Biaqpila |
- SKMM mula siasat kebocoran video seks
- Datuk maut jatuh hotel
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 26/4/11
- Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu
- LAGI DILARANG,LAGI ORANG NAK BACA UTUSEKS
- Jangan Buat Kerja Bangang!
SKMM mula siasat kebocoran video seks Posted: 26 Apr 2011 03:00 PM PDT Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang. Perkara itu didedahkan Naib Ketua Penerangan Pemuda PKR Rozan Azen Mat Rasip yang membuat laporan pada 5 April lalu apabila beberapa penulis blog memuatkan sebahagian video klip itu di internet. Rozan (kanan) memberitahu Malaysiakini, beliau turut dipanggil di ibu pejabat PKR di Cyberjaya untuk memberikan kenyataan bagi membantu siasatan esok. Beliau sebelum ini menamakan blog mesra BN www.papagomo.com and www.pisau.net dan pengguna YouTube thepowercam dalam laporannya. Video hitam putih kurang dua minit itu bocor pada 4 April lalu dan dikeluarkan daripada YouTube tidak lama selepas itu. Ia bagaimanapun masih terdapat dalam laman www.papagomo.com dan dimuatkan kembali oleh beberapa pengguna Youtube yang lain. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 26 Apr 2011 10:54 AM PDT 2011/04/27 MELAKA TENGAH: Seorang lelaki bergelar Datuk, ditemui mati di sebuah resort di Tanjung Kling, dekat sini, pagi kelmarin, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan berkenaan. Mangsa yang juga mualaf keturunan Cina, Datuk Mohd Alif Abdullah, 53, dari Skudai, Johor ditemui pekerja resort itu pada jam 10.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah. Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata Datuk terbabit yang juga peniaga ayam di Pasar Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah ditemui dengan berpakaian kemeja-t putih dan berkain pelekat. "Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, semalam. Chua berkata, siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit tidak mempunyai unsur jenayah, tetapi tidak menolak kemungkinan berpunca daripada masalah kewangan. BH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 26 Apr 2011 07:53 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Akhbar Melayu arus perdana bodohkan minda Melayu Posted: 26 Apr 2011 05:53 AM PDT Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar berbahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia. Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ? Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru. Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang. Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara. Suhaizan Bin Kayat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. (019 728 5174) malaysiaberih KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
LAGI DILARANG,LAGI ORANG NAK BACA UTUSEKS Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! APA BENDA YANG KALAU DILARANG LAGI ORANG NAK? JAWAPANNYA UTUSEKS MALAYSIA KAH! KAH! KAH! KIRANYA UTUSEKS NI SAMA KATEGORI DENGAN SYABU LA TAKPUN MACAM AYAQ KETUM LAGI DILARANG LAGI ORANG NAK KAH! KAH! KAH! BUKAN SETAKAT ORANG SUKA UTUSEKS BERUK PUN SUKA UTUSEKS MALAYSIA KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Posted: 25 Apr 2011 06:00 PM PDT PERKASA berdemo di depan ibu pejabat MCA-Mkini Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia. Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api". Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu. "MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya. "Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit. Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan. Kelihatan begitu ramai ahli - ahli Perkasa yang sedang berdemo depan pejabat DAP LSS: Lagi satu kerja bangang! orang jual surat khabar dapat komisen,orang yang kerja kat pejabat melalok dapat gaji .Orang yang kerja kat kilang melalok pun dapat gaji! habis tu mangkuk - mangkuk ayun yang dok terlompat - lompat kat depan pejabat MCA tu dapat apa? Banyak benda lain yang perkasam boleh bikin selain dari dok terlompat - lompat dan buat kerja bangang tu! kalau melayu tak boleh hidup apesal kat KL ni masih ada oksigen lagi? jangan jadi bodoh! Takkan nak hidupkan orang melayu macam parpu kari !! Jangan buat kerja bangang! itu hari Pu...KIMMA..aak! dah buat kerja bodoh! inihari ada pulak mangkok ayun buat kerja bodoh! dah takde plan lain ke nak publisitikan melalok? selain dari "plan" bodoh! niee?????? pejuangpro-demokrasi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan