Khamis, 28 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Adiwira Realiti

Posted: 28 Apr 2011 08:30 AM PDT


Seorang lelaki tidak dikenali lengkap berpakaian hitam seperti ninja digelar sebagai penyelamat kerana sering menghulurkan bantuan kepada orang awam di jalan-jalan sekitar Royal Tunbridge Wells, Kent, Britain  lapor sebuah akhbar/Agensi semalam.

Lelaki dipercayai berusia 25 tahun yang memakai topeng dengan pakaian seperti atlet judo itu memerhatikan jalan raya, menegur setiap kesalahan orang ramai, sekali gus menjadi hero kepada penduduk di bandar Kent. 

Antara tugas yang dilakukan oleh ninja tersebut termasuk memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu dan memberikan amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman. Dia juga membantu warga tua melintas jalan sehingga membuatkan banyak penduduk berterima kasih kepada ninja tersebut.

Ninja itu juga memuat turun gambar dan videonya di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa dia ingin menegakkan keadilan di sekitar Kent.

Polis Kent Barat mengaku pihaknya tidak menyedari kemunculan ninja tersebut. Namun, mereka memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menegakkan undang-undang dengan menggunakan pendekatan sendiri. 


Sijil Kelahiran Rasmi Sangkal Kontroversi Tempat Kelahiran Obama

Posted: 28 Apr 2011 07:00 AM PDT


Whitehouse mengeluarkan sijil kelahiran rasmi Obama selepas beberapa kontroversi timbul berkaitan dengan Presiden As itu. Antara kontroversi yang timbul termasuklah dakwaan bahawa Obama dilahirkan di Kenya bukannya di AS. Namun, tuduhan dan tanggapan itu disangkal dengan maklumat yang tertera pada sijil kelahiran rasmi Obama yang menunjukkan beliau dilahirkan di Honolulu, Hawaii, pada 4 Ogos 1961.

P/s: TM tidaklah kemaruk dengan Presiden AS ini walaupun sesetengah orang Islam masih mengharap Obama akan memberikan keadilan kepada orang dan negara Islam. Sifirnya mudah, apabila dilantik menjadi Presiden AS, maka kepentingan Israel haruslah diutamakan. Jika tidak, orang itu akan menerima padah seperti JFK Kennedy!

Imej Kuntilanak di Tanjong Anom

Posted: 28 Apr 2011 05:00 AM PDT


Baru-baru ini DCM ada menyiarkan sebuah artikel bersama gambar kemunculan susuk tubuh yang dikatakan kuntilanak di di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan seperti yang boleh dilihat di sini. 

Kali ini seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di Tanjong Anom, Indonesia lapor sebuah akhbar tempatan/Agensi.

Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menggunakan telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu. Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, susuk itu seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenal sebagai Ratno. Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro dalam ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya. 

Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku pernah melihat kuntilanak di kawasan tersebut. Seorang penduduk yang mahu dikenal sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.



"Saya tak kisah orang nak kata apapun..saya berhak untuk..."

Posted: 28 Apr 2011 02:30 AM PDT

Klik untuk baca dan besarkan imej.

P/s: TM berharap kaum kerabat terutama bapa artis ini mengambil "kisah" dengan cara berpakaian artis ini! Cara berpakaiannya sudah sampai tahap nampak "camel toe", kata orang putih!
Aduhai!!!

 

[AWAS] Peringatan untuk Jemaah Solat Jumaat Masjid Amru Al-As, Sentul!!!

Posted: 28 Apr 2011 01:00 AM PDT

 
Saya selak MK sebentar tadi. Di portal berita popular itu tersiar cerita  Shazryl Eskay Abdullah mengajak DSAI melafazkan sumpah laknat di sebuah masjid. Inti pati sumpah adalah DSAI merupakan pelakon video seks yang didedahkannya tempoh hari. Eskay merancang untuk melafazkan sumpah laknat itu di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

Asgfirullahhalazim!!! Sampai begitu sekali!

Ada jurublog mengajak pembaca blog mereka menyerbu masjid yang menjadi lokasi pilihan Eskay mahu melafazkan sumpah. Sebaliknya, saya menasihati anda dan jemaah Masjid Amru Al-As, Sentul agar cepat-cepat meninggalkan kawasan masjid sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Hal ini demikian kerana anda mungkin berisiko tinggi terkena serpihan panahan kilat esok (ketentuan Allah siapa yang tahu?). 


Rogol Amah di dalam Sangkar Merpati

Posted: 28 Apr 2011 12:00 AM PDT

110% kejadian jenayah ini tidak berlaku di dalam sangkar di atas.

Saya petik:
[HM] DUBAI: Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.
Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.

Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.
Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah. - GN

[PANAS] Siapa MALAON Ini?

Posted: 27 Apr 2011 11:00 PM PDT


Kredit: Biaqpila

Imej-imej ini adalah lelaki yang berlakon dalam video 
Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara. Siapa dia?

Kalau sesiapa kata, lelaki itu ialah Anwar Ibrahim, memang sah orang itu BINGAI!

Dara Ganas? Menteri Pelajaran Lebih Bimbang Jika Dara Jadi Gemuk!!!

Posted: 27 Apr 2011 09:15 PM PDT

Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

"Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.

"Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya," katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP)....


P/s: Mahiaddin tidak bimbang soal ini. Dia bimbang jika si dara jadi gemukkkk! 

Cuma, TM mahu bertanya, bila Pak Menteri dan keluarga mahu "slim"? Bila mahu "banned" makanan berlemak di rumah? Kata orang, "contoh melalui teladan"!



Polis Restui Jurublog Pro-UMCO Sebar Video Fitnah?

Posted: 27 Apr 2011 08:15 PM PDT


Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,"

"Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

"Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

"Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?

"Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

"Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran.

P/s: Hancur!!!!

 

MB dan Exco Kerajaan BN Perak Tidak Tahu Rancangan Bina Loji Pemprosesan Nadir Bumi di Bukit Merah? Logikkah kah kah kah???

Posted: 27 Apr 2011 07:30 PM PDT


Semalam DCM ada menterjemah berita dari FMT berkaitan dengan hal ini. Anda boleh baca di sini. Di bawah ini pula ialah respons kerajaan negeri berkaitan dengan hal itu.

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

"PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

"Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP  untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira  kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian....

P/s: Di mana logiknya, MB dan Exco bagi perindustrian dan pelaburan negeri tidak tahu akan hal ini? Adakah agensi kerajaan negeri memandai-mandai dalam hal ini? Yang menariknya, MB Zambry dan Exco Hamidah, kedua-duanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi!

"Bungkuskan" BN dalam PRU 13!!!!

[Kemas Kini] Utusan & Blog Pro-UMCO Sensasikan Video Seks Fitnah

Posted: 27 Apr 2011 06:15 PM PDT

Cuba lihat rambut lelaki dalam gambar di atas. Lihat pula rambut DSAI dalam gambar di bawah.

Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama 'wakparjosudorno' semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Selain di Youtube, laman blog pro-UMCO Pisau. Net dan Papa Gomo turut menyiarkan rakaman video seks itu (masih lagi ada sehingga pagi ini). Rakaman video itu walau bagaimanapun telah ditarik balik dari laman YouTube pada petang semalam.

 Bagaimana blog pro-UMCO dapat menghidu penyiaran video ini di Youtube? Oleh itu, tanggapan bahawa pemuat naik dan jurublog UMCO  berkomplot dalam hal ini ada logiknya. Sehingga kini (pagi ini), blog penyebar fitnah no. 1 UMCO masih menyiarkannya dengan jumlah pengunjung melebihi 800 orang dalam satu-satu masa. Apa tindakan PDRM? Buat bodoh!!!??

Cari perbezaan individu dalam gambar. Gambar individu dalam video dan gambar DSAI pada "keesokan" harinya.

P/s:  Saya sudah menonton bahagian kedua itu tadi. Seperti juga bahagian pertama, saya tetap berpegang bahawa video ini memaparkan imej sekurang-kurangnya dua individu yang berbeza. Pembikinan video ini berniat jahat dan agak malang apabila mereka masih belum didakwa oleh pihak berkuasa. Sebaliknya, tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk mengambil sampel DNA konspirator.

Sila tonton analisis klip video fitnah pertama yang disebarkan di Youtube awal April lalu. Klik pautan ini. Sila baca analisis yang dibuat oleh Milo Suam untuk klip video fitnah yang disebarkan semalam di sini.

Yang menariknya, UM hari ini menyiarkan kenyataan Ustaz Haron Din yang menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa membeli dan membaca UM itu haram dan dalam masa yang sama UM menyiarkan berita fitnah dan mengaibkan di halaman utama akhbar tersebut.




Tiada ulasan: