Anak Sungai Derhaka |
- Kritik Hadi : Pemuda PAS ‘jangan naik minyak’ - Aziz Bari
- Soi Lek Pembohong Dan Hipokrit, Kata Tee Keat
- e-mail 1Malaysia : Tricubes Berhad Adik Najib yang punya...
- 1Malaysia tak ada makna jika Melayu berpecah - Pengarang Utusan
- Presiden KIMMA sila buktikan dakwaan anda!!
- Dump Taib or suffer..
- Video Pengakuan Tuai Rumah yang di rasuah BN..
- Sama saja tahap intelektual orang PERKASA ni rupanya...
- e-mel 1Malaysia, Projek selamatkan Kroni?
Kritik Hadi : Pemuda PAS ‘jangan naik minyak’ - Aziz Bari Posted: 20 Apr 2011 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 April — Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak "mengamuk dan naik minyak" ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik. "Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini," kata ahli akademik ini. "Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk. "Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik," kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini. Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS. "Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. "Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari tujuh kerusi pada 2004," katanya. Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. "Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden," katanya. Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September. "Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi. "Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca," kata beliau lagi. Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Hadi sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa Aziz. Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi pula berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu. Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi. "Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan," kata beliau. Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS. Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini. "Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka," katanya lagi. Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik. "Siapa raja, baik putera raja, ulama, cendekiawan dan lain-lain, perlu akur bahawa mereka tidak lagi kebal dari penilaian dan kritikan," katanya lagi. Aziz menambah, "komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka" tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan. "Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya," katanya lagi. Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS. "Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam. "Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik," katanya. Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting. "Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat," katanya. Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat. "Sikap dolak dalik Presiden PAS dalam isu 16 September semua orang tahu. Begitu juga dengan gagasan kerajaan perpaduan," katanya. Aziz juga mengaitkan kritikan terbaru ini dengan prestasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu. "Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu. "Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?" katanya. Beliau seterusnya memberikan analogi "jika pemain gagal bermain dengan baik pasti ada yang tidak kena dengan sistem permainan dan taktik yang dipakai." "Dan, siapa yang hendak dipersalahkan? Jawabnya jurulatih atau pengurus pasukan. Kita akur bahawa menukar ketua tidak semestinya menghasilkan keputusan yang positif. "Tetapi kita mesti mencuba. Kita tidak boleh mengekalkan pengurusan yang prestasinya hambar," katanya lagi. The Malaysian Insider |
Soi Lek Pembohong Dan Hipokrit, Kata Tee Keat Posted: 20 Apr 2011 05:31 AM PDT SHAH ALAM 20 APRIL : Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat menyifatkan Dr Chua Soi Lek sebagai "pembohong dan hipokrit yang menjijikan" bersabit keputusan MCA menerima jawatan dalam Kabinet meskipun parti itu kalah teruk pada PRU 2008. Soi Lek yang kini menerajui MCA mendakwa bahawa Tee Keat dan bukan beliau, bertanggungjawab membenarkan MCA menerima pelantikan jawatan Kabinet dan kedudukan lain dalam kerajaan BN walaupun parti itu kalah teruk pada pilihanraya lalu, khususnya pada DAP. Dalam satu kenyataan, Tee Keat berkata tuduhan Soi Lek itu mengandungi kesilapan fakta memandangkan beliau(Tee Keat ) hanya menjadi Presiden MCA pada 18 Oktober 2010. Presiden parti ketika PRU lalu adalah Ong Ka Ting. Tee Keat berkata setelah dipilih menjadi Timbalan Presiden MCA pada tahun lalu, Soi Lek sendiri tidak pernah mengumumkan hasrat untuk menolak sebarang perlantikan menganggotai kerajaan. "Majlis Presiden yang turut dianggotai oleh beliau, memberikan mandat kepada saya untuk menguruskan perkara itu dengan Perdana Menteri baru (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Tee Keat. Tee Keat berkata tindakan Soi Lek untuk bingkas menuduhnya menunjukkan Presiden MCA itu masih mempunyai "prejudis politik" terhadap beliau. Beliau turut menyifatkan Soi Lek sebagai hipokrit kerana menerima pelbagai jawatan dalam kerajaan sebaik sahaja diangkat menjadi Presiden MCA tahun lalu iaitu pada Mac. Ini termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Majlis Ekonomi Kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib. Selain itu, Soi Lek tidak membantah, malah "menguruskan' perlantikan anaknya Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Kabinet Najib, kata Ong, Isnin lalu, Soi Lek menunding jari kepada Tee Keat apabila dibidas kerana mencadangkan SUPP menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sarawak ekoran kekalahan terbesar parti itu pada pilihanraya negeri yang lalu. DAP yang menumbangkan SUPP berkata, Soi Lek terlebih dahulu harus mengambil langkah itu dengan menolak jawatan kabinet kerana parti itu sendiri kalah teruk pada PRU 2008. Atas faktor sama, Soi Lek juga patut menolak jawatan yang diberikan kepada MCA dalam kerajaan negeri Perak," kata Tee Keat. Soi Lek adalah Pengerusi MCA Perak. TVS News |
e-mail 1Malaysia : Tricubes Berhad Adik Najib yang punya... Posted: 20 Apr 2011 02:40 AM PDT Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist). Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group). Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya. Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist". Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3. Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya. Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa. Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist). Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist). Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal. Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober. Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini. Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain. Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank. Neo Chee Hua |
1Malaysia tak ada makna jika Melayu berpecah - Pengarang Utusan Posted: 20 Apr 2011 02:28 AM PDT Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Dalam membuat cadangan berkenaan yang memperlekehkan gagasan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, akhbar kawalan Umno itu berkata kemenangan DAP di 12 daripada 15 kerusi di Sarawak membuktikan "orang Cina telah bersatu, malah orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi". "Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi," kata timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan. "Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah," kata Zaini (gambar atas). Beliau membuat saranan itu sehari selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mempertahankan tindakan Utusan menggesa BN mengabaikan pengundi Cina berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang memihak DAP. Walaupun Utusan dibidas oleh pelbagai pihak kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu, Hishamuddin yang juga naib presiden Umno berkata cadangan akhbar itu tidak keterlaluan. Pertahankan kuasa politik Dalam serangan terbaru terhadap keputusan pengundi Sarawak memilih DAP dan bukannya SUPP sebagai wakil rakyat mereka, Utusan berkata masa sudah sampai untuk orang Melayu mempertahankan kuasa politik mereka. "Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu 'Undi untuk Ubah', 'Enough is Enough' (Cukuplah) dan 'Selamatkan Malaysia'. "Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru," kata Zaini. "Orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka." tambah beliau 1Melayu perlu diutamakan "DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas,' Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka (pengundi Cina)," tambah beliau. Zaini berkata Umno perlu melancarkan gerakan 1Melayu, IBumi dan bergabung dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. "Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. Umno harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini," kata beliau. Akhbar itu berkata gerakan 1Melayu harus diwujudkan sekali pun jika tidak disokong oleh PAS. Menurut Utusan, keperluan menubuhkan gerakan 1Melayu harus menjadi keutamaan berbanding 1Malaysia yang lebih merupakan dasar jangka panjang negara. Zaini mendakwa parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka "orang Cina telah pun bersatu" (di bawah DAP). Menurut beliau Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera bagi memastikan kaum Melayu "menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka." "Oleh itu menjadi kewajipan Umno…lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu." kata Zaini. Susulan keputusan pilihanraya negeri Sarawak, Zaini berkata "kini terletak dalam tangan Umno untuk menentukan hidup atau mati bangsa (Melayu) ini," tambah beliau. Malaysiakini |
Presiden KIMMA sila buktikan dakwaan anda!! Posted: 20 Apr 2011 01:00 AM PDT PULAU PINANG: KEADILAN Jelutong hari ini mencabar Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader supaya mendedahkan individu yang didakwanya pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang, semalam. Setiausaha KEADILAN Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin dalam kenyataanya berkata, Syed Ibrahim perlu tampil ke depan sekiranya perkara yang dinyatakannya benar dan beliau perlu menjawab beberapa persoalan. "Jika benar beliau jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan menjawab tiga perkara berikut. "Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang didakwa menawarkan imbuhan RM 55 juta kepadanya. Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kepada Pengerusi Kimma Negeri di negeri yang dipimpin PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan," katanya Khairil Anuar. KENYATAAN MEDIA. 19 April 2011 Isu : BUKTIKAN Pembangkang pernah tawar RM 55 juta kepada KIMMA. Berdasarkan petikan akhbar (Utusan Malaysia ; Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6 Terima kasih kepada semua Rakan Media yang sudi hadir pada petang ini untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan ke arah menyuburkan demokrasi dan melahirkan Malaysia yang baru yang bebas dari fitnah,rasuah, pembohongan, kekejaman dan ketidak adilan. Susulan kenyataan media oleh Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Datuk Syed Ibrahim Kader yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia Isnin 18 April 2011 (Dalam Negeri) m/s 6, PKR Cabang Jelutong mencabar Datuk Syed Ibrahim Kader, jika benar beliau seorang yang jujur dan ikhlas seperti yang diungkapkan, beliau perlu tampil ke depan untuk melakukan dan menjawab tiga perkara berikut : 1.Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan imbuhan RM 55 juta kepada beliau. 2.Dedahkan kepada rakyat siapa individu yang menawarkan jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kepada Pengerusi KIMMA Negeri di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan. 3.Jika benar dakwaan ini, mengapa beliau mengambil masa yang lama setelah beberapa tahun untuk tampil mendedahkan perkara ini. Apakah ada sesuatu yang tersirat disebalik pendedahan ini ? PKR Cabang Jelutong menasihatkan kepada Datuk Syed Ibrahim jangan berpolitik seperti "gasing tiada paku" kerana ianya akan merugikan beliau dan KIMMA itu sendiri. Jangan biarkan diri sendiri dan KIMMA diperalatkan oleh UMNO Barisan Nasional demi kepentingan politik sempit mereka. Beliau juga harus sedar bahawa pada zaman pemerintahan Tun Mahathir KIMMA tidak diktiraf sebagai Parti Komponen Barisan Nasional. Tetapi sekarang apabila UMNO Barisan Nasional berada dalam keadaan yang tenat, KIMMA diterima dan diberi kelulusan permit untuk membawa masuk pekerja asing dari India dan Bangladesh. Apakah ini satu perancangan jahat yang licik untuk memastikan PRU 13 kekal milik UMNO Barisan Nasional ? Ubah Sebelum Parah ! Ubah Demi Maruah ! Ubah Sekarang ! Selamatkan Malaysia ! Sekian terima kasih. Setiausaha PKR Cabang Jelutong djkhairil@gmail.com |
Posted: 20 Apr 2011 12:24 AM PDT GEORGE TOWN: Barisan Nasional may lose the next parliamentary battle in Sarawak if Taib Mahmud remains chief minister, according to an academician who was in the state last week as an election observer. Sivamurugan Pandian, an associate professor of political science at Universiti Sains Malaysia, said the biggest message from the polls was that Taib had overstayed his welcome. "One could sense that the majority of Sarawakians were not against BN, but were unhappy with Taib," he said. He said BN must get rid of him soon or suffer huge losses in the 13th general election. Sarawak has 31 parliamentary seats. It delivered 30 of those to BN in the 2008 general election. "The biggest message from last week's polls was that Taib must go, and the sooner the better for BN," said Sivamurugan. In last Saturday's polling, BN managed to withstand a fierce Pakatan Rakyat onslaught to retain its two-third majority in Sarawak. BN won 55 seats and the opposition alliance took 15. One seat went to an independent candidate. In the previous state assembly, BN held 63 seats. The popular votes for BN dipped from 63% in 2006 to 55%. Sivamurugan said BN owed it to Prime Minister Najib Tun Razak's tactical acumen and personal charm for managing to neutralise the anti-Taib wave. "His walkabouts and dialogue sessions with local folks managed to sway them," he said. He pointed out that feelings against Taib were strong enough to cause the urban vote to swing towards the opposition, resulting in DAP doubling its seat tally to 12. He said issues like integrity, good governance and human rights influenced urbanites more than rural voters, who were preoccupied with localised concerns such as the provision of basic infrastructure and the supply of utilities. Free Malaysia Today |
Video Pengakuan Tuai Rumah yang di rasuah BN.. Posted: 19 Apr 2011 08:54 PM PDT Video dibawah ini menjelaskan kepada kita bahawa ada kebenarannya dakwaan Senator Dr Syed Husin Ali beberapa hari lepas (baca di SINI), katanya "Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," Beliau juga mendakwa BN menggunakan keseluruhan jentera kerajaan dengan memperalat media arus perdana serta mengugut melalui SB juga menaburkan wang dan seterusnya tidak henti-henti menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks agar berjaya mempertahankan majority 2/3 dalam DUN Sarawak.. Ini adalah pengakuan Tuai Rumah yang mendakwa telah di rasuah oleh BN sejumlah RM10K supaya memberikan undi kepada BN ketika PRN Sarawak berlangsung tempoh hari.. |
Sama saja tahap intelektual orang PERKASA ni rupanya... Posted: 19 Apr 2011 08:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 April — Bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu. Selain itu, Shuib, salah seorang "Datuk T" turut mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya melakukan perkara sama kerana bertindak menafikan kebenaran rakaman video itu tanpa pernah menontonnya. Selain Shuib, dua lagi Datuk T adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang menggemparkan negara apabila mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Shuib menegaskan rakaman video seks itu perlu dijadikan bukti di mahkamah bagi menuntut keadilan. "Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami. "Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah. "Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah," katanya. Tambah Shuib, pihaknya juga mempersoalkan tindakan individu tertentu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak menafikan kebenaran rakaman video seks itu tanpa menontonnya. "Belum tengok sudah kata fitnah, saya juga cabar konco-konco mereka sumpah laknat juga... tengok dulu baru kata ini belum tengok sudah kata fitnah dan demi keadilan kena tengok dulu baru boleh cakap," katanya. Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T". Dalam perbualan ringkas itu, Shuib berkata pihaknya tidak berniat untuk menyebarkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Oleh itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita bukan tunjuk kepada awam tapi hanya kepada pemberita sebagai saksi jadi kenapa mesti kami dipersalahkan. "Kita tahu salah tunjuk... jadi tak adil kalau nak dakwa kita sahaja sebab itu saya marah, kalau boleh kita dah sebarkan kepada ramai orang," katanya. Justeru kata beliau, selain memberikan keterangan di mahkamah, ketiga-tiga mereka sanggup menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan nanti. "Kalau salah tangkap sahaja kami tapi apa yang kita buat demi masa depan negara, agama dan bangsa... Anwar nak jadi perdana menteri tapi bolehkah orang yang berperangai macam syaitan dan tidak bermoral itu jadi perdana menteri? "Bolehkah orang yang macam ini jadi perdana menteri, sebab itu kami buat pendedahan dan kami sanggup ke mahkamah, kami bukan cari salah tapi nak cari kebenaran," katanya sambil menegaskan tidak bimbang sekiranya dikenakan kemungkinan di penjarakan. Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap. Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya. "Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau. The Malaysian Insider |
e-mel 1Malaysia, Projek selamatkan Kroni? Posted: 19 Apr 2011 06:25 PM PDT PETALING JAYA: Projek e-mel percuma melalui sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang bernilai RM50 juta merupakan satu lagi projek jenaka yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat di negara ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjelaskan lagi bahawa usaha kerajaan- menerusi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat. "Projek ini dimasukkan ke dalam projek utama dalam EPP di bawah ETP yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan dan melipatgandakan pendapatan rakyat. "Tetapi rakyat boleh nilai sendiri bentuk projek yang ada dan ditawarkan kerajaan samada mendatangkan pulangan kepada rakyat," ujarnya. Selain menyifatkan projek e-mel 1Malaysia itu bukan idea yang bernas, Rafizi juga mempersoal cara kontrak tersebut diberi kepada Tricubes Bhd, yang dipercayai sebuah syarikat yang hampir muflis. Tricubes Bhd disenarai sebagai 'GN3 Companise' dalam Bursa Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat. Justeru itu pemberian kontrak e-mel percuma itu adalah sekadar usaha kerajaan untuk menyelamatkan syarikat berkenaan, yang hampir pasti dilakukan melalui rundingan terus. "Kita mahu tahu bagaimana tender ini diberikan kepada sebuah syarikat yang rekod kewangannya begitu buruk. "Projek ini memang sah kita tahu direct nego. Jadi projek nego seperti ini sudah tentu kita tahu orang di belakangnya ada hubungan yang rapat dengan kerajaan," ujarnya. Menurut Rafizi, rakyat di negara ini tidak memerlukan e-mel percuma tetapi apa yang lebih penting adalah kemudahan infrastruktur yang lebih baik, terutama di kawasan pedalaman. "Kalau rakyat di kawasan pedalaman, bukan lah kerana mereka tidak ada email tetapi kerana akses internet yang tidak ada. "Orang perlukan elektrik, bekalan air dan khidmat pendidikan yang lebih baik. RM50 juta itu sepatutnya diberi kepada sekolah-sekolah. "Kerajaan sepatutnya lebih tumpukan liputan internet dan bukannya emel percuma," katanya. Hari ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan. Najib ketika merasmikan projek berkenaan berkata, penyediaan emel itu bagi membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan. Ia juga dikatakan bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga. Projek itu termasuk dalam tujuh projek baru yang diumum Najib hari ini dalam program ETP, yang sehingga kini dikatakan telah menjana pelaburan RM106.405 bilion. Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11812 |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan