Jumaat, 8 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Taib Mahmud berjanji lagi ....

Posted: 08 Apr 2011 05:28 AM PDT

Taib Mahmud berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini konon mahu menjadikan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Antara sembilan manifesto yang diumumkan oleh Taib ialah :

Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik.Dia juga berkata, "hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara."

Pengumuman tersebut sudah tentu sangat mengembirakan penghuni 6000 rumah-rumah panjang tanpa elektrik dan air paip sejak 1963 ketika Sarawak mula menjadi sebahagian daripada Malaysia

Dan sejak pemerintahan Taib yang sudah 30 tahun , keadaan masih macam itu – tidak berubah! Sepanjang 30 tahun , mereka kenyang dengan janji-janji sahaja!

Inkues untuk Sarbini - Orang ramai kurang percaya benda inkues ini

Posted: 08 Apr 2011 02:12 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed. Rabu lalu.

Inkues mendiang Teoh Beng Hock yang mati pada 16 Julai 2009 itu pun sehingga kini masih tidak selesai-selesai! Sudahlah lewat macam tu, diselubungi pelbagai kontraversi dan meragukan orang ramai.

Agak-agak berapa lama pula masa diperlukan untuk inkues Allahyarham Sarbini nanti?Dan yang ironisnya inkues berpihak kepada kerajaan semata-mata dan cuba menegakkan benang basah.Orang ramai semakin kurang percaya dengan benda-benda inkues ini.

Harap-harap janganlah pula ada yang jatuh dan mati lagi di mana-mana pejabat PSRM!

Tubuhkan Segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis

Posted: 07 Apr 2011 05:41 PM PDT

Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini.

Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC, kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.

"Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006," kata Kua lagi.Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu.

Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut.

"IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud.

"Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan," kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis.

"Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu," katanya lagi.

Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88).

Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007.

"Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan," katanya.

"Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya.

Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa. Baca seterusnya di sini

Tiada ulasan: