Rabu, 6 April 2011

Era Pasca

Era Pasca


Senarai calon pilihan raya Sarawak 2011 < UPDATE

Posted: 06 Apr 2011 03:11 AM PDT


N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432
1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798
Read more »

SPR SANGGUP JADIK BARUA ADIK TAIB MAHMUD!!

Posted: 06 Apr 2011 12:26 AM PDT

Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin
mengetuai perarakan calon PAS-Pakatan Rakyat DUN N 15 Muara Tuang
Noraini Hamzah pada penamaan calon pagi tadi - Foto TPUnmasked

Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Najis dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!

Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!

SAH, SPR MEMANG BARUA UMNO-APCO!!

SPR tolak bantahan PAS

Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

HARI INI BERMULA!!! BERJUANGLAH SEKUAT-KUAT DAN IKHLAS!! -KHAS UNTUK PR.. BN G MAM..

Posted: 05 Apr 2011 09:42 PM PDT

KUCHING, 6 April — Pertarungan merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula secara rasmi hari ini dengan Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan penguasaannya manakala Pakatan Rakyat (PR) pula meletakkan sasaran untuk mengulangi tsunami politik 2008 di bumi Kenyalang kali ini.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud melangkah tahun ke-31 memimpin Sarawak dan berusaha untuk membuktikan bahawa beliau masih berbisa untuk mengulangi kemenangan selesa BN di Sarawak meskipun kepimpinannya dibayangi salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Menteri paling lama itu dijangka dicabar oleh bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya, di Balingian.

PR perlu membuktikan bahawa jentera dan sumber-sumbernya yang terhad tidak akan menghalang matlamat mereka mencatatkan prestasi lebih baik kali di Sarawak - yang telah lama dianggap sebagai simpanan hayat BN.

Keputusan signifikan di Sarawak termasuk kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Undangan Negeri akan memberi kesan kepada keputusan membubarkan Parlimen dan tarikh pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun pembangkang di Sarawak berhadapan dengan kemelut ekoran masalah dalam pembahagian kerusi, dan ini dijangka akan membawa kepada persaingan tiga penjuru di sebahagian kerusi kali ini.

PR Sarawak dianggotai PKR, PAS dan DAP, dan parti pembangkang negeri Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengepalai misi PR, berhadapan dengan kes liwat kedua selain pendedahan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu dua minggu lalu.

Kempen pilihan raya Sarawak, negeri yang terdiri daripada 50 peratus masyarakat Kristian, juga diselubungi isu Alkitab.

Seramai 976,796 pengundi pemilih termasuk 18,363 pengundi pos layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 ini.

BN Sarawak dijangka membuktikan bahawa politik pembangunan akan mengatasi isu-isu dibawa pembangkang.

Penganalisis dan pemimpin politik mengakui bahawa isu Alkitab, yang berlarutan meskipun Putrajaya berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati, tidak akan memberi kesan ke atas kempen perikatan tersebut.

Malah, penganalisis juga meramalkan persaingan sengit di 29 kerusi dengan kebanyakannya terletak di kawasan bandar dan separuh bandar, di mana majoriti penduduk adalah Cina.

Kerusi-kerusi itu juga memperlihatkan kemungkinan akan dimenangi oleh calon PR.

Baki 42 kerusi dijangka dikekalkan oleh BN.

Bagi PR, untuk menafikan majoriti dua pertiga BN ia perlu menang di 24 kerusi.

BN meletakkan calonnya di kesemua 71 kerusi.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PPB) akan bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula 19, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) di lapan kawasan.

Setakat maklumat awal, PKR akan meletakkan calon di 48 kerusi, DAP pula 15 dan PAS lima.

Snap akan bertanding di 27 kerusi - sekali gus PR terpaksa berhadapan dengan saingan tiga penjuru di beberapa kawasan.

Juga diramalkan sehingga 38 calon Bebas akan bertanding kali ini, kebanyakannya dari Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), yang masih belum didaftarkan lagi.

Parti lain yang dijangka bertanding ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Reformasi Sarawak (Star).

Proses penamaan calon bermula 9 pagi ini. Pengundian akan diadakan 16 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan 10 hari untuk berkempen berbanding 11 hari pada pilihan raya negeri lalu yang diadakan pada 2006.

SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen.

Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, BN menguasai 63 kerusi daripada 71 kerusi.

BN mengumumkan barisan calonnya Ahad lalu dengan mengekalkan 52 penyandang dan memperkenalkan 19 muka baru.

Calon terakhirnya iaitu seorang peguam, Willie Liau diumumkan semalam untuk bertanding di Ba'Kelalan.

Artikel dari kiff-isme.blogspot.com
http://kiff-isme.blogspot.com

INNALILLAH.. SAIFUL MENINGGAL DUNIA....

Posted: 05 Apr 2011 08:15 AM PDT

Al Fatihah buat Allahyarham.. beliau pada mulanya koma kerana mengalami pendarahan dalam kepalanya akhirnya kembali ke rahmatullah.. semoga rohnya ditempatkan Allah bersama orang-orang yang beriman.. 

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi 
KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini. 


Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.




Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut. 

"Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia. 

"Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik," katanya dipetik KOSMO Online hari ini. 

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit. 

"Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian. 

"Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya," katanya lagi. 

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi. 

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin. 

Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya. 

Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu. 

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006. 

Tiada ulasan: