BRIGED MP SEGAMBUT |
- PRESIDEN PAS DALAM KECELARUAN?
- HANTU ALTANTUYA:CARI SIAPA?
- SEKALI LAGI DESAKAN AGAR PRESIDEN PAS BERUNDUR?
PRESIDEN PAS DALAM KECELARUAN? Posted: 20 Apr 2011 12:12 AM PDT kecelaruan perjuangan presiden pas sangat disesalkan dari pemahaman tentang kalah dan menang dalam perjuangan: bahkan presiden pas abd hadi awang itu wajar kalau di labelkan sebagai tamak. dia tidak mahu menerima perubahan kerajaan hanya karena majoriti ahli parlimennya bukan melayu: padahal kebanyakan ahli parliment tersebut masih majoritynya islam.. islam saja tidak cukup kata abd hadi..ini sesuatu yg sangat parah karena hanya menerima sesuatu yg sempurna dan tak mahu membinanya.16 september bukti yg abd hadi adalah satu beban yg harus disingkirkan sebagai mana seharusnya kita singkir umno dulu kemudian kita bina apa yg kita mahu..sayangnya abd hadi pengecut dan takut dengan cabaran.. dengan penolakan abd hadi terhadap perubahan kerajaan yg dapat dicapai tempo hari peluang itu menjadi sukar tuk kita capai kembali , secara tidak langsungnya abd hadi lah yg membuat umno tetap berkuasa sampai sekarang sehingga kerajaan umno senang menaikkan harga barangan karena ada kuasa. abd hadi telah menolak sesuatu peluang yg kecil itu karena mengharapkan peluang yg lebih besar, dimana semua mimpinya diharap jadi nyata dengan tiada cabaran selepas itu, ini juga tanda orang yg kurang syukur karena menolak pemberian kecil dengan meminta yg lebih besar..bukankah dengan syukur ia akan diberi yg lebih besar?.. aneh sekali presiden pas ini: sesekali berteriak islam islam dan sesekali assabiyah yg terlampau: | ||
Posted: 19 Apr 2011 09:14 PM PDT Hantu Altantuya menjelma lagi
| ||
SEKALI LAGI DESAKAN AGAR PRESIDEN PAS BERUNDUR? Posted: 19 Apr 2011 08:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini. Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya. Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit. "Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan. Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu. Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan. "Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini. Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini. Baca lagi di sini Sementara itu beberapa pemimpin PAS menyangkal dan menafikan pandangan Aziz Bari tersebut.Mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Baca di sini |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan