Jumaat, 8 April 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Tingkatkan keselamatan orang siasatan SPRM'

Posted: 08 Apr 2011 06:58 AM PDT

MALAYSIA KINI

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menuntut supaya keselamatan orang di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dipertingkatkan.

Di samping itu, AMKPP juga menuntut supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk mengadili kes kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

AMKPP juga menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bertanggungjawab penuh atas kematian Sarbani dan meletak jawatan dengan segera.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua AMKPP, Amir Ghazali berkata, pihaknya membuat tuntutan tersebut "demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk".

Katanya, AMKPP tegas membawa suara rakyat yang tidak mahu lagi insiden tersebut berulang.

"Ini adalah jelas merupakan kegagalan 1Malaysia yang sering dilaungkan oleh perdana menteri.

"Adakah ini yang dinamakan keselamatan dan keadilan rakyat diutamakan?" tambahnya

PM diminta campurtangan selesai isu MAYC

Posted: 08 Apr 2011 06:56 AM PDT

BERNAMA

Lebih 300 belia daripada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu sejak setahun lepas.

Memorandum setebal sembilan muka surat itu diserahkan kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Ahmad Azmir Abdul Rahman, di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya manakala satu lagi diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Memorandum itu mengandungi antara lain keraguan ahli persatuan terhadap kredibiliti Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed yang juga pengerusi panel yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut persatuan itu, kerana beliau didakwa berat sebelah.

Ia turut mendakwa Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar yang diadakan 26 Sept tahun lalu penuh dengan 'pelbagai misteri dan kecacatan'.

Wakil kumpulan itu, Ku Iskandar Ku Saad, yang juga Presiden Majlis Belia Kedah, berkata kehadiran wakil-wakil belia dari seluruh Malaysia hari ini menunjukkan kesungguhan mereka yang mahu isu itu diselesaikan segera.

Terdahulu, kumpulan yang lengkap berkemeja T berwarna merah dengan tulisan "Suara Belia-Selamatkan MAYC" itu berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di Putrajaya seawal 8 pagi, sebelum berarak secara aman dengan diawasi lebih 30 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya ke KBS di Presint 4, bagi menyerahkan memorandum sama kepada Ahmad Shabery.

Memorandum itu diterima oleh setiausaha akhbar beliau, Hisham Abdul Hamid.


Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan

Posted: 08 Apr 2011 06:53 AM PDT


Joseph Sipalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

NONEDengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa," kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

50 polis

Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi.

NONEKhalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan.

"Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM," katanya ,

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

NONERabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.

RCI hanya selepas lelaki video seks dikenalpasti

Posted: 08 Apr 2011 06:46 AM PDT


S Pathmawathy

Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan.

NONE"Kabinet memutusakan polis dibenar menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Malaysiakini selepas menimbulkan isu video seks itu pada mesyuarat jemaah menteri hari ini.

"Tidak cukup untuk hanya mengesahkan ia (video) itu tulen ataupun tidak. Kita mesti kenalpasti individu dalam video itu.

"Kita tidak boleh terburu-buru... ataupun kita akan dituduh (sebagai partisan)," katanya

Menurut Nazri jika siasatan tidak dijalankan secara terperinci dan tergesa-gesa, ia akan menjejaskan kerajaan.

NONESemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, membidas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya.

Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Mohamed Nazri untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang didedahkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T.

Najib berkata kebiasaannya Pakatan Rakyat akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

anwar nangka 050411Mengulas perkara itu, semalam Anwar berkata Suruhanjaya Diraja hanya membazirkan masa.

"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," katanya.


Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas

Posted: 08 Apr 2011 06:41 AM PDT


Regina Lee

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

NONEBerbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

"Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun," kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONEPakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

BN sukar rampas kembali kerusi parlimen Titiwangsa

Posted: 08 Apr 2011 06:37 AM PDT

Ada pemimpin (dalaman) Umno yang tidak jujur yang akan melakukan sabotaj dalam setiap kali pilihan raya.



PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno hari ini mendakwa adalah sukar bagi Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi parlimen Titiwangsa dari PAS kerana dijangka berlaku perbuatan sabotaj daripada pemimpin parti itu sendiri.

Menurutnya, ada pemimpin dalaman yang akan melakukan sabotaj untuk melihat BN kalah di Titiwangsa.

Beliau berkata, "ada pemimpin tidak jujur yang melakukan sabotaj dalam setiap kali pilihan raya. Pemimpin ini walaupun tidak ada jawatan tinggi lagi tetapi masih berpengaruh.

"Masih ramai ahli dan penyokong Umno yang mendengar cakapnya," katanya yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ahli-ahli Umno Bahagian Titiwangsa juga kini berpecah belah dan berpuak-puak dan faktor ini akan lebih menyukarkan Umno -BN merampas kembali kerusi itu.

Isu lain ialah mengenai status tanah Kampung Baru yang belum dapat diselesaikan, yang boleh memberi kesan sokongan pengundi Melayu kepada BN.

Umno-BN juga katanya, menghadapi masalah mencari calon yang sesuai dan berwibawa. Jika calon tidak sesuai maka BN akan kalah lebih teruk dari PRU lalu.

"Masing-masing hendak menjadi calon. Orang muda, orang lama mahu menonjolkan diri supaya dapat bertanding. Silap-silap hari bulan, kalah lebih teruk dari 2008," katanya.

Beliau menambah, antara nama-nama yang disebut-sebut akan menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Titiwangsa dalam PRU ke 13 nanti ialah pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Aziz.

Jumlah pengundi di kawasan parlimen Titiwangsa ialah seramai 49,000 di mana 60 peratus terdiri daripada orang-orang Melayu dan di sekitar Kampung Baru sahaja dianggarkan hampir 10,000 orang.

Pada PRU 2008, calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir kalah kepada calon PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dengan majoriti 1,760 undi.

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat Ahad ini

Posted: 08 Apr 2011 06:36 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran sebagai protes terhadap suasana politik negara yang jijik dan kotor khususnya dalam isu video lucah.

Jelajah ini akan diadakan pada Ahad, 10 April dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bermula di Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Seremban dan Seremban ke Kuala Lumpur Sentral.

Menurut jurucakap sekretariat media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin selain menunjukkan protes terhadap situasi politik negara, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan perkembangan politik yang lebih sihat dan konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Katanya, siri jelajah itu yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari kampus seluruh Lembah Klang merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh SMM dan merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

"Seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat dan kain rentang," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang dan mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.

Selepas itu, mereka akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa dan seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.

PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 06:23 AM PDT

Nazri Abdullah

KOTA SAMARAHAN: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.

Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.

Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.

"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.

"Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini.

Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

"Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

"Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan.

Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat.

Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi.

"Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud.

"Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya.

Video: PGSM sokong Mufti Perlis bidas PPMM

Posted: 08 Apr 2011 06:17 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina.

"PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqrar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah).

"Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali," kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip.

Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik.

Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka.

Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama' Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama' Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina.

Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud.

"Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina," katanya.

Manifesto PR : " Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat"

Posted: 08 Apr 2011 06:14 AM PDT

TVS NEWS

KUCHING : Pemimpin utama PKR, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto "Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat".

PKR dan DAP masing-masing diwakili oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Kit Siang.

Manakala PAS diwakili oleh AJK Pusatnya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Manifesto setebal 8 muka surat menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa - cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca oleh pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Sebanyak 71 kerusi menjadi rebutan pada pilihanraya negeri kali ini.

Najib Tidak Mampu Selamatkan Imej Buruk Taib

Posted: 08 Apr 2011 06:04 AM PDT

TVS NEWS


MIRI : Barisan Nasional Sarawak terpaksa bergelut dengan krisis imej Ketua Menterinya yang dianggap sebagai liabiliti terbesar untuk menjamin kemenangan BN pada pilihanraya negeri 16 April ini.

Tambah parah apabila Perdana Menteri dan BN Pusat juga dilihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan imej buruk Tan Sri Taib Mahmud di mata rakyat.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam temubual bersama TV Selangor berkata, imej buruk Ketua Menteri telah menjadi satu beban yang terpaksa digalas oleh pimpinan BN Sarawak sekali gus menyukarkan laluan BN untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya pada 16 April depan.

Ini dibuktikan dengan ketiadaan langsung pemimpin BN Pusat ketika majlis pelancaran manifesto BN Sarawak oleh Taib Mahmud di Sibu petang semalam.

"Tidak syak lagi dilema Barisan Nasional ialah bagaimana menguruskan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Satu adakah dia menjadi satu beban atau liabiliti kepada peluang dan harapan Barisan Nasional mengekalkan kuasa, bila soalan itu ditanya saya percaya pimpinan Barisan Nasional dari Kuala Lumpur sudahpun terang jawapannya.

"Tetapi Perdana Menteri Najib tidak ada keupayaan untuk berterus terang dengan Ketua Menteri Taib Mahmud kerana segala macam karenah selama 30 tahun tidak memungkinkan lagi popularitinya boleh menjamin Barisan Nasional mengekalkan kuasa.. tetapi dek kerana ketidakupayaan dan kelemahan pemimpin Barisan Nasional Kuala Lumpur dan Perdana Menteri Najib, maka Barisan Nasional Sarawak terpaksa menguruskan beban ini," jelas Saifuddun.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat menambah, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat.

" Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.

Identiti rakyat Malaysia diculik di Ivory Coast dikenal pasti

Posted: 08 Apr 2011 06:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Kementerian Luar mengenal pasti rakyat Malaysia yang diculik di Ivory Coast sebagai Pandian Cheliah, 46, yang bertugas sebagai Pengarah Urusan sebuah syarikat di Abidjan.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, Pandian yang berasal dari Melaka diculik bersama-sama tiga orang rakyat asing pada 4 April di Hotel Novotel, Abidjan, Ivory Coast sebuah negara di Afrika barat.

"Bagaimanapun, lokasi di mana beliau dan tiga rakyat asing itu ditahan masih tidak diketahui.

"Kerajaan Malaysia sedang berusaha melalui saluran diplomatik dan pihak-pihak tertentu yang boleh membantu untuk mendapatkan pembebasan beliau," tambah kenyataan itu dipetik Bernama Online.

Menurut kenyataan itu lagi sembilan orang rakyat Malaysia dan anggota keluarga mereka di negara Afrika barat itu berada dalam keadaan selamat.

"Kementerian Luar sentiasa berhubung dengan mereka bagi memantau perkembangan terkini dan sedang terus berusaha untuk memindahkan mereka keluar dari kediaman ke tempat yang lebih selamat.

"Bagaimanapun, memandangkan situasi yang masih tegang dan meruncing di Abidjan, mereka telah dinasihatkan supaya terus berada di rumah untuk ketika ini," menurut kenyataan itu lagi.

Keganasan yang meletus antara penyokong Alassane Quattara yang memenangi pilihan raya presiden di negara itu baru-baru ini dengan penyokong Laurent Gbagbo, calon yang kalah dalam pilihan raya itu telah mengorbankan hampir 1,000 orang dan menimbulkan ketegangan di negara Arika barat itu.

Baru Bian pilihan Pakatan jadi Ketua Menteri Sarawak jika atasi BN

Posted: 08 Apr 2011 05:55 AM PDT

TERKINI


Pemimpin Pakatan Rakyat pada majlis pelancaran manifesto pilihan raya negeri Sarawak di Kuching hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
KUCHING — Dalam usaha memperlihatkan barisan yang bersepadu dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP Sarawak hari ini mengumumkan pihaknya akan memilih ketua PKR negeri Baru Bian bagi jawatan ketua menteri jika perikatan itu menang pilihan raya 16 April ini.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen melahirkan keyakinan bahawa pemimpin-pemimpin negeri parti itu juga akan memilih Bian bagi jawatan tersebut jika pun PKR gagal memperoleh kerusi terbanyak.

"Kami dalam DAP sudah pun menyatakan pendirian yang jelas sebelum ini, apabila Majlis PR Sarawak ditubuhan dulu, bahawa Baru (Bian) akan menjadi Ketua Menteri," kata beliau pada sidang media selepas PR melancarkan manifesto hari ini.

Ketika ditemui kemudian, Chong memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemimpin-pemimpin DAP memilih Bian, seorang pemimpin gereja di sini, kerana mereka amat menghormati beliau.

"Kami ada keyakinan ke atas kepimpinan (beliau)," kata beliau lagi.

"Tidak semestinya PKR mesti menang majoriti kerusi bagi kami memperakui seorang wakil PKR untuk jawatan itu. Jikapun DAP memperoleh jumlah kerusi terbanyak, kami akan pilih beliau (Baru Bian)," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan pusat PKR sedar yang Bian sudah pun dipilih untuk menerajui negeri ini, Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan

Baru Bian
Azizah Wan Ismail berkata berdasarkan konvensyen parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan dipilih sebagai Ketua Menteri.

"Baru (Bian) dipilih sebab beliau adalah pemimpin PKR negeri. Tetapi, kami masih perlu duduk dan berbincang.

"Tetapi buat masa sekarang, memandangkan Baru Bian adalah pemimpin negeri, DAP telah memilih namanya," kata Dr Wan Azizah.

PKR bertanding di 49 kerusi manakala DAP pula 15 dan PAS lima.

PKR bertembung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di 26 kerusi.

Dewan Undangan Negeri Sarawak menawarkan 71 kerusi.

Chong berkata jika Bian kekal dalam saingannya di kerusi Ba'Kelalan, DAP akan mempertimbangkan calon alternatif.

"Kami tidak kekurangan calon," katanya lagi.

Ketika ditemui di pejabat PKR negeri di sini, ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sedar pilihan itu.

"Dalam apa jua kes, kami tiada masalah. Ini bukan isu utama yang kami beri perhatian sekarang," katanya.

Umno Rembau buat aduan polis, cabar Chegubard tunjuk bukti ‘pita KJ’

Posted: 08 Apr 2011 05:53 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Dalam kenyataan, Badrul Hisham kata beliau dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (gambar) ketika pilihan raya 2008.

KUALA LUMPUR — Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika pilihan raya umum 2008.

Semalam, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

"Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah," kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah dipetik http://n9kini.com.

Safariladira membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham di balai polis Chembong, Rembau lewat petang semalam.

"Pemuda Umno Rembau mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang berunsur fitnah ini. Laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa adalah untuk membersihkan nama YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia serta menjaga nama baik Umno itu sendiri," kata Safariladira.

Laman itu memetik sumber melaporkan video palsu yang pernah disiarkan Badrul Hisham adalah video yang langsung tidak berkait dengan Khairy.

"Selain itu , Badrul juga ada berkata bahawa beliau ada menyimpan satu video seks isteri pemimpin Umno.

"Ini adalah merupakan satu fitnah yang jijik untuk mengalihkan pandangan rakyat setelah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) gagal membekalkan jam Omega pada sidang akhbar sebelum ini untuk membersihkan nama suaminya dalam skandal seks terbesar negara," katanya lagi.

Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

Badrul Hisham dalam kenyataannya semalam berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.

"... tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar," kata beliau dalam kenyataannya.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

"Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

"Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

"Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya.

Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR, oleh "Datuk T".

Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Video seks: Suruhanjaya diputus selepas siasatan polis

Posted: 08 Apr 2011 05:51 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


PUTRAJAYA — Kerajaan akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mempertimbangkan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Nazri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.

Kelmarin, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

Dalang telur tiruan bakal diheret ke mahkamah

Posted: 08 Apr 2011 05:49 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Semalam, 270 biji telur tiruan telah dirampas daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR — Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Bernama Online melaporkan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya di sini hari ini.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.

Nazri: Suruhanjaya perlu tentukan unsur pelacuran, si pelaku Anwar

Posted: 08 Apr 2011 05:48 AM PDT

TERKINI


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa "menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan, atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan.

Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan.

Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.

"Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja.

"Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan," katanya.

"Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam," kata Nazri lagi.

Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang.

"Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini," kata Nazri.

Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu.

"Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?" katanya lagi.

Soal siasat SPRM hanya di aras bawah

Posted: 08 Apr 2011 05:42 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan kesemua sesi soal siasat saksi dan suspek hanya akan dijalankan di aras bawah premis agensi antirasuah itu bagi mengelakkan insiden kematian membabitkan saksi dan suspek.

Bagi negeri yang tidak mempunyai aras bawah iaitu pejabat yang disewa, pengurusan masing-masing perlu mengambil langkah keselamatan yang maksimum.

Keputusan itu dibuat ekoran kematian dua saksi dan suspek yang disiasat SPRM dalam dua tahun ini.

Pada Julai 2009, bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati ketika berada dalam siasatan suruhanjaya itu di Shah Alam.

Pagi kelmarin, Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed pula ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini.

Pada sidang media di Putrajaya petang ini, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar mengarahkan Bahagian Keselamatan mengambil langkah maksimum di mana tertuduh hendaklah selesai ditemu duga di aras bawah sahaja.

Mesej Twitter SPRM memetik Zakaria ketika menjawab soalan wartawan berkata, tindakan tatatertib yang boleh dikenakan terhadap pegawai SPRM adalah dibuang kerja atau minimum amaran.

"Arahan Tetap Ketua Pesuruhjaya ini adalah dokumen terperingkat untuk kegunaan setiap pegawai SPRM," kata beliau.

Jelas beliau, di bawah arahan itu saksi dan suspek hanya dibenar bawa masuk ke pejabat sehingga ruang tetamu sahaja.

Zakaria memberitahu, arahan itu memerlukan semua pegawai, pengarah dan staf tidak membawa "pelawat naik" ke pejabat mereka.

Zakaria menjelaskan "Arahan Tetap Ketua Pengarah dan garis panduan termasuk prosedur reman, kendali saksi dan lain-lain tugas."

"SPRM adalah satu badan yang ambil berat keselamatan pelawat dan disiplin pegawai," katanya pada sidang media mengenai keselamatan pejabat SPRM.

Malah kata beliau, setiap pengarah bahagian dan negeri dan pegawai perlu mengetahui arahan tetap itu ketika melaksanakan tugasan masing-masing.

Semalam, SPRM mengumumkan bahawa pihaknya telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden pegawai Kastam ditemui mati di premis pejabat agensi itu di sini.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

Pagi kelmarin, Ahmad Sarbani ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

5,000 hadiri ceramah DAP: Sentimen "Undur Taib" memuncak

Posted: 07 Apr 2011 09:35 PM PDT

Chen Shau Fui

Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Demikianlah cabaran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.

Lim Kit Siang (gambar kiri) disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!"

Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat.

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani, klip video seks yang diedarkan "Datuk T", keselamatan dan sebagainya - untuk membidas bagaimana kerajaan mengamalkan double standard dalam pentadbiran.

Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Kata-katanya ini disambut dengan tepukan gemuruh di bawah pentas. Selain itu, Voon Lee Shan yang tersingkir dari senarai calon DAP turut hadir untuk memberi sokongan, dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh pengundi.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

PKR: Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk kematian Ahmad Sarbani Mohamed mesti ditubuhkan

Posted: 07 Apr 2011 09:33 PM PDT

MERDEKA REVIEW

Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.

Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng Hock sewaktu siasatan SPRM. Kebetulan pula Allahyarham tinggal di kuarters Kastam yang terletak di kawasan DUN saya, Seri Setia.

Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam.

Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini.

Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikatjamin pada 2 April yang lalu. Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?

Kenyataan Najib dan Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah juga amatlah menyedihkan memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik Barisan Nasional. Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri.

Sudah tersebar SMS kononnya meskipun kematian Allahyarham Sarbani dikesali namun ketegasan kerajaan menentang rasuah harus mendapat sokongan rakyat. Siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS begini ketika Allahyarham Sarbani baru sahaja dikebumikan?

Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Pada masa yang sama, kami berharap pihak CUEPACS dapat memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kiri) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat merangkap ADUN Seri Setia.

Sibu bakal kehilangan segala-galanya jika Wong Soon Koh kecundang?

Posted: 07 Apr 2011 09:31 PM PDT

Ong Vic Kee

Sibu bakal kehilangan seorang Menteri seandainya calon SUPP-BN DUN Bawang Assan, Wong Soon Koh kecundang. Seandainya Wong kalah, maka jawatan Menteri tersebut akan beralih tangan kepada kawasan DUN lain. Justeru itu, pembangunan juga akan beralih ke kawasan lain - dan Sibu akan kehilangan segala-galanya.

Demikianlah "realiti politik", yang keluar dari bibir Wong Soon Koh (gambar kiri), Timbalan Setiausaha SUPP merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (sebelum DUN Sarawak dibubar) dalam sidang media pada hari ini. Untuk beliau, kenyataan tersebut bukan untuk mengugut pengundinya, tetapi "realiti politik".

"Kalau rakyat tidak menyokong kerajaan, mengapa jawatan Menteri diberikan kepada kamu?" Secara terus-terang Wong Soon Koh berkata, "Saya pasti, seandainya Wong Soon Koh kalah, mustahil Sibu mempunyai seorang Menteri. Kalau kalah, jawatan Menteri akan ke tempat lain. Ini satu kemestian."

Beliau menambah, selain kehilangan Menteri, Sibu akan kehilangan segala-galanya. Beliau mengambil contoh bagaimana kekalahan BN dalam PRK Sibu sebelum ini telah menyebabkan projek tebatan banjir dan peningkatan lapangan kapal terbang di Sibu hampir dihentikan.

Malah ketika didesak pendiriannya terhadap Ketua Menteri Taib Mahmud, Wong cuba mengasingkan pertandingan dirinya dengan Ketua Menteri. "Jikapun saya diundurkan, adakah kamu mampu mengundurkan Ketua Menteri? Mengapa DAP tidak menghantar calonnya untuk bertanding di Balingian, mencabar Ketua Menteri? Itu kerja yang sebenarnya. Kamu menganggap dia tidak cekap, maka pergilah cabarnya!"

Dalam PRN Sarawak 2006, Wong Soon Koh menang dengan majoriti 2,504 undi di DUN Bawang Assan. Bagaimanapun, undi majoritinya menunjukkan pola penurunan, jika dilihat kepada keputusan PRU 2008 (tinggal majoriti 1,458 undi) dan PRK Sibu 2010 (866 undi). Kali ini, Wong berdepan calon DAP Alice Lau Kiong Yieng.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

SPRM JANGAN LUPA KES BINTULU DAN MIRI

Posted: 07 Apr 2011 09:25 PM PDT


PESARA ANTI RASUAH.


KETUA Pengarah Kastam, Datuk Mohamed Khalid telah mengatakan beliau tidak akan menolong pegawai kastam yang menyalahguna kuasa dan rasuah di sebuah surat khabar 'The Star terbitan kelmarin (5 April 2011).

Seramai 62 pegawai kastam ditahan untuk siasatan termasuk seorang Pengarah Kastam di Kuantan.

Ketua pengarah kastam telah mengatakan ia sedang menunggu kertas siasatan daripada SPRM sebelum mengambil tindakan terhadap pegawainya.

Sebenarnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali harus cekup Datuk Mohamed Khalid dan seorang lagi Pengarah kesayangan beliau, Hj.Salleh.

Semasa Hj.Salleh menjadii Pengarah Labuan, berpuluh buah kapal yang memuat kayu balak disimpandan disorok di Asian Supply Base yang diimport oleh sebuah syarikat, Anita Rotan melalui agen perkapalan Sillion shipping untuk transhipment ke Taiwan, China dan Jepun tetapi semua saiz balak 'under declare' sehingga kerajaan rugi berpuluh juta ringgit, tetapi anehnya kenapa kes ini tidak disiasat?

Untuk kes Ketua Pengarah Kastam, Dato' Mohamed Khalid, bukan saja kapal kargo yang dicekup Pasukan Marin Polis berapa tahun lepas di Bintulu, Sarawak yang dilepas begitu saja.

Ada satu lagi kes Dato' Khalid yang tidak pernah dibuka kertas siasatan iaitu dipercayai menjadi dalang utama mengimport daging beku, sayap ayam tanpa AP untuk transhipment ke Brunei; tapi semua dibekal ke seluruh Sarawak tanpa bayar cukai jualan sejak berpuluh tahun lalu.

Setiap bulan lebih kurang 40 biji kontena dibawa masuk ke Miri. Cuba Datuk Mustafar Ali meluangkan sedikit masa dan rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam Miri dan Bintulu jika SPRM betul-betul menjalankan tugas dan bukannya 'Ops Tayang Video Lucah' yang hanya menangkap ikan bilis sahaja. Sedarlah, rakyat Malaysia kini semakin Pintar dan pandai menganalisa.

Kami beharap SPRM Akan segera menyiasat kes tersebut sebelum manifest dokumen Jabatan Hutan dimusnahkan oleh kedua pengarah tersebut.


KP Selangor : Tindakan Terhadap Anggota Polis Yang Kurang Berdisiplin Di Bawah Ops Payung

Posted: 07 Apr 2011 09:24 PM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM – Kelakuan anggota polis di bawah penempatan "Ops Payung" seperti membaca surat khabar, berbual kosong, berbual menggunakan telefon bimbit, menghisap rokok serta duduk di atas meja, boleh menjatuhkan imej pasukan itu di mata orang ramai, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata jika mereka didapati melakukan kesalahan itu buat pertama kali, mereka akan diberi teguran dan sekiranya berulang, tindakan tatatertib boleh dikenakan.

Tun Hisan berkata demikian ketika melancarkan fasa kedua Ops Payung yang melibatkan penambahbaikan peralatan seperti meja, payung, lampu dan "beacon" (lampu berwarna biru) untuk kegunaan pasukan polis di 14 daerah di Selangor di Ibu Pejabat Kontijen Polis Selangor di sini hari semalam.

Di bawah operasi ini, seorang anggota polis akan diletakkan di bawah payung yang dilengkapi meja dan kerusi bagi mengawasi ketenteraman awam sementara dua lagi rakan mereka melakukan rondaan di satu-satu tempat.

Tun Hisan berkata, "beacon" yang diletakkan di atas payung akan memudahkan orang ramai melihat kehadiran polis di kawasan mereka dari jauh untuk mendapatkan bantuan jika berlaku jenayah terutamanya pada waktu malam.

Meja baru yang dibekalkan pula boleh diubah menjadi papan tanda bagi menjalankan sekatan jalan raya sekiranya berlakunya kejadian jenayah berhampiran kawasan mereka berkawal.


Senarai Penuh Calon-Calon Yang Bertanding Di PRN Sarawak

Posted: 07 Apr 2011 09:21 PM PDT

SELANGOR KINI

KUCHING : Berikut adalah senarai penuh calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Sarawak pada 16 April ini.

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099 1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP) Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100 1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) 3. John Tenewi Nuek (PKR) Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 3,203

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936 1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) 2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) 3. Nani Sahari (PAS) Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,545 Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104 1. Suhaimi Selamat (Bebas) 2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) 3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR) Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437 1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) 2. Ali Hossen bin Abang (PKR) Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,094 Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796 1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) 2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,885 Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942 1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) 2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431 1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 2. Ahmad Nazib Johari (PKR) Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576 1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas) 2. Wong King Wei (DAP) 3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP) Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488 1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 2. Violet Yong (DAP) Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833 1. Sih Hua Tong (BN-SUPP) 2. See Chee How (PKR) 3. Soo Lina (Bebas) Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301 1. Chong Chieng Jen (DAP) 2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP) Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Undi diperolehi: 6,579 Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664 1. Christina Chew Wang See (DAP) 2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,755 Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799 1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) 2. Arip Ameran (PKR) Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,949 Majoriti: 5,063

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820 1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) 2. Noraini Hamzah (PAS) Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehil: 7,863 Majoriti: 6,327

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955 1. Willie ak Mongin (PKR) 2. Wejok ak Tomik (Bebas) 3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP) 4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,540 Majoriti: 3,988

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352 1. Ateng ak Jeros (SNAP) 2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB) 3. Peter Ato ak Mayau (PKR) Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,854 Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497 1. Kipli bin Ale (Bebas) 2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) 3. Christopher ak Kiyui (PKR) 4. Anthony ak Nais (SNAP) Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,107 Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466 1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR) 2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB) 3. Amin ak Banti (Bebas) 4. Belayong ak Jayang (SNAP) Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,635 Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656 1. Aidel Lariwoo (BN-PBB) 2. Mahayudin Wahab (Bebas) 3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS) Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,715 Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104 1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB) 2. Mashor Hussen (PKR) 3. Zaini bin Le' (Bebas) 4. Mac Palima ak Nyambil (PCM) Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,786 Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042 1. Ali bin Semsu (Bebas) 2. Adam Ahid (PAS) 3. Julaihi Narawi (BN-PBB) Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,748 Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745 1. Abang Othman Abang Gom (SNAP) 2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR) 3. Simoi Peri (BN-PBB) Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868 1. Razaili Gapor (BN-PBB) 2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS) Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,796 Majoriti: 895

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798 1. Ibi ak Uding (PKR) 2. Snowdan Lawan (BN-PRS) 3. Dan ak Giang (SNAP) 4. Lipeh ak Mawi (PCM) 5. Cobbold ak Lusoi (Bebas) 6. Sujal ak Gansi (Bebas) Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,075 Majoriti: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778 1. Mong ak Dagang (BN-PRS) 2. Lias ak Julai (Bebas) 3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR) 4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP) Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,083 Majoriti: 1,007

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488 1. Leon Jimat Donald (DAP) 2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,144 Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444 1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP) 2. Jimmy Simon Maja (Bebas) 3. Semijie ak Janting (SNAP) 4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR) Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP) Undi diperolehi: 3,442 Majoriti: 426

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728 1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR) 2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,907 Majoriti: 1,854

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054 1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB) 2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR) Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,441 Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109 1. Joe ak Unggang (SNAP) 2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR) 3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas) 4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,767 Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657 1. Dayrell Walter Entrie (SNAP) 2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR) 3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,258 Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167 1. Ismail bin Hussain (Bebas) 2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) 3. Mohd Yahya Abdullah (PKR) Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Undi diperolehi: 7,396 Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016 1. Liman ak Sujang (SNAP) 2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) 3. Banyi ak Beriak (Bebas) 4. Ali ak Biju (PKR) Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,784 Majoriti: 2,089

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623 1. Abdul Wahab Abdullah (PKR) 2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas) 3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB) Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,102 Majoriti: 3,316

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891 1. Abdullah Saidol (BN-PBB) 2. Ong Chung Siew (PKR) 3. Ajiji Fauzan (Bebas) Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226

N037: DARO: SARAWAK: 7,305 1. Murni Suhaili (BN-PBB) 2. Jamaludin Ibrahim (PKR) 3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas) 4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas) Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635 1. Asbor Abdullah (Bebas) 2. Abdul Hafiz Noh (Bebas) 3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,567 Majoriti: 1,710

N039: REPOK: SARAWAK: 18,4811. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) 2. Dr Wong Hua Seh (DAP) Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576

N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337 1. Ling Kie King (BN-SUPP) 2. Ting Tze Fui (DAP) Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274 1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) 2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP) Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487 1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR) 2. Wong ak Judat (BN-SPDP) 3. Labang ak Jamba (SNAP) Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP) Undi diperolehi: 5,086 Majoriti: 3,007

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058 1. Alexander Vincent (BN-PRS) 2. Yakup Khalid (Bebas) 3. Adeh ak Denong (PCM) 4. Michael ak Lias (SNAP) 5. Aris ak Alap (PKR) Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND) Undi diperolehi: 2,582 Majoriti: 549

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944 1. Kong Tat Kim (PCM) 2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB) 3. George Chen Nguk Fa (PKR) 4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP) Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,045 Majoriti: 2,289

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926 1. Hii Tiong Huat (Bebas) 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP) 3. Wong Ho Leng (DAP) Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251 1. Yap Hoi Liong (DAP) 2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) 3. Apandi Abdul Rani (Bebas) Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,359 Majoriti: 408

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743 1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP) 2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808 1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) 2. David Wong Kee Woan (DAP) Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197 1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB) 2. Norisham Mohamed Ali (PKR) Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857 1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) 2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR) 3. Salleh Mahali (Bebas) Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792 1. Suriati Abdullah (PKR) 2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) 3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726

N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244 1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) 2. Mengga ak Mikui (PKR) Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604 1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM) 2. Paul Anyie Raja (PKR) 3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS) 4. Entali ak Empin (Bebas) Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,739 Majoriti: 2,852

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322 1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 3. George ak Lagong (Bebas) Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239

N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542 1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) 2. Toh Heng San (SNAP) 3. Munan ak Laja (PKR) Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,887 Majoriti: 3,332

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287 1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 2. Bendindang ak Manjah (PKR) Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463 1. John Bampa @ Tusau (SNAP) 2. Liwan Lagang (BN-PRS) 3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR) 4. Michael Jok (Bebas) 5. Matthew ak Munan (Bebas) 6. Kenneth Adan Silek (Bebas) Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS) Undi diperolehi/Votes polled: 1,855 Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979 1. Ramli Malaka (SNAP) 2. Abdul Jalil Bujang (PKR) 3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) 4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas) 5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas) Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,997 Majoriti: 3,179

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225 1. Chiew Chiu Sing (DAP) 2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP) Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082 1. Liam Rengga (Bebas) 2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR) 3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) 4. Ungun ak Bayan (SNAP) Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,750 Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672 1. Rosey Yunus (BN-SPDP) 2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM) 3. Thony ak Badak (SNAP) 4. Ishak Mahwi (PKR) Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,357 Majoriti: 3,072

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144 1. Ripin Lamat (BN-PBB) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) 3. Johari Bujang (SNAP) Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,331 Majoriti: 2,834

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600 1. Ling Sie Kiong (DAP) 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918

064: PUJUT: SARAWAK: 22,577 1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) 2. Fong Pau Teck (DAP) Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,493 Majoriti: 1,370

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432 1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093 1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) 2. Michael Ding Tuah (Bebas) 3. Gerang ak Dagom (PKR) 4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP) Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,6231. Harrison Ngau Laing (PKR) 2. Kebing Wan (SNAP) 3. Jok Ding (Bebas) 4. Dennis Ngau (BN-PBB) Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593 Majoriti: 2,771

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471 1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) 2. Leong Kwang Yew (DAP) 3. Usop Jidin (Bebas) 4. Ladis Pandin (Bebas) Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 5,501 Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636 1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) 2. Dr Lau Liak Koi (PKR) 3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP) Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) Undi diperolehi/Votes polled: 2,961 Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958 1. Baru Bian (PKR) 2. Willie Liau (BN-SPDP) Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983 1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) 2. Japar Suyut (PKR) Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275

Isu Pendatang Asing-Mereka Semakin Kurang Ajar!

Posted: 07 Apr 2011 09:12 PM PDT

Staff Berita Semasa

depot tahanan pendatang asing Isu Pendatang Asing Mereka Semakin Kurang Ajar!

Tak habis-habis lagi isu pendatang haram di Malaysia ni.Lepas satu-satu kejadian yang pendatang ni buat.Kali ini, depot tahanan Imigresen Lenggeng pulak dibakar.Berikut di bawah adalah petikan akhbar mengenai isu ini.

LENGGENG: Seramai 109 pendatang tanpa izin yang ditahan di DepotTahanan Imigresen Lenggeng di sini, melarikan diri selepas merusuh dan membakar blok yang mereka duduki, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, seramai 348 pendatang tanpa izin lelaki berusia antara 20 hingga 50 tahun merusuh selepas mendakwa makanan disediakan tidak mencukupi dan mengambil tindakan membakar tingkat atas blok dua tingkat itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan MhdHassan, berkata dalam kejadian itu, seramai 109 pendatang tanpa izin iaitu 85 warga Myanmar dan selebihnya warga Bangladesh, Nepal, Vietnamdan Iran bertindak melarikan diri melalui pagar dawai yang hanya 10meter dari blok berkenaan.

Sudahla mereka ini datang secara haram, dah diberi makan dan minum serta tempat tinggal, pendatang asing ni boleh pulak nak buat onar lagi dalam Malaysia.Kerajaan dan badan imigresen perlu mengambil isu ini secara serius.Tahanan depot imigresen sudah semakin sesak dan telah banyak duit pembayar cukai @ duit rakyat yang telah digunakan hanya untuk pendatang asing ini.

Persoalannya, proses apa yang begitu lama sehinggakan ada pendatang asing yang menginap hampir 6 bulan hingga setahun hanya untuk dihantar pulang? Kerajaan terlalu berlembut dalam hal ini.Sepatutnya kerajaan perlu lebih tegas.Tak perlu terlalu berlembut dalam proses menghantar pulang.

Kebanyakan masalah yang berlaku adalah disebabkan mereka ini tidak mahu dihantar pulang ke negara asal dan mahu dihantar ke negara lain.Itulah yang melambatkan proses penghantaran.Kenapa perlu bagi peluang? Dari mana mereka datang, hantar sahaja mereka ke negara tersebut.

pendatang asing tanpa izin2 Isu Pendatang Asing Mereka Semakin Kurang Ajar!

Kes jenayah dari pendatang asing juga dah semakin meningkat saban tahun.Kesimpulannya, lambakan pendatang asing dalam Malaysia memberikan kesan yang amat buruk sekali dalam sosio-budaya dan aspek keselamatan dalam negeri.

Kalau tengok sekarang dimana-mana pun, kebanyakan mereka sudah mula mengambil alih kuasa ekonomi peniaga melayu.Mana pergi penguatkuasa yang pandang sebelah mata je perkara ni?

Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. RM30.2 juta itu wang cukai dikutip daripada kita semua. Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan di sini. Apa kata pembayar cukai di sini?

Lebih lama mereka di sini, lebih banyak masalah dan duit rakyat habis digunakan.Ramai lagi rakyat dalam negara yang tak cukup makan.Lebih baik duit yang digunakan untuk "memelihara" mereka digunakan atau disalurkan kembali kepada rakyat.

Apa pendapat anda mengenai isu pendatang haram yang naik tocang ini?

Tiada ulasan: