Rabu, 13 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Media Kawalan Umno Diarah Tidak Siar Kempen PR

Posted: 13 Apr 2011 12:58 AM PDT

BN kini dilihat semakin goyah apabila terus memperkuatkan lagi cengkamannya ke atas media arus perdana, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Desas-desus ini dikuatkan lagi apabila beberapa portal berita termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report serta Tv Selangor, yang menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, manakala rangkaian televisyen turut diarahkan untuk tidak menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Menurut sumber rapat media kawalan Umno Media Prima, semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan Rakyat yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.


"Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Tambahnya, selain televisyen, akhbar Cina juga turut diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

"Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina.

"Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP.


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Penganut Kristian Akan Ajar BN Pada PRN Sabtu Ini

Posted: 12 Apr 2011 11:25 PM PDT

Penganut Kristian seluruh negara terutama di Sarawak amat marah dengan Umno-Barisan Nasional dalam isu Alkitab dan akan menghukum mereka melalui peti undi pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Calon Parti Keadilan Rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Betong, Stanny Embat Pharoh ak Laja berkata, penganut Kristian Sarawak merasa terguris dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri merampas 35,000 naskah kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab di Pelabuhan Klang dan Kuching.

Tambah beliau, apa yang lebih menyakitkan hati mereka apabila KDN bertindak meletakkan cop "untuk kegunaan penganut Kristian sahaja" pada muka depan kitab suci agama mereka.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
"Orang Kristian memang sampai sekarang sangat marah kepada Najib dan BN. Mereka mungkin tidak mahu berdemonstrasi dalam isu ini tapi mereka pendam rasa marah mereka di dalam hati.

"Saya yakin 16 April nanti BN akan diajar secukupnya kerana menghina agama Kristian dan penganut Kristian," kata Stanny kepada TV Selangor.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk kerajaan BN mengenakan sekatan ke atas Alkitab termasuk penggunaan kalimah Allah.

Tegas beliau lagi, BN gagal menyelesaikan isu Alkitab dengan baik malah konsep 1Malaysia Najib juga ternyata gagal sama sekali.

Difahamkan Alkitab ini menjadi isu yang begitu meruncing pada pilihanraya negeri sarawak, selain faktor Taib Mahmud yang menjadi ketakutan utama kepada Barisan Nasional.

Untuk meredakan desakan rakyat, Najib dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja di Sarawak hari ini.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Deepak dakwa bayar RPK tarik balik tulisan

Posted: 12 Apr 2011 10:00 PM PDT


Usahawan Deepak Jaikishan hari ini muncul lagi dengan satu dakwaan terbaru – beliau pernah membayar wang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamaruddin untuk menarik balik satu tulisan di laman Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau telah membayar RM50,000 dan turut memberi satu komputer riba kepada Raja Petra sebagai dorongan untuk menarik balik tulisan berkenaan.

"Saya boleh buktikannya," kata Deepak yang menjelaskan, beliau membayar wang itu secara tunai kepada Raja Petra dalam satu pertemuan dengan penulis blog itu di Subang Jaya kira-kira tiga tahun lalu.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Tulisan berkenaan yang antara lainnya mengaitkan beliau dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah dikeluarkan sehari selepas pertemuan tersebut, kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau "terkejut" apabila mendapat tahu mengenai penyiaran tulisan berkenaan dan membuat keputusan untuk bertemu Raja Petra bagi meminta penulis blog itu mengeluarkan artikel tersebut.

Tambahnya lagi, beliau bertindak demikian kerana tidak mahu perkara mengenai dirinya disiarkan dalam blog Raja Petra yang disifatkannya sebagai "pelacur web."

Beliau juga tidak mahu "serangan peribadi" oleh Raja Petra ke atasnya itu menjejaskan reputasi diri dan perniagaannya.

Deepak berkata, tindakan Raja Petra itu tidak lebih daripada satu pemerasan untuk mendapatkan wang daripada individu yang dinamakan dalam laman blog tersebut.

"RPK telah berubah daripada seorang penulis blog nasionalis menjadi seorang pemeras ugut yang menggunakan Internet bagi mengutip wang dan komputer riba daripada orang yang takut kepadanya.

"Saya juga salah seorang daripada mangsa (Raja Petra)," katanya dan menambah, beliau juga mengetahui bahawa dua lagi individu telah membayar wang kepada Raja Petra supaya tulisan berkaitan mereka dikeluarkan daripada Malaysia Today.

Deepak berkata, seorang daripada individu berkenaan merupakan menantu kepada seorang bekas perdana menteri yang didakwa telah membayar sejumlah wang yang besar kepada Raja Petra.

Seorang lagi yang disebut oleh Deepak ialah seorang lelaki yang merupakan kawan baiknya.

Keluarga lelaki tersebut juga telah membayar wang kepada Raja Petra, kata Deepak lagi.

Tambahnya, beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis terhadap Raja Petra dan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog tersebut atas dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Tindakan undang-undang itu mungkin difailkan di London atau di Australia memandangkan penulis blog itu tidak berada di dalam negara.

"Saya sedang berbincang dengan peguam.

Kalau saya tidak dapat bankrapkan dia, nama saya bukan Deepak.

"Jika saya salah, dia boleh saman saya," tambah Deepak.

Jalan Pulang

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Panas !! Pemimpin Umno Kelantan Kena Tangkap Basah

Posted: 12 Apr 2011 09:15 PM PDT

Seorang pemimpin Umno Kelantan malam kelmarin ditangkap basah dengan seorang gadis bawah umur ketika para blogger parti isu mengfitnah wakil rakyat PAS ditangkap basah sebelum ini.

Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) memberitahu, pemimpin Umno Bahagian Tanah Merah yang dalam lingkungan umur 54 tahun ditangkap dengan seorang juvana berumur 16 tahun dalam keadaan berkempan (separuh bogel) yang dipercayai telah disetubuhinya.

Pemimpin Umno terbabit ditangkap oleh sekumpulan anggota Rukun Tetangga (RT) yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail di sebuah hotel bujet di jajahan Tanah Merah.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Seorang anggota pencegah maksiat memberitahu, pasukannya mula mengesyaki pemimpin Umno terbabit apabila pemimpin itu keluar dari kamar yang disewanya ketika operasi dilakukan di kamar-kamar lain.

"Dia (pemimpin Umno) bersama pasangannya itu kemudia dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan," ujar pegawai terbabit.

Pasangan tidak sah itu kemudiannya diikat jamin dan sedang menunggu tarikh bicara yang dijadualkan pada 18 Mei depan.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob mengesahkan mendapat aduan dan laporan mengenai tangkap basah pemimpin Umno terbabit. -END

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Najib harap simpati dan sokongan gereja hari ini?

Posted: 12 Apr 2011 07:36 PM PDT

WarkahDaily – Lapor The Malaysian Insider, khabarnya Perdana Menteri akan ke Gereja untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gereja Sarawak di Kuching hari ini, beritahu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam.

Menurut Taib, kononnya Najib akan membincang pasal isu Alkitab bagi meredakan masyarakat Kristian berhubung isu berkenaan menjelang hari penentuan pilihan raya negeri.

Tindakan itu dilihat cubaan Najib memperlihatkan simpati dan mahu menunjukkan keprihatinannya terhadap isu berkaitan masyarakat Kristian di Sarawak yang dikatakan menjadi penentu dalam pilihanraya negeri.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Selepas melihat gelombang rakyat yang memberi sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat (PR), Najib dilihat mahu menggunakan jalan terakhir untuk bertemu gereja dan mengharapkan masyarakat Kristian akan memberi undi simpati kepada Barisan Nasional (BN) kerana bermuka-muka Najib.

Jelas sekali, Najib terlalu terdesak dan tertekan dalam hal ini kerana mahu mengelak berlakunya tsunami penolakan Taib Mahmud akan menyebabkan tumbangnya kerajaan Najib dalam PRU ke-13 nanti.

Menurut Pengerusi persatuan Rt Reverend Datuk Bolly Lapok, beliau tidak tahu menahu tujuan pertemuan itu yang dikatakan akan diadakan di Hotel Hilton di sini, pukul 3.30 petang.

"Saya tidak tahu apa yang akan dibincangkan tetapi beliau menjemput kami untuk datang dan kami akan berada di sana esok," katanya.

Nampak sangat Najib terhegeh-hegeh mahu menemui gereja dan tidak mustahil akan ada pengumuman atau membuat rayuan masyarakat Kristian agar memberi sokongan kepada BN.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Sidang DUN Perak Kecoh Lagi Dengan Aksi Polis

Posted: 12 Apr 2011 07:11 PM PDT

Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN pembangkang.

ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa ADUN Pakatan lain, walau bagaimanapun gagal menjelaskan apabila ditanya dari mana datangnya arahan berbuat demikian.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
" Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh 3 orang polis dan mereka nak 'scan' kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja. Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa?

"Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai.Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Walaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar Bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat
mencemarkan kemuliaan Dewan.

Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.

" Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku,"jelasnya lagi.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, ADUN juga bukanlah budak sekolah apabila diwajibkan memakai tanda nama untuk memasuk ke dalam Dewan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Menjelaskan mengenai spekulasi bahawa ada ADUN dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan kali ini, Nizar berkata ini kerana ada ADUN yang membantu kempen gagasan itu untuk pilihanraya negeri Sarawak.

" Kalau sebelum ini ada dengar desas desus kata kami tak hadir dan tak penuh, tapi hari ini semua hadir. Kita merasakan apa yang Tuanku sebut tadi mengenai titah itu merupakan ciri-ciri yang didokong Pakatan Rakyat. Segala-gala yang dinyatakan itu berkenaan dengan beberapa perkara seperti konsep keadilan, tiada diskriminasi, ketelusan, semua itu adalah menunjukkan ciri-ciri Pakatan Rakyat.

" Sepatutnya sebahagian besar dari kami berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu tapi oleh kerana mesyuarat awal 5 April telah ditunda oleh Zambry (Menteri Besar Perak) dan speaker, maka kami tak dapat nak hadir. Cuma saya terpaksa beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya selepas sahaja perasmian walaupun dua,tiga dari kami berada di Kuching tapi mereka terpaksa balik juga malam tadi sampai untuk menghadiri persidangan perasmian hari ini,"tambahnya lagi.

Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Harussani Cakap Terbalik Pulak??

Posted: 12 Apr 2011 06:37 PM PDT

Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta

KUALA LUMPUR, 13 April — Tan Sri Harussani Zakaria mengakui sesiapa yang terlibat dalam tarian poco-poco di Perak boleh dikenakan tindakan termasuk ditangkap hanya selepas fatwa berkenaan, yang diputuskan Februari lalu, digazetkan.

Bagaimanapun Mufti Perak itu berkata, proses untuk menggazetkan keputusan pengharaman tarian poco-poco mengambil masa selain perlu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama negeri.

Kata Harussani, beliau juga perlu menjelaskan pengharaman tarian poco-poco kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
"Belum digazetkan lagi... belum lagi... bila isu ini timbul saya akan bincang dulu, saya akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti. Saya perlu jelaskan dulu alasan kenapa saya haramkan tarian poco-poco di Perak," kata beliau.

Bagaimanapun kata beliau, ia tetap haram walaupun belum diwartakan lagi.

"Tapi hukum tetap sama, haram tetap haram cuma sekarang kita masih belum gazetkan lagi sebagai undang-undang, nak gazetkan perlu ambil masa dan saya juga perlu dapat perkenan Sultan Perak dulu, kalau diber perkenan kita akan gazetkannya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Jelas beliau, walaupun masih belum digazetkan, namun tarian poco-poco yang telah diharamkan sejak Januari lalu tetap tidak boleh diamalkan di Perak kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.

"Ia tetap tidak boleh diadakan di Perak, haram tetap haram. Bagi siapa yang buat, dia berdosa kerana melakukan perkara yang haram dalam Islam.

"Cuma kalau tidak digazetkan, kita tidak boleh ambil tindakan. Sebagai contoh, kalau ada pihak yang buat tarian poco-poco di Perak, kita tidak boleh ambil tindakan tapi kalau sudah digazetkan kita boleh tangkap siapa yang menari poco-poco," katanya.

Tegas Harussani, beliau berharap agar kerajaan negeri Perak akan mematuhi keputusan yang dibuat Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

"Kita harap semua pihak agar menghormati dan mematuhi keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, apa yang kita buat ini adalah demi kebaikan umat Islam.

"Kita haramkan tarian poco-poco sebab itu bercanggah dengan ajaran Islam selain mempunyai kepercayaan agama lain," katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, pihaknya tidak akan menarik balik pengharaman tarian poco-poco dan bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengambil kira sembilan asas, antaranya soal akidah dan kepercayaan umat Islam lebih penting daripada penjagaan kesihatan apabila memutuskan tarian poco-poco sebagai haram.

Ekoran pengharaman itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Layari Malaysiakini Melalui Bloglist Malaysia

Posted: 12 Apr 2011 05:21 AM PDT

Serangan siber, Malaysiakini tak boleh diakses


Serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses kepada pembaca.

Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.

Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODELPetugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'.
Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak.

Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Kami akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain.

Kami memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter.

p/s: gua ingat gua sorang je yang tak boleh akses.. kahkahkah.. masuk web ni untuk baca malaysiakini
gua masuk ok je.. macam biasa.. kahkahkah

http://www.freemalaysiakini.com/
http://office.malaysiakini.com/bm/

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Jam Tangan Omega Milik Datuk T

Posted: 12 Apr 2011 03:49 AM PDT



Sumber di sini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Zulkifli Noordin Sesat

Posted: 12 Apr 2011 01:32 AM PDT

Zul Nordin.. 'firman' Allah pun hang nak mainkan


Saya beristighfar panjang selepas membaca tulisan Zulkifli Nordin. Hampir keseluruhan isinya mengandungi andaian terhadap sikap Allah dalam isu Anwar Ibrahim. Hanya satu patah perkataan untuk disimpulkan terhadap ZN iaitu SESAT!

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Senang-senang beliau membuat kesimpulan bahawa Anwar meliwat dan berzina hanya berdasarkan bukti-bukti yang tiada satu pun berasaskan ketentuan syariat Islam. Mengajak orang ramai berfikir bahawa Allah yang mengutuskan semua 'bukti-bukti' itu untuk mensabitkan 'kedurjanaan' Anwar. Paling biadap ialah dengan mengandaikan akan firman Allah... (seperti yang ditulisnya). Ulamak-ulamak perlu bangkit untuk menyanggah kesesatan ZN ini.

Jika dahulu beliau mempertahankan bahawa tuduhan zina mesti dibuktikan dengan 4 orang saksi yang adil tetapi selepas beralih kem tuduhan zina hanya boleh disahkan dengan 4 bukti: 1. Datuk SK 2. Video lucah 3.Twitter 4.Jam Omega. Kemudian bermati-matian memberitahu dunia bahawa Anwar memang seorang penzina.

Pada hari pertama isu video lucah itu ditayangkan di TV3... ZN dengan yakin memberitahu seluruh dunia bahawa, memang betul itu Anwar. Hukum apa yang hang pakai untuk mengizinkan melakukan perbuatan Qazaf (menuduh zina) terhadap seorang Muslim?

Padankah dengan sedikit laba dunia, ZN pulun sungguh melakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa Najib, BN dan konconya2 sehingga menyepak ke tepi hukum halal haram; sehingga melupakan akibat besar sedang menunggu di akhirat.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA / Kedahlanie


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Tiada ulasan: