DIALOG RAKYAT |
- Keterangan saksi tidak konsisten punca utama SPRM kalah kes
- Anwar beri keterangan, enggan sumpah laknat
- Pembantu khas Zahid Hamidi maut dalam kemalangan
- SPRM syor biayai politik atas nama parti
- PKR gantung Murali
- Kelantan failkan permohonan dokumen daripada Petronas
- Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat
- Video seks: Polis soal siasat Anwar kali ke-2
- Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah
- Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan
- Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua
- GMI Kerjasama Dengan Selangor Kempen Mansuhkan ISA
- Peguam Bantah Penguatkuasaan Ordinan Darurat Ke Atas Remaja 19 Tahun
- Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan (Kemaskini)
- Johari : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar
- Lombong Nadir Bumi : Belajarlah Dari Pengalaman Lepas Kata Boon Chye
- Anwar : Najib Bergantung Kepada "Politik Lucah" Untuk Menang PRU
- Keputusan rayuan MP Gobalakrishnan ditangguh
- Nakhaie: Imam Besar bukan isu tapi pengikut fanatik Wahabi di Malaysia
- Tiada pilihan raya kecil Parlimen mulai esok, DUN masih ada masa
- Loji nadir bumi: DAP dakwa kerajaan BN hanya kejar keuntungan
- Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS
- MCA tak patut salahkan Perkasa kerana hilang undi Cina, kata Ibrahim
- Polis siasat sedutan klip kedua video seks didedah ‘Datuk T’
- Tiada kelulusan projek nadir bumi di Bukit Merah, kata Perak
Keterangan saksi tidak konsisten punca utama SPRM kalah kes Posted: 28 Apr 2011 07:08 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Antara punca utama kekalahan kes rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah adalah disebabkan saksi-saksi pendakwaan tidak memberi keterangan yang konsisten. SPRM dalam Laporan Tahunan 2010, berkata terdapat juga saksi-saksi yang enggan memberi keterangan dan berpaling tadah sama ada kerana tertuduh adalah pihak yang berkepentingan dengannya atau saksi takut akan keterangannya boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap diri dan mata pencariannya. Ini adalah antara hasil kajian Panel Khas SPRM yang ditubuhkan untuk mengkaji kekalahan kes perbicaraan kes-kes rasuah dan isu-isu saksi belot atau berpaling tadah semasa memberi keterangan di mahkamah. "Kebanyakan saksi pendakwaan dalam kes rasuah adalah saksi-saksi yang diminta untuk bekerjasama memberi keterangan dan bukannya tampil secara sukarela. "Keterangan saksi di mahkamah adalah di luar kawalan pihak pendakwaan dan SPRM," kata laporan itu. Menurut laporan itu, antara langkah yang diambil untuk menangani masalah saksi belot atau berpaling tadah ialah dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Sebagai contoh katanya, dalam kes bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzaman, sembilan orang saksi pendakwaan yang belot atau berpaling tadah dituduh mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu. SPRM berkata, tindakan sedemikian boleh memberi pengajaran kepada saksi-saksi yang berkecenderungan melakukan perbuatan yang sama. Selain itu, SPRM berkata, terdapat juga masalah kekurangan Timbalan Pendakwa Raya atau Pegawai Pendakwa yang berpengalaman untuk menghadapi barisan peguam bela yang berpengalaman, peguam senior dan sangat mahir mengendalikan kes-kes rasuah. Katanya, usaha sudah dibuat untuk menempatkan Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman sebelum mengendalikan kes-kes rasuah. "Namun, kefahaman hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret mengenai kaedah dalam penyiasatan dan pembuktian kes-kes rasuah juga menjadi faktor di mana banyak kes di Mahkamah Rendah didapati tidak memihak kepada pihak pendakwaan," kata laporan itu. Laporan itu berkata, analisis berkenaan adalah berdasarkan statistik 2010 di mana terdapat 31 kes yang asalnya diputuskan tiada kes prima facie oleh Mahkamah Rendah diperintahkan membela diri oleh hakim Mahkamah Tinggi selepas rayuan didengar. | ||
Anwar beri keterangan, enggan sumpah laknat Posted: 28 Apr 2011 05:35 AM PDT Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira 2.40 petang tadi diiringi tiga buah kereta yang dipenuhi keluarga serta pemimpin PKR. KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir memberi keterangan berhubung isu video seks yang didakwa dikaitkan dengan dirinya. Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira 2.40 petang tadi diiringi tiga buah kereta yang dipenuhi keluarga serta pemimpin PKR. Turut hadir menemani Anwar, isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak sulungnya Nurul Izzah, Pengarah Biro Komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, dan peguam mewakili Anwar yang juga Ahli Parlimen PKR Subang R Sivarasa. Anwar hadir memberi keterangan kali kedua kepada polis berkenaan siasatan video lucah yang ditayangkan kepada media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu. Keterangan pertama diberikannya pada 22 Mac lalu. Selepas kira-kira sejam selesai memberikan keterangan, Anwar ketika ditemui pemberita berkata beliau turut membuat laporan polis berhubung klip video seks kedua berdurasi 1minit 47 saat yang disebarkan semalam melalui beberapa blog dan You Tube yang bertajuk "Papa Nurul Izzah Part II". Beliau menegaskan, "pengedaran video lucah secara terangan dan saya percaya polis memberikan perlindungan kepada penyebarnya. "Jika tidak mustahil bab kedua boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan…..saya dah maklumkan kepada pihak polis…… ini adalah satu jenayah penyebaran bahan lucah diadakan tanpa apa-apa rasa tekanan polis," katanya. Selain itu, beliau turut membuat laporan polis berhubung ugutan salah seorang trio 'Datuk T' Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mengugut dirinya dan Azizah supaya mengundurkan diri daripada dunia politik jika tidak mahu video seks tersebut disebarkan. "Motif politik umno ini memang jelas ada…..ternyata Umno dan pemimpinnya (Datuk Seri) Najib Tun Razak harus menjawab kenapa jenayah dan porno menjadi strateginya untuk mempertahankan kuasa termasuk menggunakan akhbar Utusan dan blog Agenda Daily menjadi perkakas menyebarkan fitnah, menghina, dan mencalarkan maruah keluarga," katanya. Anwar enggan sumpah laknat Sementara itu, ketika ditanya tentang cabaran Eskay supaya bersama-sama hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al Ash, Bandar Baru Sentul esok, Anwar bertegas enggan melakukannya memandangkan mengikut hukum syariah, seseorang yang mengangkat sumpah mubahalah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan berzina. Namun Anwar kelihatan berang apabila menerima soalan bertubi-tubi daripada wartawan termasuk mempersoalkan kesediaannya untuk memberikan sampel DNA kepada polis seperti yang dilakukan Eskay semalam serta misteri jam tangan Omega miliknya. "DNA apa yang perlu saya beri? Kenapa saya perlu bersumpah? Saudari orang Islam? Sekarang saya tanya saudari ikut hukum mana yang saya perlu bersumpah? Tak boleh jawab bukan?," soalnya sebelum meninggalkan perkarangan IPD Dang Wangi. Sementara itu, Sivarasa ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat DSP Shanmugamoorthy telah menyoal siasat Anwar sepanjang keterangan diberikan manakala ASP Asrul merekodkan kenyataan beliau. Katanya, sepanjang sesi soal siasat wujud beberapa soalan yang tidak relevan ditanya polis kepada Anwar dan dakwanya soalan tersebut kemungkinan 'sudah dirancang' pihak tertentu untuk memerangkap dan mengenakan Anwar. "Ada beberapa soalan yang tidak berkenaan Anwar tidak jawab kerana tidak perlu. Apa soalan yang ditanyakan itu kita tak boleh dedahkan kerana ia masih dibawah siasatan polis," katanya yang tidak pasti sama ada polis akan memanggil Anwar sekali lagi untuk memberikan keterangan lanjut. Sementara itu, PKR dijangka akan mengadakan sidang media esok berhubung klip video seks kedua yang disebarkan di ibu pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya 12 tengahari esok. | ||
Pembantu khas Zahid Hamidi maut dalam kemalangan Posted: 28 Apr 2011 05:09 AM PDT BERNAMA Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Sungai Petani, hari ini. Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok. Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat. Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani. | ||
SPRM syor biayai politik atas nama parti Posted: 28 Apr 2011 04:56 AM PDT MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya pembiayaan politik dibuat atas nama parti dan dimasukkan ke dalam akaun parti dan bukan akaun individu bagi memastikan perbelanjaan secara telus dan mengelak peluang rasuah dan penyelewengan. Menurut Laporan Tahunan 2010 SPRM, pembiayaan politik di negara ini juga harus direkodkan dengan sempurna dan diaudit pada setiap akhir tahun kewangan agar tidak menimbulkan persepsi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat. Laporan itu menyebut tindakan susulan telah diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan mengkaji semula dan mendraf peraturan atau garis panduan mengenai prosedur sumbangan politik. Pindaan yang dicadangkan melibatkan Seksyen 14 Akta Pertubuhan yang menyatakan apa-apa sumbangan kepada parti politik hendaklah dibuat atas nama parti politik tersebut dan tidak boleh sama sekali dibuat atas nama individu. "Setiap Bahagian (parti) adalah bertanggungjawab untuk memastikan apa-apa sumbangan yang diterima dimasukkan ke dalam akaun parti, direkodkan dan dikeluarkan perakuan penerimaan serta digalakkan mengaudit akaun dengan juruaudit bertauliah pada setiap tahun kewangan berakhir," menurut laporan itu. Menurut laporan itu, pemeriksaan yang telah dijalankan dengan kerjasama daripada Bahagian Pemantauan dan Penyelerasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) - Perangi Rasuah, mendapati pembiayaan politik di negara ini dibuat secara tidak telus dan boleh membuka peluang rasuah dan penyelewengan. Berhubung pengagihan rumah kos rendah yang tidak adil di Ara Damansara seperti yang dilaporkan media pada tahun lepas, SPRM berkata, pemeriksaan mendapati seramai 22 pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh rumah kos rendah itu. Lebihan rumah kos rendah itu tidak dilaporkan oleh pemaju kepada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) bagi mendapatkan tambahan peserta. SPRM mencadangkan pemilik rumah kos rendah yang dipilih oleh pemaju hendaklah didaftarkan dengan LPHS dan mana-mana pemaju yang gagal berdaftar hendaklah dikenakan kompaun dengan kadar lebih tinggi berbanding sekarang. "Pihak berkuasa juga harus memasukkan klausa penguatkuasaan denda terhadap pemaju yang tidak mendaftarkan mana-mana pemilik yang berjaya dipilih oleh pemaju dalam Dasar Perumahan kos Rendah dan mewujudkan sistem 'networking' antara pemaju dan LPHS bagi memantau pembinaan rumah kos rendah di Selangor," kata laporan itu. Susulan itu, LPHS telah mengemukakan cadangan yang diberikan oleh SPRM kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor untuk diambil tindakan bagi mewartakan keseluruhan enakmen berkaitan rumah kos rendah. Pemeriksaan SPRM dalam pembekalan Skim Subsidi Diesel dan Petrol kepada nelayan pula mendapati kerajaan terpaksa menangung ketirisan yang serius dianggarkan minimum lima peratus pada setiap tahun bagi tempoh lima tahun. Menurut laporan tahunan itu, sebanyak 5.32 bilion diesel disalurkan kepada nelayan dari 2006 hingga 2010 dan kerajaan menanggung kerugian RM479 juta bagi tempoh lima tahun itu. Susulan itu, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM bertindak menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem dan prosedur sedia ada bagi mengenal pasti kelemahan yang wujud dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan bagi mengekang salah laku. Kajian itu merangkumi aspek-aspek berkaitan dasar pemberian kuota, permohonan, pemprosesan dan kelulusan kad pintar e-nelayan, pesanan, penghantaran dan penerimaan bekalan diesel bersubsidi, urus niaga pembelian dan penjualan diesel bersubsidi dan pemantauan dan penguatkuasaan. "Tugasan ini diteruskan dalam tahun ini," menurut laporan itu. Laporan itu menyebut fenomena itu secara tidak langsung mengakibatkan usaha dan matlamat kerajaan untuk membantu golongan sasar tidak tercapai. Skim Subsidi Diesel dan Petrol yang dikendalikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia diperkenalkan bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan akibat kenaikan harga diesel dan petrol kepada nelayan. | ||
Posted: 28 Apr 2011 04:55 AM PDT
| ||
Kelantan failkan permohonan dokumen daripada Petronas Posted: 28 Apr 2011 04:53 AM PDT
| ||
Tiada hak rampas selipar, apatah negeri berdaulat Posted: 28 Apr 2011 04:17 AM PDT
| ||
Video seks: Polis soal siasat Anwar kali ke-2 Posted: 28 Apr 2011 04:15 AM PDT
| ||
Media berbohong dakwa Kelantan rampas tanah Posted: 28 Apr 2011 04:15 AM PDT
| ||
Rasuah: SPRM perlu tegas pada pihak atasan Posted: 28 Apr 2011 04:09 AM PDT
| ||
Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua Posted: 28 Apr 2011 04:03 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai "kecacatan" mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali. | ||
GMI Kerjasama Dengan Selangor Kempen Mansuhkan ISA Posted: 28 Apr 2011 04:01 AM PDT Ditulis oleh Ayie SHAH ALAM : Usaha kerajaan negeri Selangor untuk memasang 56 papan iklan Kempen Selamatkan Malaysia : Mansuhkan ISA di seluruh negeri mendapat sokongan penuh Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh. | ||
Peguam Bantah Penguatkuasaan Ordinan Darurat Ke Atas Remaja 19 Tahun Posted: 28 Apr 2011 03:58 AM PDT TVS NEWS PETALING JAYA : Lawyer for Liberty (LFL) membantah keras penguatkuasaaan undang-undang Ordinan Darurat di negara ini yang disifatkan zalim dan kejam. | ||
Mufti, Tokoh Agama Tolak Sumpah Laknat Eskay Mahu Qazaf Ditegakkan (Kemaskini) Posted: 28 Apr 2011 03:51 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
SHAH ALAM : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini mengaku hanya beliau seorang sahaja akan mengambil sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul esok untuk memperkuatkan dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah yang disebarkannya. Eskay tidak memberitahu kenapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim enggan bersama beliau untuk mengambil lafaz itu, tetapi menegaskan beliau berbuat demikian kerana "agama, bangsa dan negara." Eskay turut mencabar Anwar untuk mengambil sumpah itu bersamanya di Masjid Amru al-Aas, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat esok. Bagimanapun dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf. "Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata Tan Sri Harussani kepada TvSelangor. "Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. "Menuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi perlu bawa bukti," tambah beliau. Pada 4 April lalu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menfailkan pertuduhan qazaf terhadap Datuk T dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Anwar sendiri sebelum ini bersetuju hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani dakwaan-dakwaan yang disebarkan oleh Datuk T dan pihak lain untuk mengaibkan beliau sekeluarga dan sekali gus menghancurkan karier politiknya. Penceramah bebas Badrulamin menegaskan sumpah laknat jelas tidak sesuai digunakan dalam isu video lucah dan ia akan hanya mengusutkan keadaan. "Sumpah laknat dalam kes video seks ini tidak menurut ajaran Islam dan hanya menurut logik dan akal manusia. Ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa dalam masyarakat kerana andai kata kedua-dua pihak sanggup bersumpah ia tidak akan selesaikan sebarang masalah," kata beliau. "Jika kita hendak menghentikan fitnah yang sedang melanda ummat ini hanya ada satu jalan iaitu melaksanakan hukum Qazaf," kata beliau. Eskay berkata gadingan Datuk T bertekad "tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku seks menjadi pemimpin negara Islam." Mengulas lanjut sumpah laknat yang bakal dilakukan oleh Eskay, Harunsani berkata cara itu selalunya membabitkan pertuduhan zina antara suami isteri. "Selalunya orang yang membuat sumpah laknat ini adalah kalau pertuduhan Li'an iaitu suami tuduh isteri. "Qazaf ini, kalau dia(trio 'Datuk T') tidak boleh mengemukakan bukti, ikut hukum Islam dia (trio 'Datuk T') yang kena sebat. Itu saja hukumnya. Sebab itu tidak semudah ini untuk menghukum orang berzina," kata Harussani. Badrulamin berkata Menteri yang bertanggung jawab mengenai hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom sepatutnya mengusulkan gadingan Datuk T untuk disiasat mengikut hukum qazaf dan bukannya menyokong tindakan membuat sumpah laknat. "Jamil Khir sepatutnya menyokong pelaksanaan hukum qazaf bukan sebaliknya menutup fail yang diajukan kepada mahkamah syariah dibawah kes qazaf dan menyuburkan pula budaya sumpah menyumpah ini," tegas beliau. | ||
Johari : Juak Umno Perhebatkan Usaha Fitnahkan Anwar Posted: 28 Apr 2011 03:47 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin juak-juak Umno akan terus memuatkan klip-klip dari video lucah ke Youtube untuk terus mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun taktik itu akan ditolak oleh masyarakat Melayu yang cuba dipengaruhi. | ||
Lombong Nadir Bumi : Belajarlah Dari Pengalaman Lepas Kata Boon Chye Posted: 28 Apr 2011 03:45 AM PDT Ditulis oleh Ayie SHAH ALAM : Kerajaan tidak pernah belajar dari pengalaman lepas dan hanya memikirkan kantong sendiri termasuk pihak luar kata ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berhubung satu lagi projek mencari galian nadir bumi di Bukit Merah. | ||
Anwar : Najib Bergantung Kepada "Politik Lucah" Untuk Menang PRU Posted: 28 Apr 2011 03:36 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan fitnah video lucah sebagai modal politik untuk melemahkan pembangkang. "Strategi utama Najib ialah mengguna video lucah, institusi awam dan media seperti Utusan Malaysia, Agenda Daily dan Tv3 untuk mengaibkan. Mereka tak boleh lawan kita di atas isu polisi. Jadi dia terpaksa gunakan politik lucah," kata Anwar selepas member kenyataan tambahan kepada polis di Ibu pejabat Dang Wangi Kuala Lumpur petang tadi. Anwar berkata Najib memperalatkan media arus perdana untuk berkelakun biadap semata-mata bagi mengembar-gemburkan fitnah yang ditabur. Pada sidang akhbar itu, wartawan TV3 sekali lagi cuba mendapatkan reaksi Anwar bersabit isu jam Omega dan sama ada Ketua Pembangkang itu akan menyerahkan DNA kepada pihak polis. "DNA apa yang kamu mahu mahu? Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain," tegas Anwar kepada wartawan itu. Wartawan berkenaan kemudian cuba mendapatkan reaksi Anwar terhadap cabaran ahli perniagaan Shazryl Eskay supaya hadir bersamanya melafazkan sumpah laknat bersabit isu video lucah. Anwar yang sebelum ini bersetuju isu itu ditangani mengikut hukum qazaf , bertanya sama ada wartawan itu faham hukum haram sumpah laknat namun tidak mendapat respon. "Hukum mana suruh angkat sumpah? Tak boleh jawab, tak payah," Anwar memberitahu wartawan itu sekali lagi. Anwar berkata orang yang membuat sumpah laknat seharusnya memeriksa diri sama ada beliau bebas daripada dosa besar untuk membuat tuduhan terhadap pihak lain dan melafazkan sumpah itu. Dua tokoh agama – Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Badrulamin Baharom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syarak Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf. "Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini," kata Datuk Harunsani kepada TvSelangor. "Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. Dia tuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi kena bawa bukti," tambah beliau. Pada sidang medianya, Anwar turut menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk menyiasat pembabitan anggota badan itu dalam penyebaran video lucah oleh gadingan Datuk T. Gadingan Datuk T merangkumi Eskay, Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim. Anwar berkata mustahil bagi Datuk T melakukan jenayah tersebut tanpa perlindungan dari pihak polis. Justeru beliau sekali lagi bertegas agar polis mengambil tidakan terhadak trio Datuk T kerana secara terang melakukan intimidasi jenayah bermotifkan politik. "Mana ada orang boleh sebar secara terang kalau tiada kalau polis tak ambil bahagian," jelas beliau. | ||
Keputusan rayuan MP Gobalakrishnan ditangguh Posted: 28 Apr 2011 03:35 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER GEORGE TOWN — Keputusan kes rayuan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Laporan Bernama Online menyebut, Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng berkata keputusan kes rayuan itu yang sepatutnya dibuat hari ini, ditangguhkan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani Abdul Wahab bercuti kerana ibunya meninggal dunia semalam di Terengganu. Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret. Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Insp V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira 12.20 tengah hari, 29 Januari 2002 dan ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town. Berikutan itu, Gobalakrishnan berdepan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Padang Serai kerana berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia, seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000. Gobalakrishnan dan peguamya RSN Rayer tidak hadir di mahkamah hari ini. | ||
Nakhaie: Imam Besar bukan isu tapi pengikut fanatik Wahabi di Malaysia Posted: 28 Apr 2011 03:34 AM PDT KUALA LUMPUR— Kehadiran Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang dikaitkan dengan Wahabi bukan isunya tetapi pegawai Jakim yang mengesyaki beliau hanya patut memberi tumpuan mengekang pengikut fahaman itu di negara ini, kata bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Menurut Datuk Nakhaie Ahmad, walaupun Imam Besar itu berfahaman Wahabi namun sepanjang berada di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman menghormati amalan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan umat Islam Malaysia. Justeru, beliau menyifatkan dakwaan pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zain yang mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi melalui platform kerajaan dengan kerajaan adalah tidak wajar. "Beliau (Sheikh Abdul Rahman) ini datang hanya seminggu sahaja, macam mana beliau nak suntik (fahaman Wahabi), lagipun saya tidak risau kerana beliau adalah Imam Besar Masjidil Haram dan ulama Arab Saudi menghormati kita punya pegangan dan mazhab Shafie walaupun beliau berpegang fahaman Wahabi. "Kalau kita lihat sepanjang Sheikh Abdul Rahman berada di Malaysia, beliau menghormati pegangan kita dan mengikut apa yang kita lakukan, jadi kalau tuduh beliau cuba suntik fahaman Wahabi di Malaysia tidak wajar," katanya kepada The Malaysian Insider. Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman adalah seorang tokoh agama yang berfikiran terbuka dan tidak akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan seperti menyuntik fahaman Wahabi. "Beliau menghormati umat Islam di Malaysia malah turut mengatakan negara kita adalah contoh negara Islam. Bagaimanapun tegas Nakhaie, apa yang perlu dibimbangkan bukan kehadiran Sheikh Abdul Rahman namun pengikut fanatik Wahabi yang tidak menghormati pegangan Ahli Sunah Waljamaah. "Tapi yang membimbangkan adalah pengikut Wahabi di Malaysia yang tidak menghormati mazhab Shafie dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah yang kita amalkan. "Kalau Sheikh Abdul Rahman datang ke Malaysia beliau akan menghormati mazhab Shafie, yang menjadi mazhab rasmi di Malaysia tapi kalau pengikut fanatik Wahabi ini kalau kita ikut mazhab Shafie dikatakan bida'ah... itu beza Imam Besar Masjidil Haram dengan pengikut Wahabi di sini. "Jurang antara Imam Besar Masjidil Haram dan pengikut Wahabi di Malaysia berbeza, imam ini menghormati mazhab kita tapi pengikut Wahabi tidak menghormati pegangan kita . . . itu beza antara orang yang mempunyai ilmu luas dengan orang yang berfikiran sempit," tegasnya. Justeru kata beliau, Zamihan sepatutnya memberikan tumpuan atau menghalang pergerakan pengikut Wahabi di Malaysia bukan mengkritik Sheikh Abdul Rahman. "Tindakan Zamihan itu tidak betul, malah Sheikh Abdul Rahman tidak ada gerakan untuk melakukan perkara itu. "Jadi saya minta supaya selepas ini kalau nak kata apa-apa berfikir dulu sebab walaupun imam ini berfahaman Wahabi tapi bukan semua pandangannya kita perlu tolak . . . ada yang kita boleh terima dan ada yang kita tidak boleh terima," katanya. Kelmarin Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan. Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini. Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Namun tindakan Zamihan itu dinafikan Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Jakim juga telah memanggil Zamihan berhubung perkara itu dan menjelaskan kunjungan Sheikh Abdul Rahman ke Malaysia. Sementara itu Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata tindakan Zamihan itu tidak melambangkan individu yang berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah. Selain itu, kata beliau, kritikan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman akan menjejaskan imej Jakim dan negara. | ||
Tiada pilihan raya kecil Parlimen mulai esok, DUN masih ada masa Posted: 28 Apr 2011 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR — Negara yang menyaksikan 16 pilihan raya kecil — jumlah yang sama dengan sepanjang tempoh 1986 hingga 1995 — tidak akan mengadakan pilihan raya kecil bagi peringkat Parlimen selepas hari ini melainkan jika ada keperluan khas untuk berbuat demikian. Ini termasuklah kerusi Parlimen Batu, yang disandang PKR, yang statusnya menanti keputusan mahkamah rayuan. Mengikut perundangan negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil melainkan jika ada keperluan khas. "Selepas hari ini jika ada kekosongan, bagi kerusi Parlimen, tidak akan diadakan lagi pilihan raya kecil," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Tarikh Dewan Rakyat bersidang 28 April, jadi mengambil kira tarikh itu, bermakna jika ada kekosongan selepas hari ini, pilihan raya kecil tidak akan diadakan," kata beliau. "Jadi, jika berlaku kekosongan luar jangka, mengambil kira genap tiga tahun persidangan Dewan Rakyat, maka tidak akan ada pilihan raya kecil," kata beliau sambil menyifatkan sebanyak 16 pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun sebagai satu jumlah yang banyak dan menjadi "ruang latihan praktikal" kepada kakitangan SPR. Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat mandat Parlimen. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir April 2013. Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri adalah berbeza kerana kali pertama persidangan adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. "Mengikut maklumat yang ada, Pahang negeri terakhir mengadakan sidang pertama Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya umum, akhir bulan Mei. "Jadi ada masa lagi masa untuk (diadakan) pilihan raya kecil (jika berlaku kekosongan luar jangka) bagi kebanyakan negeri dengan Pahang sehingga bulan Mei," katanya lagi. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2008 — dua bulan selepas pilihan raya umum ke-12. Daripada 16 pilihan raya kecil, kerusi-kerusi Parlimen yang menyaksikan pilihanr raya kecil ialah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi. Kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan pilihan raya kecil ialah Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Untuk mengadakan 16 pilihan raya kecil, kerajaan telah menanggung kos lebih RM11 juta. Mengikut maklumat diberikan di Dewan Rakyat akhir bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Permatang Pauh menelan kos RM409,000, Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.29 juta), Galas (RM1.05 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000). Katanya, kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan pilihan raya kecil kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya Kecil 1958. Menurut Wan Ahmad, kos itu hanya membabitkan pihak SPR tanpa mengambil kira perbelanjaan oleh agensi-agensi lain seperti polis. Mengikut rekod, negara menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990. Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil — jumlah tertinggi sejak awal 1980-an — yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999. Kini tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Pelabuhan Klang dan Lenggeng menunggu keputusan mahkamah rayuan. Bagaimanapun pemerhati dan penganalis melihat kemungkinan tidak akan ada pilihan raya kecil membabitkan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu dan kawasan Parlimen kerana ia boleh melalui peringkat rayuan lebih tinggi selepas ini. | ||
Loji nadir bumi: DAP dakwa kerajaan BN hanya kejar keuntungan Posted: 28 Apr 2011 03:31 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — DAP mendakwa laporan perlombongan nadir bumi bakal dimajukan di Bukit Merah dekat Ipoh ketika isu loji Lynas Corporation masih panas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada peringkat negeri ataupun pusat hanya "mengejar keuntungan" dengan sanggup mengetepikan keselamatan publik. Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya kerajaan yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi di Pulau Pinang. "Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan loji Lynas di Gebeng, Pahang," kata beliau. Dalam maklumannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 April, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek meneroka dan perlombongan di Bukit Merah. Syarikat Hong Kong tersebut melalui anak syarikat tempatan, CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon lesen kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri bagi membolehkan mereka meneroka kawasan yang dijangka meliputi 250 hektar bagi melombong nadir bumi. Bukit Merah juga merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pelupusan sisa radioaktif yang berjumlah RM300 juta. Sebaik memperolehi lesen, CVM Mineral dan PKNP akan menandatangani perjanjian bagi menetapkan terma dan syarikat dalam melaksanakan projek tersebut. CVM Mineral dipercayai akan menjadi pemegang saham utama sementara PKNP akan menguruskan 135,300, 000 saham CVM iaitu kira-kira 4.73 peratus dari keseluruhan saham syarikat itu. Aktivis alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth Milk yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian. Baru-baru ini kerajaan persekutuan telah mengumumkan bahawa laporan lengkap sebulan dari Lynas hampir siap dan diikuti dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan. "Bukan hanya rakyat Perak, malah seluruh rakyat Malaysia menentang keputusan yang pendek fikiran ini," kata beliau sambil menegaskan kerajaan BN seolah-olah bertindak "buta dalam mengutamakan masalah lingkungan hidup, keselamatan dan kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat." Justeru, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Perak harus bangkit semula bagi mengembalikan kerajaan PR di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengelakkan projek pelombongan nadir bumi terus beroperasi di Perak. "Pada mulanya Pahang dan sekarang Perak. Pelombongan nadir bumi ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan tanpa mengadakan rundingan yang sewajarnya kerana risiko yang bakal ditanggung amat tinggi. "Hanya negeri diperintah Pakatan Rakyat yang mengambil sikap tegas dan tanpa berkompromi menentang pemprosesan dan pelombongan nadir bumi ini," katanya. Kata Lim, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah bertindak lebih maju dengan terlebih dahulu menulis surat kepada kerajaan persekutuan untuk menentang setiap kemudahan loji nuklear untuk ditempatkan di negeri ini. | ||
Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS Posted: 28 Apr 2011 03:30 AM PDT
KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS pusat menyambut cadangan Datuk Husam Musa bahawa parti Islam itu perlu "disegarkan" dengan disuntik elemen-elemen baru termasuk membawa masuk muka-muka baru dalam barisan kepimpinan parti itu. Selain bersetuju agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden parti, pemimpin-pemimpin PAS juga mahu lebih banyak ruang diberikan kepada pemimpin muda dan perubahan dilakukan agar parti itu mampu bersaing dalam era globalisasi. Minggu lalu Husam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat mempertahankan kepimpinan Hadi dengan menegaskan parti Islam itu hanya perlu "disegarkan" dengan elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti tersebut. Beliau berkata kepimpinan pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya. Selain itu, Husam juga berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS. Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, cadangan yang berikan Husam itu amat bernas memandangkan kepimpinan Hadi selaki presiden parti sangat diperlukan ketika parti Islam itu dilihat menjadi serangan politik Umno-Barisan Nasional (BN). "Saya setuju dengan pandangan Husam bahawa soal Hadi dicabar atau tidak, itu tidak timbul kerana kepimpinan Hadi masih diperlukan, malah beliau telah membawa banyak perubahan semenjak memegang jawatan itu. "Jadi apa yang paling penting adalah kepimpinan hari ini perlu mampu memberi keyakinan kepada golongan pelapis yang bawa hasrat pembaharuan dan golongan-golongan ini perlu diberi peluang untuk melonjakkan PAS dalam konteks politik sekarang. "Ini bukan bermaksud pemimpin muda tapi adalah muka-muka baru yang boleh membantu melonjakkan PAS, saya yakin kepimpinan Hadi mampu memberi lebih ruang sebab selama ini beliau (Hadi) banyak memberi ruang agar perubahan dilakukan dalam parti," katanya. Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, elemen-elemen dan muka-muka baru dalam PAS boleh membawa satu perubahan besar, terutamanya untuk meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu bahawa parti itu bersedia untuk melakukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu menegakkan Islam. "Jika PAS boleh melakukan pembaharuan dan perubahan sama ada dari segi pendekatan atau kepimpinan parti tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kukuh dan diyakini rakyat di negara ini. "Sebab itu, saya kata kepimpinan PAS bukan terletak atas bahu presiden tapi keseluruhan kepimpinan perlu memikul tanggungjawab ini tanpa meninggalkan dasar perjuangan parti . . . jadi amat jelas sekali PAS perlu melakukan perubahan ini, jika kita mampu melonjakkan PAS, maka ia akan kekal releven di masa mengundi dan pada masa sama ia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa PAS menuju ke arah perubahan yang lebih besar," kata Mujahid yang juga penulis buku "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme", yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti. Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad berkata pada pemilihan PAS Jun ini perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu. "Perwakilan kena ambil kira tugas yang hendak dimainkan pemimpin yang akan mereka pilih, perwakilan perlu pilih pemimpin yang boleh memainkan jawatan itu... pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu. "Perwakilan perlu lihat jawatan dengan peranan yang akan dipikul, jawatan bukan penghormatan tapi adalah tugas yang harus dipikul jika dipertanggungjawabkan," katanya. Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata PAS perlu melakukan perubahan yang lebih dinamik dalam menarik sokongan rakyat. "Kita perlu pemimpin yang sentiasa sensitif terhadap imej parti dan juga orang di peringkat akar umbi, kita perlukan fikirkan keadah yang baru untuk tarik perhatian rakyat serta untuk menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan lawan kepada kita. "Untuk melakukan perubahan dan menghadapi suasana baru kita memerlukan kaedah-kaedah baru, pemimpin yang lebih segar dan kita tidak lagi boleh menggunakan keadah lama," katanya. Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat memberitahu, dalam menghadapi cabaran politik semasa PAS perlu menampilkan lebih banyak kaedah dan pendekatan yang lebih "segar" sekiranya mahu menjadi sebuah parti dinamik dan diterima rakyat. "Saya melihat dalam menghadapi cabaran politik sekarang, maka PAS memerlukan lebih ramai tenaga muda serta mempunyai pendekatan dan kaedah lebih kreatif, inovatif dan dinamik. "Justeru dalam menghadapi cabaran politik semasa, maknanya PAS perlu ada muka-muka baru supaya kita nampak lebih segar, bukan bermaksud tukar semua pemimpin tapi menampilkan tenaga-tenaga baru dalam parti," katanya. Selain itu, beliau berkata PAS juga perlu berubah dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk mendekati rakyat yang mana parti Islam itu tidak boleh terlalu bergantung kepada strategi lama seperti ceramah dan penyebaran risalah. "Dalam konteks politik sekarang, kita banyak cabaran baru dalam negara dan ia memerlukan satu buah fikiran yang baru, cara kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. "Dulu kita hanya parti pembangkang tapi sekarang kita adalah bakal menjadi kerajaan, jadi masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan negara dan sebagainya memerlukan kita sentiasa melakukan perubahan...kalau tiada penyegaran kita akan jadi tepu," katanya. Oleh itu, tegas Suhaizan, sekiranya PAS gagal untuk melakukan perubahan atau transformasi seperti mana yang dilakukan DAP sudah pasti parti Islam itu tidak mampu bersaing terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Itu akan jadi masalah, sebab itu kita perlukan perubahan dan pembaharuan seperti bagaimana untuk menggerakkan negara, keperluan idea yang lebih kreatif dan penyegaran dari segi pendekatan dan kepimpinan parti. "Sudah cukup dari segi penyegaran parti, kalau kita tak buat perubahan kita takut akan jadi parti yang mundur, pada saya semua parti politik mesti kena sentiasa ada suasana dinamik dalam parti," katanya. Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata parti itu memerlukan pemimpin yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa selain bijak dalam mengangani setiap itu yang berbangkit. Menurut beliau, dalam era globalisasi ini pemimpin-pemimpin PAS perlu sentiasa bergerak satu langkah di hadapan dan boleh menjangka apa yang akan berlaku. "Saya sokong kenyataan beliau (Husam), yang mana kalau kita lihat arus pembangunan negara yang sentiasa berubah dan cabaran yang semakin besar memerlukan kita melihat dunia ini secara intelektual dari pelbagai sudut dan pandangan. "Sebab itu, kita perlukan barisan kepimpian yang pantas untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa selain harus memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa dan setiap pemimpin harus bijak menangani apa jua cabaran semasa," katanya. Tegas Mazlin, sekiranya pemimpin parti lambat bertindak untuk melakukan perubahan sudah pasti banyak perkara tidak dapat diselesaikan. "Kalau lambat tangani masalah, nanti rakyat akan jadi korban sebab itu kepimpinan PAS harus peka dan sentiasa berada di hadapan selain boleh membaca apa yang akan berlaku. "Kalau kita pasif, kita akan gagal untuk memahami kehendak rakyat dan apa yang kita mahu lakukan juga akan gagal," katanya. Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) bersetuju agar muka-muka baru ditampilkan untuk membawa perubahan dalam PAS. "Saya sokong bahkan kita harus beri ruang kepimpinan dalam parti dengan muka-muka baru, bukan hanya golongan profesional tapi aktivis-aktivis parti juga kerana kita perlukan kepimpinan yang boleh mewarnai politik masa depan. "Selain itu ruang untuk berinteraksi pada masa sekarang begitu banyak . . . kita tidak boleh berceramah dan mengedarkan risalah tapi kita peru menggunakan kaedah-kaedah baru seperti Internet dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat, kalau lambat kita akan ketinggalan," katanya. | ||
MCA tak patut salahkan Perkasa kerana hilang undi Cina, kata Ibrahim Posted: 28 Apr 2011 03:27 AM PDT
KUALA LUMPUR — Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie sebagai "buat sejarah" kerana mendakwa Perkasa dan Utusan Malaysia yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008. Sebaliknya tegas Ibrahim, BN hilang sokongan masyarakat Cina kerana MCA memilih pemimpin yang tidak bermoral untuk menerajui parti itu. "Sebab utama MCA ditolak pada pilihan raya umum ke-12 adalah kerana video seks Chua Soi Lek (Presiden MCA) didedahkan kepada umum, yang mana ketika itu Perkasa belum lagi ditubuhkan. "Jadi MCA ditolak masyarakat Cina kerana mereka malu mempunyai pemimpin yang tidak bermoral dan MCA juga ditolak kerana ramai pemimpin dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan rasuah," katanya. Kata beliau, kehilangan sokongan masyarakat Cina kepada BN bukan disebabkan Perkasa kerana pertubuhan membela hak Melayu itu ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008. "Nampaknya Datuk Heng Seai Kie buta sejarah kerana mendakwa Perkasa dan Utusan Malaysia penyebab MCA ditolak masyarakat Cina sejak 2008 dan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. "Saya nak ingatkan beliau (Heng), bukan Perkasa yang sebabkan MCA ditolak masyarakat Cina pada 2008 dan kerana Perkasa belum wujud pada pilihan raya umum ke-12, Perkasa diwujudkan lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12 dan Perkasa juga bukan penyebab Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) tewas banyak kerusi di Sarawak," kata Presiden Perkasa itu dalam satu kenyataan. Kata Ibrahim, kekalahan SUPP tidak ada kaitan dengan Perkasa kerana pertubuhan bukan kerajaan itu tidak mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak yang menyaksikan parti itu tewas banyak kerusi kepada DAP. "Perkasa tidak ambil bahagian dalam kempen pilihan raya di Sarawa, perlu ambil perhatian mengapa etnik lain di Sarawak boleh beri sokongan kepada BN di Sarawak jika tidak kerana mereka percaya kepada BN. Masyarakat Cina semuanya beri sokongan kepada BN dan BN juga tidak boleh membentuk kerajaan sekiranya etnik Bumiputera lain menolak BN. "Mana yang lebih penting, 100 peratus sokongan Bumiputera atau 100 peratus sokongan Cina?" soalnya. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengingatkan Heng bahawa Perkasa bukan membenci masyarakat Cina tetapi pemimpin Cina dari BN dan Pakatan Rakyat yang mendesak Putraraja agar menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, "Mereka tidak menghormati Perlembagaan negara, ramai juga pemimpin Cina yang menghina Islam dengan mempermainkan ayat-ayat suci al-Quran. "Perkasa tidak akan berpeluk tubuh, Perkasa akan terus berjuang mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera serta kesucian Islam dan saya memberi amanaran kepada MCA supaya jangan sakiti orang Melayu kerana undi orang Melayu juga penting," katanya. Kelmarin Heng mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008. Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara. Utusan Malaysia meminta Umno supaya menggerakkan gelombang "1Melayu, 1Bumi" yang melibatkan semua parti Melayu, dan mendakwa DAP berniat untuk menjatuhkan kepimpinan negara. Jumaat lalu, Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok mengingatkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disyorkan akhbar harian berbahasa Malaysia itu akan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat Malaysia. | ||
Polis siasat sedutan klip kedua video seks didedah ‘Datuk T’ Posted: 28 Apr 2011 03:26 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari semalam, mengaitkan si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar. Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di Youtube.
"Kami bersama dengan MCMC telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab memuat naik klip video itu, itu yang saya hendak komen," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata tiada laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut dan tiada aduan diperlukan bagi membolehkan pihaknya memulakan siasatan. "Tetapi jika ada sesiapa hendak membuat laporan, lagi bagus," kata beliau lagi. Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dimuat naik dalam laman Internet semalam. Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. Klip video tersebut dimuat naik di Youtube dan laman web blogger Papagomo kira-kira 1.30 tengah hari. Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Hari ini polis memanggil Anwar datang untuk memberikan kenyataan kedua. Justeru kata Khalid, adalah prosedur normal untuk memanggil Anwar memberikan kenyataan kedua. "Ia proses siasatan. Ada perkara yang pendakwa melihat dengan mendalam daripada (sudut) penyiasat, itu sebab pendakwa mahukan lebih banyak siasatan dalam sesetengah perkara. "Jadi itu yang kami lakukan. Saya tidak boleh mengatakan bila ia akan berakhir tetapi kami akan melakukan semua yang diperlukan," katanya lagi. Khalid yakin polis dapat menyerahkan semua laporan siasatan kepada Peguam Negara minggu ini. | ||
Tiada kelulusan projek nadir bumi di Bukit Merah, kata Perak Posted: 28 Apr 2011 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR— Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menjelaskan kerajaan negeri tidak meluluskan sebarang projek nadir bumi di Bukit Merah kepada mana-mana syarikat. PKNP, sayap pelaburan negeri Perak berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 18 April dengan CVM Minerals Limited dari Hong Kong hanya membenarkan firma itu untuk mengkaji elemen daya maju operasi perlombongan nadir bumi di Bukit Merah. "Kedua-dua pihak berhasrat untuk mengadakan kajian kebolehlaksanaan atau eksplorasi mengenai viabiliti perlombongan nadir bumi. "PKNP dan CVM tidak berhasrat untuk membangunkan apa-apa projek memproses nadir bumi di Perak," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Samsudin Hashim dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini. Kata beliau, tempoh hayat MoU itu hanya enam bulan dan akan terbatal secara automatik jika firma itu tidak memperoleh sebarang kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa tempatan atau jika projek itu tidak berdaya maju. Samsudin juga berkata, tiada "kesan terikat" MoU ke atas kedua-dua pihak dan CVM akan menanggung keseluruhan kos kajian daya maju. "Jika kajian daya maju itu menyentuh kemungkinan diadakan perkongsian, ia akan bergantung pada kelulusan daripada kedua-dua pihak," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan