DIALOG RAKYAT |
- DAP atur strategi pilihan raya 2016
- Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar?
- Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji
- Umno hanya tahu kritik, tidak buat apa-apa
- Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong
- Selangor tak restui perobohan kediaman secara paksa
- Pemimpin Umno hanya berkokok di tepi jalan
- Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal
- Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf
- NGO Desak Kerajaan Kekang Kenaikan Harga Barang
- Dua Pemimpin PKR Beri Keterangan Isu Qazaf
- PAS Desak Kerajaan Dahulukan Rakyat, Utamakan Keselamatan Isu Lynas
- Penduduk LBJ Buat Laporan Polis
- KPN Dalam Keadaan Baik, Perlu Rehat
- Kes Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri
- SPR Dituntut Perjelas Undi Pos Berkurang Secara Drastik
- OKU Tahanan ISA Tekad Teruskan Perjuangan
- MCA Gesa Rakyat Pulaukan Utusan Malaysia
- MIC dijangka terima semula tiga pemimpin GAS cabar Samy
- 9 pelajar UPM layak dibuang kolej, didakwa ‘dendam’ pemilihan kampus
- Perkasa: Kami hormati Mahathir tapi gerakan ‘1Bumiputera’ tetap dilancar
- SAM gesa Putrajaya batal terus loji Lynas
- Prasarana nafi dakwaan Perkasa halang Bumi sertai MRT
- Lagi akhbar Umno dakwa Cina sokong Pakatan demi kukuh kuasa politik
- PAS: Pemilihan Jun kekal, yakin saingan tak ancam perpaduan
DAP atur strategi pilihan raya 2016 Posted: 23 Apr 2011 05:34 AM PDT Selepas kejayaan memberangsangkan dengan menawan 12 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri sabrtu lalu, DAP membuat persiapan cukup awal. Kali ini, sasaran mereka adalah lapan lagi kerusi yang mempunyai pengundi majoriti penduduk pribumi di selatan Sarawak pada pilihan raya negeri yang dijadualkan sebelum 2016. Kerusi berkenaan adalah di Satok, Tupong, Bengoh, Tarat, Kedup, Opar, Tasik Biru dan Balai Ringgin - semuanya mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau, Iban atau Bidayuh dan sedikit pengundi Cina. Kerusi majoriti Melayu/Melanau di Samariang juga sedang dipertimbangkan. Bagi pilihan raya peringkat parlimen, DAP mahu bertanding di beberapa kerusi tambahan seperti di Mas Gading, Mambong, Serian dan Sri Aman, semuanya juga di selatan Sarawak. "Kami juga mungkin bertanding di Petra Jaya," kata setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada wartawan di Kuching hari ini. Sebekum ini, secara tradisionalnya, DAP hanya memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar. Chong, yang bertanggungjawab mengenai hal ehawal parti di selatan sarawak berkata beliau akan membentangkan cadangan berkenaan kepada mesyuarat jawatankuasa parti negeri yang dijadualkan di Sibu, esok. | |||
Kenapa Umno-BN terus cemari nama baik Anwar? Posted: 23 Apr 2011 05:11 AM PDT Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S Nallakarupan (kiri) membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber-sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar," kata sumber itu memberitahu penulis tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan-dakwaan Nallakarupan itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir-butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, bahawa kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nallakarupan, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar akan diperhebatkan di TV3 dan media arus perdana kawalan Umno selepas pilihan raya Sarawak. Walaupun pilihan raya negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya Umno, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, PKR memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Terbukti benar Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Saingan Muhyiddin
| |||
Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji Posted: 23 Apr 2011 04:12 AM PDT
| |||
Umno hanya tahu kritik, tidak buat apa-apa Posted: 23 Apr 2011 04:11 AM PDT
| |||
Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong Posted: 23 Apr 2011 04:09 AM PDT
| |||
Selangor tak restui perobohan kediaman secara paksa Posted: 23 Apr 2011 04:03 AM PDT
| |||
Pemimpin Umno hanya berkokok di tepi jalan Posted: 23 Apr 2011 04:01 AM PDT
| |||
Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal Posted: 23 Apr 2011 04:00 AM PDT
| |||
Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf Posted: 23 Apr 2011 03:57 AM PDT
| |||
NGO Desak Kerajaan Kekang Kenaikan Harga Barang Posted: 23 Apr 2011 03:55 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
KUALA LUMPUR : Sebanyak 25 kumpulan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan persatuan mahasiswa menggesa agar kerajaan menghentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minimum dan mengekang kenaikan harga barangan dan juga perkhidmatan. Sempena deklarasi Hari Pekerja Sedunia itu, kumpulan tersebut juga menuntut supaya BN mengawal kenaikan harga barangan yang berterusan meningkat sehingga membebankan rakyat ekoran kenaikan kos hidup yang semakin tinggi. "Kenaikan harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah. "Alasan yang diberikan oleh kerajaan – 'penyelarasan subsidi' iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis. "Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Menurut deklarasi 1 Mei sempena hari pekerja itu lagi pembaziran seumpama itu tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini. "Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat. "Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.," kata mereka dalam satu kenyataan. Kumpulan itu juga membidas amalan nepotisme, kronisme, ketidaktelusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku di peringkat atasan sehingga menyebabkan pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil. "Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara. "Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara. "Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara." Memetik sumber daripada kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, kumpulan itu berkata 34 peratus daripada pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan. "Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil. "Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja," kata mereka. Sehubungan itu menjelang sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini, mereka menuntut 18 perkara daripada kerajaan: Hentikan rundingan Perjanjian Perdagagan Bebas (FTA) dengan EU dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan. Hentikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat Gubal rang uUndang-undang anti gangguan seksual untuk mengelakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual. Tingkatkan penglibatan tenaga kerja wanita yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7 peratus. Sediakan tempat asuhan kanak-kanak yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara. Hentikan penswastaan khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera. Laksanakan pendidikan percuma untuk semua dengan memansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti. Isytihar kesatuan sekerja secara automatik dengan mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja. Iktiraf hak tanah adat orang Asli/Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi orang Asli. Hak perumahan hak rakyat dengan sediakan perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Wujudkan tabung pemberhentian kerja dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja. Wujudkan polisi dan perundangan domestik bagi melindungi pekerja tidak rasmi. Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak migran, pelarian dan pencari suaka bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan. Laksanakan polisi ekonomi berlandaskan keperluan tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua Menuntut sistem pentadbiran kerajaan yang adil serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan. Selamatkan bumi kita, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. Mereka yang menandatangani deklarasi 18 tuntutan itu adalah seperti berikut: AWAM – All Women's Action Society CAN – Community Action Network CDC- Community Development Centre CIJ – Centre for Independent Journalism DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement EMPOWER – Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor JAG – Joint Action Group for Gender Equality JERIT – Jaringan Rakyat Tertindas KOMAS – Pusat Komunikasi Masyarakat ODHA – Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS Pemuda Sosialis PERMAS – Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan PRM – Parti Rakyat Malaysia PSM – Parti Sosialis Malaysia PSWS – Persatuan Sahabat Wanita Selangor PWW – Perak Women for Women SABM – Saya Anak Bangsa Malaysia SAWO – Sabah Women's Action-Resource Group SIS – Sisters in Islam SMM – Solidariti Mahasiswa Malaysia SUARAM – Suara Rakyat Malaysia WAO – Women's Aid Organization WCC- Women's Centre for Change KAMI – Kumpulan Aktivis Muda Independen Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS | |||
Dua Pemimpin PKR Beri Keterangan Isu Qazaf Posted: 23 Apr 2011 03:51 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
KUALA LUMPUR : Dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) berhubung laporan qazaf yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin awal bulan ini. Laporan qazaf itu dibuat ekoran pendedahan video seks yang dikaitkan seorang pemimpim pembangkang yang didakwa mirip dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dua pemimpin tersebut adalah Ketua AMK Wilayah Persekutan Mohd Hamdi Mohd Said dan Ketua AMK cabang Batu Rozan Azen Md Rasip memberi keterangan secara berasingan di jabatan berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam. Mohd Hamdi yang ditemui Tv Selangor berkata, beliau bersama Rozan memberi keterangan sebagai saksi setelah mengiringi Shamsul Iskandar sewaktu membuat laporan pada 4 April lalu. Sewaktu memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat JAWI, Mohd Hamdi berkata antara soalan yang ditanya mengenai latar belakang peribadi dan penglibatannya dalam parti. Selain itu, Mohd Hamdi berkata, beliau juga ditanya berkisar mengenai tempoh video seks yang disiarkan dalam internet termasuk tempoh beliau mengenali Anwar yang juga ketua pembangkang. Menjawab soalan pegawai penyiasat berhubung dari mana beliau mendapat bukti video seks tersebut, Mohd Hamdi berkata: "Saya memberitahu bahawa mendapat bukti video lucah itu melalui internet, blog dan laporan berita termasuk kenyataan daripada (ahli parlimen Sungai Petani) Datuk Johari Abdul," katanya. Menurut Mohd Hamdi, beliau juga turut bertanyakan kepada pegawai penyiasat berhubung tindakan JAWI untuk memanggil trio 'Datuk T' - iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim. Mohd Hamdi mendakwa pegawai penyiasat akan memanggil Datuk 'T' "selepas menyiasat" laporan yang dikemukakan oleh mereka. "Saya minta JAWI memanggil ketiga-tiga trio itu untuk memberikan keterangan... Orang yang mendakwa orang lain berzina perlu mengemukakan empat orang saksi," katanya dengan nada kecewa. Mohd Hamdi yang juga ketua AMK Wangsa Maju berkata Rozan turut diajukan soalan yang sama sewaktu memberi ketrangan kepada pegawai penyiasat JAWI dalam bilik yang berasingan. Mereka memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah. Mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan semula jika diperlukan oleh JAWI, tambah Mohd Hamdi. Pada 23 Mac lalu, trio 'Datuk T' itu mengakui bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya. Susulan itu, Shamsul Iskandar membuat laporan qazaf (tuduhan zina) kepada Jawi dan memberi keterangan kepada agensi kerajaan itu pada Isnin lalu. | |||
PAS Desak Kerajaan Dahulukan Rakyat, Utamakan Keselamatan Isu Lynas Posted: 23 Apr 2011 03:50 AM PDT TVS NEWS
KUANTAN : Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam isu kilang nadir bumi (tanah jarang) Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, kerajaan sepatutnya sejak awal lagi mendahulukan pandangan rakyat dan mengutamakan keselamatan mereka sebelum memberi sebarang kelulusan untuk membina kilang tersebut. Katanya, ekoran bantahan hebat daripada semua lapisan masyarakat di Kuantan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menukar pendirianya sejajar dengan peningkatan bantahan daripada rakyat yang memuncak dari hari ke hari daripada memberi jaminan bahawa kilang Lynas selamat kepada melenting untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses 'rare earth' tidak dibenarkan beroperasi dengan mengalihkan masalah kepada Putrajaya serta mengatakan bahawa bukan kerajaan Pahang yang memberikan kelulusan. 'Silat' Adnan yang menepis masalah panas itu ke Putrajaya ternyata berhasil apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kelmarin, mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional bersetuju untuk menubuhkan satu panel bebas secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. "Sepatutnya pandangan pakar diminta dari awal lagi, dan bukan setelah rakyat bangun membantah. "PAS cukup kesal dengan sikap dolak dalik antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, sehingga terkini MB Pahang dan Kementerian barulah kata nak meminta pandangan pakar sebelum membuat sesuatu keputusan," ujar Tuan Ibrahim sebagai respons kepada tindakan kerajaan pusat. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyoal maksud di sebalik kenyataan Adnan pada sidang Dun Pahang beberapa hari yang lepas, di mana Adnan menyatakan bahawa kalau Lynas ditutup sekalipun, ianya bukan berpunca daripada tekanan pembangkang. "Jadi kalau bukan kerana tekanan pembangkang, maka atas alasan apa Lynas akan ditutup," soalnya atas hujah bahawa Lynas sememangnya mendapat lampu hijau untuk beroperasi daripada kerajaan negeri dan kementerian yang berkenaan. "Dalam keadaan bangunan yang dalam proses untuk disiapkan, dan Lynas dijangka akan memulakan operasinya hujung tahun ini... kerajaan masih gagal memberi kata putus untuk tutup segera atau tidak.Jadi sekarang kita menunggu samada kerajaan hendak membuat sesuatu berdasarkan kehendak rakyat atau sebaliknya dan menanggung risiko dihukum rakyat pada piliharaya umum ke 13," tegurnya. Tambah Tuan Ibrahim, secara logiknya rakyat kini sudah matang dan pandai berfikir mengapa kerajaan Australia hendak menolak projek Lynas yang bakal mendatangkan keuntungan lumayan setahun sekiranya tiada risiko sampingan. "Takkanlah projek yang berdaya maju begini tiada negara akan sanggup menerimanya, lalu di saat negara lain menolak kerana takut akan risikonya, mengapa pula Pahang terima?" soal beliau lagi. Menurut Mustapa, seramai lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel bebas bagi membantu menangani keresahan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar kesan daripada kilang Lynas di Gebeng. Kajian yang bakal mengambil masa sebulan itu akan menjadi penentu samada lesen pengoperasian akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB). Lynas turut dihalang untuk mengimport bahan mentah dari Australia selagi kerajaan belum membuat keputusan terhadap kajian itu. "Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai projek itu, dan semakan semula akan dilakukan bagi memastikan pembinaan kemudahan itu mematuhi sepenuhnya standard keselamatan antarabangsa," kata Mustapa, dan menambah bahawa kesihatan dan keselamatan oramg ramai dan alam sekitar akan terus diutamakan oleh kerajaan. | |||
Penduduk LBJ Buat Laporan Polis Posted: 23 Apr 2011 03:48 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima KUALA LUMPUR : Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bersama- sama badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis sebagai membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikatakan melanggar hak asasi penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ). Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), E. Nalini menjelaskan laporan ini dibuat berikutan DBKL dikatakan mengusir penduduk dari penempatan mereka tanpa sebarang rundingan. "Kami buat laporan ini kerana mahu campurtangan polis dan memastikan bekas pekerja ladang LBJ tidak diusir secara paksa ,dan hak mereka terjamin seperti dalam perlabagaan negara," ujar Nalini. Tindakan itu juga bercanggah dengan perkara 5 dalam perlembagaan persekutuan iaitu hak untuk kehidupan. Aduan yang laporkan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu dibuat kepada DBKL, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dato Ahmad Fuad Ismail. Turut hadir menyatakan sokongan adalah wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), V. Selvam dan wakil penduduk LBJ, K. Balakrisnan. Laporan ini dibuat secara serentak dibeberapa negeri seluruh negara. Antaranya di Pulau Pinang, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Patani, di Kelantan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Kedah Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Selangor Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di Johor Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Nusa Jaya, di Pahang, Balai Polis Brinchang dan Negeri Sembilan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. Tindakan pengusiran DBKL ini membabitkan pencabulan hak asasi terhadap 41 keluarga yang kini berdepan dengan risiko dipindahkan tanpa sebarang rayuan. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 April ini akan memutuskan samaada mahu menerima atau menolak permohonan injuksi yang difailkan penduduk LBJ bagi menghalang pengusiran yang dibuat DBKL. | |||
KPN Dalam Keadaan Baik, Perlu Rehat Posted: 23 Apr 2011 03:41 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima
SHAH ALAM : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang dimasukkan ke hospital semalam, berada dalam keadaan baik dan hanya perlu berehat kerana keletihan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, hari ini. "Beliau telah menjalani semua pemeriksaan perlu semalam, tiada apa-apa masalah, kecuali beliau keletihan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Sehari Bersama Polis" yang disertai 1,000 belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
"Sebenarnya, Ismail tidak perlu dimasukkan ke wad, tapi sayalah yang meminta doktor menempatkan bos saya itu di sana supaya beliau (Ismail) boleh berehat," katanya. Khalid berkata Ismail telah memberi pelbagai arahan kepadanya dan telefon bimbit beliau menerima banyak teks mesej daripada pegawai atasannya itu. Ismail dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur semalam selepas beliau dilaporkan berasa kurang sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan pasukan polis di Bukit Aman.
Ditanya bilakah Ismail dijangka keluar dari hospital, Khalid berkata: "Rasa saya, hari ini." - | |||
Kes Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri Posted: 23 Apr 2011 03:38 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima IPOH : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama. Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh. Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar. Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula. Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh. Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas. Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus. Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah. Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak. | |||
SPR Dituntut Perjelas Undi Pos Berkurang Secara Drastik Posted: 23 Apr 2011 03:35 AM PDT Ditulis oleh Ayie
PANGKOR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan pengurangan mendadak pengundi pos di DUN Pangkor daripada 4097 pengundi kepada 1899 pengundi. Pengurangan secara drastik jumlah pengundi pos itu dikesan setelah dipersoal Ketua Biro Pilihan Raya PKR Perak, Chang Ming Kai dan beberapa siri bantahan pelbagai pihak terhadap agensi itu. Pengurangan sejumlah 2199 undi pos tanpa sebarang penjelasan dari SPR menguatkan dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam senarai undi pos sebelum ini. "Dimana 2199 nama yang dipamer SPR dulu ? Mengapa tiba- tiba banyak nama yang lenyap dalam senarai pendaftar terbaru SPR ?," soal Ming Kai. Beliau menuntut SPR menjelaskan adakah SPR melakukan kesilapan dalam penyenaraian nama pengundi atau pengundi yang tersenarai sebagai pengundi pos enggan menjadi pengundi pos ? "Adakah SPR tersilap ? Adakah mereka tidak mahu menjadi pengundi pos dalam pilihan raya akan datang ?, "Adakah perkara sebegini berlaku di DUN lain ?," soal Ming Kai lagi. Ming Kai mejelaskan hasil kajian dan penyelidikan yang dibuat pihaknya mendapati kebanyakan pengundi pos baru di DUN Pangkor terdiri daripada isteri kepada anggota tentera atau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau menambah hasil pemantauannya mendapati beberapa nama yang telah dipadamkan dari senerai pengundi pos baru telah dipindahkan ke kawasan Kuala Lumpur dan lain- lain. Justeru pihaknya sekali lagi meminta SPR menjelaskan perkara tersebut. | |||
OKU Tahanan ISA Tekad Teruskan Perjuangan Posted: 23 Apr 2011 03:33 AM PDT Ditulis oleh Ayie
KUALA LUMPUR : Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kadir Hashim bertekad tidak akan lemah semangat dalam meneruskan perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat(PKR) walaupun bakal berhadapan cabaran yang lebih berisiko tinggi seperti ini. Kadir yang dibebaskan beberapa hari lalu, menganggap detik-detik dan saat beliau menjadi tahanan ISA itu sebagai asam garam perjuangan dalam memastikan Pakatan Rakyat(PR) mendapat mandat dalam Pilihan Raya umum akan datang. "Saya tidak akan lemah semangat. Saya tetap akan menyertai aktiviti parti. Ini bagi saya liku-liku perjuangan. Kita kena hadapinya," kata beliau kepada wartawan di rumahnya semalam. Kadir yang kudung pergelangan tangan kiri didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah Seksyen 73(1) ISA 1 April lalu. Kadir dikatakan merancang menggunakan senjata api dan bahan letupan untuk menentang kerajaan kerana komennya dalam laman Facebook beliau. Menurut Kadir, beliau disoal siasat selama beberapa sesi setiap hari dan dibawa sehingga ke empat lokasi berlainan untuk disoal siasat sepanjang 20 hari itu. Malah beliau memberitahu pihak Polis memasang alat pengesan pembohongan di badannya dalam salah satu cubaan mendapatkan kenyataan beliau. Bagaimanapun Kadir mengakui beliau tidak didera secara fizikal sebaliknya beliau diganggu secara mental berikutan cara soal siasat yang amat meletihkan. Beliau yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) menganggap tuduhan dan siasatan polis ke atas beliau sebagai perkara lucu kerana ia hampir tidak logik. Malah menurut beliau lagi, pihak Polis turut gentar apabila kesnya itu mendapat liputan meluas media selain kesungguhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sentiasa memberi sokongan dan mendesak beliau dibebaskan. "Bagi saya ini satu tangkapan lucu. Sepatutnya dia (polis) kena fikir. Jika dia kaji dan siasat status saya, dia akan tahu saya seorang OKU," kata beliau dengan sinis. "Mereka cukup takut bila peguam nak jumpa saya. Wartawan dan Suaram pun datang. Mereka cukup takut. Jadi mereka minta kerjasama dan beri ruang untuk dibebaskan," tambahnya lagi. Kadir turut mendedahkan beliau juga diminta supaya menceritakan 'kebaikan' ISA kepada ahli PKR lain, bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian. Kadir menyatakan tindakan beliau dan mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang meluahkan kemarahan mereka dalam laman sosial itu berpunca dari Kerajaan Barisan Nasional sendiri yang sentiasa menindas hak bersuara rakyat. "Itu hanya luahan emosi saya terhadap apa yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan kita. Kita hendak cuba ubah keadaan demokrasi. Masalahnya demokrasi kita tak adil. Kalau betul demokrasi kenapa media kita contohnya disekat? Kenapa dalam Pilihan Raya berita-berita yang disampaikan tak seimbang laporannya? Kenapa kita tak diberi ruang di TV seperti mereka?" ucap beliau. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin yang berkunjung ke rumah Kadir semalam turut menganggap episod ISA Kadir sebagai sesuatu yang tidak logik dan lucu. Shamsul menyatakan perkara ini menunjukkan betapa ISA tidak dapat diterima Pakatan Rakyat apatah lagi pihak Polis meminta Kadir menceritakan 'kebaikan' ISA kepada orang ramai. "Sekadar kata-kata dalam facebook, beliau ditahan di bawah ISA, sedangkan itu tidak perlu, boleh lakukan siasatan. Apa perlu beliau ditahan? Dan soalan yang ditanya pun tak berkaitan dengan siasatan. Soalan tentang Isu politik dan minta saudara Kadir beritahu kebaikan ISA. Saya setuju dengan Kadir itu sesuatu yang lucu dari pasukan keselamatan negara kita. Sebab itu kita kata ISA ini langsung tidak membawa kebaikan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang bertamadun. | |||
MCA Gesa Rakyat Pulaukan Utusan Malaysia Posted: 23 Apr 2011 03:28 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima SHAH ALAM : MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan, lapor Malaysiakini.
Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam. "Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa. "Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya. Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu. Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu. "Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan. Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". | |||
MIC dijangka terima semula tiga pemimpin GAS cabar Samy Posted: 23 Apr 2011 03:23 AM PDT CWC keempat yang bakal dipengerusikan Palanivel itu bertemu di sini malam ini. "Mesyuarat Sabtu ini (hari ini) akan mempertimbangkan laporan jawtaankuasa disiplin yang diketuai Tan Sri K.S Nijhar, yang membuat syor berdasarkan rayuan yang dipertimbangkan," kata sumber parti itu kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. Ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengepalai kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) menggesa pemimpin veteran itu melepaskan jawatan presiden dengan segera, menjelang akhir 2010. Kempen itu diadakan selepas Samy Vellu, yang kini merupakan duta khas bertaraf menteri, mengumumkan pertengahan tahun lalu bahawa akan melepaskan jawatannya pada suku ketiga 2011. Bagaimanapun pengumuman presiden MIC paling lama itu dibantah dan siri kempen GAS diadakan. Samy Vellu melepaskan jawatannya pada minggu kedua Disember lalu. Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa disiplin akan mengesyorkan agar ketiga-tiga mereka boleh diterima balik demi perpaduan parti dan tindakan memecat mereka tahun lalu juga dikatakan tidak sah. "Rata-rata tiada masalah untuk menerima mereka balik, meskipun ada satu dua anggota CWC yang mungkin akan membantah, tetapi majoriti akan menerima syor menerima balik mereka. "Lagi pun menerima balik ahli-ahli yang dipecat ketika era Samy Vellu adalah pendekatan baru kepimpinan Palanivel, ini yang Palanivel janjikan kepada kepimpinan BN khususnya Datuk Seri Najib Razak," katanya. K.P Samy, pemimpin MIC dari Klang, telah menghadiri majlis sambutan tahun baru masyarakat India anjuran MIC di Seri Kembangan Jumaat lalu, yang dirasmikan oleh Najib. K.P Samy ketika dihubungi mengesahkan ada menghadiri majlis itu dan yakin akan diterima oleh kepimpinan Palanivel. "Saya dijemput hadir, saya hadir atas nama NGO," katanya. Beliau dan dua yang lain membuat rayuan awal Januari. CWC MIC telah menerima balik bekas ketua MIC Petaling Jaya Selatan V Subramaniam atau lebih dikenali sebagai "Barat Maniam", yang turut dipecat daripada MIC oleh Samy Vellu ahun lalu pada Januari lalu. "Saya yakin akan diterima, lagi pun saya berpegang bahawa pemecatan saya dan rakan-rakan saya tidak sah," kata K.P Samy sambil menambah, "berdasarkan janji Palanivel bahawa akan menerima pemimpin-pemimpin dipecat Samy Vellu, kami yakin rayuan kami akan diterima." Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal tahun ini, Palanivel berkata beliau bersedia untuk memaafkan kesemua ahli dan pemimpin MIC yang pernah dipecat bekas presiden MIC dan membuka semula pintu parti komponen BN itu kepada mereka. Bagaimanapun presiden MIC itu memberi amaran keras kepada bekas ahli-ahli parti terbabit bahawa kesediaan untuk menerima mereka balik bukan petanda beliau seorang pemimpin yang lemah atau mudah terpengaruh. "Saya tidak mahu musuh. Saya mahu jadi kawan setiap orang," kata beliau. Palanivel berkata, beliau sanggup untuk mendengar keluhan dan memenuhi keperluan mereka, tetapi memberi amaran agar tidak mempersalahkan parti atas pemecatan mereka. Selain tiga pemimpin itu MIC juga akan menerima beberapa ahli parti yang turut dipecat sebelum ini. | |||
9 pelajar UPM layak dibuang kolej, didakwa ‘dendam’ pemilihan kampus Posted: 23 Apr 2011 03:20 AM PDT KUALA LUMPUR — Kepimpinan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mempersoalkan tindakan pengurusan pusat pengajian tinggi itu menyingkirkan sembilan mahasiswa dari Kolej Kedua walaupun memenuhi merit minumum untuk terus tinggal pada semester akan datang. Menurut jurucakapnya Siti Zulaikha Rusmadi, kesemua mahasiswa yang disingkirkan dari kolej kediaman Kolej Kedua adalah seramai 40 orang termasuk sembilan mahasiswa yang dibuang tanpa sebab munasabah. Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan penyingkiran itu dibuat ekoran keputusan pemilihan kampus Februari lalu. "Mungkin juga ada kena mengena dengan pemilihan kampus sebab ada mahasiswa yang dibuang ini adalah ahli Pro-Mahasiswa dan mempunyai jawatan. "Semua mahasiswa yang disingkirkan adalah 40 orang tapi apa yang kita persoalkan adalah sembilan orang yang disingkirkan tanpa diberikan sebab-sebab yang munasabah sedangkan mereka memenuhi merit minimum 60 mata untuk terus menghuni kolej kediaman. "Seramai 31 mahasiswa memang tak cukup merit tapi yang sembilan lagi cukup. Atas sebab apa mereka disingkirkan daripada tinggal di kolej kediaman?" kata Siti Zulaikha. Tambah Siti Zulaikha, daripada sembilan mahasiswa terdapat ahli Pro-Mahasiswa yang turut disingkirkan tanpa memberikan sebarang sebab walaupun mempunyai merit yang cukup untuk terus kekal di kediaman kolej itu. "Ada ahli Pro-Mahasiswa yang disingkirkan walaupun mempunyai merit 142 mata dan ada yang mendapat 100 mata. "Tapi apa yang mengejutkan pengurusan UPM ada menawarkan kediaman dalam universiti kepada ahli Pro-Aspirasi yang hanya mendapat 52 mata," katanya. Tegas beliau, langkah UPM menyingkirkan sembilan mahasiswa itu tidak wajar kerana kediaman kolej itu masih boleh menampung jumlah penghuninya. Justeru kata Siti Zulaikha, pihaknya menuntut penjelasan daripada pengurusan UPM supaya memberikan alasan berhubung tindakan yang dibuat itu. "Kami mahukan penjelasan kenapa sembilan mahasiswa ini dibuang dari kolej kediaman... apa yang kita dapat, tiada sebab yang diberikan. "Sebab itu kita tetap mahukan penjelasan itu," katanya. Kesemua mahasiswa itu tidak dibenarkan menetap di kolej kediaman UPM bermula semester depan. Pada pilihan raya kampus UPM, kumpulan Pro-Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro-Mahasiswa. Pro-Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro-Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi. | |||
Perkasa: Kami hormati Mahathir tapi gerakan ‘1Bumiputera’ tetap dilancar Posted: 23 Apr 2011 03:15 AM PDT Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini. "Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera. "Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya. Semalam, Dr Mahathir berkata idea gelombang "1Melayu, 1Bumi" adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka. "Saya harap ia tidak berlaku... jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik. JIka satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa malapetaka kepada negara," katanya. Katanya, Perkasa akan melancarkan 1Bumiputera untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik. Kata Syed Hassan, Perkasa akan meneruskan kempen melancarkan "1Bumiputera" di Kedah pada 30 April ini sebaik sahaja Dr Mahathir meninggalkan majlis kerana menghormati pandangan beliau. "Tun M, di Kedah nanti, (akan) diberi kebebasan untuk berucap mengikut apa yang beliau rasakan perlu handak sampaikan dalam ucapannya sempena Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah. "Perkasa percaya apa yang Tun (Mahathir) sampaikan pastinya demi keharmonian penduduk negara ini. Presiden Perkasa akan lancarkan 1Bumiputera secara berasingan sebaik Tun M meninggalkan majlis," katanya sambil menambah, pihaknya berharap semangat "1Bumiputera" menyerapi jiwa semua kaum Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu soal Syed Hassan, apa salah mereka jika hendak menjiwai "1Bumiputera" dan mendakwa Perkasa melihat dengan jelas sekarang kaum Cina menjiwai "1Cina" melalui pertubuhan bukan kerajaan mereka. "Mereka boleh sehati sejiwa dalam hal-hal kepentingan kaum mereka walau berlainan ideologi politik. Jadi mengapa perlu pertikaikan cadangan Datuk Zaini Hassan dari Utusan dan kini Perkasa menyahut cadangannya?" kata beliau. Bagaimanapun katanya, Perkasa bukan menolak gagasan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Razak tetapi tapi "masalahnya kaum lain sudah mentafsirkan 1 Malaysia sebagai gagasan kesamarataan yang tidak adil pada kaum Bumiputera." Syed Hassan juga berkata, Perkasa melancarkan gerakan "1Bumiputera" untuk menyatukan kaum Bumiputera untuk bersama-sama mempertahankan hak dan kuasa politik. Katanya, walaupun mereka berlainan etnik pribumi tetapi ia dalam status Bumiputera dan tiada masalah berlainan ideologi politik tapi perlu ada kesedaran bersama dalam perkara-perkara kepentingan Bumiputera. "Masih boleh satu suara atas kepentingan Bumiputera walau terbahagi dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Perkasa akur bila sudah terbahagi dalam DUN atau Dewan Rakyat sudah pasti ada percanggahan, namun bila menyentuh kepentingan Bumiputera, ia perlu satu hati bagi semua Adun atau Ahli Parlimen Bumiputera," katanya. Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang prokerajaan dan propembangkang, kata beliau, mesti bersama-sama apabila hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dibangkitkan. "Bila mereka boleh bersama dalam hal ini, itulah maknanya kuasa politik Bumiputera masih kekal," katanya lagi. | |||
SAM gesa Putrajaya batal terus loji Lynas Posted: 23 Apr 2011 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR — Sahabat Alam Malaysia (SAM) hari ini menggesa Putrajaya agar membatalkan terus projek loji nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan bagi mengelak nasib Bukit Merah, Ipoh dua dekad lalu berulang. "Putrajaya sudah terbukti salah di Bukit Merah dan ia telah memberikan kesan besar kepada masyarakat di kawasan itu selain turut menghidapi penyakit ekoran terdedah kepada radiasi. "Kami tidak mahu satu lagi insiden sama berlaku. Kami menggesa Putrajaya membatalkan projek Lynas Corporation di Gebeng," kata Presiden SAM, S. M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan. Jelas beliau, masyarakat yang tinggal di Gebeng akan menerima kesan yang sama seperti di Bukit Merah ekoran terdedah kepada kadar radiasi yang boleh menjejaskan tahap keselamatan mereka. "Mengikut pengalaman kami yang telah mengendalikan kes nadir bumi di Bukit Merah menunjukkan pakar-pakar yang diambil Putrajaya dan syarikat itu telah memastikan semua aspek keselamatan diambil kira. "Bagaimanapun pakar-pakar yang dilantik masyarakat mendapati ia tidak selamat dan merekodkan bacaan sinaran radioaktif yang tinggi di kawasan itu. "Justeru masyarakat di Gebeng yang sudah terdedah kepada radiasi akan berhadapan dengan risiko lebih besar sekiranya projek ini diteruskan," katanya. Lynas Corporation, sebuah syarikat dari Australia dijangka memulakan operasi loji pembersihan nadir bumi di Gebeng ini - yang mana proses pembinaan loji memprosesan sedang dibina. Tindakan Putrajaya mahu membina kilang nadir bumi di Gebeng mendapat tentangan banyak pihak. Mengulas cadangan Putrajaya mahu mewujudkan satu panel bebas mengkaji tahap keselamatan projek nadir bumi (gambar) itu, Mohamed berkata ia hanya untuk mententeramkan kebimbangan masyarakat yang tinggal di kawasan itu. Tambah Mohamed, hasil kajian itu perlu diumumkan secara terbuka kepada masyarakat setempat agar mereka boleh membuat penilaian berhubung status projek nadir bumi itu. "Kami rasa kajian ini adalah satu lakonan untuk mengurangkan desakan rakyat. Kenapa tidak hentikan sahaja projek ini? "Kenapa perlu adakan projek yang tidak selamat ini? Adakah pelaburan asing tidak mengambil kira aspek kesihatan rakyat dan penerimaan mereka?" kata beliau sambil menambah, "sudah tentu, aspek kesihatan dan keselamatan dan persekiran harus diambil kira termasuk dalam projek komersial." Kata beliau, masyarakat sekitar Kuantan dan Gebeng mempunyai hak untuk mengetahui individu yang akan membuat kajian tersebut. "Kami mahu menentukan objektif kajian itu dan apa impaknya dan hasil kajian juga harus diumumkan secara terus kepada masyarakat agar mereka boleh buat penilaian," katanya. Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. "Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai," katanya. Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. | |||
Prasarana nafi dakwaan Perkasa halang Bumi sertai MRT Posted: 23 Apr 2011 03:09 AM PDT KUALA LUMPUR – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) menolak sama sekali dakwaan Perkasa bahawa MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd menafikan peluang bagi kontraktor Bumiputera menyertai kerja-kerja membina MRT Lembah Klang - projek infrastruktur terbesar nilai pelaburannya. Sehubungan itu SPNB menegaskan, kenyataan Pengarah Ekonomi Perkasa Dr Zubir Harun kelmarin adalah serius dan "menyediakan kes yang berpotensi untuk salah tafsir". Dalam satu kenyataan penjelasan, Pengarah Urusan SPNB Shahril Mokhtar berkata, pihaknya dan kesemua agensi terlibat dalam projek MRT Lembah Klang berkomited untuk memastikan ia dikendalikan dengan telus. "Kami meletakkan penekanan mendalam bagi memastikan kesemua garis panduan kawal selia berkenaan projek ini termasuk penganugerahan kontrak dipatuhi dengan teliti dan dilaksanakan," kata beliau mengulas pendirian Perkasa dan beberapa NGO lain. Perkasa mendakwa ada usaha 'jahat' di pihak MMC-Gamuda Joint Venture menafikan peluang bagi kontraktor-kontraktor Bumiputera menyertai projek MRT Lembah Klang ini yang dianggarkan menelan kos lebih RM50 bilion. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula Julai ini. Perkasa bersama beberapa NGO yang mewakili usahawan Bumiputera mendakwa rakan penyedia projek (PDP) bagi MRT ini mengenakan syarat-syarat "ketat" yang menghalang penyertaan Bumiputera dan hanya memanfaatkan "bukan Bumiputera yang kaya." "Perkasa bersama dengan NGO-NGO Bumiputera merasakan seolah-olah syarat-syarat ketat sengaja dikenakan oleh MMC-Gamuda... adakah Prasarana juga memainkan peranan dalam projek ini? "Apakah peranan Prasarana? Apa yang kami dapat lihat sekarang ialah pakej bagi pembinaan MRT dimonopoli oleh MMC-Gamuda dan kontraktor-kontraktor Bumiputera tiada peluang langsung untuk mengambil bahagian," kata Zubir. SPNB, anak syarikat kerajaan dilantik sebagai pemilik infrastruktur itu manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat adalah pihak berkuasa kawal selia projek itu. Zubir berkata, pada 30 Mac lalu Prasarana telah mengeluarkan kriteria tambahan bagi pembinaan projek itu, sekali gus menyebabkan kekecewaan di kalangan ramai kontraktor Bumiputera. Mengulas lanjut, Shahril berkata, saiz dan kerumitan projek MRT ini turut membawa bersama risiko signifikan kelewatan dan peningkatan kos. "Oleh itu, adalah penting kontraktor-kontraktor yang dipilih mesti mempamerkan kepakaran dan kekuatan kewangan untuk mengendalikan projek yang besar ini," kata beliau lagi. Justeru jelas beliau, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah menetapkan garis panduan ketat bagi proses pemerolehan kontrak yang termasuk kriteria prakelayakan dan pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja berpakej. Malah menurutnya, langkah itu akan memastikan aspek ketulenan, kompetensi dan kesesuaian kontraktor layak, yang akan membolehkan projek disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. SPNB juga percaya pasaran tempatan mempunyai kontraktor Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang tulen, berdaya saing dan sesuai, kata Shahril sambil menambah, "kriteria prakelayakan tidaklah terlalu ketat dan membolehkan ramai kontraktor yang berpengalaman layak tanpa mengambil bahagian dalam usaha sama dengan yang lain." "Sebenarnya, kami juga ada menjemput kontraktor-kontraktor Bumiputera menyertai tender ini," kata beliau. "Prasarana juga mahu menjelaskan kenyataan Dr Zubir bahawa kontraktor Bumiputera tidak boleh meletakkan (bon) RM300,000, yang diperlukan adalah tidak benar," katanya. Ketua SPNB itu menambah, ada kontraktor Bumiputera yang boleh mengumpulkan dana dalam jumlah itu adalah penting, memandangkan kerja-kerja dalam pakej besar memerlukan grup yang mempunyai kedudukan kewangan baik. "Prasarana juga sedar ada kontraktor Bumiputera yang tidak boleh memenuhi kriteria bagi pakej kerja-kerja utama tetapi layak menyertai kerja-kerja subkontrak. "Oleh itu kontraktor-kontraktor kecil ada peluang dan peranan untuk dimainkan dalam projek MRT Lembah Klang mengikut kemahiran dan pengalaman mereka. Mereka tidak akan ketinggalan daripada mengambil bahagian dalam projek ini," kata Shahril lagi. Dalam kenyataannya kelmarin, Zubir mendakwa kriteria seperti kontrakor yang menyertai tender projek dilarang membentuk usaha sama ataupun konsortium, syarikat kontraktor dilarang membentuk sebarang usaha sama dengan syarikat-syarikat asing dalam tender projek dan pembentukan konsortium dua atau lebih syarikat dilarang sama sekali menutup peluang-peluang bagi syarikat Bumiputera untuk menyertai tender projek. "Prasarana juga memasukkan syarat bayaran bon berjumlah RM300,000 di peringkat prakelayakan... bagaimana kontraktor Bumiputera boleh datang dengan jumlah ini tanpa membentuk konsortium atau usaha sama?" kata Zubir. "MMC-Gamuda sendiri (syarikat) usaha sama... kebanyakannya projek kerajaan berskala besar, mengapa tidak yang ini?" tambah beliau. Justeru kata beliau, syarat-syarat ini bercanggah dengan Model Baru Ekonomi (MBE) Datuk Seri Najib Razak dan menggesa perdana menteri sendiri selaku menteri kewangan menarik balik syarat-syarat ini serta-merta. "Kami memberi Prasarana, kerajaan tujuh hari untuk menjawab tuntutan kami... Najib mendengar Perkasa, beliau faham kebimbangan kami. "Jika kami tidak melihat sebarang tindakan, kami melihat ia bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, hak-hak Bumiputera," katanya lagi. | |||
Lagi akhbar Umno dakwa Cina sokong Pakatan demi kukuh kuasa politik Posted: 22 Apr 2011 04:47 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Satu lagi akhbar milik Umno, Berita Harian turut mendakwa masyarakat Cina negara ini mula memperlihatkan sokongan besar kepada DAP dan perikatannya, Pakatan Rakyat dengan satu "strategi" baru — mahu menguatkan kedudukan ekonomi dan politik. Dalam ruangannya hari ini, Kunta Kinte berkata, bagi orang Cina, menyokong DAP dan Pakatan Rakyat adalah strategi baru dan anjakan pemikiran yang sangat jelas. "Strategi serampang dua mata mereka ini gabungkan kuasa ekonomi dan kuasa politik orang Cina. "Setelah berjaya kukuhkan ekonomi mereka hasil dasar dan projek perkembangan kerajaan BN, mereka sekarang berasa cukup yakin yang kepentingan dan monopoli ekonomi mereka tidak akan terjejas walaupun mereka tak lagi sokong BN." Malahan menurut akhbar Kumpulan Media Prima ini, cara baru kaum Cina yang menggabungan kuasa ekonomi dan politik ini akan tambah "kukuhkan lagi kuasa dan pengaruh masyarakat Cina dalam ekonomi dan politik." Dalam tulisan di halaman perdananya, ia juga menambah, ada penganalisis politik mengatakan, penghijrahan besar orang Cina daripada BN kepada Pakatan Rakyat akan mencetuskan reaksi orang Melayu yang akan balik semula menyokong BN kerana takut hilang kuasa kepada orang Cina. "Kunta Kinte tak mahu buat apa-apa ramalan. Yang Kunta Kinte nak kata adalah perkauman susah nak dipisahkan daripada politik negara kita kerana kita terlalu bertolak ansur dalam hal mewujudkan sistem dan institusi yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum. "Kita selalu sebut kalau nak lentur buluh biar dari waktu ia masih rebung. Berdasarkan pengalaman Kunta Kinte bersekolah dan belajar hidup dalam masyarakat majmuk, tidak ada permulaan yang lebih baik daripada di bangku sekolah," kata akhbar itu lagi. Malah akhbar itu lagi, pada hari ini, selepas lebih 53 tahun merdeka, sekolah kebangsaan terpaksa bersaing dengan sekolah jenis kebangsaan dan semakin ramai orang Malaysia tidak fasih Bahasa Kebangsaan, tidak bersemangat Malaysia dan nampak-nampaknya tambah perkauman. Ahad lalu, akhbar Kumpulan Utusan milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu. Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata, majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN. BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu. Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian. Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN Sarawak berbanding lima tahun lalu. "Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. "Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya. Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Sehari kemudian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin. Katanya, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak | |||
PAS: Pemilihan Jun kekal, yakin saingan tak ancam perpaduan Posted: 22 Apr 2011 04:39 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — PAS tidak mahu menangguhkan pemilihan kepimpinan pusat yang dijadualkan Jun ini dan yakin persaingan tidak akan merosakkan perpaduan dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. "Saya agak parti-parti lain tangguh pemilihan kerana ia akan memecahbelahkan parti mereka kerana kempen yang terlalu hebat, tapi PAS yakin PAS ada budayanya sendiri," kata Setiausaha Agungnnya Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini. Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno telah menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga tahun depan ekoran desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini. Spekulasi mengatakan bahawa ia kemungkinan diadakan Jun atau Julai ini ataupun penghujung tahun. "Walaupun ada pertandingan, ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam parti melainkan pilihan raya umum diadakan pada Jun barulah kita fikir kembali, tetapi saya tidak fikir ia akan diadakan pada Jun," kata beliau dipetik Bernama Online. PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Gombak pada 3 hingga 5 Jun ini. Mustafa berkata pencalonan untuk semua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota jawatankuasa PAS pusat sudah bermula. Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei. "Semua pencalonan akan dimasukkan dalam peti simpanan. Calon akan diberitahu berapa pencalonan yang dia dapat sebaik sahaja peti simpanan itu dibuka pada tarikh itu," katanya. Mustafa berkata Jawatankuasa Pemilih akan menghantar surat tawaran bertanding kepada calon-calon dan mereka menjawabnya dalam masa 11 hari iaitu dari 15 hingga 26 Mei. "Jawatankuasa Pemilih memutuskan bahawa calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran itu, yang tidak dijawab kita anggap mereka tidak ada kesungguhan untuk bertanding. "Calon-calon akan menilai sama ada mereka hendak terima pencalonan atau menolak pencalonan itu," katanya sambil memberitahu bahawa kira-kira 1,100 perwakilan dari 179 kawasan akan menghadiri muktamar itu. Beliau berkata calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan itu masih mempunyai peluang untuk menarik diri sebelum kertas undi dicetak pada 26 Mei. Mustafa, yang tidak berhasrat bertanding sebarang jawatan, berkata isu pilihan raya umum ke-13 mungkin akan menjadi antara intipati ucapan dasar Presiden pada muktamar tiga hari itu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan