar-pakar kesihatan mengatakan, mereka lihat gaya hidup wanita sekarang sudah banyak berbeza daripada wanita dahulu. Wanita Melayu sekarang umumnya tidak menjaga pemakanan dan tidak bersenam atau bergerak aktif secara fizikal. Ini termasuklah tabiat masih suka masak dan memakan makanan berminyak dan berlemak, kerap mengadakan jamuan makan di rumah atau menghadiri jamuan makan di majlis kahwin atau kenduri-kendara, memilih untuk menjamu selera daripada melakukan aktiviti fizikal ketika beriadah di tepi pantai, dan suka melakukan santapan jauh malam atau supper di luar walaupun sudah makan malam. 'Cakap mudahnya, orang kita sekarang banyak makan, makan, makan...' kata seorang pakar pemakanan di sini. Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), makan di luar dapat dikaitkan dengan peningkatan masalah obesiti ini, selain daripada corak kerja yang lebih bersifat sedantari atau tidak banyak bergerak yang dilakukan kian ramai penduduk Singapura (sekitar 52 peratus). Kajian Pemakanan Nasional 2010 menunjukkan 60.1 peratus penduduk Singapura makan di luar, berbanding dengan 48.8 peratus pada 2004. Cik Farah (bukan nama sebenar), 39 tahun, adalah antara mereka yang suka makan di luar bersama keluarganya pada hujung minggu. Pada hari Sabtu dan Ahad itulah dapur beliau tidak akan berasap kerana beliau tidak akan memasak. Sebaliknya, bersama suami dan dua anak remajanya, Cik Farah akan makan di luar. 'Kami akan sarapan, makan tengah hari dan makan malam di luar,' kata Cik Farah, yang mengakui seronok melakukannya kerana ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaannya. Tetapi, tanpa disedarinya, berat badannya semakin hari semakin bertambah, dan beliau percaya ia gara-gara kebiasaannya makan di luar tanpa mengambil kira sama ada makanan itu menyihatkannya atau tidak. Dari segi senaman pula, antara sebab-sebab ramai wanita Melayu tidak melakukannya termasuklah 'tiada masa' yang merangkumi sebab 'menjaga anak atau cucu.' Dua sahabat baik, Cik Siti Asha Bani, 56 tahun, dan Cik Rokiah Salleh, 55 tahun, pernah aktif dalam Kumpulan Jalan Pantas Simei sedikit masa dahulu. Namun, atas sebab- sebab keluarga, mereka meninggalkan senaman itu sejak lebih lapan tahun lalu. Cik Siti Asha tidak menyertai kumpulan itu sejak menimang cucu. 'Dah sibuk dengan kerja jaga cucu, mana ada masa nak keluar bersenam macam dulu ramai-ramai? 'Pada masa yang sama, saya juga perlu pastikan suami saya yang menghidap masalah dijaga keperluannya,' kata ibu enam anak dan nenek kepada 11 cucu ini. Namun, beliau akur semenjak berhenti bersenam secara kerap, berat badannya bertambah dan ini menyebabkan kakinya mudah penat jika berjalan jauh. 'Apabila berjalan lama sikit, saya perlu duduk kerana kaki mula lenguh, tak seperti dulu masa badan tak terlalu berat, saya boleh jalan pantas dan lebih jauh,' katanya yang kini mempunyai berat badan sekitar 78 kilogram. 'Dulu semasa bersenam, berat badan saya sekitar 60 kilogram dan saya juga rajin jaga makan. 'Tapi, kini setiap hujung minggu anak-anak akan datang ke rumah untuk berkumpul dan kami akan habiskan masa makan bersama kerana itulah satu cara mengeratkan silaturahim,' tambahnya. Apabila keluar bersantai dengan keluarga pun, kata Cik Siti Asha, yang menghidap paras kolesterol tinggi, acara mereka ialah makan. 'Kami pergi juga ke pantai. Sampai pantai, duduk. Kemudian makan,' katanya. Cik Rokiah, nenek empat orang cucu, pula berkata meskipun berat badannya kini 75 kilogram berbanding 80 kilogram beberapa tahun lalu, beliau masih menganggap berat badannya itu berlebihan. 'Saya rendah orangnya. Jadi, 75 kilogram masih berat. Berat badan saya turun sikit selepas saya jalani empat pembedahan,' katanya. Beliau telah menjalani dua pembedahan di perut akibat masalah hernia dan dua lagi di kededua belah tangan akibat masalah pergerakan. 'Dan lebih buruk lagi sebelum pembedahan, saya hidap sakit darah tinggi kerana mungkin rasa tertekan akibat pembedahan yang akan dijalani,' ujarnya. Cik Jamaliah Sulaiman, ibu tiga orang anak dan dua cucu, pula risau kerana berat badannya mudah naik dan turun seperti yoyo. Berat badannya pernah naik ke 68 kilogram, kemudian 76 kilogram sebelum turun semula kepada 72 kilogram. Cik Jamaliah, 56 tahun, percaya, masalah berat badannya itu ada kaitan dengan kebiasaannya suka keluar malam dan makan bersama suaminya. 'Suami saya sudah bersara. Jadi, pada sebelah malam apabila terasa nak keluar berjalan, kami keluar saja. Kalau dah keluar, ke kedai makanlah jawabnya. 'Biasanya kami makan selewat 11 malam dan pernah juga selewat 2 pagi. Dah makan, kami pulang, duduk sebentar lalu tidur,' katanya. -BHS |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan