Khamis, 21 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Fakta Inilah Yang Membuatkan Umno/BN Kecut Telor Untuk Hadapi PRU13

Posted: 20 Apr 2011 06:20 AM PDT

Fakta Mengejutkan Pilihanraya Sarawak!

2006
Jumlah Pengundi : 892,537
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 341,587
Lain-lain Parti : 82,134

2011
Jumlah Pengundi : 979,796
Jumlah Kerusi : 71
Undi Popular : BN 372,379
PR dan Lain-lain Parti : 300,288





KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Najib Didesak Bertindak Terhadap Utusan Meloya

Posted: 20 Apr 2011 05:19 AM PDT

1Melayu, 1Bumi: Pemimpin Pakatan mahu Najib tindak ke atas Utusan

KUALA LUMPUR, April 20 – Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dengan mencabar gagasan 1 Malaysia yang bersifat inklusif.

Hari ini, Utusan Maaysia meminta pemilik akhbar itu supaya mengadakan gerakan yang boleh dikenali sebagai "1Melayu, 1Bumi" melibatkan kesemua parti Melayu sambil mendakwa DAP mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu.

Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tulisan terbaru Utusan Malaysia yang bersifat "antinasional" membuktikan yang gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan bina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan "Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian 1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M."

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Kata beliau, dalam membuat gesaan antikebangsaan yang tidak bertanggungjawab, Utusan Malaysia sebenarnya meletakkan Najib dalam ujian sama ada beliau bersedia untuk mengambil tindakan ke atas Utusan dan mereka secara terbuka mencabar dasar 1 Malaysia.

"... atau beliau seorang Presiden Umno yang tiada kawalan sepenuhnya ke atas Umno," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam tulisan ruangan Cuit hari ini, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

"Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain," katanya lagi.

Dalam ulasannya kata Lim, ruangan yang dibawa Utusan Malaysia adalah sesuatu yang tidak bertanggungawajab, yang hanya mahu memecahbelahkan rakyat pelbagai kaum dengan "pembohongan, fitnah dan kepalsuan."

"Ini adalah politik lama perkauman yang mesti memberi laluan kepada politik Malaysia, yang bersifat multirasialisme (sekarang)," kata ahli Parlimen ini.

Kata beliau, DAP tidak pernah bertindak sebagai sebuah parti politik bagi kaum Cina, sebaliknya ia adalah bagi semua rakyat Malaysia.

Malah kata beliau, ia juga merupakan parti politik Pan-Malaysia yang meluaskan sayapnya bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Kata Lim, kejayaan DAP pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu merupakan hasil kerja keras politik selama 33 tahun bagi rakyat Malaysia dan juga Sarawak, yang percaya pada keadilan dan masyarakat yang saksama.

Sehubungan itu, beliau juga mencabar parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan pandangan mereka dalam isu terbaru ini.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Khalid Samad sealiran dengan pandangan Lim sambil berkata, editor Utusan Malaysia itu seharusnya dicaj di bawah Akta Hasutan.

"Mereka harus dikenakan tuduhan di bawah perkara-perkara berkaitan hasutan, mencetuskan ketegangan kaum," katanya lagi.

"Hakikatnya, apa yang dikatakan oleh mereka adalah salah belaka. DAP berjuang bukan hanya untuk satu kaum sahaja, mereka berjuang untuk sebuah kerajaan yang adil dan telus," kata Ahli Parlimen Shah Alam ini kepada The Malaysian Insider.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga mendakwa Utusan Malaysia dihantui dengan isu-isu bertunjangkan kaum dan kebimbangan bahawa masyarakat Cina akan menggulingkan kerajaan didominasi Melayu adalah sebahagian daripada "propaganda" Umno untuk kekal berkuasa.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang pula memberitahu, tulisan Utusan Malaysia hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa ia tidak boleh menyesuaikan diri dengan fenomena masyarakat "pelbagai kaum."

"Ini cara bagaimana mereka hendak menggambarkan setiap perkara... setiap satu adalah konspirasi besar menentang Umno.

"Ia hanya helah untuk kekal berkuasa," kata Ahli Parlimen Batu ini. - TMI

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Inilah Akibatnya Bila UUM Ditadbir Oleh Kangkung

Posted: 20 Apr 2011 02:28 AM PDT

Kadar kehilangan air terlalu tinggi di UUM

ALOR SETAR, 20 April 2011 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa SADA telah membekalkan sebanyak 15 juta liter air sehari ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia sudah mencukupi untuk menampung keperluan air ke kampus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, UUM adalah antara kawasan yang mengalami kadar kehilangan air (non revenew water) yang tinggi iaitu sekitar 43 peratus. Antara sebabnya ialah kerosakan saluran paip yang dipasang lebih 20 tahun lalu dan penyelenggaraan yang dilakukan UUM sangat minima.

"Logi air baru di Padang Sanai sudah siap akan akan mula beroperasi, kita mampu membekalkan air ke UUM sehingga 35 juta liter air tapi harus diingat dalam keadaan infrastruktur dalaman yang teruk di UUM, bekalan air sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah," ujarnya.


Menurutnya, infrastruktur yang direkabentuk adalah untuk keperluan 10 ribu pengguna, sedangkan sekarang penghuninya sudah bertambah tiga kali ganda. Saluran paip dan kapasiti tangki yang ada tidak mampu lagi menampung keperluan yang begitu tinggi.

Dato' Phahrolrazi menasihatkan UUM atau Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyegerakan kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di UUM bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

"Itu (kampus UUM) adalah kawasan mereka, hak mereka dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah yang timbul di UUM. Kerja kita ialah membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi dan kita telah menyempurnakan kerja tersebut," ujar beliau.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: