Blog-list Malaysia |
- Video Seks - Majoriti Rakyat Anggap BN Dalang
- Tolak SNAP Parti Tajaan Umno
- Video Seks - Kajian Merdeka Center
- Bukti Rakyat P. Pinang Ingin Kembali Kepada BN.. HaHaHa..
- Di Bawah Petadbiran Pakatan Rakyat, P. Pinang Muncul Sebagai Bandar Metropolis
- Rakyat Kecewa, P. Pinang Akan Kembali Kepada BN
- Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat
Video Seks - Majoriti Rakyat Anggap BN Dalang Posted: 02 Apr 2011 08:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 April — Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN). Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu. Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing. Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu. Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu. Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai "si polan" supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu. Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah. "Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara," katanya. Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu. Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan. Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu. Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-BN tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." Selain Abdul Rahim, dua "Datuk T" yang lain ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli politik dan perniagaan terkenal dalam lingkungan BN-Umno ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar, juga Ketua Umum PKR, turut menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. - MI |
Posted: 02 Apr 2011 08:35 PM PDT Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap. Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang. Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap. "Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu? "Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang," kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan. "DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN," katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat. Terdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa "parti yang hampir mati" itu ditaja oleh BN. "Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa," kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan. Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai petanda jelas bahawa rundingan antara PKR dan Snap kini di ambang keruntuhan. Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia. Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN. Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini. |
Video Seks - Kajian Merdeka Center Posted: 02 Apr 2011 08:32 PM PDT Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinannya kemungkinan berhadapan dengan 'laluan sukar' ekoran skandal video seks terbaru yang didedahkan oleh "Datuk T" dua minggu lalu. Meskipun hasil kajian firma bebas itu mendapati ramai yang tidak percaya dengan ketulenan video, yang didakwa membabitkan aksi Anwar dan seorang pelacur asing, sejumlah responden yang ramai mengatakan mereka tidak pasti. Malah, ramai daripada 504 responden yang ditemui juga berkata mereka berpendapat keseluruhan episod akan memberi kesan ke atas keyakinan terhadap PR. "Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu. Kajian pendapat umum ini dijalankan menerusi telefon antara 24 dan 27 Mac lalu. Seramai 504 responden dipilih menggunakan kaedah persampelan strata secara rawak. Berdasarkan penemuan hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider, daripada 504 responden yang dipilih, 85 peratus sedar akan kewujudan video seks ini manakala baki 15 peratus mengatakan tidak. Secara total, seramai 51 peratus tidak percaya Anwar adalah lelaki yang mengadakan seks dengan seorang wanita yang didakwa dalam rakaman video seks manakala 29 peratus tidak pasti. Hanya seramai 17 peratus mengatakan mereka "sangat percaya" Ketua Umum PR itu adalah lelaki dalam rakaman tersebut yang didedahkan oleh tiga "Datuk T" pada 21 Mac lalu. Ketika ditanya sama ada video itu akan memberi kesan ke atas aspek keyakinan terhadap PR, 48 peratus tidak setuju manakala baki 14 peratus mengatakan tidak pasti. Bagaimanapun seramai 41 peratus responden beranggapan bahawa isu terbaru ini akan menjejaskan tanggapan mereka tentang PR. Responden juga ditanya sama ada mereka percaya yang video berkenaan akan membawa malapetaka ke atas PR kelak. Sedangkan 45 peratus mengatakan tidak setuju tetapi 38 peratus meramalkan ia akan membawa ke arah itu manakala 16 peratus lagi tidak pasti. Anwar dan rakan-rakannya dalam PR kini berusaha untuk memperbaiki kerosakan yang wujud ekoran pendedahan video itu, tetapi ramai meramalkan bahawa skandal terbaru ini akan menyebabkan kecacatan ke atas perikatan tersebut. Anwar sendiri telah menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu dan membuat laporan polis pada 22 Mac iaitu sehari selepas pendedahan oleh "Datuk T". Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan video seks itu kemungkinan akan merumitkan kempen PR pada pilihan raya negeri Sarawak. Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan PR adalah tulen. Katanya, hasil laporan dikemukakan pakar, polis mengesahkan bahawa rakaman berkenaan tulen dan tidak seperti didakwa. Tambah beliau, dengan pengesahan ketulenan video terbabit, siasatan polis juga sudah di peringkat akhir di mana kertas siasatan akan diserahkan kepada peguam negara dalam waktu terdekat.-Themalaysianinsider |
Bukti Rakyat P. Pinang Ingin Kembali Kepada BN.. HaHaHa.. Posted: 02 Apr 2011 09:36 AM PDT GEORGE TOWN 2 April - Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India hari mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti. Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini, hari ini. - Bernama |
Di Bawah Petadbiran Pakatan Rakyat, P. Pinang Muncul Sebagai Bandar Metropolis Posted: 02 Apr 2011 07:25 AM PDT Kerajaan akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar Metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan rancangan itu. "Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini. Beliau berkata pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang. Satu lagi usaha terdesak UBN memancing undi orang P. Pinang untuk PRU13.. Lena diulut mimpi rupa-rupanya puak2 perasan nih... Tahniah kerajaan PR yang diketuai Lin Guan Eng.. |
Rakyat Kecewa, P. Pinang Akan Kembali Kepada BN Posted: 02 Apr 2011 06:40 AM PDT Najib yakin BN dapat rampas semula Pulau Pinang Banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan. BALIK PULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu. Katanya, dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan. "Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," katanya pada satu persidangan akhbar selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini. Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN. Katanya, selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak. "Ada juga pihak pembangkang yang mendakwa kononnya krisis kepimpinan yang berlaku di negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia, dan saya ingin beri jawapan, bahawa dalam keadaan krisis di sana, majoriti BN terus bertambah baik pada pilihan raya kecil sebelum ini," katanya. Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik. "Ia asam garam dalam politik, ada masanya berada di atas dan ada masanya berada dibawah, kita harus bangun dan mencari faktor- faktor yang boleh mendorong kita naik di atas dan jangan begitu kecewa," katanya. Beliau berkata untuk bangkit semula, semua pemimpin dan anggota BN hendaklah menggunakan anologi semangat gotong royong iaitu bermuafakat dengan satu matlamat dan hanya dengan memberi fokus kepada usaha mencapai satu matlamat yang sama, dan ia menjadi asas kepada kejayaan untuk merampas kembali Pulau Pinang. "Jangan ada masalah dalam keluarga BN, sepatutnya tolak perselisihan dan juruskan kerjasama, dan lakukan yang terbaik barulah kita boleh bangun," katanya. Perdana Menteri seterusnya menyelar pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Pulau Pinang sedangkan hakikatnya pulau mutiara itu terus dimajukan oleh kerajaan BN sejak dahulu hingga sekarang, termasuk dalam usaha meningkatkan pelaburan asing. "Bukan tidak mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) tetapi ada pihak yang ingin bermain politik ibarat pepatah lembu punya susu sapi dapat nama," katanya. Sehubungan itu Najib menggesa rakyat Pulau Pinang supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, dan mereka perlu memastikan BN kembali memerintah negeri. - Bernama |
Seorang lagi pegawai SPRM tonton bahan lucah di pejabat Posted: 02 Apr 2011 06:10 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini. Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan