Biaqpila |
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/4/11
- Ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang 29 April
- Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011
- Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong
- FILEM PORNO 3D DI HONG KONG,DI MALAYSIA MASIH HITAM PUTIH
- BILIONWAN ‘UMNO’ DAPAT POS MALAYSIA
Posted: 23 Apr 2011 08:11 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang 29 April Posted: 23 Apr 2011 05:00 AM PDT Satu ceramah perdana bertema Kebangkitan Rakyat Sarawak bakal berlangsung di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang 29 April ini. Ceramah itu dijangka menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak yang berakhir 16 April lalu dan pelbagai isu semasa berkaitan politik negara. Antara yang dijadual berucap ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Tian Chua; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Khasim Abdul Aziz. Orang ramai dipelawa hadir. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011 Posted: 23 Apr 2011 03:00 AM PDT Surat dari bekas Ketua CID KL kepada Ketua Polis Negara Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat. Mat Zain Ibrahim 18hb.April 2011 Kepada; YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Melalui:Email dan Dengan Tangan Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur, Email:iho@rmp.gov.my YDH Tan Sri, SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999. 1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat,saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat.Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya,menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini. 2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen.Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut,serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini.Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim. 3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka “gelanggang yang samarata”(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing. 4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis,namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan. 4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini,tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka.Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian. VIDEO SEKS PERTAMA 1999. 5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999.Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999. 5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu” (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS).Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang. 5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis.Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar.Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999.Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-“cross refer” kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya.KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis. 5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar.Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini,terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya. 5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999.Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan. 5.5. Selain itu,tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis.Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan. VIDEO SEKS KEDUA 2011. 6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini. Antara persoalannya adalah seperti berikut:- 6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi. 6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua. 6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama. 6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua. 6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua . 6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua. 6.8. Adakah Rahim,Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar.Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999. 7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim,Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut; 7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz,atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya. 7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion. 7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta. 8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”. 8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan. SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI. 9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan “prima-facie” terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;”Angkat Sumpah Palsu”), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya.Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu. 9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian,kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan. 9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat “benefit of the doubts” wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua.Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut,dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar;sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa,rasuah dan membuat akuan statutory palsu. 9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Ini memandangkan Peguam Negara,Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman.Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu. JAM TANGAN OMEGA 10. Pada pendapat saya,sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata,maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan “ingredients” yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut. 10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu,mereka keterangan palsu.Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama,sepertimana diperturunkan dibawah. Seksyen 192 Kanun Keseksaan. Misalan-Misalan. (a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z,dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu,dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri.A telah mereka keterangan palsu. (English version) (a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence. 10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau,serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan. 10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut. 10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini,saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan.Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita. PENYELESAIAN ISU “ONCE AND FOR ALL” 11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah “once and for all”.Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral.Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul. 11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii,seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan.Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini. 11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut; TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM. 12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini.Percayalah,saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam “blue film” yang mungkin sesetengah orang harapkan.Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah. 12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk “Siapa Anwar” lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar.Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau.Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks.Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam. 12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini,khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau,ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas.Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul,maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour. PENUTUP. 13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata.Selamat maju jaya dan selamat sejahtera. Yang benar, (Mat Zain Ibrahim) 18 April 2011 Sk. SUPM (untuk makluman KPN dan T/KPN) darisungaiderhaka KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
Email 1Malaysia: Najib didakwa berbohong Posted: 23 Apr 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April: Pendedahan demi pendedahan terhadap email 1Malaysia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada rakyatnya sendiri dan dilihat cuba untuk membantu syarikat yang ada kaitan dengan adiknya. Pelbagai laman web dan blog mula mendedahkan perkara ini termasuk siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat yang hampir bankrap, Tricubis Berhad, yang mendapat projek bernilai RM50 juta ini. Kemuncak dari dakwaan pembohongan ini adalah apabila Najib melalui Twiiternya membuat kenyataan bahawa, "E Mail 1Malaysia adalah projek swasta. Tidak ada wang awam yang terlibat dan semuanya secara sukarela." Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet. Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email. Melalui berita itu, Pengarah perhubungan dan infrastruktur NKEA Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberitahu stesen radio BFM, agensi kerajaan akan membayar yuran tertentu untuk menggunakan email ini kerana ia berkaitan dengan database. Laman web Merdeka Review pula melaporkan, Tricubes Berhad, syarikat yang mendapat projek Email 1 Malaysia adalah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan dan disenaraikan Bursa Malaysia dengan status GN3. Jika ia gagal mengemukakan program penstrukturan semula kewangannya hujung Oktober 2011 ini, syarikat ini akan berdepan dengan risiko dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia. Pemegang saham kedua terbesar Ticubes Berhad adalah Commerrce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan oleh Bank Negara bersama Commerce Group ( atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group). Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group kini dinamakan CIMB Group yang diterajui oleh adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, lapor Merdeka Review. "Najib mahu rakyat percaya bahawa syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri. "Najib mahu rakyat percaya syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia. "Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan," tulis blogger Milosuam dalam blognya.HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
FILEM PORNO 3D DI HONG KONG,DI MALAYSIA MASIH HITAM PUTIH Posted: 22 Apr 2011 09:00 PM PDT FILEM PORNO YANG TAK PERNAH TERPIKIAQ OLEH DATUK T KAH! KAH! KAH! HONG KONG: Sebuah filem Hong Kong yang dianggap filem porno 3D pertama di dunia memecahkan rekod box office yang sebelum ini dicatatkan oleh filem Hollywood, Avatar. '3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy' mencatatkan jualan tiket berjumlah HK$2.8 juta (RM1.08 juta) pada hari pertama tayangannya minggu lalu, mengatasi filem epik sains fiksyen arahan James Cameron yang mencatatkan jualan tiket sebanyak RM1.01 juta. Peminat filem dari seluruh latar belakang kehidupan, pekerja pejabat, pesara dan pelajar, berbaris panjang di luar pawagam di Hong Kong pada hari pertama tayangan, untuk menonton filem itu. Dengan berdasarkan kesusasteraan erotik klasikal Cina, filem berbahasa Kantonis yang menelan belanja RM3.9 juta itu mempamerkan aksi berahi dan babak seks grafik. Berlatar belakangkan zaman Dinasti Ming, filem itu mengisahkan seorang lelaki muda, selepas diperkenalkan dengan dunia erotik seorang aristokrat, menyedari bekas isterinya adalah cinta sebenar hidupnya. Aktres porno Jepun, Yukiko Suo dan Saori Hara membintangi filem itu. Menurut penerbitnya, Stephen Shiu, filem itu mula ditayangkan di Taiwan Jumaat lalu dan turut mencetuskan minat di kebanyakan pasaran di Asia, termasuk Jepun dan Korea Selatan, serta Eropah dan Amerika Syarikat. Memandangkan permintaan yang menggalakkan, versi filem itu yang lebih panjang akan diedarkan beberapa minggu lagi, kata Stephen kepada wartawan. Menurutnya, penonton boleh melihat babak jenaka lucah sepanjang 15 minit dalam versi panjang itu. Agensi pelancongan dilapor menganjurkan lawatan untuk menonton filem itu ke Hong Kong dan Taiwan untuk pelancong dari tanah besar China. Peraturan ketat menghalang tayangan filem berkenaan di negara itu. '3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy' ditayangkan lebih awal daripada rancangan penerbit filem lain untuk menghasilkan filem porno 3D serupa. Pengarah Itali, Tinto Brass mengumumkan hasratnya untuk menghasilkan semula filem erotik lama, Caligula dalam bentuk 3D sementara Hustler merancang menerbitkan filem porno Avatar. - AFP/HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
BILIONWAN ‘UMNO’ DAPAT POS MALAYSIA Posted: 22 Apr 2011 06:00 PM PDT Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad. DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia. Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda. Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima. "Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan," katanya. Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan. Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp. Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia. Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing. DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada. Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan. KLT KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan