Khamis, 7 April 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Makhluk Ganjil di Sungai Parrett, Britain

Posted: 07 Apr 2011 07:45 AM PDT


Berita Agensi melaporkan kemunculan satu makhluk ganjil terapung di Sungai Parrett di Bridgwater, Britain seperti yang dilaporkan dalam beberapa buah akhbar semalam.

Ada kalangan saksi mendakwa melihat kelibat makhluk itu dari sebuah jambatan pada Isnin lepas di bandar tersebut yang dihuni hampir 34,000 orang.

Penduduk kini membuat spekulasi tentang identiti makhluk tersebut sama ada makhluk itu penyu, ikan lumba-lumba, atau bangkai babi.

Beberapa orang yang melihat makhluk itu mengesyaki makhluk itu kacukan penyu dan babi. Ada pula yang menganggap makhluk ganjil itu mungkin batu dan seekor anjing.

Spekulasi tentang identiti makhluk tersebut juga dibincangkan di laman Twitter.

Seorang penduduk, Coral Pople memberitahu sebuah akhbar tempatan: "Saya sudah berada di sini selama 45 minit. Setiap orang menyatakan makhluk itu adalah seekor penyu tetapi pada pandangan saya makhluk itukelihatan seperti seekor babi."

Menurut seorang lagi penduduk, Andrew Coles, terdapat seseorang yang melompat ke dalam sungai dan khabar angin yang didengarinya menyatakan satu mayat berada di dalam sungai tersebut.

Makhluk itu dilihat tidak bergerak dan terapung di sungai tersebut dekat dengan pusat bandar ini.
Seorang jurucakap polis menyatakan pihaknya memang mengetahui terdapat sejumlah besar orang mengerumuni jambatan tersebut untuk melihat makhluk ganjil itu.

Anggota-anggota polis meninggalkan jambatan itu selepas mereka melihat makhluk itu tanpa mengambil sebarang tindakan.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Pengunjung DCM Dakwa Ahmad Sarbani Seorang yang Baik!

Posted: 07 Apr 2011 06:30 AM PDT

 

Tatkala media arus perdana melaporkan seolah-olah Ahmad Sarbani menghadapi tekanan dan berkemungkinan bertindak membunuh diri, ada beberapa pengunjung blog ini melalui ruang komen menyatakan sebaliknya. Malah, seperti yang diberitakan dalam TMI, rakan dan keluarga turut senada dengan pemberi komen di bawah ini.


Blogger HAJI AL-AZMY berkata...
AskmSaya mengenali Allahyarham Sarbini secara dekat kerana beliau adalah bapa saudara saya, beliau seorang yang agak warak, tidak tinggal solat dan sering jadi imam di tempat kerja.Adalah mustahil beliau membunuh diri, dan statement metro dan utusan menyatakan Sarbini rungsing dan ini boleh menggambarkan beliau mengambil tindakan bunuh diri.Sebenarnya beliau di panggil SPRM untuk menunjukkan bukti geran rumah yang beliau beli.Mana PERKASA bila melayu dibunuh, kenapa DIAM..
Khamis, April 07, 2011 3:10:00 PM

Ada lah d fhmkn tim pngarah kastam tersebut pergi ke pejabat SPRM untuk menukar statement dari mengaku bersalah kepada tidak mengaku bersalah. Mungkin ini mnyebabkan pgwai SPRM naik berang. Saya dpt mklumat ini dari rkn yg bertugas Allah Yarham
gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, April 06, 2011 6:41:00 PM     



salam.saya sangat kenal dengan arwah..die tidak bersalah.die ke SPRM untuk bg info sahaja..dan semua ni anak die sendiri yang bg tahu..arwah seorang yang sangat baik..percaya la..jgn tuduh beliau yang bukan²..

 Malah, orang juga tertanya sebab mogok dilancarkan di bangunan Kastam Pelabuhan Klang seperti yang tertulis di Twitter: According to Santiago's Twitter account, more than 800 frieght forwarders protested at the North Port Customs building in Port Klang yesterday. Malah, cerita fasal mogok ini juga ada diceritakan di sini.

Jika benar berlaku mogok/protes, sebab apa mogok itu dilakukan?

Saya tidak kata dengan kematian pegawai Kastam itu maka dengan itu mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah. Siasatan seharusnya dilakukan untuk mengesahkan sama ada beliau bersalah atau tidak. Namun, rata-rata orang ragu-ragu dengan cara kematiannya, kaitannya dengan kes yang sedang disiasat.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[PANAS] Jurublog PR DakwaTerima Video Seks Pemimpin UMCO

Posted: 07 Apr 2011 05:00 AM PDT

Saya baru jenguk blog Milo Suam. Agak mengejutkan apabila beliau melalui kirimannya mendakwa menerima sebuah klip video seks berformat 3gp daripada ahli UMCO yang muak dengan politik kotor UMCO. Bersama-sama dengan video itu disertakan sepucuk e-mel.

Teruskan bacaan anda di sini.

Jeng..jeng...jeng Siapa yang akan "terbogel" selepas ini?


Kematian Ahmad Sarbani Ada kaitan dengan Pegawai Kanan Kastam? Siapa Pegawai Itu?

Posted: 07 Apr 2011 03:30 AM PDT


Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: Pendedahan mengejutkan seorang pemimpin DAP telah mendakwa seorang pegawai kanan Kastam berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kematian rakan sejawatnya, Ahmad Sarbani Mohamad.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata dia mendapat maklumat ini daripada ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.

"Mereka berpendapat kematian Sarbani ada hubung kait dengannya (pegawai kanan)," katanya kepada wartawan di Parlimen.

Santiago berkata dia tahu identiti pegawai kanan Kastam tersebut tetapi enggan mendedahkannya buat ketika ini.

Ahli Parlimen Pembangkang itu berkata ia diberi penerangan lengkap oleh agen-agen penghantar kargo, yang rapat dengan Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang yang ditahan SPRM dalam serbuan besar-besaran pada 1 April lalu atas kesalahan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

(Kredit: Pulakdah!)

 P/s: Ada pihak yang mendakwa Ahmad Sarbani dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu. Kini semakin banyak pihak yang berpendapat demikian. Semalam juga kecoh fasal kakitangan Kastam yang dikatakan melakukan mogok di Perlabuhan Klang.

Demi "Jaga Hati" Samy Vellu, Kerajaan Wujud Jawatan Baru dan Bayar RM27 Ribu Sebulan

Posted: 07 Apr 2011 01:50 AM PDT


Malaysia Kini melaporkan bahawa Datuk Seri S Samy Vellu yang dilantik Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan dibayar gaji dan elaun sebanyak RM27,227.20 sebulan. Hal ini dinyatakan oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan mewujudkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya.

Bekas Presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

"Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur," katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

"Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan. 

Menurut Nazri lagi jawatan yang disandang oleh Samy Vellu itu juga tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain.

"Lingkungan kerja Duta Khas adalah mengenal pasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia.

"Seterusnya, Duta Khas akan mengerakkan peranan mewujudkan peluang yang baik bagi syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek tersebut mengikut undang-undang dan peraturan tempatan," katanya.

Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu, yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC tahun.

P/s: Gebanglah pak menteri, orang tahu sebab Samy Vellu dilantik memegang jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini. PEMBAZIRAN!!!!


Khairy, Isteri Pemimpin Tertinggi Ada Video Seks?? WOW!

Posted: 07 Apr 2011 12:30 AM PDT

Mungkinkah imej ini dikatakan video membabitkan pemimpin Pemuda UMCO yang pernah heboh suatu ketika dahulu?

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan  kebangkitan rakyat di Timur Tengah,  media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Menurutnya, masyarakat dunia  kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.

"Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa. Malah yang terbaru 'desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

"Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti  dengan gambar musuh politik  mereka.

"Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah," katanya yang  mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.

Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia? Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut," tegas beliau dalam satu kenyataan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik,  tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik 'selak kain'.

"Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah  yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.

"Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar. Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara," ujar beliau.

Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.

"Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," ujar beliau.
 P/s: WOW!!! Bila UMCO mahu tubuhkan suruhanjaya diraja siasat video-video ini?


[Video-Ngeri] Berbelas Ekor Ikan Keluar dari Leher Mangsa Lemas

Posted: 06 Apr 2011 11:13 PM PDT


Video:

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Gadis CUN Tidak Pernah Gosok Gigi Selama 10 Tahun

Posted: 06 Apr 2011 09:00 PM PDT


Setiap orang ada tabiat tersendiri. Namun, tabiat itu kadang kala mengejutkan orang lain.

Martian Virus, sebuah program TV popular di Korea menyiarkan tabiat dan sifat pelik manusia. Salah satu siaran program ini adalah tentang tabiat pelik seorang gadis cun. Seperti yang anda ketahui, gadis cun ini yang dikenali "Cutey Yellowish" tidak menggosok giginya sejak sepuluh tahun lalu. 

Cutey Yellowish atau nama sebenarnya Ji Hyun Ji, 20 tahun, menegaskan, "Saya tidak faham sebab orang perlu menggosok gigi, kerana bukannya ada orang yang mahu melihat mulut anda."

"Apabila makanan menyelaputi gigi, makanan itu sebenarnya melindungi gigi saya."

Gadis ini hanya mengelap gigi hadapannya dengan tisu pada waktu-waktu tertentu sahaja. 

P/s: Artikel yang disiarkan oleh Korean Herald ini kurang lengkap. Kita tidak tahu kondisi gigi gadis cun ini. Namun bayangkanlah jika giginya tidak digosok selama sepuluh tahun, dan hanya dilap pada waktu-waktu tertentu sahaja! Err!!!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[PANAS] Kesatuan Kastam Sangsi Sarbani ke SPRM TANPA Dipanggil (Jeng..jeng...jeng)

Posted: 06 Apr 2011 07:30 PM PDT

Yang menjadi isu, sama ada Ahmad Sarbani dipanggil secara rasmi ke SPRM pada hari kejadian atau beliau datang tanpa dipanggil. Pegawai SPRM mendakwa Sarbani datang ke SPRM tanpa membuat janji temu. Hal ini dipersoal oleh Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia. Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Ada yang tidak kena!!!

Lanjut, baca petikan berita di bawah ini:

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

"Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu," kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

"Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang," katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

"Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi)," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

"Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat," katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

"Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional," katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

"Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik," katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada sidang media semalam,  Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

P/s: Semakin banyak pihak merasakan ada sesuatu yang tidak kena!!!


Deepak yang Terkenal di Malaysia Today Nafi Tuduhan Raja Petra

Posted: 06 Apr 2011 05:22 PM PDT


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 April – Seorang ahli perniagaan berprofil rendah yang pernah dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia dan hubungannya dengan keluarga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu, hari ini muncul di khalayak untuk mempertahankan keluarga dan perniagaannya.

Pengedar permaidani dan ejen hartanah Deepak Jaikishan mendakwa tulisan terbaru blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today semalam sebagai satu fitnah dan pembohongan.

"Pertama, adalah benar saya kenal Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya pembekal permaidani dan produk-produk hiasan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dikatakan dalam Malaysia Today mengenai saya adalah tidak benar," katanya pada sidang media di sini petang ini berhubung tulisan di bawah tajuk " Carpetman, bagman, toyboy has been bagged".

Ahli perniagaan itu mengaku memang benar syarikatnya pernah memperoleh pinjaman RM600 juta dari Kuwait Finance House untuk disalurkan ke dalam pelaburan-pelaburan hartanah di luar Malaysia selain perniagaan permaidani keluarganya, dan kini pinjamanannya berjumlah RM200 juta.

Deepak berkata beliau seorang ahli perniagaan yang tidak memihak mana-mana parti politik atau cenderung kepada elit politik bagi mendapatkan faedah kewangan.

Malah beliau juga menafikan tulisan Malaysia Today bahawa beliau memainkan peranan dalam 'membisukan' penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dalam kes berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa Deepak sebagai dalang rasuah yang turut terlibat dalam hubungan seksual dengan isteri perdana menteri tetapi sudah tidak lagi disukai Rosmah apabila meramalkan politik Najib akan berakhir Julai ini.

Deepak menafikan dakwaan Raja Petra itu.

Katanya, beliau mesra dengan Rosmah sejak hari isteri perdana menteri itu melangkah ke pusat permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira tujuh tahun lalu.

"Rosmah, saya melayan dia sebagai kakak saya," katanya.

Deepak berkata dia tidak bergantung pada perdana menteri atau keluarganya untuk berniaga kerana ada pelanggan di seluruh dunia termasuk kerabat diraja dan ahli-ahli politik pembangkang seperti Karpal Singh dan keluarganya.

Ahli perniagaan ini menambah, beliau hanya tampil sekarang kerana merasakan reputasinya dalam komuniti perniagaan antarabangsa sudah mula terjejas.

"Dakwaan dalam Malaysia Today membawa mudarat, menjejaskan hubungan perniagaan antara saya atau syarikat-syarikat saya dan bank-bank dan sekali lagi ini usaha orang yang iri hati dengan saya atau bisnes saya untuk merosakkan saya," katanya lagi.

"Kami berurusan dengan bank-bank di rantau ini. Kami tidak boleh menerima ini. Saya tidak boleh menerima yang ini," katanya lagi.

Pun begitu beliau belum bercadang mahu mengambil tindakan ke atas Raja Petra.

"Dia seorang pelarian. Apa saya boleh buat?" katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berbuat demikian jika keadaan semakin serius.

Deepak berkata beliau tidak pernah merisau mengenai tulisan-tulsain dalam Malaysia Today sebelum ini khususnya yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya kerana kesemuanya bersifat politik, bukannya bisnes.

Malah katanya, beliau juga telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbukti tidak bersalah.

Deepak berkata beliau mengesyaki seseorang yang memusuhi bisnesnya memanipulasi Raja Petra dalam menghasilkan artikel-artikel terbaru.

"Mungkin ada orang menghasut beliau. Ia bukan artikel politik, ia pembunuhan karakter ke atas seorang ahli perniagaan," katanya lagi.

Awas, Telur TIRUAN!

Posted: 06 Apr 2011 04:45 PM PDT

 
Saya petik:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Tiada ulasan: