Isnin, 18 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PENTING] Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan! Apa yang Perlu Anda Buat?

Posted: 18 Apr 2011 05:56 AM PDT


Saya petik:
Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.

Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan ke pakpandir@gmail.com!

Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
1. Create akaun gmail

Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja 'here' dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com

Selepas SharpShooter, Rais Saman SabahKini Isu Rogol Amah

Posted: 18 Apr 2011 03:36 AM PDT

Saya petik:

[UM] Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.
Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.
Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan 'Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

 P/s: Bila Rais mahu saman sumber berita, NGO Migrant Care?

Kepada jurublog miskin, tiada pengaruh, tiada nama (seperti saya) yang pernah mengaitkan atau menuduh Pak Menteri ini secara langsung dalam kiriman masing-masing, saya nasihati anda untuk mengeditnya semula. Pak Menteri ini sedang mencari mangsa lain!



Injil Bahasa Melayu: Kain Rentang Ungkap Penghargaan kepada Najib

Posted: 17 Apr 2011 08:30 PM PDT






Sumber dan ulasan lanjut di Malaysia Waves.


Ikrar Ummi Mahu Selamatkan Maruah Bangsa dan Negara di Jeli. Maruah Diri Macam Mana?

Posted: 17 Apr 2011 07:00 PM PDT

Cuba kira penonton, cukup 1000?
Aduhai, Ummi Hafilda lagi! Baru-baru ini diterbangkan ke Sarawak, selepas itu ke Jeli pula. Adakah Ummi menggunakan wang sendiri dan kerana kehendak sendiri/rela hati ke sana ke mari untuk memburuk-burukkan Anwar Ibrahim? Sekali dua mungkin orang percaya, namun kalau sudah 1Malaysia dia pusing, ada orang mahu percaya dia berbuat demikian kerana agama dan bangsa?

Baginda, sebelum ini, mendedahkan kepada media bahawa Ummi tidak akan melakukan sesuatu tanpa habuan. Oppps!

Hari ini seperti yang diberitakan di BH, Ummi kononnya berjaya menarik 1000 penonton "membanjiri" Kompleks UMNO Jeli di Bukit Nangka untuk mendengar ceramahnya yang diberi tajuk "Membongkar Segala Rahsia".

Cuba teka siapa pasangan ceramah Ummi? Menurut sumber berita, Umi Hafilda dijadualkan menyampaikan ceramah itu bersama-sama dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohd Fairuz Khairuddin, namun pengkhianat PKR itu tiba-tiba tidak dapat hadir atas alasan mempunyai urusan di luar negara. Fairuz keluar PKR kononnya kerana sudah tidak percaya kepada kepimpinan PKR dan bimbang nasib Melayu di bawah PKR kini menjadi barua UMCO.

Kata Ummi, "Ancaman ugutan dan penghinaan sudah biasa, malah dulu lagi teruk ketika beliau (Anwar) berkuasa. Dulu, saya berjuang berseorangan tetapi sekarang semakin ramai yang tampil mendedahkan perkara sebenar....Pada tahun ini, saya berazam untuk 'menguburkan' Anwar menerusi pendedahan salah laku penyelewengan serta kemungkaran dilakukannya termasuk di mahkamah dan jangan biarkan beliau menipu rakyat lagi," Wow, Wah!!!

Dalam ceramah yang sama, Umi menafikan dakwaan pembangkang kononnya kemunculannya di pentas ceramah kerana diupah menjelang musim pilihan raya. Katanya, "Kemunculan saya ini atas rasa tanggungjawab untuk menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara selepas mendapati Barisan Nasional (BN) kehilangan lima negeri kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu dan ini membimbangkan jika Anwar berjaya menawan Putrajaya."

Anda percaya kata-kata anak dara tua ini? Silakan!

Ummi mahu selamatkan maruah bangsa dan negara? Saranan DCM, Ummi sepatutnya menyelamatkan maruahnya terlebih dahulu. Jika ada masih yang tidak tahu, saman Ummi sebanyak RM100 juta terhadap Baginda dan Malaysia Kini baru-baru ini ditolak. Hakim Zabariah Mohd Yusof menolak saman itu selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut. Orang yang mahu menyelamatkan maruah bangsa dan negara tidak serius menyelamatkan maruah sendiri? Baginda membuat kenyataan bahawa dia dan Ummi telah berzina di London, namun Ummi tidak serius membersihkan nama dan maruahnya, tetapi kemaruk mahu selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim????!!!

Kah kah kah!!!



Apa Hebatnya KIMMA Sampai Ditawarkan RM55 Juta? BN pun Tidak Kemaruk kepada Mereka!

Posted: 17 Apr 2011 05:30 PM PDT


Kadang-kadang rasa lawak apabila membaca sesetengah berita yang bersumberkan orang atau pertubuhan tertentu. Hari ini KIMMA mendakwa ditawarkan RM55 juta oleh seorang pemimpin pembangkang untuk menyokong pembangkang? 

Kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader:  "Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.

"Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.

"Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.

"KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

"Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan," katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, seperti yang dilaporkan oleh BH.

Siapa pemimpin pembangkang yang membuat tawaran itu? Sila dedahkan! Orang ini berani membuat dakwaan kerana tidak menyertakan nama. Tanpa nama, maka tiada sesiapa yang dapat mengambil tindakan undang-undang jika kenyataannya itu berunsur fitnah. Jika benar ada tawaran sedemikian rupa maka, bukti yang kukuh perlu didedahkan bukan sekadar membuat dakwaan untuk menarik perhatian pihak tertentu.

Cuba anda baca frasa yang saya merahkan di atas:  "pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian" Anda faham maksud frasa ini? KIMMA sebelum ini-sehingga kini, sudah banyak kali memohon menjadi parti komponen BN, namun permohonan pertubuhan itu tidak diterima oleh BN. Sehinggalah zaman Najib, KIMMA masih belum diterima sebagai parti komponen. Kalau tidak silap, KIMMA hanya dijadikan ahli bersekutu oleh BN.

Tuntasnya, kalau pertubuhan ini kemaruk sangat dengan BN, tidak mengapalah, tetapi janganlah membuat fitnah.

P/s: Bercakap soal KIMMA-BN, bukankah KIMMA "lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO"? Kah kah kah!!!


Tiada ulasan: