DIALOG RAKYAT |
- 'Mahasiswa disingkirkan jika sertai himpunan 1 Mei'
- Masalah di T'gganu? PM adakan perjumpaan tertutup
- Anwar dakwa Soi Lek pengecut
- Pastor bakar al-Quran muncul lagi, ‘disambut’ kasut dan botol
- 16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya!
- Istiqamah PAS bersama Pakatan Rakyat
- Awie Cuba Pertahankan Kehidupan Jahiliyahnya Hentam Bob Lokman
- Sumpah Laknat: NUJ Selar Niat Jahat Utusan, Berita Harian
- PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA, PANGGGIL PERSIDANGAN OIC
- Anugerah Tokoh Terbilang UMNO Adalah Tokoh Wanita - Najib
- MCA Sekali Lagi Tegaskan Pendirian Soal Kedudukan Dalam Kerajaan
- TV Al-Hijrah Tarik Diri Sebagai Penyiar Rasmi ISF Ke-2
- Ahli Parlimen Kapar Terima CD Video Seks
- Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang
- Menjaja surat khabar tanpa lesen boleh didenda RM100,000: Runji
- RM1.44 JUTA UNTUK BLOGGER?
- KAMPUNG WIFI ATAU KAMPUNG ‘WIFE-I’?
- PPK TIDAK PERNAH BERI BIBIT UBI MENTEGA
- Hak PKR terbit Suara Keadilan
- PAS kesal nelayan tercicir terima sumbangan
- Soi Lek sedang lelong maruah Umno
- Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara
- Nadir bumi: Perak batal MoU firma Hong Kong
| 'Mahasiswa disingkirkan jika sertai himpunan 1 Mei' Posted: 30 Apr 2011 01:45 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang aktivis Universiti Malaya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi Mohd Zaini telah diingatkan supaya tidak menyertai himpunan hari pekerja 1 Mei esok ataupun berdepan dengan tindakan dipecat dari universiti itu. Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof."Jangan sertai himpunan itu atau kamu akan dibuang UM!" katanya kepada pelajar UM berkenaan. Sumber juga mendakwa Izzuddin (atas, baju putih) telah dihubungi oleh Rohana sebelum ini untuk berjumpa dan berbincang sesuatu di pejabatnya. Setelah berjumpa dengannya, beberapa pertanyaan telah ditujukan kepada mahasiswa tahun akhir itu. Antaranya tentang pembabitan Izzuddin dalam himpunan 1 Mei nanti dan beberapa soalan lain berkenaan penglibatannya dalam gerakan dan politik luar. Izzuddin dalam kenyataannya menegaskan beliau berjumpa dengan Rohana atas sebab 'kerelaannya' sendiri setelah dihubungi sebelum ini. "Saya dinasihati olehnya dan mengeluarkan amaran agar jangan sertai Himpunan Pekerja 1 Mei nanti. "Saya tanya kalau saya sertai, Datuk jawab...sertai atau kamu akan dibuang universiti," tambahnya lagi. Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.Peserta diberitakan akan berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka. Selain Izzuddin yang mewakili SMM, turut hadir dalam sidang media sebelum ini ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab. | ||
| Masalah di T'gganu? PM adakan perjumpaan tertutup Posted: 30 Apr 2011 01:43 AM PDT BERNAMA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen Terengganu serta beberapa pimpinan parti komponen BN Negeri, malam ini. Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.Turut serta dalam mesyuarat itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tiba di Ri-yaz Heritage di Pulau Duyong, di Kauala Terengganu pada kira-kira pukul 10.30 malam, dan perjumpaan itu berakhir pada kira-kira pukul 12 tengah malam. Semua 24 ADUN dan enam anggota Parlimen BN hadir pada perjumpaan itu. Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat yang menyaksikan jadual padat sepanjang hari ini. | ||
| Posted: 30 Apr 2011 01:33 AM PDT
Sehubungan itu, Anwar menekankan, PR akan mempertahankan setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 mengenai hak dan keistimewaan orang-orang Melayu. "Chua Soi Lek mahu kita bergaduh antara satu sama lain. Kita tidak akan disyaratkan oleh anda. Anda tidak ada keberanian untuk berhadapan dengan amalan rasuah pemimpin-pemimpin Melayu. "Pemimpin-pemimpin MCA tiada keberanian. Kami (PR) akan bangun dan lawan kedua-dua pemimpin Melayu dan Cina yang rasuah," kata beliau ketika satu ceramah di Ampang dekat sini malam tadi. Ketua Umum PR ini berkata perbezaan antara BN dan PR ialah perikatannya berjuang untuk menjaga kepentingan Melayu manakala BN pula hanya melindungi kekayaan keluarga masing-masing. Beliau menambah, sementara Umno mendakwa ia menjadi pelindung hak orang Melayu, mereka terus mengabaikan golongan miskin dan meminggirkan anggota masyarakat sendiri. "Jangan terperangkap dengan permainan mereka. Kami akan mempertahankan peruntukan-peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia," katanya. Dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube baru-baru ini, Dr Chua (gambar) berkata beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika ia sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. "Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya. "Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka," kata beliau. Dalam ceramahnya, Anwar juga memperlekehkan kempen Utusan "1Melayu, 1Bumi" dan mencabar konsep Umno komuniti Melayu. "Melayu bagi mereka ialah ahli-ahli perniagaan Melayu, keluarga menteri, keluarga Rosmah (isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dan anak-anak (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad). Ini definisi orang Melayu. "Mereka tidak mahu mempertahankan nasib orang miskin," katanya lagi. "Bagi mereka hak-hak orang Melayu adalah keluarga mereka, bagi kami hak-hak Melayu adalah hak komuniti," katanya lagi. | ||
| Pastor bakar al-Quran muncul lagi, ‘disambut’ kasut dan botol Posted: 30 Apr 2011 01:23 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Polis Dearborn cuba menenangkan penunjuk perasaan membantah kemunculan Pastor Terry Jones di pekarangan Dewan Bandaraya Dearborn, Dearborn, Michigan semalam. — Foto Reuters Pastor Terry Jones, 59, bertekad untuk kembali minggu ini walaupun perintah mahkamah melarangnya mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Islam Amerika di sini. Dia mendakwa perintah itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Amerika Syarikat. "Kami berada di sini untuk bercakap mengenai isu-isu berkaitan dengan rakyat Amerika," kata Jones, yang bercakap menggunakan mikrofon tanpa wayar di podium yang didirikan di atas tangga dewan bandar raya. Bulan lalu dia membakar al-Quran di Florida, menyebabkan kemarahan di banyak negara. Zon sekatan juga didirikan di sepanjang jalan empat lorong di Michigan Avenue. Seramai 75 pengikut Jones, dilihat kecil telah diatasi oleh kumpulan penentangnya yang lima kali lebih besar. Datuk Bandar Dearborn John O'Reilly Jr kemudian memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu dihentikan atas sebab-sebab keselamatan. "Mereka meminta dia tidak melangkah ke arah sekatan dan dia patuh arahan itu," kata O'Reilly. "Tugas kami ialah melindungi komuniti kami dan itu yang kami lakukan," katanya lagi. Jones merancang untuk mengadakan demonstrasi selama tiga jam tetapi berakhir dalam 75 minit, dan dia diiringi oleh polis ke arah kereta yang sedang menanti. Masyarakat Islam dan Kristian, tidak kira muda atau tua berbaris memperlihatkan sokongan membantah Jones, yang menurut mereka dia membwa mesej membenci. "Kami tidak mengecam anda. Kami berada di sini bukan untuk protes anda. Kami berada di sini untuk menjemput anda kepada Islam," kata penduduk Dearborn Monzer Jaber. "Setiap orang berhak kepada kebebasan berucap tetapi saya tidak menganggap yang itu sebagai kebebasan berucap," kata Matty O'Dea yang dipetik Fox Detriot. "Saya fikir adalah sangat penting kita biar orang lain mengetahui bahawa Dearborn adalah satu komuniti yang bersatu. "Kami mengambil berat dan menghormati satu sama lain," kata seorang lagi penduduk Dearborn Roxanne McDonald. Awalnya protes bermula dengan tenang dan aman. Jones berada di podium sambil bercakap menyentuh Islam radikal manakala kumpulan yang antibeliau pula melemparkan kata-kata yang mencabarnya. "Ini Amerika dan sangat cantik, malah walaupun ia kontroversial, tapi dalam hal ini mereka boleh menyuarakan pandangan mereka. Ramai yang tidak boleh melakukan begitu di banyak negara," katanya. Bagaimanapun Jones dengan menarik mikrofon terus berjalan ke arah penunjuk perasaan yang mengecamnya. Polis Dearborn tidak dapat mengawal keadaan apabila berpuluh-puluh orang melepasi sekatan lalu menjerit dan membaling botol dan kasut ke arah Jones dan pengikutnya. | ||
| 16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya! Posted: 30 Apr 2011 01:08 AM PDT Oleh Saiful Bahri Rakyat menanti tarikh baru 16 Mei. Bukan lagi 13 Mei sebagai tarikh pertemb Untuk kembalikan Anwar ke penjara. Ulangkan siri jenayah seks kedua atau ketiga. Apa peduli dengan maruah atau kehormatan. Nyawa UMNO lebih penting. Apa bicara dengan undang-undang dan syariah kerana matlamat politik adalah segalanya. 3M (Money, Media, Missionary) tetap menjadi senjata yang berkesan kini. Sebagai kata Najib.." ia tetap berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga darah terakhir". Tetapi mungkin rakyat juga muak dengan kejahatan dan kezaliman UMNO. Kalau dulu PR masih lemah. PKR masih baru bernafas. Kerajaan Pakatan hanya Kelantan sahaja. Orang Cina bersama dengan MCA & Gerakan dan orang India bersama MIC. Berbeza kini. Orang cina sudah tak bersama dengan BN lagi. Jika UMNO buat musuh dengan orang cina dan Umno hanya mengharapkan sokongan melayu tegar sahaja maka Melayu PKR dan PAS takkan bersama mereka. Jika sikap UMNO-BN dan pemimpin kerajaan berterusan memalukan keluarga Anwar dan Wan Azizah, Simpati rakyat akan berganjak kepada PR. Apatah kalau mereka memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya ini, orang melayu juga akan bangkit menyokong PR dan senang-senang akan ke Putrajaya. | ||
| Istiqamah PAS bersama Pakatan Rakyat Posted: 30 Apr 2011 01:06 AM PDT Oleh Abu Firdaus Menjelang pilihan raya umum ini, PAS menghadapi tekanan kuat daripada Umno supaya meninggalkan Pakatan Rakyat. Ada tiga hujah yang sentiasa dipasakkan oleh Umno kepada PAS sejak pilihan raya umum lalu. Pertama,Anwar Ibrahim itu tidak bermoral dan Keadilan itu mempunyai agenda anti-Islam. Kedua, DAP menggunakan PAS. Ketiga, PAS mesti bersatu dengan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam. Tetapi bukan saja hujah-hujah itu dicanangkan. Gerakan dilakukan supaya pendedahan dibuat untuk menunjukkan bahawa Anwar itu tidak bermoral dan Keadilan itu didokong Yahudi Amerika. Sementara terhadap DAP pula didedahkan ia merupakan parti rasis Cina yang licik dengan beroperasi memperalatkan PAS. Akhir sekali, terhadap PAS pula ditonjolkan betapa parti itu berpecah dua, yang satu menyokong Anwar, dan satu lagi menentang Anwar. Maka mereka akan memuji-muji pihak yang menentang Anwar, dan memburukkan golongan yang menyokong Anwar. Matlamat politiknya mudah, apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat, lemahlah Keadilan dan DAP, danBarisan Nasional kembali cemerlang seperti keadaan pra 2008. Untuk tujuan itu, Umno sanggup berunding dengan PAS dalam gagasan Kerajaan Perpaduan. Maknanya PAS dan BN tidak perlu berebut kawasan yang sama. Di mana-mana kawasan yang PAS menerajui, maka BN tidak akan meletakkan calonnya. Sebaliknya PAS dminta menentang calon Keadilan atau DAP. Dengan cara ini BN akan dapat terus memegang pemerintahan negara dan negeri-negeri. Malah mungkin PAS boleh terus menerajui negeri Kelantan dan Kedah dengan sokongan BN. Hatta di Perak pun, PAS boleh terus menjadi Menteri Besar. Strategi memecah-belahkan PAS ini juga akan digunaka terhadap bukan saja Keadilan tetapi juga DAP. BN secara tidak langsung akan memberi dokongan moral kepada mana-mana kumpulan Keadilan yang sanggup menentang Anwar. Maka dalam hal ini, apa yang disebut sebagai Kuasa Ketiga iaitu golongan bekas Keadilan yang menubuhkan kumpulan masing-masing akan diperkuatkan. Bagi Kuasa Ketiga ini termasuklah Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) pimpinan Raja Petra Kamaruddin, KITA pimpinan Zaid Ibrahim, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) pimpinan Nallakarupan. Usaha terus dilakukan untuk melemahkan Keadilan. Namun begitu, setakat ini usaha untuk melunyaikan DAP tidak nampak kesannya. Dalam hal ini, lihatlah bagaimana BN ditubuhkan antara lain adalah untuk mengukuhkan Perikatan dan sekaligus melemahkan pembangkang. Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang. PAS dipinggirkan apabila Perikatan kembali kuat. Akhirnya kini Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP) berjaya dilemahkan. Yang kuat sekarang ialah DAP dan ia merupakan parti utama yang menolak untuk menyertai BN pada tahun 1970. Sementara Parti Rakyat Malaya (PRM) juga kuat sebagai sebuah parti yang bergabung dalam Keadilan. Soalannya sekarang, adakah benar DAP memperalatkan PAS sejak tahun 2008? Perlu diingat PAS menang di satu negeri iaitu Kedah dan DAP menguasai satu negeri juga iaitu Pulau Pinang. Kemenangan itu adalah kerjasama semua komponen Pakatan Rakyat. Bukan itu saja, Selangor dipimpin oleh Keadilan dan paling unik ialah Perak. Ia hakikatnya adalah pimpinan DAP. Tetapi ia tumbang pun kerana ADUN DAP. Semua ini menunjukkan semua parti dalam Pakatan Rakyat saling bantu-membantu. Tidak boleh disebut bahawa DAP menguasai PAS. Platform Pakatan adalah jelas iaitu urus tadbir kerajaan yang baik. Mengenai Anwar, ia hanyalah seorang tokoh yang diperlukan oleh Pakatan. Tetapi kalau ditakdirkan beliau terpaksa berundur, maka Pakatan akan tetap diteruskan supaya negara tidak akan kembali kepada keadaan pra 2008 yang berfungsi atas hegemoni Umno. | ||
| Awie Cuba Pertahankan Kehidupan Jahiliyahnya Hentam Bob Lokman Posted: 30 Apr 2011 01:00 AM PDT KELAB GREENBOC
Bob usah hipokrit, riak'KUALA LUMPUR: "Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik. Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini. "Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini. "Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri. "Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985. -hm Ulasan GB Itu sajakah yang mampu dilkakukan oleh Awie di dalam serangannya kepada Bob Lokman? Bob Lokman telah memperolehi hidayah Allah yang kemudian menyeru dan mengajak sekalian rakannya untuk tinggalkan dunia hedonistik tetapi Awie masih terbelenggu di dalam dunianya itu. Bob Lokman melaksanakan kewajipannya sebagai umat Islam sesuai dengan bimbingan hidayah yang diperolehinya tetapi Awie pula cuba menjadi batu penghalang untuk kerja dakwah yang Bob lakukan. Memang masing-masing pernah sama-sama cari makan melalui hiburan, cuma satu telah berjaya melepaskan dirinya dari gelombang syaitaniah sementara seorang lagi masih sayang untuk meninggalkannya. Kenyataan bodoh Awie terletaknya di sini: mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik Berdakwah bukan mencari publisiti. Di situ KEJAHILAN Awie yang ketara. Ia adalah tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu. Ia adalah satu tuntutan di dalam agama sepertimana firmanullah: "Dan hendaklah ada diantara kalian segolongan ummat (jemaah) yang menyeru kepada kebaikan, menyeru kepada yang Ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran, ayat 104) Kemudian Awie berkata lagi: "Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," Kita perlu jujur dengan diri sendiri. Perbuatan salah yang dilakukan masa lampau perlu ditinggalkan malah perlu dikutuk. Kalau dahulu jahiliyah, maka perbuatan jahiliyah itu hendaklah ditinggalkan habis dan membenterasnya sepertimana yang Rasulullah tunjukkan kepada umat Islam teerdahulu. Peminum-peminum arak zaman Rasulullah apabila turunnya ayat mengenai pengharaman arak, terus membuang semua arak yang tersimpan di dalam tempayan-tempayan dan kemudian menyeru orang lain tidak meminumnya lagi. Sekarang saya ingin bertanya kepada Awie dan sekalian penyokongnya, kamu-0kamu masih mahu meneruskan amalan jahiliyah yang kamu telah lalui selama ini dan kemudian menjadi penentang kepada golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan melarang kejahatan? Awie perlu diheret masuk ke kelas Fardhu Ain segera supaya belajar ugama Islam dengan lebih mendalam dan jangan bercakap ikut sedap rasa sehingga mengumpul lebih banyak dosa sedangkan pahala belum sebanyak mana. | ||
| Sumpah Laknat: NUJ Selar Niat Jahat Utusan, Berita Harian Posted: 30 Apr 2011 12:57 AM PDT KELAB GREENBOC
PKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran. "Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam. "Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi," kata Hata. Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf. Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana. Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah. "Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi." Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu. Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka. "Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar. "Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya. -mk | ||
| PINDAHKAN RAKYAT MALAYSIA, PANGGGIL PERSIDANGAN OIC Posted: 30 Apr 2011 12:52 AM PDT
Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menggesa Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Syria untuk memindah atau membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Keadaan yang semakin meruncing dan tidak menentu di Damsyik sekarang di atas bantahan dan tunjuk perasaan rakyat Syria yang menggesa Presiden Bashir Asad untuk berundur semakin tinggi. | ||
| Anugerah Tokoh Terbilang UMNO Adalah Tokoh Wanita - Najib Posted: 30 Apr 2011 12:51 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat malam bersetuju untuk mengurniakan 'Anugerah Tokoh Melayu Terbilang' kepada seorang wanita sempena sambutan Hari Ulang Tahun Umno ke-65 pada 11 Mei ini, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ia adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang banyak menyumbang kepada negara memandangkan sebelum ini anugerah itu hanya dianugerahkan kepada golongan lelaki. "Pada kali ini kita buat penambahbaikan untuk menghargai peranan wanita. Kita akan beri dua anugerah iaitu satu untuk Tokoh Lelaki Melayu Yang Terbilang dan (kedua) Tokoh Wanita Melayu Yang Terbilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini. Bagaimanapun, kata Najib, nama-nama tokoh berkenaan akan dirahsiakan sehingga pada malam sambutan berkenaan. Sambutan itu akan dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan tahlil, solat Isyak dan diikuti dengan majlis makan malam, menaikkan bendera dan sebagainya, katanya. Dalam pada itu, Majlis Tertinggi itu juga membincangkan mengenai keputusan pilihan raya Sarawak pada 16 April lepas, dari pelbagai aspek yang boleh dijadikan pengajaran terhadap Barisan Nasional (BN). "Kita lihat dari segi aspek jentera, pentadbiran, aspek isu dan bagaimana kita tangani isu daripada kesan pilihan raya itu. Kita baca dari semua sudut," kata Perdana Menteri. Najib berkata, tujuan beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Sarawak pada pilihan raya negeri itu adalah semata-mata untuk membantu supaya BN Sarawak mencapai kemenangan. Ditanya sama ada pilihan raya Sarawak akan dijadikan persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13, Najib berkata proses persediaan itu adalah satu proses yang berterusan. "Jadi apa yang kita buat itu (persediaan) adalah untuk mengukuhkan lagi Umno sebagai sebuah organisasi sama ada untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang mahupun Umno itu sendiri sebagai sebuah parti politik yang perlu melalui proses perubahan...transformasi politik itu merupakan satu agenda yang sedang kita perjuangkan," katanya. | ||
| MCA Sekali Lagi Tegaskan Pendirian Soal Kedudukan Dalam Kerajaan Posted: 30 Apr 2011 12:47 AM PDT MSTAR ONLINE MELAKA: MCA sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperolehi parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12. Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pada PRU ke-12, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut. "Oleh kerana kita (MCA) tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Cina maka untuk menghormati masyarakat Cina kita buat keputusan, kita tidak seharusnya memegang jawatan dalam kerajaan pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden di sini, pada Jumaat. Dr Chua berkata namun begitu, MCA akan terus menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana parti itu masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak khususnya dalam program tranformasi ekonomi dan tranformasi negara. "Kami yakin beliau mampu dan mempunyai kewibawaan untuk memimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia dan berpendapatan tinggi dan mencapai status sebagai sebuah negara maju," katanya. Dr Chua berkata, keputusan yang dicapai sebulat suara anggota mesyuarat tersebut tidak ada kaitan dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas apabila pengundi Cina lebih memihak kepada pembangkang. Ditanya sama ada keputusan untuk tidak menerima jawatan itu akan dikemukakan kepada perdana menteri, Dr Chua berkata perkara itu mungkin dibawa ke mesyuarat agung tahunan MCA pada 2 Oktober depan untuk mendapat perakuan terlebih dahulu. Mengenai keputusan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting yang tidak akan bertanding pada PRU akan datang, Dr Chua berkata, MCA mengucapkan terima kasih kepada Ong atas sumbangannya kepada parti dan negara selama ini. "Ini satu contoh yang baik di mana pemimpin memberi laluan kepada muka baru dan kita berharap beliau terus beri sokongan dan tunjuk ajar kepada kepimpinan MCA," katanya. Dalam perkembangan berasingan, Dr Chua berkata, MCA bercadang untuk menubuhkan sebuah muzium di Melaka bagi mempamerkan sumbangan masyarakat Cina dalam mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara ini. Katanya, MCA akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai penubuhan muzium itu. | ||
| TV Al-Hijrah Tarik Diri Sebagai Penyiar Rasmi ISF Ke-2 Posted: 30 Apr 2011 12:46 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Stesen TV AlHijrah tidak lagi menjadi penyiar rasmi kepada Islamic Song Festival (ISF) edisi ke-2 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai hari ini, Sabtu. Al-Hijrah Media Corporation dalam satu kenyataan berkata penarikan diri itu dibuat setelah mendapati pihak berkenaan tidak dapat memenuhi obligasi mereka seperti mana persetujuan yang diberikan. Menurut stesen televisyen itu keadaan ini menjejaskan persiapan acara dan menimbulkan konflik dengan pihak lain. "Hal ini akan menjejaskan kredibiliti dan imej kami sebuah stesen televisyen," kata AlHijrah Media Corporation di sini. Berdasarkan persetujuan itu, pembabitan TV AlHijrah di dalam ISF itu hanyalah sebagai penyiar rasmi bagi menyokong perkembangan muzik yang bertemakan Islam. ISF, yang akan berakhir esok, disertai beberapa kumpulan nasyid termasuk dari Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat. | ||
| Ahli Parlimen Kapar Terima CD Video Seks Posted: 30 Apr 2011 12:44 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam. Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian. "Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand. "Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara. Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini," katanya kepada pemberita. Pada 21 Mac lepas, video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh kumpulan Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu. | ||
| Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang Posted: 30 Apr 2011 12:42 AM PDT BERNAMA KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno. "Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR. "Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim). "Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu. Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang. Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini. "Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. | ||
| Menjaja surat khabar tanpa lesen boleh didenda RM100,000: Runji Posted: 29 Apr 2011 05:05 PM PDT KENINGAU KINI KENINGAU: Aktiviti penjaja surat khabar tanpa lesen yang sah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan A. Runji Abd. Hamid memberitahu, kesalahan itu boleh dirujuk melalui Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010. Katanya, jika sabit kesalahan orang ramai yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda yang berat. "Kita tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang dengan sengaja melakukan perlanggaran undang-undang ini," katanya ketika mengulas aduan ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan aktiviti menjaja surat khabar di Keningau, apa yang mereka sifatkan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga akhbar itu. Sejak sekian lamanya kegiatan menjaja surat khabar di sini dilakukan secara berleluasa oleh warga asing, yang memasuki negeri dengan menggunakan 'pas pelancong', dan memperolehi pendapatan harian antara RM60 hingga RM120. Runji berkata, aktiviti itu bercanggah dengan undang-undang dan meminta mereka yang terlibat untuk berhenti dengan serta-merta. "Masalah di sini ialah mereka meletakkan harga dengan sewenang-wenangnya," katanya. Akbar tempatan yang yang sepatutnya berharga RM1.20 senaskah dijual oleh penjaja dengan harga antara RM1.40 hingga RM1.60 sen, menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna. Akhbar New Sabah Times yang merupakan satu-satunya yang mempunyai pejabat urusan di daerah ini, selain menjadi mangsa ekploitasi penjaja juga dihujani rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan aktiviti itu. Pada Isnin, Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) mengeluarkan kenyataan, yang meminta pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan serta Majlis Daerah Keningau (MDK) memastikan kegiatan ditangani. "Penekanan di sini ialah kita tidak mahu pengguna tertipu dan membelanjakan wang yang tidak sepatutnya mereka belanjakan," tekan Peribumi dan menambah, membeli akhbar yang dijaja oleh warga asing di kalangan pendatang tanpa izin merupakan sokongan kepada mereka untuk terus tinggal secara bebas di daerah ini. Peribumi turut memberi amaran kepada penjual utama akhbar di sini supaya tidak mengekploitasi warga asing untuk tujuan melariskan jualan akhbar mereka. "Akhbar harus dibeli di permis perniagaan akhbar yang dibenarkan," jelas kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu. Wakil Rakyat Liawan yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Hj. Karno turut menyokong dengan cadangan pengguna harus membeli terus akhbar di premis yang dilesenkan, dalam usaha membangun minat mereka membaca. Katanya, apabila pengguna datang sendiri ke premis menjual akhbar, mereka boleh membeli buku-buku yang lain berbanding membeli akhbar melalui penjaja yang tidak mempunyai pilihan. Di Keningau membeli akhbar melalui penjaja telah dibudayakan, dan senario ini telah berlanjutan sejak lebih 20 tahun. | ||
| Posted: 29 Apr 2011 04:58 PM PDT
Oleh: UWIE SAMPING MENJELANG pilihanraya umum Sarawak, terdengar desas-desus bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukan RM1.44 juta untuk diberikan kepada para Blogger di Malaysia bagi membantu BN menggempur 'Siber Trooper' Pakatan Rakyat. Namun sehingga pilihanraya umum Sarawak selesai, hanya beberapa Blogger Pro-Kerajaan yang mengaku menerima RM500 setiap seorang dan sebuah I-Pad; manakala kebanyakan Blogger hanya berdiam diri dan bertindak pasif dengan tidak mengaktifkan serangan mereka terhadap Barisan Nasional Sarawak. Blogger yang bercuti daripada menyerang BN selama dua minggu dipercayai menerima sekurang-kurangnya RM5,000 setiap seorang, tetapi tidak diketahui berapa ramai yang menerimanya. Ada blogger yang membuat laporan rasmi di Pejabat SPRM, tetapi belum ada sebarang siasatan atau tangkapan dibuat, sekalipun beberapa Blogger telah dikenalpasti menerima habuan untuk 'berdiam diri'. Mengikut maklumat seorang Blogger yang terperangkap antara tanggung jawab dengan rasuah memberitahu beliau mengembalikan wang tunai dan I-Pad yang diterima daripada agen yang dilantik kementerian berkenaan; namun enggan membuat laporan rasmi kerana bimbang keselamatan keluarganya. "Biarlah. Saya akan berwaspada selepas ini kerana mereka akan cuba memerangkap saya lagi. Saya jadi Blogger bukan meminta balasan atau habuan tetapi untuk menegur kerajaan dengan cara saya," ujar Blogger tersebut yang meminta namanya dirahsiakan. Tambah Blogger itu lagi, ramai menteri kabinet memelihara 'Envelop Jurnalis' dan 'Siber Trooper' untuk mewar-warkan berita 'kentut sekang', sekalipun berita kecil seperti menyaman Blogger dan menjadi saksi perbicaraan. | ||
| KAMPUNG WIFI ATAU KAMPUNG ‘WIFE-I’? Posted: 29 Apr 2011 04:53 PM PDT
| ||
| PPK TIDAK PERNAH BERI BIBIT UBI MENTEGA Posted: 29 Apr 2011 04:52 PM PDT | ||
| Posted: 29 Apr 2011 04:34 PM PDT Untuk menyatakan bahawa kami tidak bekerjasama dengan KDN adalah tidak benar - Dr Syed Husin Ali PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini menegaskan bahawa menerbit akhbar Suara Keadilan, yang menjadi lidah rasmi adalah hak parti, yang tidak boleh dinafikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Untuk menyatakan bahawa kami tidak bekerjasama adalah tidak benar, kerana pihak kami telah beberapa kali membuat inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan pihak KDN untuk mengadakan perbincangan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Syed Husin berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop yang disiar oleh media pada semalam, yang menyatakan kegagalan PKR membuat penjelasan mengenai satu berita menggemparkan adalah punca permit Suara Keadilan tidak disambung. "Untuk memudahkan rujukan, secara spesifiknya berita tersebut adalah mengenai 'Felda Bankrap'. Untuk makluman, semua surat tunjuk sebab seperti yang dinyatakan oleh Abu Seman telah dijawab oleh pihak kami," katanya. Beliau berkata, untuk penjelasan juga, isu 'Felda Bankrap' telah dibawa ke mahkamah dan dengan itu ia adalah urusan mahkamah dan tidak boleh dijadikan alasan oleh KDN untuk tidak mahu menyambung permit Suara Keadilan. "Dalam tempoh akhir tahun lepas dan awal tahun ini saja, pihak kami telah mengusahakan sekurang-kurangnya lima kali untuk membuat temu janji dengan KDN untuk berbincang mengenai status permit akhbar Suara Keadilan, tetapi tiada respon," katanya. | ||
| PAS kesal nelayan tercicir terima sumbangan Posted: 29 Apr 2011 04:32 PM PDT
| ||
| Soi Lek sedang lelong maruah Umno Posted: 29 Apr 2011 04:28 PM PDT
| ||
| Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara Posted: 29 Apr 2011 04:25 PM PDT Ditulis oleh Wira Arjuna ![]() Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3 serta RTM mengangkat Shazryl Eskay kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaan bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu. Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana. "Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata beliau kepada Tv Selangor kelmarin. Di Kelantan, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen "pencerahan isu Anwar" oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini. Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat Kemas. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa. Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat. Ke mana hala tuju Negara? Jika ini bukan "politik longkang" yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal KESOPANAN DAN KESUSILAAN? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? Apakah benar Polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis? Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Najib Razak sendiri menggunakan "jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihanraya negeri Sarawak yang lalu. Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib. Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah. Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998. Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret ke kancah fitnah dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim. Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, Tv3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan. Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan Barisan Nasional (BN). Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan Ketua Pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya. Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain. Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah. Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah. Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan. Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya. | ||
| Nadir bumi: Perak batal MoU firma Hong Kong Posted: 29 Apr 2011 04:21 PM PDT TERKINI
KUALA LUMPUR— Kerajaan negeri Perak telah memutuskan untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dengan syarikat Hong Kong, CVM Minerals Limited bagi menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah dengan serta-merta. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sayap pelaburan negeri, mengumumkan keputusan ini dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. "Mengenai MoU antara PKNP dan CVM Minerals Ltd bagi projek nadir bumi yang disyorkan, dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah membatalkan dan mengakhiri MoU dengan serta-merta memandangkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau kelulusan tanah bagi sebarang projek nadir bumi di Perak," kata ketua pegawai eksekutif PKNP Datuk Samsudin Hashim dalam satu kenyataan. Laporan terdahulu menyebut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) kesal dengan PKNP kerana menandatangani MoU dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani. "Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. "Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan," kata beliau. Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan sebuah firma Hong Kong dan kerajaan Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah - kawasan yang terkenal dengan kontroversi nadir bumi dan radioaktif. Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu. Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Menurut sumber amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor dan Alumni Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Rohana Yusof.
Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema 'Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi' pada 1 Mei ini.
Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Anwar Ibrahim melabel Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai seorang pengecut ekoran kenyataan Presiden MCA itu bahawa beliau orang pertama akan mengundi PKR jika komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut sanggup memansuhkan keistimewaan orang-orang Melayu. 
ungan perkauman terancang untuk kekuasaan UMNO-BN tetapi mayday baru ini rakyat ingin melihat bahawa sejauhmana permainan catur yang dikelolakan Team Najib bersama pakar strategiknya, Mahathir Mohamed untuk cheakmate Anwar Ibrahim.

BULETIN ONLINE


KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan pihak Kerajaan BN yang sengaja meninggalkan beberapa nama nelayan dari menerima sumbangan RM200 sebulan seperti yang telah diputuskan dalam persidangan Parlimen tahun lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan