Jumaat, 29 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Jom Tengok Manusia Fasik Bersumpah Ikut Ajaran Sendiri Esok

Posted: 28 Apr 2011 07:06 AM PDT

Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li'an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, " ujarnya kepada Keadilandaily.


"Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri,

"Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai," tegas beliau.

Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak.

"Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja. Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah.

Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam.

Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

"Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar," jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh.

"Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak," tambahnya.

Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan.

"Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat je mereka ini," katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Wartawan Kurang Ajar

Posted: 28 Apr 2011 04:57 AM PDT


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Memalukan Apabila Moral Bukan Islam Lebih Hebat Dari Orang Islam Sendiri

Posted: 28 Apr 2011 04:53 AM PDT

Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks

Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.


"Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan," kata Tan.

"Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

"Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum "satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya."

"Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

"Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya," tegasnya.


Terjemahan oleh Greenboc bersumberkan Malaysiakini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Serah DNA: Anwar berang bila diasak wartawan

Posted: 28 Apr 2011 03:23 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan satu kes tayangan video lucah.

Beliau memberi keterangan hari ini ekoran laporan polis yang dibuatnya sehari selepas tayangan video berkenaan dibuat pada 21 Mac lalu.

Turut menemani beliau hari ini ialah peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.


Anwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.

Anwar sebelum ini turut memberi kenyataan kepada polis ketika beliau membuat aduan pada 22 Mac lalu.

Anwar juga telah menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Anwar ketika bercakap kepada wartawan apabila selesai memberi keterangan kira-kira sejam selepas itu kemudiannya berang apabila ditanya berhubung sama ada beliau akan menyerahkan DNA beliau kepada polis.

"DNA apa you nak?" soalnya beberapa kali kepada seorang wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

Dengan nada yang keras, Anwar turut bertanya kepada wartawan berkenaan sekiranya beliau merupakan wartawan dari stesen TV3.

Tanpa putus asa, wartawan wanita itu terus bertanyakan soalan yang sama dalam sidang media di kawasan parkir ibu pejabat polis tersebut.

"Jangan biadap dengan saya. Tanya soalan lain.

"TV3 adalah alat perkakas murahan Umno dan saya minta saudari ingat itu," herdiknya lagi.

Anwar juga berkata, Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan sama ada perbuatan tayangan pornografi itu merupakan strategi untuk mengekalkan kuasa perdana menteri itu.

"(Jelaskan) bagaimana dia gunakan (akhbar) Utusan (Malaysia) dan (portal) Agendadaily sebagai perkakas murahan untuk sebar jenayah yang begitu kotor dan jijik.

"Sekarang dia mahu hancurkan maruah keluarga (saya)," katanya.

Sementara itu, peguamnya, R Sivarasa berkata dua orang pegawai polis yang merakam kenyataan Anwar juga telah mengemukakan soalan yang tidak relevan ketika siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah bentuk soalan yang dikemukakan itu.

Namun, beliau tidak menyifatkan soalan yang diajukan polis bertujuan untuk mengaitkan Anwar dengan kesalahan berhubung perlakuan seks dalam video berkenaan.

"Saya tidak fikir begitu sebab dalam laporan kita jelas kesalahan dilakukan oleh orang lain," katanya lagi.

Tambahnya, laporan polis sebelum ini juga dibuat berhubung dakwaan ugutan yang dilakukan oleh Datuk T melalui satu kenyataan oleh trio berkenaan.

"Mereka ugut, ancam supaya (Anwar) letak jawatan. Ini satu implikasi jenayah.

"Ini jelas satu tindakan terancang Umno BN untuk aibkan Anwar," tambahnya.

Katanya, beliau tidak melihat polis bertindak dengan tegas dalam menjalankan siasatan terhadap kes itu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rahim Tamby Wakilkan Eskay Bersumpah Untuknya.. Nampak Sangat Bodohnya..

Posted: 28 Apr 2011 03:20 AM PDT

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.


Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: