Rabu, 20 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Makhluk Asing Ditemukan di Rusia

Posted: 20 Apr 2011 05:00 AM PDT


Video:

 

Takziah Rakyat Malaysia yang Tinggal di Melaka!!!

Posted: 20 Apr 2011 03:00 AM PDT

Asyik "saya petik". Saya ubah suai berita MK.
Saya ucap takziah bukan kerana ada pemimpin yang meninggal dunia, tetapi tarif air di negeri "maju" itu dinaikkan sebanyak RM0.05-RM0. 25.
Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik,  tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya, tindakan itu suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

Sejak awal bulan ini, tarif baharu air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen selepas penggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama. Tarif baharu bagi perniagaan pula adalah RM1.80 bagi penggunaan melebihi 100 meter padu. 


P/s: Mahu pangkah lagi BN PRU 13? Silakan!!!


Tiada Bukti Regim Gadaffi Serang Penunjuk Perasaan Dedah NGO Britain

Posted: 20 Apr 2011 01:30 AM PDT


Saya petik:
[SH] TRIPOLI - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Britain mendakwa tiada sebarang bukti menunjukkan tentera Libya yang setia kepada pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi menyerang penunjuk perasaan.

Penemuan mengejutkan itu bertentangan dengan kecaman kepada rejim Gaddafi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa pemimpin itu menggunakan tindakan keganasan terhadap pemberontak.

Seramai 13 anggota NGO yang terdiri daripada aktivis hak asasi manusia, pembuat filem dan aktivis politik melawat Libya, minggu lalu, namun tidak dapat dipastikan pihak yang membiayai lawatan itu.

Dalam laporannya, kumpulan itu mendakwa dapat mengaitkan kematian penduduk Libya dengan pengeboman pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan keganasan oleh pemerintahan Libya.

Kelmarin, kerajaan Gaddafi sekali lagi menuntut pakar asing bebas melawat Libya untuk menyiasat dakwaan keganasan terhadap orang awam di negara itu.

Libya juga bersetuju membenarkan PBB menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke bandar Misrata yang kini sedang menjadi rebutan kerajaan dan pemberontak. 

P/s: Propaganda media Yahudi.

AS dan Israel pada mulanya resah jika sekutu kuat mereka dalam kalangan negara Arab, Mesir jatuh tersungkur kerana demonstrasi rakyat yang menuntut reformasi dalam pentadbiran negara, menghentikan penindasan dan kekejaman serta membongkar penyalahgunaan kuasa dan rasuah di negara itu. Hasilnya Hosni tersungkur.

Fenomena kebangkitan rakyat yang pada suatu ketika membimbangkan AS dan Israel, akhirnya menjadi "senjata" kepada mereka untuk menjatuhkan pemimpin Arab yang tidak sebulu dengan mereka. Rakyat Iran, Syria diprovokasi untuk menjatuhkan pemimpin masing-masing yang terbukti tidak mesra Israel dan AS, begitu juga Gadaffi di Libya. DCM tidak suka Gadaffi (diktator-terlalu lama berkuasa), namun tindakan AS merencanakan serangan terhadap Libya atas alasan membela rakyat Libya sebenarnya hanyalah untuk kepentingan Israel dan "merompak" minyak yang dimiliki oleh Libya.  Apa sudah jadi dengan "minyak" di Iraq?

Itu sahaja, yang lain retorik dan kejahatan semata-mata!

PATI Sebabkan Kematian Anak dan Belasah Isteri

Posted: 20 Apr 2011 12:44 AM PDT

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Kerana marahkan isteri, seorang pekerja kilang tergamak hempas bayi yang ketika itu berusia empat bulan ke lantai hingga terkoyak ubun-ubun kepala dan maut.

Malah dalam pergaduhan sama, Adi Masahab, 29, warga Indonesia sanggup menumbuk isterinya. Kamriah Sabtu, 28.

Berdasarkan pertuduhan, kedua kejadian berlaku di bilik belakang sebuah rumah di tingkat 1, Blok N, Flat Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana Klang, dekat sini pada jam 4.30 pagi, 2 Disember 2009.

Dia mengaku melakukan semua kekejaman itu, sekali gus dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Lelaki terbabit yang juga pendatang tanpa izin (pati) mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian anaknya, Nur Fadilah berusia empat bulan, dengan cara menghempas bayi itu ke lantai.
Bagi tuduhan kedua, Adi mengaku bersalah menumbuk isterinya pada masa dan tempat sama serta dihukum penjara setahun lagi.

Hakim, Noor Azian Shaari memerintahkan kedua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh Adi ditangkap, lima hari lepas kejadian.

Dalam kejadian itu, suami isteri terbabit terlebih dahulu bergaduh hingga akhirnya Adi sanggup bertindak seperti itu.

Hasil bedah siasat mendapati anaknya mati akibat kecederaan parah di kepala kerana ubun-ubun kepala terkoyak, tulang tengkorak patah, manakala sebahagian otaknya keluar serta memasuki celah kulit kepala manakala Kamriah, yang juga warga Indonesia bengkak di kepala, lebam mata kiri dan tangan serta calar di leher.

Semalam, mahkamah sepatutnya meneruskan perbicaraan setelah 14 saksi memberi keterangan, tetapi akhirnya Adi memilih untuk mengaku salah terhadap kedua pertuduhan itu.

Noor Azian dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengambil kira faktor Adi sebagai Pati dalam menjatuhkan hukuman.

"Sekiranya Pati seperti Adi dipenjarakan terlalu lama, akan membebankan kerajaan. Hukuman ini (diperintahkan) dengan harapan Adi cepat dihantar balik ke negaranya," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan manakala Adi diwakili peguam, Md Radzi Mustafa.

P/s: Bingai! Ikut marah binasa!

Anjing Gigit Payu Dara, Suri Rumah Ambil Tindakan Undang-undang

Posted: 19 Apr 2011 11:30 PM PDT


Saya petik:
[HM] BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payu dara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

"Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,"
katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payu dara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

Isu Perkauman dan Pecah Belahkan Perpaduan Pasca PRN Sarawak: Kenyataan Balas Zairil Khir Johari (DAP)

Posted: 19 Apr 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 19hb April 2011:
Kenyataan balas terhadap dakwaan Dr Mahathir
Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Tun Dr Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian? Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa 'masyarakat Cina' akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Tun Dr Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau mimilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

* Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP

P/s: Saya sengaja malas mengulas hal ini. Sebab? Parti perkauman nombor 1 di Malaysia tuduh parti berbilang bangsa memecahbelahkan perpaduan dan bersifat perkauman. Di mana logiknya?!

Kecewa Cinta Sejenis Dihalang, Pelajar Perempuan Terjun Bangunan

Posted: 19 Apr 2011 10:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] SUNGAI PETANI: Akibat cinta dengan rakan sejenisnya dihalang keluarga, seorang pelajar perempuan tidak sedarkan diri dan patah kedua-dua kakinya apabila nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sungai Lalang, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila pelajar berusia 15 tahun itu tiba di sekolah dan terus ke tingkat tiga bangunan itu, lalu terjun.

Pada masa sama, beberapa pelajar cuba menghalangnya, namun gagal.
Mangsa dari Taman Bukit Permai, Sungai Lalang, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh pihak sekolah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU ).

P/s: Mahiadin, yang mana serius, pelajar obes atau pelajar kemaruk dengan pelbagai masalah sosial?


Pelakon Muslim Turki Berbogel di Majalah "Playboy"

Posted: 19 Apr 2011 09:00 PM PDT


Berita Agensi melaporkan Sila Sahin, gadis Muslim berketurunan Turki yang menetap di Berlin, mencetuskan kemarahan umat Islam di sana apabila bertindak mengambil foto bogel untuk kulit majalah Playboy.

Dia merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times. Sebelum ini, dia begitu disenangi peminat dan hal itu membuatkan keluarganya berasa bangga.

Namun, langkah terbaharunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Keluarganya tidak dapat menerima perbuatan Sila dan ibunya bertindak memutuskan hubungan dengan aktres berkenaan.

"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.

Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia walau bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.

P/s: Bingai! Respon DCM: Kalau mahu ke neraka, jangan ajak orang lain!!!


Bernikah Baru Sebulan, Mengandung Sudah 4 Bulan

Posted: 19 Apr 2011 08:00 PM PDT


Saya petik:

[Kosmo] JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.

Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

"Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,'' jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

"Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula," katanya....

P/s: Jadikan ikhtibar!

Sudah Menikah Rupa-rupanya!

Posted: 19 Apr 2011 07:30 PM PDT


Saya petik:
[UM]...Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah bahawa isteri Salim yang turut hadir pada prosiding hari ini bersedia untuk menjadi penjamin kepada kedua-dua tertuduh.

''Hal ini (perkahwinan kedua) memang telah diketahui isteri pertama Salim serta keluarga, sebab itulah isterinya itu sanggup menjadi penjamin tetapi gagal berbuat demikian kerana bukan pemastautin tetap negeri ini,'' katanya.

Nik Bukhari Hashimy kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Pulau Pinang bagi setiap tertuduh.

Salim tiba di mahkamah bersama isterinya pada kira-kira pukul 8 pagi manakala Nur Diayana yang berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama tiba berasingan sejam kemudian.

Sementara itu, di luar mahkamah, Wan Faridulhadi berkata, Salim dan Nur Diayana telah berkahwin di luar negara dan dalam proses mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Salim, isteri dan Nur Diayana dilihat pulang pada pukul 11.10 pagi setelah seorang ahli perniagaan membayar jaminan.

 P/s: Nikah luar negara?Mengapa di luar negara?




4 Pelajar Jahanam Cabul Rakan Depan Rakan yang Lain

Posted: 19 Apr 2011 06:25 PM PDT


Saya petik:
[HM] ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

"Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya," katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut....

P/s: Saya rasa pelik, Mahiadin bimbang pelajar obes sehingga menguar-uarkannya di media. Malah pelbagai program dirancang untuk menangani masalah itu. Jika dibandingkan dengan masalah pelanggaran disiplin dan perlakuan jenayah pelajar, masalah obesiti ini bukanlah di peringkat serius.

Yang sepatutnya Mahiaddin bimbang ialah fenomena jenayah yang kini menyusup hebat sehingga ke sekolah rendah. Jangan terkejut, ada pelajar semuda 9 tahun sudah didakwa merogol rakan sekelas bergilir-gilir. Apatah lagi kes cabul seperti yang diberitakan di atas.

Aduhai!


Tiada ulasan: