Rabu, 6 April 2011

.

.


Susupan Petang

Posted: 06 Apr 2011 02:06 AM PDT

Kematian Sarbini Menenggalamkan Isu Video Lucah

Apa nak jadi dengan negara ini? Mungkinkah ianya angkara sumpah laknat yang pernah dilafazkan oleh rakyat negara ini tidak lama dulu. Kesan sumpah laknat adalah teruk dan dahsayat sekali. Kecelakaan tidak saja akan menimpa kepada orang yang melafazkan sumpah, tetapi ia juga akan menimpa seluruh penduduk negeri di mana orang yang membuat sumpah berkenaan mukimi.

Makanya jarang orang suka-suka untuk bersumpah laknat. Laknat ertinya kalau apa yang diakui atau diikrar itu tidak benar dan tidak betul, Allah akan melaknat orang berkenaan dan seluruh penduduk di dalam negaranya dengan satu keaiban dan keazaban yang tidak terfikir.

Apakah sumpah laknat itu kini sedang memakan korbannya? Kejadian terbaru yang menimpa negara hari ini sungguh mengerikan, seorang pengarah kanan Jabatan Kastam DiRaja (JKDM) Ahmad Sarbini Mohamed mati kerana dikatakan terjatun dari bangunan SPRM di Jalan Conceren di Kuala Lumpur apakah ada kena mengena dengan sumpah laknat itu?

Mayatnya dijumpai jam 10:15 minit pagi ini. Menurut laporan beliau datang ke pejabar SPRM untuk menemui seseorang tanpa membuat temu janji. Beberapa hari lalau beliau ditahan dan disiasat oleh SPRM berhubung kehilangan wang berbillion ringgit. Beliau adalah termasuk 62 pegawai Kastam yang ditahan untuk siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

Biarlah kita jangan membuat andaian dan mengemukakan teori tertentu di sebalik kematiannya itu. Mungkin selepas ini sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu. Kalau kematian misteri itu dibiarkan begitu saja tanpa dipertikaikan oleh mana-mana pihak rasanya tidak adil. Sebab kemetian Teo Beng Hock diperlakukan demikian rupa sehingga tertubuhnya suruhanjaya bebas. Kita tunggu Ngo mana akan bangkit dan lantang membela kematian itu?

Kita tunggu apakah hasilnya nanti.
Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini ialah rentetan kejadian itu. Dunia dan negara masih panas dan belengah dengan isu video lucah yang cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim tiba-tiba Sarbini pula jatuh terlentang di gelanggang badminton. Kenapa?

Sedikit sebanyak peristiwa itu melenyapkan sektika ivu video yang sudah pun menemui jawabannya; bahawa watak dalam video berkenaan dikenali bukan Anwar Ibrahim. Wan Azizah sendiri mengesahkan bahawa watak itu bukan Anwar. Begitu juga dengan sesetengah pakar dalam pembikinan filem dan kreatif dalam mengubah filem, meragui akan watak itu Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun kata Nazri Aziz, Azizah tidak layak untuk mengesahkan itu bukan Anwar kerana Azizah ada kepentingan. Anwar adalah suaminya. Maka di sini saya cadangkan supaya Narzi menayangkan video berkenaan kepada Rosmah dan Umi Aflida Ali biar mereka yang membuat kajian kemudian mengesahkan siapakah yang sebanarnya. Bukankah Nazri sangat mengharap video berkenaan akan mendatangkan kesan dan impak besar untuk negara ini.

Panggilah kedua wanita itu dan tonton video berkenaan kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup dengan itu panggil juga para pemimpin apa dinamakan Ngo Perkasa, saksi kemudian buat kenyataan. Kalau tidak cukup lagi panggil sama Mahathir Mohamad, Muhyuddin dan Najib untuk menjadi juri-jurinya.

Dengan apa yang berlaku ke atas Sarbini hari ini ia merupakan satu bala kepada negara ini. Apakah kejadian itu ditakdirkan demikian untuk menutup dan meredakan perbicaraan umum terhadap video. Perancangan Tuhan lebih sofisikated. Ternyata selepas tersemburnya berita kematian pegawai Kastam itu pagi ini disegenap sudut dan jerung orang memperkatakannya. Apa lagi kejadian yang sama pernah menimpa seorang warga negara ini bernama Teoh Beng Hock.

Mungkin takdir menimpa Beng Hock boleh dianggap kes terpencil, tepi kalau dalam masa tidak sampai 1,000 tahun berlaku satu lagi kes sama menyebabkan orang tertanya tanya, tertanya tanya dan tertanya tanya. apa dah jadi dengan negara ini? Saya tidak mahu mengatakan SPRM berhantu atau sebaliknya, tetapi kenapa Tuhan memilih perkarangan atau pejabat agensi penguatkuasa rasuah itu untuk menerima mayat Sarbini.

Begitu juga apabila fitnah dilakukan berturut-turut ke atas Anwar menyebabkan orang tidak percaya kepada ketulinannya. Atau ia sengaja dilakukan Anwar secara hetrik begitu untuk mengelirukan pandangan umum? Maka bijaklah Anwar. Sebab itu saya katakan kalau hendak berbuat sesuatu jangan melampau kerana kalau melampau ia akan memakan diri. Yang jelasnya kematian Sarbini dan penayangan vodeo lucah itu ada hikmah yang perlu direnungi dan jadikan iktibar.

Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu. Al Fatihah untuknya sekali. [wm.kl. 5:20 pm 06/04/11]

Menungan Tengah Malam

Posted: 05 Apr 2011 09:37 AM PDT

Panggilan Telefon Yang Mengharukan

PAGI tadi saya menerima panggilan dari seorang veteran Umno dari Rantau Panjang Kelantan. Rumahnya di pekan Rantau Panjang yang berjarak 3km saja dari rumah orang tua saya. Veteran ini dikenali sebagai seorang ahli Umno yang pejal atau diistilahkan sebagai karat biru.

Di Kelantan kalau seseorang itu pejal dan keras menyokong sesebuah parti akan diketogerikan sebagai karat mengikut warna parti itu.

Kalau Umno karat biru kerana dacing warna biru air laut. Manakala kalau Pas dikatakan karat hijau. Ada pun yang menjadi ahli PKR belum dikaratkan lagi sebab parti berkenaan baru. Weeepppp!

Veteran ini karat biru. Dalam tilikkan saya ia sudah tidak boleh disembur cap lain lagi. Malahan tidak pun boleh dikikis ataupun di polis lagi kerana kalau dikikis dan dipolis kulitnya akan lokah, bergelupas dan relai. Jadi hendak tak hendak ia akan dibiarkan terus berendam dalam karat biru bergelupas-lupas macam kerepok keping kena goreng.

Bila seseorang ahli sudah jadi karat sukar untuk diubahnya lagi. Selalunya mereka sudah sampai ke tahap taksub sampai meletakkan parti itu sebagai agama yang tidak boleh dikritik dan dicanduinya setengah mati. Malam siang dia akan perasap (sintuk limau) partinya macam perasap keris pusaka tujuh keturunan.

Sungguh pun begitu dia seorang ahli pejal yang ikhlas dan tidak seperti setengah yang lain. Dia sokong Umno kerana padanya Umnolah segala-galanya. Umno banyak jasa, bukan kepadanya tetapi kepada negara. Kehidupannya anak beranak biasa saja. Tetapi dia jaga Umno macam ibu lembu merah jaga anaknya. Dia akan meringus dan 'unggal' menerkam sesiapa yang hendak usik anaknya.

Begitulah dengan veteran ini. Jangan cuba-cuba usikan parti Umno yang dianggap keramat, wali dan berhantu itu. Mahu dikejarnya macam ibu lembu merah mengejar penganggu anaknya. Saya masih ingat macam mana dia mengejar sekumpulan budak kampung yang nakal telah mengoyak poster dacing pada satu pilihan raya. Dia marah betul sampai kejadian itu dibawa ke balai polis. Baginya kalau khianat kepada Umno dan apa-apa tentangnya ia boleh jadi ketulahan.

Kenapa dia call saya tadi ialah bersabit dengan berita vadio lucah yang disiarkan dalam akhbar hari ini. Terkejut juga saya apabila menerima panggilan veteran Umno ini dan mendengar butiran percakapannya tentang video berkenaan.

"Apa negara ini sudah tidak ada kerja lain lagi ke selain daripada membicarakan soal lubang ***** dan lubang *****?" tanyanya dengan bahasa mencarut. Malu saya nak eja sepenuhnya kecuali disimbolkan dengan bintang (*) saja. Tetapi kalau media UBN akan menulis dengan terang dan jelas. Mana mereka ada maruah dan etika.

"Kenapa?" tanya saya dalam keadaan terkejut cuba memahami apa maksudnya dan di belah mana beliau kali ini.

"Saya sungguh malu dengan kerajaan hari ini, seolah-olah tidak ada kerja lain lagi. Banyak lagi yang boleh dipertahankan bukan apa yang dibuat itu...huduh sangat," veteran ini terus membebel tanpa ada koma dan titik lagi.

"Apa benda, ***** ***?" tanya saya agak keliru dan belum mengetahui apa hujung jatuhnya.

"Rasa nak muntah wei kali ni...kerja kerajaan hari ini (dia tak sebut Umno kok bimbangan ketulahan) dah jahat benar wei, dah sampai ke tahap Abu Lahab dan Abu Jahal rasanya.. Apakah ini maruah kerajaan kita, saya tak faham Sayuti... tak faham sungguh kali ini." luahnya. Marahnya bergetar-getar macam naik kereta melalui jalan ke Gua Musang ke Jedok.

"Seingat saya sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman ke zaman Tun Razak membawa ke zaman Hussein Onn tidak ada kejahatan dan fitnah seperti berlaku di zaman Najib ini. Ini sudah teruk... negara kita sudah tidak ada maruah. Bila kerajaan sendiri memain peranan menyebarkan video lucah, kita sudah tenat..." katanya. Kerajaan? "Kenapa kerajaan tak sekat?" hujahnya.

Saya terus mendengar menahan telinga. Saya tahu dia call pun kerana nak lepas geram dan kemarahannya. Jarang sdkali dia membuat panggilan kecuali bila ada hak mustahak. Jadi panggilan pagi tadi mustahak dan rohak.

"Apa nak jadi kita ni?" soal dia kemudian sambung; "Semuanya kita dah jadi macam beruk, diperintah oleh beruk yang tidak tahu malu. Kalau beruk sengoti pula tak apa? Tau beruk..berukkkkkk? Beruk dia tidak malu apa dia boleh tungging punggung merahnya depan kita, ha itulah kerajaan hari ini", tekannya.

"Saya ni Sayuti sudah tua, sudah lebih 70 tahun. Lama juga saya terlibat dalam politik dan pernah buat jahat dan aniaya orang. Tetapi apa yang saya buat dulu tidak sampai ke tahap hari ini. Ini dah teruk dan melampau," katanya mengakui dan mendedahkan zaman jahiliahnya. Saya tahu dan membaca sejarah veteran Umno ini. Jahatnya masih bermoral, dia setakat menghalang orang Pas untuk ke tempat ceramah.

Paling teruk lagi dia akan ganggu dan ugut penceramah. Akan baling telor tembelar ke arah penceramah ataupun melepaskan belalang peras yang disalut dengan tahi. Itulah bentuk kejahatannya. Paling sadis veteran ini akan memberi penampar Jepun kepada mana-mana warga emas yang cuba nak tunjuk belang sokong Pas.

Dalam satu pilihan tahun 1969 saya masih ingat macam mana veteran ini tempeleng nenek saudara saya. Hal dan sebabanya kecil saja, kerana nenek saudara saya itu enggan pangkah kapal layar. "Mak Da nak pakah apa hari ni,?" tanya veteran ini. "Nak pangkah hak atas langit (bulan bintang). "Oh nak pangkah hak atas langit, ini... " katanya sambil melayangkan penampar sira parkkkkkk....ke muka nenek saya. Aduh... menyengeng dan pedih dibawa sampai ke bilik mengundi.

Ha itulah gedebe dan jahatnya veteran ini. Dia mengakui semua kejahatan di zaman jahiliah dulu. Semasa nenek saudara saya sakit dia datang dan memohon kemaafan atas apa yang dilakukan dulu. Dia masih tetap Umno.

"Sayuti tahu han... jahat dan kejamnya politik 60-an, jahat.... tetapi ia tidak sejahat hari ini. Hari ini saya tenguk sudah melampau, mengaibkan orang bukan saja dalam kampung tetapi di seluruh dunia...apa cerita ni!"

"Ini tidak boleh tahan, saya sedih wei kerana ia berlaku ke atas batang tubuh bangsa dan keturunan sendiri. Kenapa ni?" Kegeramanya sudah memuncak. Nasib baik saya duuduk jauh kalau dekat boleh saksikan macam mana veteran ini melepaskan geram sambil menumbuk-numbuk apa saja yang ada di depannya.

"Jadi nak buat macam mana ***** ***?" tanya saya.

"Barang kali Tuhan telah buka pintu sanubari saya. Apa yang dilakukan ke atas Anwar dan anak beranak ini sudah klimeksnya... untuk saya. Mulai saaat ini saya bertekad tidak akan memberi sokongan lagi kepada parti yang saya dokong selama ini kerana ianya sudah tersangat kejam, lebih kejam dari komunis dan kejam lagi dari Jepun dan Yahudi," kata veteran ini. Di hujung telefon saya terdengar dia menangis dan terisak-isak.

Nanti saya balik nak jumpa ***** *** dan belanjakan mee rebus di kedai Daud di Banggul Kilim. Kalau boleh nak tolong dia belikan cap baru untuk melindungi karat yang kesekian lama menutupi dirinya. [wm.kl.7:50 am 06/03/11]

Tiada ulasan: