ALHUSSEYN |
Isu Rasuah Exco Perak - Zambry Yang Gelap Lagi Dalam Kegelapan… Posted: 17 Apr 2011 10:20 PM PDT Ha! ha! ha! cuba bayangkan, apa yang korang nampak jika Zambry berada dalam kegelapan!Gigi dan biji mata yang puteh? Tidak! Dalam persoalan ini kita nampak dengan jelas pembohongan Zambry.Dia cuba berbohong kononnya beliau tidak menyedari bahawa SPRM telah menyiasat seorang anggota Exconya kerana rasuah. Sewaktu persidangan DUN, Zambry sebelum ini telah ditanya oleh Adun Pasir Panjang Mohammad Nizar Jamaluddin supaya memberikan butiran Exco Perak yang ditahan oleh SPRM dan disoalsiasat selama sekitar lima jam baru-baru ini. Nizar mendakwa bahawa adik anggota Exco tersebut dan salah seorang keluarganya juga disoalsiasat oleh SPRM dan bahawa beliau sendiri (Nizar) mempunyai salinan dokumen daripada Majlis Bandaraya Ipoh dan Pejabat Tanah Kinta dan Jabatan Galian dan Mineral, berkaitan dengan soalsiasat tersebut. Kalau Nizar sendiri boleh tahu dan mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut ; maka amat mustahil maka Zambry tidak tahu apa yang berlaku ke atas orang yang dibawah hidungnya itu! Ah! Biar saya beritahu Zambry sendiri, bahaya saya sendiri mendapat tahu tentang isu rasuah anggota Exco tersebut kerana saya pernah didatangi oleh beberapa pegawai SPRM Ipoh dan dari Putra Jaya bertanyakan berhubung isu tuntutan palsu yang dilakukan oleh Exco tersebut. Ha! ha! ha! Kami boleh nampak jelas walaupun Zambry yang gelap itu cuba berselindung dalam gelap! |
Posted: 17 Apr 2011 05:56 PM PDT Sikap gila untuk tetap berkuasa telah mengakibatkan segala macam taktik kotor termasuk melanggar dan memperlekehkan undang-undang , rasuah dan janji-janji yang tidak ada jaminan untuk dipemenuhi. Nadi Negara, PM dan seluruh para menteri kabinet dan wakil rakyat yang dipilih diperintahkan turun untuk turut berkempen. Beberapa projek kos berjuta-juta dijanjikan, peruntukan dana segera untuk sekolah, gereja dan barang percuma, makanan percuma yang banyak sekali disertakan dengan hiburan. Kerajaan BN Taib Mahmud yang korup terus mendendangkan bahawa mereka adalah satu-satunya parti yang dapat membantu memajukan negeri dan tidak ada orang lain. Kononnya Sarawak telah begitu banyak berkembang dan pesat maju.Persoalan besar, apakah ini benar? Jika saya seorang rakyat Sarawak, saya akan bertanya, mengapa semua janji-janji jenis mee segera ini, rasa peduli dan prihatin hanya sewaktu kempen pilihan raya negeri tetapi selepas pilihan raya, semuanya pergi dan rakyat Sarawak akan dilupakan lagi sampai pemilihan yang akan datang seterusnya. Keputusan pilihan raya Sarawak mungkin dapat dirumuskan secara rambang bahawa : 1) Separuh dari rakyat Sarawak hanya mempunyai satu cara atau lain untuk tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap negeri mereka. Separuh lagi yang lain tidak tahu langsung dan menjalani kehidupan mereka yang biasa, sifar tentang apa yang terjadi dengan dunia luar dan malahan ramai yang mungkin tidak ambil peduli langsung sama sekali. 2) Walaupun ada gelombang yang menuntut perubahan, ramai yang mungkin tidak mempunyai keyakinan untuk mempercayai membentuk sebuah kerajaan baru.Mereka telah biasa dengan cara hidup mereka yang selama lebih dari 40 tahun dan tidak mahu mengganggu ketenangan. 3) Kerajaan yang berkuasa tahu kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan dan mereka sedar bahawa rakyat sangat marah. Tetapi mereka juga tahu bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut. Mereka tahu bahawa mereka yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk banyak lokasi yang sama sekali terputus dari orang lain lebih mudah untuk dipujuk dan ditenangkan. Selain itu mereka hanya kenal satu parti yang memerintah mereka selama lebih dari 40 tahun. Mereka berkuasa ke atas kawasan-kawasan mengundi tersebut yang merupakan sekitar 30% dari kerusi yang dipertandingkan. 4) Semangat kenegerian yang sangat menebal dikalangan warga Sarawak hinggakan mereka lebih rela ditipu dan dicabuli hak mereka oleh anak tempatan sendiri dan menganggap orang luar hanya bertujuan untuk menjajah atau cuba menunjuk ajar warga Sarawak untuk mentadbir negeri sendiri. BN menumpukan lebih banyak usaha di kawasan semi-luar bandar di mana peluang menang adalah 50 - 50. Dengan kekuatan mereka dan jentera kerajaan dibawah mereka, SPR, PDRM dan pendukung tegar, mereka menaburkan wang di sana-sini tanpa kita ketahui dari mana punca datangnya dana tersebut . Selama lebih dari 40 tahun mereka tidak mampu mencari dana untuk pembangunan, tetapi tiba-tiba dalam pemilihan ini, berjuta-juta yang mengalir masuk. Kawasan bandar adalah agak sukar tetapi menaburkan wang masih mampu menggoda mereka. Selain wang ringgit dan barang-barangan percuma, mereka mengancam, menghasut, memprovokasi, menggunakan emosi perkauman dan agama dan terburuk - berbohong . Dengan serangan pihak kerajaan yang berkuasa, pembangkang hanya mampu gembira untuk mempertahankan kerusi mereka, dan menambah beberapa kerusi lagi. Kini telah kita saksikan dan ketahui bahawa masih ramai rakyat Sarawak begitu mudah dibeli, dihasut, diancam atau diprovokasi dan percaya kepada pembohongan Taib Mahmud dan BN. Ah! Hosni Mubarak yang telah tersungkur itu pun selalu menang dengan majoriti besar dalam pemilihan dinegaranya.Tetapi itu bukan merupakan bukti kukuh bahawa majoriti rakyat menyokong dan suka kepadanya.Begitu juga Taib Mahmud dan BN.Pakatan Rakyat perlu berusaha terus untuk menyedarkan mereka. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan