Sabtu, 30 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Posted: 29 Apr 2011 10:59 PM PDT

Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abd Kadir diminta supaya berhenti memperbodohkan rakyat dengan "Sandiwara" nya terhadap kilang kontroversi rare earth.

Zambry cuba menyimpan agenda tersembunyi tentang pembinaan satu kilang di Bukit Merah di sini. Kerajaan BN negeri sedang bekerja diam-diam untuk memastikan kejayaan usaha sama kontroversi ini.

Kenapa Zambry tidak berani tampil membuat kenyataan secara terbuka berhubung MoU tersebut?

Sebaliknya, Zambry memilih untuk menikus dan membiarkan Mah Han Soon dan Hamidah Osman untuk membuat kenyataan yang saling bertentangan.

Hamidah dilaporkan berkata bahawa kerajaan Perak tidak akan membenarkan kilang bumi jarang/ rare earth kedua dibina di Bukit Merah.

Namun Pakatan Rakyat tidak percaya terhadap jaminan Barisan Nasional bahawa Memorandum of Understanding (MoU) yang ditandatangani antara syarikat yang berpusat di Hong Kong dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk explorasi dan perlombongan di negeri itu tidak akan bertujuan membina satu lagi kilang tanah rare earth di Bukit Merah.

Dalam satu pengajuan ke Hong Hong Bursa pada tarikh 18 Mei, Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd mengatakan pihaknya telah menandatangani persefahaman dengan PKNP, yang dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek secara joint-venture di Bukit Merah.

Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP Fong Po Kuan berkata: "MoU tersebut menentukan memasuki atau membentuk satu usaha-sama di Malaysia bagi tujuan eksplorasi dan perlombongan rare earth dan mineral lain yang berpotensi dan aktiviti di suatu kawasan di Bukit Merah."

Perkataan "'Aktiviti' membawa pengertian agenda tersembunyi kerajaan negeri ... kita tidak tahu apa usaha sama akhirnya yang akan termetrai tetapi hal ini belum lagi terdedah kepada umum," katanya.

Namun, Malaysia dikejutkankan untuk menangani isu ini ketika CVM mengumumkan tentang hal tersebut di Hong Kong, katanya.

CVM, melalui anak syarikat CVM tempatan Metal Recycle Sdn Bhd, telah memohon mendapatkan lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk meneroka satu kawasan seluas 250ha di Bukit Merah.

Fong juga menunjukkan laporan awam yang bertentangan yang dibuat oleh para pemimpin BN dan CEO PKNP Samsudin Hashim.

Samsudin dilaporkan telah mengatakan hal itu masih dalam kajian dan kerajaan negeri belum memberikan kelulusan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Persekitaran Negeri, Mah Han dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun projek ini diberikan kelulusan, kilang pemprosesan tanah jarang/ rare earth tidak akan dibina.

Fong menegaskan bahawa tidak ada mekanisma keselamatan dalam MoU untuk memastikan bahawa joint venture tersebut tidak mengakibatkan pembangunan kilang tersebut.

sumber

Video lucah di media, mana peranan kdn

Posted: 29 Apr 2011 08:53 PM PDT


ustaz idris ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka.

Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Tiada ulasan: